INI CARA GANDAKAN DUIT KWSP DARI AKAUN 1 ANDA WALAU SUDAH TIDAK BEKERJA

9.10.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

INI CARA GANDAKAN DUIT KWSP DARI AKAUN 1 ANDA WALAU SUDAH TIDAK BEKERJA. Bagi yang pernah bekerja makan gaji ni kebanyakkan memang ada akaun kwsp kan? Yang beza amount kat dalam tu jer.. Banyak ke sikit. Macam saya ada la sikit duit yang tersimpan masa kerja dengan majikan yang bertanggungjawab. Ada juga kena klepet dengan majikan.. potong je tapi tak carum. Tak tau la dia dah jadi million air ke hapa sekarang makan duit pekerja. Yang pasti rasanya hidup dia pun tunggang langgang jugak tu.. hahahaha

Salah seorang pencarum KWSP yang membuat pilihan bijak untuk gandakan wang simpanan dalam akaun 1.

Masa bekerja tu mungkin bertambah juga la kan amount dalam account kwsp hangpa.. Manalah tau pencen muda so dah tak ada caruman kwsp. Nak pergi masuk tetiap bulan pun memang sesuatu yang agak mustahil bagi kebanyakkan orang.. Tapi jangan risau ada cara hangpa boleh gandakan duit kwsp dalam akaun 1. Mesti tak sabar la tu nak tau macam mana, kan?

Dak aih.. Bukan guna bomoh tarik duit, tak juga guna toyol tapi melalui Unit Trust. Maksudnya mereka akan uruskan pengeluaran duit dari akaun pertama anda & kemudian akan gandakannya.


Jangan risau ni bukan skim. Benda ni memang legal ok! Kerajaan Lantik Bank untuk uruskan Akaun 1 kwsp dalam bentuk unit trust supaya kita dapat pulangan yang lebih tinggi.


Pelaburan ni bukan hanya untuk mereka yang dah tak bekerja & dah tak ada caruman kwsp setiap bulan. Untuk sesiapa sahaja yang ada akaun kwsp boleh buat mengikut terma & syarat. Saja je kat tajuk entri tu highlight golongan dah pencen awal. Sebab nak bagitau hangpa.. masih ada cara untuk gandakan simpanan dalam akuan 1 kwsp walau hangpa dah tak ada caruman dari majikan setiap bulan. Bagi yang pernah ada akaun kwsp & sekarang pilih bekerja sendiri pun elok sangat la try guna pelaburan ni untuk gandakan simpanan kwsp hangpa.

Tapi bukan semua orang layak untuk buat pengeluaran dari akaun 1 kwsp ni . Untuk semak kelayakkan hangpa boleh buat di i-akaun. Tak susah pun nanti try la semak yer.


 Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust 

➠Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 (Sebelum ini tidak melebihi 20%)

➠Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

➠Jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

➠Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah

➠Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.

Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang KWSP, dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburkan, formulanya adalah seperti berikut:

 (Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan 



 Contoh Pengiraan 
Encik Ahmad berusia 22 tahun yang mempunyai simpanan RM 9,000 dalam Akaun 1 KWSP.
Kalau rujuk pada jadual di atas, Jumlah Simpanan Asas yang dia perlu ada dalam akaun adalah RM 8,000.

Jadi, kalau kita gunakan formula tadi:
(Akaun 1 – *Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(RM 9,000 – RM8,000) x 30% = RM300

Masa muda ni la nak gandakan simpanan dalam kwsp untuk kegunaan masa dah tak ada kudrat bekerja di hari tua nanti kalau umur panjang. Ramai yang dah buat & berjaya gandakan amount kwsp dalam akaun 1 mereka. Di akui kawan kawan di facebook saya.

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu perkara ni sebelum ni sebelum di dedahkan oleh seseorang. Tapi bila kita tahu sesuatu yang baik & bermanafaat harus la kongsi bersama ye dak.


Jadi kalau hangpa berminat nak gandakan duit dalam akaun 1 kwsp hangpa tak kira la hangpa masih bekerja & ada caruman setiap bulan atau dah pencen awal, boleh hubungi Agent Unit Trust yang memang boleh trust punya hehehehe

 Facebook : Mohd Rafhan 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com