JANGAN BOGELKAN KISAH RUMAHTANGGA ANDA DI MEDIA SOSIAL

10/13/2017 10:44:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

JANGAN BOGELKAN KISAH RUMAHTANGGA ANDA DI MEDIA SOSIAL. Zaman media sosial ni.. Ramai orang menjadikan media sosial sebagai diari untuk menulis apa sahaja cerita kehidupan mereka tanpa sempadan. Ni takde kena mengena dengan kisah dapur tanpa sempadan cik mat gebu yer.. Bila suka cerita, bila duka cerita & bila tak rasa apa apa pun dia cerita.


Dok aih... kami tak kata benda tu salah. Boleh ja nak share dengan orang cuma perlu ada batasan. Kena tahu samada benda yang kita nak share tu sesuai atau tak di beritahu secara umum di media sosial. Sebab bukan semua perkara kita boleh share di media sosial. media sosial ni terlalu umum.. sesapa saja boleh baca apa yang hangpa tulis. Ingat hangpa setting friends only yang bukan friends tak boleh baca ka? Hello... Fungsi screenshot jangan di lupa ok! Yang tu paling bahaya.. once dah kena screenshot hangpa tak mampu mengubahnya lagi ok!

Kadang2 bukan orang lain yang mengaibkan diri kita tapi sebenarnya diri kita terlebih dahulu membuka aib tu untuk orang lain sebarkan. Lepas jadi viral.. Mula la kau keluar segala hadis, dosa pahala bagai.. Nak tunjukkan betapa berdosanya orang yang menyebarkan aib kau.. Padahal punca tu dari diri kau sendiri. Tak pandai nak tutup aib sendiri. Semua benda nak cerita kat media sosial. Nak beromen dengan laki/bini malam jumaat pun nak hint kat media sosial. Perlu ke? Tu contoh...

Contoh paling kerap orang buat adalah share kisah dalam rumahtangga.. Masa bahagia apa dia buat dengan laki/bini dia semua dia cerita sampai yang tak sepatutnya pun dia nak bagitau orang. Siang malam puji laki/bini.. Bila rumahtangga bermasalah sebab dah terbiasa ni kongsi kisah rumahtangga tak mustahil dia akan cerita juga keaiban laki/bini dia. Habis segala yang tak sepatutnya di canang untuk lepaskan geram. Sebab dari awal dah pratikkan.. OK untuk cerita apa saja tentang rumahtangga dia. So, sampai masa bila dah tak bahagia macam dulu.. dia akan guna media sosial juga untuk luahkan semuanya.

Sebab tu la dari awal.. Kita kena kawal apa yang kita nak kongsi dengan orang lain. Lebih2 lagi melibatkan hal peribadi macam hal rumahtangga. Apa yang tak perlu tu tak payah la nak share dengan orang lain. Setakat nak bagitau laki/bini kau sweet, laki/bini kau romantik, laki/bini kau la paling terbaik di dunia.. Benda tu yang akan buat anda jadi terbiasa untuk terus menerus bercerita tanpa batasan kisah peribadi pada orang yang tak sepatutnya. Yang sweet tu pun kadang kadang boleh jadi aib kalau terlampau show off pada umum bukan yang tak baik je. Kena ingat ni bukan zaman orang share cerita berita hanya di surat khabar.. Ni era media sosial ok!

Ramai pasangan berkahwin kot.. Tapi bukan semua orang suka share dengan orang. Tak kira la cerita suka atau cerita duka. Tak payah la tunjuk perangai attention seeker sangat yang harap setiap cerita hangpa jadi viral & hangpa akan jadi popular.. Limitkan apa yang nak di kongsikan di media sosial. Benda ni untuk jaga maruah diri juga ok!

Belajar untuk ada privacy sikit.. Jangan bogelkan semua benda di media sosial. Simpan sikit untuk kita kita saja. Belajar untuk rasa malu..

Moral of the story.. Kadang kadang ianya bermula dari cerita sweet & berakhir dengan cerita aib. Jadi tak kira yang sweet atau aib, hal rumahtangga sila kunci dalam rumah sahaja. Jika perlu carilah orang sepatutnya untuk di kongsi & di rujuk. Jangan sampai yang sweet jadi aib.. Yang aib jadi malapetaka.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com