MITOS TENTANG AIR MANI YANG DI SEBARKAN OLEH PENJUAL PRODUK JAMU

2.10.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

MITOS TENTANG AIR MANI YANG DI SEBARKAN OLEH PENJUAL PRODUK JAMU. Nak tuduh semua orang melayu pencipta mitos paling terbesar pun rasa bersalah pulak.. sebab den pun orang melayu tapi memang segelintir orang melayu suka buat mitos & spekulasi sendiri.. Lebih - lebih lagi mereka yang jual produk la. Semua main ikut hukum akal sendiri je walau ilmu tu paras buku lali pun tak sampai. Kadang2 penjual produk ni berdasarkan pengalaman jer.. bukan ada pendidikan secara formal pun pasal perubatan ni.  Tup tup jual produk lagaknya mengalahkan doktor.

Satgi ada pulak yang kata.. Orang dulu dulu pun tak belajar medical. Ok je buat jamu. Hidup je sampai tua. Mati pun sebab sakit tua bukan sakit di sebabkan jamu depa buat. Jamu orang dulu2 kebanyakkan semua homemade bukan dari kilang. Tu beza jamu dulu dengan produk jamu yang dah packing cecantik. Memang 100% bahan semulajadi yang belum tercemar. Kalau nak banding jamu2 kilang atau jamu buatan orang sekarang ni.. Bukan kata semua yang campur dengan bahan tak semulajadi.. Tapi yang dok jual kat pasaran terutama online ni.. kebanyakkan tak 100% semulajadi dah.


Baru baru media sosial di gemparkan dengan pendedahan seorang wanita bila lubang vaginanya melekat selepas guna satu produk jamu yang perlu memasukkan sejenis kapsul jamu kononnya bagi merawat keputihan, membuang kotoran & mengetatkan bahagian intim untuk kepuasan hubungan suami isteri.

Maka Keluar la satu kenyataan bagi menafikan ketidakperluan produk jamu insert ni. Kononnya lepas berjimak faraj wanita takkan auto terbersih dengan sendirinya. Betul la tu.. Kita nak kena cuci sendiri. Katanya kalau tak cuci nanti meleleh leleh.. nanti solat tak sah. Betul la kalau tak cuci memang la tak bersih. Nak bersolat kena bersihkan. Katanya lagi.. Yang konon perempuan nampak macam keputihan tu sebenarnya sisa air mani yang dah lama tidak di bersihkan..Kalau tak di bersihkan akan jadi benda kotor yang menyebabkan kemaluan jadi gatal gatal. Sebab tu produk 'insert' tu di gunakan bagi membantu memudahkan mencuci segala kotoran bekas air mani yang tertinggal di dalam . Gitiew...

Tu kata yang jual produk.. Meh kita baca pulak pendapat Dr Amirul berkaitan kenyataan di atas. Betul ke Air Mani yang melekat dalam alat sulit wanita kalau tidak di keluarkan menjadi kotoran yang mungkin menjadi punca keputihan & kegatalan.. Baca screenshot je lah yer.. hehehehe
Kalau nak baca lagi banyak pendedahan pasal Mitos Jamu ni boleh baca di Facebook Dr Amirul Amzar

Jangan terpedaya dengan mitos yang di ciptakan pengedar produk jamu untuk melariskan jualan mereka. Merujuk la kepada orang yang selayaknya memberi pandangan berkaitan kesihatan dalaman anda. Bukan kata jamu ni tak bagus tapi kena tengok jugak produk jamu apa hangpa nak ambil.. cara pengambilan dia macam mana. Orang dulu2 rasanya tak sumbat jamu dalam vagina pun.. Elok ja badan ramping, ketat melekat. Laki setia sampai mati. hehehehe

Moral of the story.. Untuk kaum wanita. Sayangilah Vagina anda jangan jadikan vagina anda seperti ikan caru sumbat.. Nak sedap kau main sumbat je tak kaji dulu apa benda yang kau sumbat tu. Dah tersumbat baru la nak menyesal. Jadi sesal dulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna. Salam sayang dari blogger khidmat masyarakat anda.. hehehehe

1 comment:

  1. haih macam- macam..akak yang ibu tunggal ni pun x de nak sebarang guna product jamu...nak pi buat pap smear setahun sekali pun takut..seriau....adik akak nak beli produk tu nak insert tapi akak tak bagi..jangan mengarut..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com