PAGE TERKENAL BERKONGSI TIP UNTUK IBU & ANAK KANTOI CURI ARTIKEL ORANG

3.10.17 Suria Lekatlekit 1 Comments

PAGE TERKENAL BERKONGSI TIP UNTUK IBU & ANAK KANTOI CURI ARTIKEL ORANG. Kontroversi.. Panas.. Hangat.. Hangus.. Hangit. Kita terjah. Tu dia.. ala ala wartawan melodi pulak kau yer lekatlekit. Kau ni memang spesis tak reti serik ke?


Satu benda saya pelik dengan manusia bajet mulia ni.. Cukup takut nak menyampaikan kebenaran. Last2 insan2 yang hangpa label syaiton nirrojim juga la terpaksa mendedahkan sesuatu kemungkaran agar masyarakat tidak tertipu. Sapa yang nak buat kerja khidmat masyarakat kalau semua orang hanya menjaga kepentingan sendiri? habaq mai sat??

Kita hidup bawah perlindungan & kekuasaan Allah.. jadi kita perlu takut dengan Allah jer yer.hikhikhikhik

Tadi terbaca satu Posting kat Page Medical Mythbusters Malaysia tentang satu pendedahan & pembongkaran berkenaan satu page ni kalau sebut memang semua orang tahu la. Tapi biarlah nama page tu tak appear di blog lekatlekit.com.  Bukan page gosip2 jemah ok. Page yang berkongsi info, tip & pandangan untuk para ibu & anak. Tak mau la sebut hangpa cari sendiri yer hahahaha


Katanya modus operandi depa ni curi/copy artikel orang kemudian buat macam hakmilik sendiri tanpa memberikan kredit kepada penulis asal. Kemudian mengiklankan ubat ubatan & supplement yang tidak berdaftar dengan KKM. Dia curi artikel berkaitan info2 kesihatan untuk tarik follower lepas tu iklankan produk. Kalaupun bagi kredit pada sumber asal.. katanya macam nampak tak nampak. Bila penulis asal artikel mesej.. dia block nya depa. Nampak kejahatannya kat situ.

Sebagai blogger kami juga merujuk kepada berbagai sumber dari carian google untuk menulis tapi bukan la mencedok artikel orang sesedap rasa. Kadang2 ambil info untuk di selitkan dalam penulisan. Kalau info yang di ambil tu lebih dari 50% dari artikel asal selalunya kita akan bagi kredit kepada sumber asal. Tapi bukan la 90% penulisan di blog tu semua cedok artikel orang ok. Bergantung pada keadaan yang memerlukan kita untuk mencari sumber dari penulisan orang lain.


Tapi bila ada page nak naik dengan mudah dengan kaut & cedok semua artikel orang tanpa kreditkan pemilik asal.. Memang satu perbuatan yang di murkai manusia lain terutama mangsa cedokkan tu la. Penat2 dia perah otak karang untuk di kongsikan.. Hangpa tetiba semudah copy & paste kat page hangpa untuk dapat benefit tanpa perlu spin otak atau peluh ketiak. Kalau nak share just tekan button share auto akan link ke sumber asal tanpa perlu copy & paste.

Jadi kepada pemilik Page yang ramai pengikut & pengaruh tu.. Beretika la sikit. Kalau muslim kau tahu kan mencuri hak orang lain berdosa apatah lagi benda tu menjadi sumber rezeki yang menjadi darah daging kau & keturunan kau. Halal & haram pi la rujuk ilmuan & agamawan yer.. Lekatlekit nak mensetazahkan diri pun ilmu tak penuh di dada.

Moral of the story.. Penulisan ni satu benda berkaitan dengan kreativiti jadi ia ada harga sebab bukan semua di kurniakan bakat menulis & menulis pun banyak cabang & bidang. Sebab mengikut kepakaran masing masing. Jadi hormati hak orang lain yer..

1 comment:

  1. Page macam tu berlambak sekarang ni. Kerja dia nak tarik ramai likers, lepas tu selit-selit produk untuk dijual.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com