PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA

7.10.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA. Pagi pagi di tag isu ni kat satu group. Rasanya ramai yang tahu kes seorang gadis yang di dakwa membuka klinik tidak berlesen & memasang pendakap gigi tanpa tauliah & di jatuhi hukuman denda sebanyak RM70,000 selepas mengaku bersalah. Di sebabkan dia tak mampu membayar denda maka dia di penjara selama 6 hari.


Selepas kesnya menjadi viral & bapanya ada membuat posting bagi mengumpul dana, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Pertubuhan Aktivis Ekonomi Islam Malaysia (PPEM) turut serta untuk membantu mengumpul dana bagi membebaskan gadis tersebut.

Aktivis utama PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Nur Farahanis adalah seorang wanita pintar yang hanya membantu membetulkan pendakap gigi pada temannya berdasarkan pengalamannya sendiri yang dipelajari dari Youtube.
"Kami merasakan bahawa kami perlu membantunya dan kami juga percaya bahawa terdapat beberapa sebab yang berasas untuk membantu.
"Saya tidak mahu mengatakan bahawa bayaran itu tidak adil. Kami merasakan bahawa kita harus cuba membantu seseorang yang cuba membebaskan diri dari kemiskinan dan cabaran kehidupan, "katanya. Di petik dari kenyataan akhbar yang di kongsi di blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Untung la kau dik.. Viral je terus ada NGO membantu. Akak ni ulang alik PPIM bulan puasa lepas alih2 terpaksa struggle sendiri cari dana untuk bayar kos guaman bagi kes saman sivil kerana menulis satu pendedahan. Tu la kan.. Mungkin rezeki kau dik.. Kes ko dapat liputan media & viral di media sosial. Kes akak hanya kes sekadar di pinggiran je. Mungkin tak berapa nampak kesusahan akak kat situ hehehehe

Apapun Tahniah ler pada PPIM & PPEM kerana berjaya membantu mereka yang dalam kesusahan. Cuma mungkin bukan rezeki saya kot di bantu oleh PPIM sebab saya tak mampu nak berulang alik kerap2 ke PPIM. Sebab saya ni orang susah.. suami perlu kerja untuk mencari nafkah. Susah sikit la kan.. Kalau waktu kerja nak kena cuti selalu. Nak2 masa tu bulan puasa pulak. So terpaksa decide.. Kalau tak boleh juga just cuba cari cara lain.

Tapi masa tu saya mula2 decide takpe la.. Mungkin terpaksa biarkan je tanpa bela diri. Sebab nak ke mahkamah tak mampu sebab jauh, nak cari lawyer masa tu semua lawyer nampak prefer duit dulu. Kalau ada pun nak bantu, bila dengar lokasi mahkamah tu jauh tarik balik bantuan. Tapi nasib ada seorang hamba Allah aktivis juga tapi bukan dari NGO berdaftar masa tu.. Sekarang je persatuan dia dah berdaftar cuma persatuan dia persatuan membela kebajikan haiwan tapi sebab dia ni memang suka buat kerja khidmat sosial kepada masyarakat.. So, tanpa syarat & banyak soal jawab dia cuba membantu saya. Dengan bantuan dia di permulaan tu la.. saya mampu berjuang hingga sekarang dengan di wakili peguam. 

Rasanya aduan & kes saya kat PPIM tu dah close gamaknya sebab last pegawai PPIM Cik Far** yang cantik tu kata kalau susah sangat depa suggest close case je kalau saya tak mampu bagi kerjasama untuk datang setiap kali di panggil. Kalau seminggu 2 3 kali susah jugak la kan. Yelah saya ni tak pandai drive, harap suami je. Ada anak autisme yang memang bukan mudah nak handle. So, maybe saya susah sikit nak follow prosedur PPIM yang memerlukan saya perlu berulang alik ke PPIM tu. Takpe la.. saya jenis tak berputus asa kan? Saya cuba macam2 cara takkan sampai stage ni saya nak give up pulak. Sia sia je la usaha saya sejak dari bulan puasa lepas.

Apapun yang close cuma kat PPIM.. tapi kat mahkamah kes saya masih berlangsung. Kalau kat mahkamah dapat close case juga kan bagus.. hehehehe. Moga jadi doa termakbul Amin..

Tapi Alhamdulillah.. Orang kata kita kena minta bantuan dari Allah. Sebab manusia ni cuma perantaraan. Akhirnya ramai juga yang membantu saya untuk mengumpul dana bagi menampung kes guaman saya lebih kurang RM44k tu.. Sekarang separuh dari jumlah tu dah berjaya di kumpul dengan bantuan kawan kawan bloggger, netizen,page2, group2 & individu atas dasar keprihatinan mereka sendiri untuk membantu sekadar yang termampu. Yang pasti bukan dari mana2 NGO berdaftar atau berpengaruh.

Kes budak tu dah settle dengan bantuan PPIM & PPEM.. tapi kes saya masih belum selesai & dana pun belum cukup. Hope ada yang sudi membantu saya. Tapi kalau PPIM nak bantu mencari dana untuk saya pun kecil tapak tangan.. Padang Golf tu saya tadahkan. hehehehe. Boleh merujuk post ni untuk menghulurkan bantuan.. Moga ada sinar harapan untuk saya di bebaskan dari pertuduhan tersebut.. 


Boleh Rujuk posting di sini https://goo.gl/35ktkB

2 comments:

  1. PPIM tidak pernah mengumpulkan sebarang dana mahupun mempromosikan ‘fundraising’ sehingga mencecah RM70,000.00 seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi membantu membebaskan individu tersebut.

    Sumbangan yang diberikan adalah dari sebuah kelab permotoran yang mengumpulkan jumlah wang terbabit atas bantuan orang ramai dan beberapa NGO lain bagi membebaskan pesalah.

    Tambahan lagi, segala ‘fundraising’ tidak melibatkan PPIM sama sekali. Ia dilakukan oleh Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM) yang terlibat secara langsung mempromosikan poster dan pengutipan dana secara keseluruhan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com