SPESIS TAKDE LIFE ASYIK BERKEPIT DENGAN FAMILY

18.10.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

SPESIS TAKDE LIFE ASYIK BERKEPIT DENGAN FAMILY. Tu dia.. Bawangnya kau punya tajuk entri kan? Mesti ramai dah ketap bibir ni tahan geram. Dasar blogger mulut jahat katanya. Hello.. saya tak tulis blog pakai mulut saya taip guna jari jemari je ok! So jangan blame my mulut ok! I saman u nanti.. hehehehe

Amboi hangpa kan.. Suka sangat judge orang by the tajuk entri ok! Ni mesti spesis baru berkenalan dengan blog lekatlekit kan? Kalau dah lama follow blog lekatlekit depa tak main la nak judge2 by the tajuk je ok! Depa akan clik & baca dulu entri yang lekatlekit karang berkajang kajang ni.

Mungkin bagi orang lain even dah kawen & beranak pinak depa tetap nak  ada social life dengan kawan kawan. Apa orang sekarang cakap 'Me Time'. Nak release tension. Asyik mengadap muka anak & suami/isteri je pun boleh stress.. Bagi depa orang yang asyik berkepit dengan family ni macam tak ada life je. Yelah.. tak bersosial asyik bila jumpa je dengan family dia. Nak lepak2 dengan kawan kawan memang tak la. Ya Allah bosannya hidup dia.. Kata mereka la.

Tu bagi orang lain la tapi bagi saya. Buat masa ni saya lebih selesa dengan keluarga saya. Tak masih tak reti nak berjalan tanpa keluarga saya. Bagi saya untuk kehidupan social saya mungkin tidak sesuai saya nak pratikkan buat masa ni. Saya dah banyak bersosial dengan kawan kawan masa bujang saya. dari umur saya belasan tahun.. Saya dah bersosial jadi bila saya dah berkahwin biarlah saya dengan keluarga saya. Lagipun benda tu salah satu cara mengelak fitnah. Almaklum status isteri & ibu dah kan sekarang. Kena sedar diri hehehehe

Saya tak perlukan Me Time buat masa sekarang. Lebih2 lagi dengan condition anak saya yang memang masih perlukan perhatian rapi. Saya pun saya tak berapa percaya untuk orang lain jaga dia.

Sejak kawen memang kemana mana atau nak pergi holiday ke hapa memang dengan family. Sebab Kadang - kadang percutian dengan family ni lebih mudah & enjoy. Nak bercuti dengan kawan kawan ni dia kena ada plan. Plan tu pulak kadang2.. planing bagai nak rak last minute ada yang cancel la.. ada yang emergency la.. macam macam la masalah. Contoh yang buatkan percutian terutama Roadtrip jadi menyakitkan hati & tidak berlaku seperti yang di rancang adalah sebab masalah ni >> Plan Roadtrip Tapi Tak Jadi? Ini 6 Sebab Kenapa Trip Asyik Cancel Banyak Kali. << Jadi kalau nak bercuti dengan family kadang2 tak payah planning pun rasa ada kelapangan & bajet.. bungkus kain baju gerak je. Settle.


Nak buat Roadtrip pastikan kenderaan anda cukup minyak pelincir. pelincir Shell Advance ni? Kat mana nak beli? Haa, kalau risau korang tersalah beli yang tiruan, beli kat Lazada Store je! Memang yakin original dan korang boleh dapat harga diskaun serendah RM 17.90!

Jadi bagi saya.. Saya lebih selesa dengan family saya. Itulah life saya.. Yang rasa orang macam saya macam takde life bukan satu masalah pun pada saya. Life ke tak life.. selagi kita rasa happy dengan cara hidup & pilihan kita kenapa kita nak kisah sangat pandangan orang yang tak menguntungkan apa apa tu. Lantak dia la nak judge macam mana pun. Dia nak bersosial macam orang bujang tu dia punya pasal la kan.. Tu cara hidup dia. hehehehe

Moral of the story.. Tak faham orang yang suka nak sedih bila dah kawen social life dia tak macam dulu. Kawan2 dah semakin menjauh bagai. Sungguh tak faham apa yang menyedihkan sangat kalau setakat tak boleh lepak dengan kawan kawan.. Selagi kau tak reti bersyukur selagi tu kau rasa hidup kau sentiasa tak cukup.

2 comments:

  1. Sama la dgn Liez.. sbb liez anak perempuan tunggal dlm family.so seblm kawin pun dh mmg berkepit dgn family. Even dh kawin pun byk bercuti atau jln2 lebih dgn family dr suami..kena pulak suami jenis tak kisah klau nak spend ms dgn family...liez lg suka.. xkisah org ckp apa pun

    ReplyDelete
  2. saya la tu yang takde life tu..hihi..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com