HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA

11/30/2017 08:12:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA. Di sebabkan malam ni malam Jumaat.. Malam paling afdal katanya memomokkan manusia penakut macam hangpa.. Maka bersiaran la segmen seram serik lekatlekit di blog lekatlekit.com ni. Jarang jarang sekali den membuat kompilasi cerita seram yang pernah di alami geng mat motor ni. Apa ingat lab cecah lutut.. tak ketaq lutut ka jumpa hantu.. Depa memang berani lab lab kat konar tajam tapi nampak hantu semua pecut juga hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Sebab ada beberapa cerita dari pengalaman mat motor yang den dapat dari sebuah forum.. tapi den pilih satu cerita je antara cerita2 yang di kongsikan kat situ. Banyak2 satgi ada yang kejung depan blog den pulak lepas baca. Tak pepasal den di persalahkan oleh 7 keturunan hangpa. 

Alkisah cerita dia seorang mat motor ni nak balik dari hartamas dengan kawan kawan dia. Of course naik motor.. Takkan la naik angin pulak kan? Kisah mat motor kot.. Masa dia mula sedar diri untuk pulang kepanggal jalan.. erkk.. kerumah time tu dah pukul 11.55 malam. So dia berkonvoi balik dengan 2 orang lagi kawan yang sebab jalan balik tu sehala.

Sampai exit tol rawang salah sorang terus ke tangjung malim katanya.. dua lagi masuk exit tol rawang. Sampai sungai choh kawan dia yang konvoi dengan dia balik rumah maka dia meneruskan perjalanan sendirian menuju ke sg buaya yang katanya lebih kurang 10km dari rumah kawan dia tadi.

Sampai kat satu simpang nak masuk jalan gelap dia stop sat kat tepi jalan.. Tujuan dia nak tunggu kot2 ada kereta lalu boleh la menumpang pulang bersama sama. Bukan tumpang kereta tumpang beriringan sebab dia takut. See... Mat motor pun ada fear factor dia ok. Dia takut sebab jalan gelap katanya... Time tu dah pukul 12.45.. Dah tau takut gelap tetengah malam baru hang ingat rumah sapa suruh. hahahaha

Dok tunggu sebiji kereta pun tak lalu masa tu. Sebab jam pun dah 1 pagi so nak tak nak dia gerak juga sengsorang pelan pelan. Masuk je jalan gelap terus dia pasang high beam pastu tunggang motor maintain 100kmh walau dalam hati tu dah cuak. Risau berlaku apa2 memang mampuih la dia. Sesambil layan konar kiri kanan tetiba ada something ketk helmet dia dua kali. Time tu dia buat tak tau lagi sebab dia syak maybe serangga terlanggar visor helmet dia. So dia teruskan perjalanan ini.. menuju destinasi, berbagai lebuhraya di laluli.. Sorry admin blog ternyanyi pulak. heeehe

Sampai last corner katanya.. Tempat tu memang port bebudak motor maut katanya. Dia tunggang macam biasa memang tak pandang side mirror langsung tengok jalan jer. Katanya ngam ngam kelur corner tetiba.. mak kau hijau! Tu dia terlatah pulak.. Bukan apa dia nampak ada sesuatu berdiri tepi jalan. High beam motor dia pulak ngam ngam sulu kat era menatang tu.. Na'uzubillah.. Nampak la jelas sekujur tubuh serba putih.. (standard uniform makhluk tu) dok park elok.. baik punya tepi jalan.

Apa hangpa ingat mat motor tu nak bagi tumpang bonceng kat belakang. Sorry ok! Dia pecut sampai redline sambil terkumat kamit la membaca apa je dia inga. Sampai rumah tak turun buka gate dah.. main langgar je. Tak sempat off motor terus ketuk pintu panggi mak dia.. Time tu memang meremang segala bulu yang ada. Bila mak dia buka jer pintu terus menerpa masuk tak buka kasut. Bayangkan la macam mana takutnya mat motor tu. Sampai mak dia tak tanya pun tak jawab sepatah. Terus masuk mandi, ambil wuduk & solat Isya sebab dia belum solat katanya.

Moral of the story.. Tak kira kau mat motor, konar baring cecah lutut ada rekod cium tar jalan setiap tahun tapi masih tak pernah serik bawa motor.. tetap jangan sesuka balik lewat malam. Baru acah acah possing tepi jalan.. hang dah pecut sampai kecut.. Belum dia tumpang seat belakang.. Gamaknya putus urat kentut. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI YANG BERHIJAB TERUS FREE HAIR DENGAN APLIKASI PITU

11/29/2017 03:56:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

RAMAI YANG BERHIJAB TERUS FREE HAIR DENGAN APLIKASI PITU. Ada kaum adam yang tak tahu menatang apa Pitu tu? Kat tajuk entri den dah tulis sejenis aplikasi. Aplikasi ni sejenis aplikasi editing gambar. Dah nama aplikasi ni dia selalunya memudahkan proses editing. Hangpa upload ja gambar satgi dia auto la mengubah muka hangpa dalam wajah yang hangpa nak dari pilihan yang di sediakan. tak payah susah2 nak crop & paste kemudian nak buat effect bagi nampak smooth editing tu supaya nampak real. Semua aplikasi tu dah setting kan..


Dua tiga hari ni nampak ramai kengkawan den kat pesbuk seronok main aplikasi Pitu tu. Semua jadi lawa lawa belaka macam retis korea memasing. Serius editing aplikasi Pitu tu nampak real jer.. Tak nampak pun crop & paste. Nampak smooth sangat. Yang tak lawa pun jadi lawa apatah lagi yang lawa memang bertambah tambah lawa la dengan aplikasi pitu tu..

Ada yang tanya " hang tak mau try ka suria lekalekit? " tak mau la kami memang dah lawa.. kami kan orang bunian. Orang bunian kan auto lawa tanpa perlu aplikasi katanya hahahaha. Amboi melawak ja. ada yang muntah tepi skrin dah. Kami tak mau la dok tunjuk muka sangat satgi ada yang histeria tengok muka kami yang penuh seram ni. Biarlah orang nak tuduh guna fake account pun katanya hahahaha

Antara gambar menggunakan aplikasi Pitu yang den rasa paling kelakar hahahaha

Tapi tu la kan.. Sebab aplikasi pitu ni dia convert hangpa yang berhijab jadi free hair macam tu, boleh ka? Jangan la marah den tanya sebab den pun tak sure samada benda tu boleh atau tak. Nak jadi setazah pun tak berani la kan.. Almaklum la ilmu yang ada ni paras buku lali pun tak sampai. Nak menjatuhkan hukum pada orang lain.. Tak berani la pulak.

Lagipun den ni spesis yang tak main sangat aplikasi2 ni.. Aplikasi den guna dah tentu ada tujuan. Yang merapu ni memang tak cukup space nak install kat phone jadi den ni terhidar la dari termain aplikasi bukan bukan. Almaklum la enpon pun yang out of date dah katanya hahahaha

Comel kan hasil edting guna aplikasi Pitu. Ni pun hasil carian dari #Pitu kat facebook

Apapun kalau hangpa nak tahu apa hukum main aplikasi macam tu samada haram ke halal ke harus ke merujuk la kepada mereka yang berilmu. Jangan tanya den pulak yer.. Seriusnya den sendiri tak tahu & tak pasti. Masih mencari jawapan yang sahih. Kalau den jumpa sumber yang sahih nanti den kongsi kat blog lekatlekit.com ni yer..

Rasanya setakat nak main aplikasi tu tak salah kot.. cuma persoalan cuma boleh ke tidak di muat turun kat media sosial untuk tatapan umum.. Yelah.. yang buka tu aurat kartun kan. Kita tumpang muka je kat situ. Kalau kita letak muka kita pada badan orang lain yang tak tutup aurat tu di bolehkan ke tidak yer? Serius memang saya sendiri tak tahu. Kalau ada yang tahu boleh share kat ruangan komen ni okay!

Moral of the story.. Comel hangpa bila di Pitu kan.. Geram rasa nak cubit cubit. hahahahaa

p/s : JANGAN PULAK ADA KATA DEN BERLAGAK ALIM.. ni cuma entri yang bertanya bukan menjatuhkan hukum pada sesiapa. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG MENARIK DI WILAYAH KANSAI, BOLEH TENGOK ANAK MUDA TEMPATAN BERPAKAIAN TRADISIONAL (KIMONO)

11/29/2017 11:23:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

YANG MENARIK DI WILAYAH KANSAI, BOLEH TENGOK ANAK MUDA TEMPATAN BERPAKAIAN TRADISIONAL (KIMONO). Cuti sekolah dah mula.. Yang mana ada bajet lebih maybe ada perancangan nak bawa anak anak bercuti di luar negara tapi tak tahu negara mana yang sesuai untuk di bawa anak anak supaya dapat meransang & membentuk anak anak pada pengaruh yang baik bila melihat cara hidup & budaya masyarakat luar negara.


Kita sedia maklum.. Jepun antara negara yang boleh nampak budaya & cara hidup dia agak baik. Orang jepun sangat di kenali sebagai pembersih, rajin, sopan & menghormati. So cara hidup macam ni secara tak langsung mungkin boleh mempengaruhi anak anak kita bila kita bawa melawat ke negara tersebut jadi rasanya Kalau nak bawa keluarga bercuti.. Negara jepun salah satu negara yang agak baik darisegi budaya & cara hidup selain banyak juga tempat menarik boleh di lawati.

Untuk hujung tahun ni.. Kalau nak melancong ke jepun, Best juga kalau ada yang nak ke Wilayah Kansai. Sebab Wilayah Kansai merupakan salah satu wilayah yang maju.. di mana terdapat 7 negeri iatu Osaka, Kyoto, Hyogo, Nara, Wakayama, Mie dan Shiga. Kat situ memang banyak sangat tempat menarik boleh di lawati antaranya..

〄 Osaka Castle
Merupakan Satu Ikon Yang Menjadi Tarikan Utama Pelancong Ke Bandar Osaka. Bangunan Asal Istana Telah Dibina Pada Tahun 1583 Sewaktu Pemerintahan Toyotomi Hideyoshi. Osaka Castle Telah Beberapa Kali Musnah Akibat Peperangan Dan Kebakaran. Osaka Castle Akhirnya Telah Dibina Semula Pada Tahun 1928 Mengikut Pelan Dan Seni Bina Asal Seperti Di Zaman Toyotomi Hideyoshi. Istana Yang Berketinggian 8 Tingkat Ini Memiliki Balkoni Di Tingkat Teratas. Pemandangan Bandar Osaka Dan Taman-Taman Di Sekeliling Istana Boleh Dilihat Dari Balkoni Ini. Pemandangan Pada Musim Bunga Sakura Sudah Tentunya Akan Memukau Sesiapa Sahaja Yang Melihatnya. Bahagian Dalam Istana Telah DIjadikan Musium Yang Mempamerkan Sejarah-Sejarah Silam Jepun Dan Osaka.

〄 Osaka Bay Area

Sebuah Pulau Buatan Yang Terletak Di Perairan Barat Osaka. Dibina Untuk Menampung Penambahan Populasi Di Osaka. Ia Telah Dijadikan Sebagai Tempat Pelancongan Utama Di Osaka Dengan Pembinaan Beberapa Tarikan Pelancong : Diantaranya Ialah Tempozan Ferris Wheel; Antara Ferris Wheel Yang Tertinggi Dan Terbesar Didunia Dengan Ketinggian Lebih 112 meter. Anda Dapat Melihat Pemandangan Bandar Osaka & Gunung Ganang Di Sekeliling Wilayah Kansai Daripada Atas Puncak Roda Ini. Di Sini Juga Terdapat Kaiyukan Akuarium; Yang Merupakan Akuarium Tertutup Terbesar Di Dunia Yang Memiliki Kepelbagaian Spesies Ikan Dan Haiwan Laut.

〄 Santa Maria Ship, Osaka
salah satu perjalanan yang paling menyeronokkan di Osaka adalah untuk pergi dengan bot. Kapal yang digunakan adalah serupa dengan yang digunakan oleh Columbus, penemu Amerika, dua kali ganda saiz kapal. Di tengah-tengah kapal berdiri patung Columbus, yang membuat saya tidak berhenti membayangkan perjalanan yang dibuat Columbus semasa menaiki kapal ini.
Kapal itu, bernama Santa Maria, berlayar ke Osaka Bay dari Tempozan Harbour Village

Santa Maria Ship

〄 Namba, Osaka
Terletak Di Bahagian Selatan Osaka; Namba Juga Dikenali Sebagai Minami Yang Bermaksud Selatan. Ia Merupakan Salah Satu Pusat Bandar Osaka. Ia Merupakan Kawasan Hiburan Dan Membeli-Belah Yang Paling Sibuk Dan Terkenal Di Osaka. Antara Lokasi Membeli Belah Utama Di Namba Ialah : Namba Park, Dotonbori, Shinsaibashi, dan Den Den Town.

〄 Nara Machi
Terletak Di Pusat Bandar Nara. Nara Machi Merupakan Sebuah Pusat Perniagaan Yang Terkenal Pada Kurun Ke 15. Tapak Asal Nara Machi Merupakan Kawasan Kuil Gangoji Ketika Nara Menjadi Ibu Negara Jepun Pada Tahun 710 - 780. Terdapat Beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO di Nara Machi Yang Boleh Dilawati : Antaranya Ialah Kuil Gangoji, Dewan Daibutsuden Di Kuil Todai-Ji ; Yang Merupakan Bangunan Kayu Terbesar Di Dunia Dan Beberapa Lagi Bangunan Dari Era Nara. Disini Juga Terdapat Satu Taman Paling Unik Di Dunia Iaitu Taman Nara (Nara Park). Di Sekitar Taman Ini Terdapat Ratusan Rusa Liar Yang Berkeliaran Tanpa Pemantauan Dan Halangan. Pelancong-Pelancong Bebas Untuk Mendekati Rusa-Rusa Liar Yang Jinak Ini.

〄 Arashiyama Bamboo Grove, Kyoto
Ia Terletak Di Pinggir Barat Kyoto. Merupakan Satu Daerah yang Terkenal Dengan Warna-Warni Bunga Sakura Semasa Musim Bunga Dan Dedaun Kuning Di Musim Luruh. Mercu Tanda Utama Di Arashiyama Ialah Bamboo Groves Yang Merupakan Hutan Buluh Paling Terkenal Di Dunia. Walaupun anda telah melihat dusun buluh di kuil-kuil yang berbeza di Jepun, tetapi tidak ada yang sebesar yang terletak di Arashiyama. Tiket masuk ke Arashiyama ini adalah percuma. 

Arashiyama Bamboo Groove

〄 Arashiyama District
Disini terdapat satu jambatan yang terkenal iatu jambatan Tokugetsu. Jambatan Asalnya Telah Dibina Semasa Era Heian (Tahun 794-1185). Jambatan Ini Telah Dibina Semula Pada Tahun 1930-an. Ia menjadi terkenal kerana kecantikkannya bila tiba musum luruh & bunga. Kat sini juga katanya anda boleh nampak di mana mana sahaja penduduk tempatan yang mengenakan pakaian tradisional mereka seperti kimono. Yang menarik lagi ia di pakai di kalangan orang muda yang cantik & kacak. Kalau kesini jangan lepaskan peluang bergambar dengan orang tempatan yang berpakaian tradisional mereka.

Higashiyama Kyoto

〄 Himeji Castle, Hyogo
Istana ini di bina pada tahun 1333, berlokasi di puncak bukit Himeji di wilayah Hyogo Jepun. Istana ini dianggap sebagai contoh terbaik seni bina istana Jepun

Nak melancong keluar negara ni elok la kalau rasa memang tak pandai nak berjalan secara backpacking ambil pakej dengan travel Agent. Salah satu pakej bajet adalah dengan mengambil  dengan Bajet Japan Trip (JBT). JBT ni bukan ada sahaja ada full pakej sekali dengan penerbangan malah kalau ada yang dah tempah tiket penerbangan cuma perlukan travel guide je kat sana.. Pun boleh ambil pakej JBT. Insya Allah travel Agent yang boleh di percayai & dah lama menguruskan perjalanan pelancong dari Malaysi ke Jepun.

Untuk bulan disember 2017 & Januari 2018.. Japan BudgetTrip (JBT) dah sediakan satu pakej khas untuk pengunjung yang dah buat tempahan tiket penerbangan serta penginapan cuma perlu travel guide di sana jer untuk melawat tempat tempat menarik sekitar kansai. Tempat tempat tersebut adalah kawasan yang terdapat di Osaka, Kyoto, Hyogo, Nara dan Wakayama sahaja.

Trip bermula di Osaka (hotel sekitar Osaka)

A – 3 hari : 1 hari Osaka & 2 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)

B – 4 Hari : 2 hari Osaka, 2 Hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)
Trip bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

C- 5 hari : 1-2 hari Osaka (bergantung kpd waktu penerbangan). 3 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)

D -5 hari (Shinkansen) : 1-2 hari Osaka (bergantung kpd waktu penerbangan). 3 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)

E -6 Hari (Shinkansen) : 1-2 hari Osaka (bergantung kpd waktu penerbangan). 4 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara, Himeji)
* harga termasuk kos pengangkutan. Itinerari secara detail tempat lawatan juga boleh dibincangkan selepas pakej pemilihan dibuat.

Sebarang pertanyaan lanjut atau penempahan pakej, boleh hubungi

 Whatsapp : japanbudgettrip.com.my/0133417178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Korang boleh ikuti Japan Budget Trip di Media Sosial
Facebook : Japan Budget Trip - JBT
Twitter : Japan Budget Trip
Instagram : japanbudgettrip

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA?

11/29/2017 10:40:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA? Lagu yang tengah viral sekarang.. Lagu yang di nyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia yang berketurunan minang. Orang minang ni bahasa indonesia dia tak berapa pekat.. Banyak juga unsur2 melayu kat malaysia ni jadi tak susah sangat nak paham. Berbanding indonesia yang pure.. perasan tak?

Upiak Isil

Ramai yang mula kenal dengan penyanyi lagi Tak tun Tuang yang bernama Upiak Isil ni. Kalau kita kat Malaysia ni dengar nama Upiak Isil ni macam pelik sikit kan tapi bagi orang minang mungkin nama untuk mengambarkan identiti minang kot. Nama sebenarnya Supiah ke hapa.. lebih kurang macam tu la nama dia.

Pagi tadi di sebabkan budak shahila (anak den) bangun awal minta buka TV so sempat la tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) kat tv3. Ada jemput penyanyi Tak tun Tuang si Upiak Isil ni.. So, tahu la serba sedikit tentang sejarah lagu tak tun tuang ni.

Menurut cerita si Upiak Isil.. Lagu Tak Tun Tuang ni sebelum ni pernah di nyanyikan oleh seorang penyanyi lelaki minang jugak.. Tapi dia ambil lagu ni buat renovation sikit dari segi liriknya & nyanyikan dengan cara dia tersendiri. So bermakna penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang ni bukan si Upiak Isil la.. cuma di ambil & di olah semula. Pencipta lagu ni seorang lelaki yang tak tau la sapa.. Takde pulak di sebut nama tadi.

bagi yang tak pernah dengar lagu Tak Tun Tuang boleh tengok video ni

Mesti ada yang nak tanya apa maksud Tak Tun Tuang? Bukan aku sayang Yahudi ok.. Hangpa kan.. kalau dengar perkataan pelik sikit semua nak translate aku suka yahudi bagai kan. Dia tak ada maksud apa2 cuma perkataan Tak Tun Tuang tu cuma mengambar kesan bunyi gendang kata si Upiak Isil. Alah.. lebih kurang macam rappers dok buat bunyi ala2 alat muzik tu juga la. Jangan ingat Tak Tun Tuang ni mentera2 yang menyeru jin & syaitan pulak bila tengok penyanyi dia macam ting tong je bila nyanyi lagu ni. hehehehe

Si Upiak Isil ni bukan la baru dalam industri seni indonesia.. Cuma dia mungkin tak di kenali macam penyanyi penyanyi popular di Indonesia. Upiak Isil telah menghasilkan 19 album tapi hanya satu lagu je yang laku, Tak tun tuang.. Tak silap lagu2 minang la. Cuma Tak Tun Tuang ni yang menaikkan nama dia sekaligus menjadikan dia seorang yang di kenali di Indonesia & malaysia. Dah rezeki dia..

Senang si Upiak isil ni dia tak payah fikir pakai baju cecantik nak datang buat persembahan.. tadi kat MHI pun dia pakai baju macam blaus, kain batik & selipar jer. Memang konsep untuk bawa lagu tu santai macam orang tak mandi gamaknya.

Orang ni spesis bantut macam den juga.. Apa yang menarik pasal di Upiak Isil ni dia nampak mempunyai confident level yang agak tinggi, orangnya nampak kelakar. Dulu aku ingat dia memang jenis suara sumbang tak boleh nyanyi tapi sebenarnya suara dia tu ada.. Cuma untuk bawa lagu ni mungkin dia membawa dengan cara yang macam ada sumbang2 sikit sebab tu lagu ni nampak unik bila Si Upiak isil ni nyanyi.

Haritu ada baca keratan akhbar yang Upiak isil tak berapa puas hati bila Andi Bernadee seorang penyanyi baru cover lagu & menjadi viral di media sosial. Dia kata Andi Bernadee mengaku itu lagu dia padahal budak tu takde keluar statement kat mana2 pun kata lagu dia. Upiak isil kena ucap terima kasih tau sebab Andi Bernadee mempopularkan lagu tu di kalangan pendengar malaysia. Dah tak yah gaduh2.. den cadangkan hangpa berdua berduet je confirm meletop macam popcorn. hehehee


Itulah serba sedikit tentang lagu Tak Tun Tuang.. So bagi yang tertanya tanya apa maksud tak tun tuang tu tak di selubungi misteri lagi lah yer..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADA YANG AMBIL KESEMPATAN SELEPAS ELYANA DEDAHKAN MENGIDAP KANSER TAHAP 4

11/28/2017 04:10:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

ADA YANG AMBIL KESEMPATAN SELEPAS ELYANA DEDAHKAN MENGIDAP KANSER TAHAP 4. Den takde esteruk so masa Elyana buat pengakuan dia mengidap kanser Limfoma stage 4 memang den tak tengok la.. Yelah.. nak tonton celah mana kalau tak langgan esteruk kan. Tapi takpe apa2 informasi semua hujung jari jer. Tak sampai 24jam kalau isu2 hangat macam ni cepat je tersebar.


Takde apa nak komen pasal Elyana tu.. Hope Elyana teruskan rawatan & kuatkan semangat. Kadang2 semangat tu jadi penawar pada semua penyakit. Kalau tak ada kekuatan dalam memang susah nak lawan penyakit. Tapi nampak Elyana seorang yang kuat kerana mampu survive kanser selama 7 tahun. Memang perlukan kekuatan mental & fizkal.

Cuma yang tak best bila ada yang mengambil kesempatan mempromosikan produk yang katanya mampu membantu pesakit kanser stage 4 selepas Elyana membuat pengumuman di GV bahawa dia sedang menghidap Kanser Limfoma tahap 4... Allahu.. Orang tu sakit jangan la gunakan dia untuk jual produk & claim seolah olah produk tu mampu membantu menyembuhkan kanser. Jangan la bagi harapan tinggi sangat pada pesakit kanser dengan apa2 produk. Kalau supplement sehebat tu mampu kurangkan sel kanser dari stage 4 ke stage 2.. Patut hospital gunakan salah satu alternatif merawat penyakit kanser ni. Apa ingat hospital di bina untuk membunuh orang ke? Hospital fungsinya merawat orang sakit.. Jadi apa benda yang terbukti boleh membantu merawat pesakit kalau terbukti keberkesanannya & terbukti selamat.. Kenapa tak di gunakan dalam rawatan di hospital.. ye dak??

Ini yang aktivis medic dok berjuang.. Overclaim dari penjual produk yang nak meraih keuntungan dari mereka2 yang mungkin terdesak nak sihat.. nak sembuh dari penyakit bahaya macam kanser ni. Tapi aktivis medic pulak di tuduh & di fitnah bukan bukan. Ada yang di ugut dengan macam macam jenayah.. Ingat senang ke nak bagi kesedaran & pendedahan pada masyarakat ni. Risiko macam macam.. Setakat saman tu tak extreme sangat. Ada yang lebih extreme aktivis media sosial kena tapi mereka yang di takdirkan menjadi aktivis ni maybe ada satu kekuatan yang luar biasa kot. Keberanian mereka memang kadang2 kita pun rasa nak tabik spring!

Kanser antara penyakit yang tidak boleh di jadikan iklan untuk apa2 produk. Jadi menjadi satu kesalahan mengiklankan apa2 produk yang boleh menyembuhkan kanser. Jangan la bagi harapan macam tu pada pesakit kronik.. Sapa tak nak sihat.. Sapa tak nak bebas dari penyakit kronik macam kanser. Sebab tu ada yang sanggup berhabis duit ambil macam2 produk dengan harapan dapat sembuh & sihat.


Den bukan anti local produk.. Tapi sebagai blogger yang dah insaf katanya.. tu dia statement dah insaf macam sebelum ni jahat sangat la kan.. Den tak jahat. Den tak memfitnah.. cuma outspoken jer. adalah menjadi tanggungjawab menyampai info untuk orang lain. Anda pengeluar & penjual produk kena bertanggungjawab keatas produk yang anda jual.

Hope Elyana tidak mengambil apa2 produk tanpa nasihat doktor. Apapun sama sama kita doakan Elyana di beri kesihatan yang baik, di beri kekuatan untuk melawan kanser & di beri kebahagian dunia & akhirat.

Moral of the story.. Allah dah kata setiap penyakit ada ubat kecuali mati. Berusaha je la cari penawar tapi jangan semborono nak ambil apa2 produk atau ubat tanpa nasihat pakar.. Memang la ia salah satu ikhtiar tapi biarlah mendapat nasihat pakar. Kita sedia maklum lambakkan produk di pasaran ada berdaftar.. ada tak berdaftar & ada yang bahaya. Kita yang takde konowledge ni kadang2 bukan tahu ingredient produk tu bahaya ke tak.. Penjual kata selamat.. kita pun ambik je. Last2 kena bungkus macam tu jer.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UNIT TRUST PELABURAN YANG BOLEH GANDAKAN SIMPANAN KWSP ANDA SELEPAS PENCEN

11/28/2017 10:06:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

UNIT TRUST PELABURAN YANG BOLEH GANDAKAN SIMPANAN KWSP ANDA SELEPAS PENCEN. Hari ni saya nak cerita pasal pelaburan. Kemain kan lekatlekit sekarang dari cerita seram, produk kecantikkan.. dah melangkah maju setapak cerita pasal pelaburan pulak. Of course la dalam penulisan pun kita kena ada anjakkan paradigma katanya. Kita tak boleh statik buat sesuatu yang sama. Kena improve diri tu kalau nak maju katanya.. hehehehe


Pelaburan ni.. kadang2 golongan macam kita yang biasa biasa ajer, kita rasa macam kurang berminat & tak mampu. Sebab mentaliti kita fikir pelaburan ni ada risiko & perlukan sejumlah modal yang banyak. Almaklum kita takut rugi.. Dah la duit yang ada tu pun bukan la juta lemon sangat katanya.. nak ambil risiko melabur.. kang melebur hapa pun tak dapat.

Tak semua pelaburan tu berisiko tinggi & perlukan modal yang tinggi. Ada jenis pelaburan yang tidak berisiko tinggi seperti pelaburan Unit Trust. Memang sesuai dengan golongan yang tak berapa pandai untuk handle pelaburan yang dia buat sebab ada golongan profesional yang ada manage pelaburan anda. Modal dia pun tidak membebankan sebab ada cara mudah korang melabur.

Sebagai pengenalan jom kita fahami dulu apa itu Unit Trust.. Bak kata pepatah melayu.. Tak kenal maka tak cinta. Kalau Unit Trust pun korang tak tahu pekebenda.. macam mana la korang nak berminat dengan dia kan. So secara ringkas & santai saya akan explain kepada anda semua apa itu Unit Trust.. Dia bukan Unit Tindakkan Khas yer... Jauh sekali pasukan Gerak Khas.

Unit Trust atau dalam bahasa Melayu bermaksud unit Amanah tapi di sebabkan orang Malaysia ni kan terbiasa guna bahasa rojak.. English mix dengan melayu, Very the King Koko yang a lots of mix tu katanya.. Jadi Ia memang lebih di kenali dengan nama Unit Trust Berbanding Unit Amanah. Jarang sangat orang nak sebut Unit amanah ni.

Unit trust ni adalah satu bentuk pelaburan yang membolehkan pelabur menggunakan simpanan mereka & di laburkan dalam saham atau aset lain & di uruskan oleh pengurus dana yang profesional. Yelah kan.. Bukan semua orang tahu sangat pasal pelaburan.. So melalui Unit Trust ada golongan profesional akan handle untuk anda. Korang cuma perlu tunggu keuntungan untuk masuk dalam account sahaja.

Dalam unit Trust Ada dua jenis Pelaburan

1. Pelaburan menggunakan simpanan KWSP 

Antara cara paling mudah untuk membuat pelaburan dalam unit amanah ialah melalui Skim Pengeluaran KWSP (Akaun 1). Skim ini memberi kemudahan kepada pemegang akaun KWSP yang layak untuk melabur sebahagian daripada amaun akaun 1 dalam dana-dana unit amanah yang diluluskan oleh pihak KWSP. Secara umumnya, pelaburan unit amanah untuk satu jangka masa panjang (10 tahun ke atas) berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 17% setahun. Satu perbezaan yang amat ketara berbanding dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP. objektif pelaburan unit amanah ialah pertumbuhan modal dan keuntungan jangka panjang.

Dana-dana unit amanah yang mendapat kelulusan pihak KWSP ialah dana-dana terpilih yang memenuhi kriteria tertentu dan tidak “membahayakan” simpanan pencarum. Bermakna risiko rugi tu tak ada & duit korang tak melebur (hilang) tapi boleh di gandakan. Dana-dana yang diluluskan ini secara umumnya mempunyai rekod pulangan yang baik dan tidak terlalu mendedahkan simpanan pencarum kepada tahap risiko yang terlalu tinggi.

2. Pelaburan Tunai 

Pelaburan tunai dalam unit trust swasta adalah kurang menjadi fokus masyarakat kita. Di dalam pasaran melayu, menyimpan duit dalam dana unit trust selain daripada Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah kurang popular. Sebenarnya tidak semua orang faham bahawa ASB itu sebenarnya ialah satu dana unit trust.

Oleh kerana kemudahan ASB dan jaminan yang diberikan seakan-akan bank, maka orang melayu menjadikan ASB sebagai tempat simpanan mereka yang utama. Bagi golongan yang teliti dalam aplikasi muamalah Islam, mereka mungkin memilih instrumen lain yang jelas taraf halalnya mengikut pengiktirafan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu tabung haji atau unit trust berasaskan syariah.

Jadi anda boleh pilih jenis pelaburan yang macam mana anda nak.. Samada Pelaburan melalui akaun 1 KWSP atau Pelaburan Tunai.

Pelaburan dalam Unit Trust ini adalah pelaburan yang kurang berisiko. Dana Unit Trust di laburkan ke dalam lebih daripada 50 Syarikat senarai awam yang meliputi pelbagai sektor seperti barangan pengguna, syarikat minyak, kelapa sawit, kesihatan, komunikasi & banyak lagi. Ada juga yang melabur di luar negara. Yang penting dengan Unit Trust ni semua orang boleh & mampu melabur tanpa melebur hehehehe.

 Mesti ramai yang nak tahu macam mana Pelaburan ni Boleh bagi keuntungan pada pelabur kan? 

Melalui aset aset yang di laburkan.. Nilainya akan naik maka dengan kenaikkan nilai ni di bayar dengan harga seunit unit trust.

Ataupun aset aset yang memberi pendapatan secara tunai melalui dividen atau sewa.. maka ia juga akan di bayar dengan kenaikkan seunit unit trust yang pelabur miliki.

Sebenar melabur guna account 1 kwsp ni untung tau.. lebih lebih mereka yang mungkin sudah berhenti kerja & tiada lagi caruman kwsp contoh seperti golongan yang dah pencen atau yang berhenti kerja awal dari umur pencen. Bila dah berhenti kerja.. So caruman KWSP pun dah tak ada secara automatik simpanan pun tak bertambah. Dengan cara melabur melalui unit trust juga dapat mengandakan simpanan anda dalam kwsp. Memang rata rata pelabur unit trust menggunakan account kwsp ni bagitau.. memang menguntungkan. Sebab simpanan tu bertambah so, benda ni akan menjadi simpanan untuk masa depan. Bila dah pencen tak perlu lagi buat kerja sampingan kalau simpanan dah mencukupi. Betul tak?

Kena ingat kalau berminat nak melabur.. Zaman sekarang banyak scammer (Penipu) yang menawarkan bermacam macam jenis skim pelaburan dengan janji 'Cepat kaya'. So, hati hati yer. Nak lebih selamat melabur la dengan Unit Trust selain risiko kehilangan modal adalah sangat mustahil & rendah, Ia dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Sehingga 31 Oktober 2016, terdapat 37 Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan dalam Unit Trust.. Jangan cari saya. Saya bukanlah orang yang expert dalam pelaburan Unit Trust ok.. Saya cuma menyampaikan info. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat Agent Unit Trust yang boleh di percayai..

Boleh mengisi borang online disini >> Saya Berminat Untuk Tahu 8 Tips Bijak Unit Trust <<

 rafhan 
 H/P No : 012-5586734 
 Whatsapp : http://www.wasap.my/60125586734/unittrustsuria 
Consultation Unit Trust, Kajang, Puchong, Serdang, Shah Alam & Kuala Lumpur

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI

11/27/2017 09:23:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI. Bertemu lagi yer kita anak anak.. dengan bedtime story malam ni.. Bukan apa kalau tak up kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni ada orang katanya akan mengalami insomia tak boleh tidur malam.. Amboi! Nak tido pun kena momok2 dengan cerita seram kan...


Ok la.. sebab malam ni ber mood nak up cerita seram.. mai dekat sikit anak anak. Mak nak cerita ni sebuah kisah seram untuk masa depan. Alkisah tersebut la kisah.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan firaun...

yer semestinya bukan kisah sang kancil. Saja je tu buat lawak.. ye ye.. tak lawak. Mak paham nak hangpa tak sabaq nak baca kisah seram pasal makcik kantin SMK tanjung Puteri ni kan? Mari kita mulakan cerita dengan bacaan Bismillah dulu..

Kisahnya seorang makcik kantin ni.. Almaklum la makcik kantin mesti la datang awal nak prepare semua benda sebelum budak budak datang sekolah & nak makan kat kantin. Makcik kantin ni normally pukul 5 pagi dia dah terpacak la kat kantin sekolah tu.. Takde la terpacak sebab nak nyanyi lagu Negaraku depan tiang bendera kat tapak perhimpunan tu.. Kejadahnya makcik tu nak buang tebiat pepagi buta terpacak depan tiang bendera kan. Of course la dia nak mulakan tugas harian dia sebagai makcik kantin yang dedikasi melakukan tanggungjawabnya terhadap kantin sekolah.

Selalunya kawan makcik ni akan sampai dalam pukul 5.30 pagi. Depa tong tong la buat kerja.. sorang kat dpaur sorang lagi prepare la barang nak masak. Makcik ni dia ni jenis telinga lintah.. Bukan makcik tu takde cuping telinga macam lintah tapi pendengaran sangat tajam. Bunyi semut kentut pun dia boleh dengar.. (Ok tipu). Masa tengah buat kerja dia dengar bunyi something macam orang bukan pintu kat belakang kantin..  Mula2 ingat bunyi kawan dia buat kerja tapi bila di amati betul2 bunyi tu.. Lain macam bunyinya.. Amboi! Bukan bunyi seksafon kasim selamat la.. Kasim selamat dah lama habis zaman. 

Bunyi yang makcik ni dengar bunyi seakan akan macam bunyi orang seret rantai besi atas jalan.. dah sapa pulak pepagi buta lari dari penjara kaki kena rantai besi tak sempat buka. So nak pastikan pekebenda & dari mana datangnya bunyi pelik tu makcik ni tengok la melalui tingkap dapur kantin. 

Apa yang makcik tu nampak... Tidak bukan kawan dia tengah main zero point dengan rantai besi. Belum gila kawan dia nak buat perangai tak semegah macam tu. Apa yang makcik tu nampak adalah jeng.. jeng.. (Drum Plesss!!)

Ada lembaga tengah berjalan sambil pegang something yang berat tapi dia tak tau apa benda. Tak nampak sangat gamaknya.. pepagi subuh sapie macam tu kan. Dalam samar samr dia nampak lembaga tu menuju ke stor kemahiran hidup di blok sebelah. Makcik tu kumpulkan semangat Sailormoon supaya tak terlalu takut dengan apa yang dia nampak & sambung buat kerja macam biasa. Dia tak bagitau sesiapa sampai la waktu rehat tengahari baru la dia buka story pasal apa yang dia nampak. Kawan dia yang sorang tu dah kecut sebab dia buat kerja masa tu kat belakang dalam stor.. Lokasi di mana makcik tu nampak lembaga tu menuju ke destinasinya. terus minta masuk kerja lepas subuh akak tu wei.. Tapi makcik yang berjiwa sailormoon tu rilex & tetap masuk kerja sebelum subuh. Apadahal... 

Di sakat benda2 mistik tu katanya bukan makcik kantin tu jer.. Tukang kebun pun pernah kena. Katanya pernah berlaku sesuatu yang menyeramkan masa tukang kebun tu datang repair mesin rumput waktu malam. Tapi apa kejadian & kejadahnya tak pulak tukang canang ni cerita. Hampeh toi! Kalau tak boleh juga yer den share kat dalam entri ni.

Katanya.. Sekolah tu dulu adalah sebuah markas tentera jepun masa perang dunia. Biasa la.. Ni mesti naik kaitan dengan hantu jepun atau hantu roh tak tenteram yang di siksa & di bunuh tentera jepun kan? Tipikal sangat tau!! Ni mak nak pesan yer anak anak.. Orang yang dah mati takkan jadi hantu sebab mereka dah terpisah dengan dunia & mereka takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk jelmaan pun. Even jelmaan seekor tungau pun tak boleh. So, ubah kepercayaan hangpa orang mati jadi hantu. Dah nak masuk 2018 beb.. takkan tak move on lagi dengan kepercayaan karut tu.

Moral of the story.. Jelmaan2 seram yang mungkin ada orang nampak yer boleh jadi bukan manusia tapi bukan juga jelmaan dari roh orang dah mati. Ia tak lain tak bukan.. jin & setan la tu.. Memang dah kerja dia menyesatkan anak cucu cicit adam ni. 

Sumber cerita : CARI

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENAKUTKAN! INI RISIKO BILA UPLOAD GAMBAR PENUH ANDA DI MEDIA SOSIAL

11/26/2017 04:36:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

MENAKUTKAN! INI RISIKO BILA UPLOAD GAMBAR PENUH ANDA DI MEDIA SOSIAL. Dua tiga hari ni kecoh dengan seorang Makhluk Tuhan yang menyerang posting mencari dana saya & menuduh saya cuba menipu dengan mengutip sumbangan. Sampai sudah dia nak bukti saya di saman katanya sedang perkara yang dia nak tu, Surat & No Writ Saman adalah benda yang saya di nasihatkan supaya tidak di dedahkan.


Walaupun Admin dari Group Penentang Scammer Anti Ponzi Malaysia & Ponzi Scheme Alert Malaysia.. Cuba menyakinkan dia bahawa saya tidak menipu. Mereka ada bukti kes saya valid sebab saya pernah mohon bantuan dari Group Anti Ponzi untuk mencari sumbangan bagi mengumpul dana untuk membayar kos guaman. Ramai yang yang tahu Group Anti Ponzi.. Menentang scammer. Ramai dah scammer di jatuhkan dengan pembongkaran mereka. Mereka takkan berkrompomi dengan mana2 scammer. Saya nak minta tolong pun perlu buktikan saya bukan scammer.

Tapi pakcik tu sampai hari ni.. Terus menerus membuat provokasi & menghasut orang supaya jangan membantu saya. Katanya account FB saya fake.. Gambar profile saya fake, nama profile FB saya fake. Nampak sangat dia tak pernah siasat pasal saya kan.. Tak pepasal dia dah memfitnah saya. Nanti la saya fikirkan nak maafkan dosa fitnah dia ke tidak. Hangpa boleh tengok pada posting ni >> https://goo.gl/rvQQDK <<



Asal tak tunjuk Full Page photo kat profile FB jer di tuduh fake. Ingat yang tunjuk full face photo tu semua betul sangat ke. Ada banyak sebab orang tak nak tunjuk sangat muka kat media sosial. Media sosial ni macam macam perkara boleh berlaku. Orang boleh manipulasikan gambar hangpa tu jadi macam macam cerita.

Salah satu contoh risiko yang bakal korang hadapi bila terlalu pemurah dok tayang muka kat media sosial.. Ni la salah satu padahnya. Rujuk gambar kat bawah.


Gambar hangpa boleh di letak dalam page2 bukan - bukan, boleh di jual untuk tujuan tak baik & banyak lagi perkara buruk. Ikut nasib je la.. Memang bukan semua orang akan kena tapi orang kata mencegah itu lebih baik dari merawati. Sebelum kena.. hati hati je la. 

Jadi please la.. ubah mentaliti. Tak semua orang yang privacy kan gambar dia, bermakna dia fake. Nak tuduh orang fake tu sila siasat dulu jangan nanti jadi fitnah pulak. Kalau den di katakan fake.. Memang spesis yang semborono je ni. Account FB den tu dah lebih 7 tahun kot..  Dari sebelum kahwin sampai dah ada anak. Kekal dengan FB yang sama.

Moral Of the story.. Biarlah orang nak tuduh fake ke hapa.. Yang penting kita tahu kita tak fake & kebenaran tu akan kekal di tempat benar sampai mereput dalam liang lahat.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIRAL! KENAPA KFC CHIZZA TAK BULAT MACAM DALAM IKLAN?

11/23/2017 08:09:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

VIRAL! KENAPA KFC CHIZZA TAK BULAT MACAM DALAM IKLAN? Hangpa dah cuba ke menu terbaru KFC Chizza tu? Rasanya mesti ramai dah cuba kalau tak.. Takkan ada yang dok troll menu baru KFC tu. Termasuk la den secara tak sengaja ter cuba KFC Chizza ni. Ikutkan hati.. Tak tertarik pun dengan iklan KFC Chizza tu tapi bila ber suamikan orang yang gila makan ayam ni.. Dia beli kita makan je la kan.


Kalau google gambar KFC Chizza ni yang keluar gambar KFC Chizza ni.. terbentuk bulat elok jer macam pizza.. Tapi tak tau la gambar tu iklan KFC Chizza dari negara mana. Ada indonesia, singapore tapi kalau tengok di website KFC.. Chizza dia memang tak berbentuk bulat sangat pun. Lebih kurang je la bentuk dia yang laki den beli tapau bawa balik tadi. Cuma tak 100% sama la macam iklan. Biasa la camera depa mahal.. editing depa expert.. hahahaha

Ni KFC Chizza den

Ada nampak page & netizen dok viral & Troll pasal KFC Pizza ni.. Tak tau gambar pizza bulat tu dia dapat dari mana yang pasti google jugak la tu. Cuma dia siasat ke gambar Chizza bulat tu iklan dari negara mana. Bukan apa satgi jadi pitenah pulak kan.. Jenuh hari raya nak cari KFC minta ampun pulak hehehehe


Tapi kalau tengok kat website KFC memang bentuk dia tak bulat pun cuma nampak besar. Biasa la dalam gambar kan? Tapi tak sure jugak la kot2 den yang terlepas pandang. Google jugak tak jumpa mana2 video iklan Chizza Malaysia yang bentuk dia bulat.


Kalau dok cerita pasal bentuk KFC Chizza ni berepisod jadinya entri ni.. Kang tak pepasal jadi entri bersiri pulak kan.. Sudah sudah la tu dok troll pasal bentuk KFC Chizza ni. Memang kat website KFC malaysia pun tunjuk gambar Chizza tu tak bulat pun cuma nampak besar tu biasa la.

Rasa dia? Rasa macam daging ayam yang selalu letak dalam burger kfc je cuma tambah cheese, bawang, nenas bagai jer kat atas dia. Maka terhasilkah satu menu akhir zaman bernama KFC Chizza hahahahhaa.

Nak kata azab sangat rasa dia takde la.. Rasa macam ayam goreng kfc la juga. Takde apa nak maki hamun sangat pun pasal KFC Chizza ni. Lagipun tak baik kita mencerca makanan kan. Hehehe.. Tak tau la kalau orang lain maybe kena dengan taste hangpa sedap la kot.. Tapi ada yang kata so.. so.. je. Tapi yang mana dapat review berbayar of course la cakap sedap kan. hahahaha

Makan KFC celebrate apa? Dak aih.. anak kami baru 6 tahun tak ambil result UPSR. Tak dak celebrate apapun.. Tup tup laki bawa balik je jadi melahap la jangan banyak tanya katanya. Padahal tak habis pun.. Sebab tekak ni dok rasa nak makan ayam penyet tapi tak di suarakan rasa hati yang ternovel jauh di dalam lubuk jiwa. So kena juga hadap KFC hehehehe.

Sekian sahaja review saya untuk KFC Chizza... hahaha. Tetiba blur

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIREH BOLEH MENYEBABKAN KANSER MULUT

11/23/2017 10:46:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

SIREH BOLEH MENYEBABKAN KANSER MULUT. Orang sekarang ada ke suka makan sireh pinang ni? Tapi di kalangan orang2 india.. rasanya masih amalkan makan sireh pinang ni. Kalau dulu - dulu kat kampung selalu juga la tengok nenek2 & makcik2 dok kunyah sireh pinang sambil berforum petang2 bawah pokok atau atas beranda papan kan. Ada tu siap tumbuk2 lagi dalam bekas orang kampung panggil sobek ke hapa.. tak sure pulak. Tapi sekarang jangankan kat bandar.. Kat kampung pun jarang nampak orang makan sireh pinang ni.


Sireh pinang ni cuma nampak macam orang kahwin tu pun buat sireh junjung untuk hantaran kahwin. Pernah la cuba kunyah2 sireh pinang ni.. letak kapur sikit. Kenot go la kakak.. rasa pahit, payau.. kebas lidah rasanya. Almaklum la kakak kan lahir kat obersiti.. tu dia kau Obersiti kat mana tak tau la. Padahal lahir ceruk rumah kat kampung ja hahahaha. Walaupun begitu kakak tidak membiasakan diri makan sireh pinang so kakak tidak mengalami gejala ketagihan sireh pinang ni. Apa ingat sireh pinang tak buat orang ketagih ke?

Ni cara hidangan untuk menikmati satu set sireh pinang yer.. hehehehe

Lagipun sireh pinang ni tak elok juga di amalkan sebab kakak baca satu Info yang di kongsikan oleh seorang Doktor Gigi yang pernah di kecam oleh satu NGO kerana Doktor Gigi ni menyatakan perasaan kecewanya bila seorang doktor gigi palsu cuba di lindungi & di selamatkan oleh sebuah NGO ni. Maka NGO ni seolah olah menjadikan dia sebagai musuh.. erkk.. kenapa pulak kakak cerita pasal tu?? ok ok.. maafkan kakak sebab konar terlebih cecah lutut.. ni dah level cecah hidung dah dia punya kona baring

Apa yang di kongsikan oleh doktor iqbal.. antara penyebab risiko kanser mulut adalah memakan sireh pinang selain rokok & alkohol. Kenapa sireh pinang boleh menyebabkan kanser mulut?


Amalan mengunyah sirih dan tembakau juga berkaitan dengan peningkatan risiko kanser mulut di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara. Pengambilan sirih dan kapur, gambir, buah pinang dan sebagainya juga mengandungi “carcinogen” yang boleh menyebabkan kanser. - Sumber The Malaysian Medical Gazette -

Jadi please elakkan yer sebab kanser mulut di berlaku adalah di sebabkan amalan hidup yang tidak sihat. Apa2 penyakit pun kebanyakkan berpunca dari amalan hidup yang tidak sihat jugak. Tapi korang yang memang suka amalkan gaya hidup tak sihat tu kena sentiasa alert dengan perubahan berlaku pada diri korang ok.. So kena tahu juga apa tanda tanda awal kanser mulut ni.. antara tanda tanda awal kanser mulut adalah..

➛Tompok putih yang tidak hilang setelah disapu dengan kapas.
➛Tompok merah
➛Tompok merah dan putih yang bercampur
➛Ulser atau luka yang berpanjangan (melebihi 2 minggu)
➛Sebarang benjolan di dalam mulut dan leher
➛Kesukaran mengunyah dan menelan makanan.


Jika ada tanda tanda ni segeralah dapatkan pemeriksaan doktor sebab kalaupun ada tanda tanda ni tak semestinya kanser & tak semestinya bukan kanser jugak. Sebab tu perlukan pemeriksaan doktor. Kanser mulut yang di kesan di peringkat awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Sebab kanser mulut ni boleh menyebabkan maut ok.

Moral of the story.. Tukarkan hidangan sireh kepada miang kam ke hapa tu guna daun kaduk. erkk.. tapi tak sure jugak hidangan miang kam ni sihat ke tidak. Tapi cara menikmati dia macam ala2 sireh gitu. Balut semua inti2 dia yang berunsur ulam tu tanpa di masak.. kunyah & telan. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO! DAHSYAT ARTIS BARU ANDI BERNADEE SAMPAI PENGSAN PEMINAT DI BUATNYA

11/22/2017 09:20:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

VIDEO! DAHSYAT ARTIS BARU ANDI BERNADEE SAMPAI PENGSAN PEMINAT DI BUATNYA. ha.. ha.. tak tahu sapa buat! Tu dia.. dia buat apa sampai pengsan anak dara orang ni? Amboi baru jadi retis dah buat anak dara orang pengsan ni, apa kes andi bernadee Ooi.. Report mama kamu baru tau..


Apa kes sampai pengsan ni? Mesti ramai nak tau kan..Tapi siapa andi bernadee? Mesti ada yang masih tanya soalan tu. Almkalum la retis baru.. Even ramai dah kenal dengan andi bernadee ni mungkin sorang dua yang belum kenal meh la ahkak kenalkan pada korang semua yer..

Andi bernade seorang penyanyi baru.. anak kelahiran sabah yang permulaannya di kenali melalui aplikasi smule bila dia banyak cover lagu2 artis lain. Mempunyai suara yang besar walaupun orang dia so .. so.. je tinggi hahahaha. Bakat & rupa memang seimbang. Cukup pakej untuk jadi artis yang gemilang, terbilang & cemerlang di persada seni tempatan & moga boleh bawa bakat dia sehingga ke luar negara.

Andi bernadee dah ada single sendiri berjudul Tiada lagi maaf & sekarang giat mempromosikan singlenya. Baru2 ni dia menjadi viral bila cover lagu lagu tak tun tuang.. Katanya penyanyi asal tu marah dia konon mengaku sebagai penyanyi asal lagu tu. Bila masa pulak budak andi buat statement cakap lagu Tak Tun Tuang tu lagu dia.. Memang dari dulu dia suka cover lagu penyanyi lain kat smule tu cik akak Ooi.. Jeles la tu Andi lagi popular dari dia bila nyanyi lagu Tak Tun Tuang. hehehehe

Baru baru ni Andi bernadee ada membuat persembahan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bersama-sama artis Warner Music Malaysia yang lain. Masa dia tengah menyanyikan lagi dari kumpulan Armada, Asal kau bahagia.. dia mendekati seorang peminat perempuan.. tetiba pengsan kau budak tu! Tu dia hang buat apa Andi dengan dia? hahahaha...

* Saya mendapat email dari gadis yang pengsan tu katanya dia ada masalah kesihatan. Mungkin faktor cuaca & bersesak yang menyebabkan dia pengsan.

Dahsyat juga budak Andi ni kan.. Nasib baik Ahkak bertentang mata tak pengsan dengan Andi ni. Kalau tak jenuh mak si Andi nak renjis renjis muka ahkak katanya. Takut mak dia tak renjis.. di pijak pijak pulak kan. Yelah ngada2 nak pengsan tengok andi kau dah kenapa? hahahahaha

Sumber Utusan Malaysia

 Apapun Ahkak Awak doakan semoga awak berjaya sebagai seorang artis di Malaysia & luar negara juga Insya Allah.. Jangan lupa diri.. Jangan lupa jemput kalau masak soto lagi yer Andi.. hehehehe

Bagi peminat Andi Bernadee jom support Andi dengan mengundi beliau sebagai artis paling Hot 2017..

Cara mengundi adalah..

1. Klik https://www.hotfm.com.my/top-hot-2017/?v=1

2.  Pada ruangan Artis Paling Hot Radio & Digital (Penyanyi Lelaki Hot 2017) & (Penyanyi Baru Hot 2017) Cari nama Andi Bernadee.. Tick pada column & clik undi.
Rujuk tutorial di sini >> Cara Mengundi Andi Bernadee <

Boleh Follow Andi Bernadee Di Page Beliau
Fanpage : Andi Barnadee

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS

11/21/2017 08:42:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS. Macam macam jenis jelmaan jin & syaitan ni kan.. Macam macam cara depa buat nak menyakat anak cucu adam ni. Tu yang tercipta macam macam gelaran untuk dpa dengan Sir Name dia hantu.. Hantu pocong la.. hantu langsuir la.. hantu kum kum la.. Ni apa cerita pulak hantu air panas.


Mesti hangpa tak sabaq kan.. Dah lama tak ada koleksi seram terbaru untuk slot seram serik lekatlekit ni. Orang kata.. Sekali sekala baru ada feel rindu tu. Kalau hari hari satgi hangpa cemuih (bosan) pulak. So malam ni meh sini kami nak setori mori kisah dari perkongsian di Forum cari.. Alkisah kejadian seram yang berlaku di sebuah asrama katanya lokasi berdekatan dengan hospital taiping. Perak utara sana nu..

Alkisahnya depa ni student yangi pratikal kat hospital taiping & di sediakan la asrama yang tak jauh dari hospital untuk bebudak pratikal. Depa student course apa.. dari IPTA atau IPTS mana jangan dok tanya pulak.. Takde geluk jampi pulak nak siasat. Setakat tu je info yang den dapat.. Lagipun penting sangat ke dorang student mana kan.. Yang penting pengalaman seram depa tu yang den nak, ok!

Hostel ni ada dua bangunan. Bangunan yang budak tu duduk katanya agak berhantu. Awal awal lagi security kat situ dah pesan.. Kalau nak guna library jangan lebih dari pukul 11 malam.. So tak payah overnight la kat library. Tapi bebudak laki ni memang spesis memang tak dengar cakap. Nak kata atas kepala ada 2 pusar rambut tak tau la kan.. Yang orang kata jangan tu la jugak depa nak buat. Dasar lagi tak kena sekeh.. Walau guard pesan jangan lelama kat library lebih dari pukul 11 malam.. depa tetap study sampai pukul 12 malam.. Rajin budaknya yer. Kalau tak grade dengan cemerlang ni.. Tak tau la. Kemurungan jugak la kan.. sebab rajin sungguh belajar.

Malam pertama kat library tu ok la.. tak ada apa berlaku. Almaklum la malam pertama of course la indah indah belaka. hehehehe... Almaklum la depa student pratikal kat hospital taiping tu.. esok pagi kena stanby kat hospital & kena jawab macam macam soalan dengan doktor. Tu sebab depa pulun study sampai overnight katanya. Langkah persediaan untuk mengelakkan kena bebel dengan doktor sebab tak study. Bagus.. Anak sapa la depa ni kan?

Habis study balik hostel salah sorang roomate budak ni masak air guna jug elektrik tu. Standard la student kan.. memang pakai jug elektrik je. Sementara tunggu air masak.. takde makna dia nak tenung jug tu. So depa sambung study sambil borak borak. Jangan tanya pulak depa borak apa.. Kau ingat ni drama ke semua nak cerita detail. Ops sorry termarah pulak. Ok sambung..

Kalau yang tak tau jug elektric tu macam mana.. Ni la rupa dia

Kat luar tu sayup2 katanya bunyi suara cengkerik & unggas. Alah suara cengkerik apadahal kau nak takut.. Tapi bukan tu yang depa takut pun. Lagipun hostel depa ni tak jauh dari tasik taiping.. so banyak la haiwan & serangga bernyanyi riang waktu malam. Biasa la malam pesta muda mudi unggas rimba katanya.

Bila dia rasa air dah masak.. so dia nak pergi la buat air. Sekali nak tuang air tak keluar. Memang tak tun tuang juga la kan.. Tetiba air tak keluar, kau dah kenapa? buang tebiat? Bukan air panas tu membeku tapi tetiba air tu macam kering dalam jug. Dia check atas lantai kot2 tumpah ke hapa.. jug bocor ke sapa tau. Tapi tak ada kesan air pun tumpah atas lantai. Sementara tu kawan2 dia yang lain dah selamat ke alam barzakh.. ops ke alam mimpi. Semua berdengkur tak ingat dunia dah.. tengah malam kot.. So, dia rasa kawan kawan dia punya kerja nak prank dia ke hapa.

Dia pun masak la sekali lagi air & pergi sambung study balik. Dengar je bunyi air dah masak cepat cepat dia ambil jug tu.. Tu dia.. ni betul betul kejadian mistik. Sekali lagi air dalam jug hilang.. Berhijrah ke alam ghaib ke hapa tak tau. Takkan alam ghaib pun ada masalah bekalan air kena catu kot.. Main curi curi air bebudak asrama.. tak paham aku hahahhaa.

Yang best budak ni bukan rasa takut tapi rasa geram pulak di permainkan untuk kedua kali. Apa ingat tak tacing ke? dua kali masak air... air hilang. Nak melawak pun jangan la tetengah malam hantu Ooi.. Budak tu nak study.. tekak kering. Dok main curi air panas dia pulak.. Menangis kang baru tau!

Ok ok.. sambung cerita budak tu masak air buat kali ketiga tapi kali ni dia bertapa depan jug tu sampai air masak. Tak puas hati punya pasai.. Dia nak tengok juga sapa sedut air panas mengelegak tu.. Punya dia focus kat jug tu sampai tak alih pandangan kat memana. Bila bunyi air dah nak masak & wap air nampak keluar dari jug tu.. tetiba dia dengar satu suara panggil nama dia...

Suara tu halus je katanya.. Sesuai la kot dengan spesis dia yang di gelar makhluk halus kan. Budak ni pun paling la kearah suara tu tapi bila dia berpaling suara tu pun hilang maka dia cepat2 pandang balik jug air panas dia tu.. sekali air hilang lagi. Memang patah amin... ops patah hati. Tergamak sampai 3 kali di persenda tanpa keperihantuaan.

memang haremjadah hei sungguh la hantu ni kan.. Budak tu punya focus kat jug air tu pun depa still buat trick nak curi air dia lagi. Entah kenapa simpati pulak aku dengan budak ni di permainkan tetengah malam macam tu. Kalau nampak ni boleh jugak tumbuk sedas dua.. Tapi apa kan daya spesis tu bukan semua orang boleh nampak.

Lepas tu baru la masuk babak seram.. Bila dia dengar suara mengilai dari luar asrama. Jadah sungguh kan.. dah curi air panas, gelakkan pulak budak tu. So kisah pasal air panas dia yang tetiba hilang sampai 3 kali tu habis setakat tu jer..

Kisah kedua pulak.. Macam biasa la bebudak rajin belajar ni pergi library & stay sampai lebih dari pukul 11. Tapi malam tu.. takde dah moment2 indah dalam library seperti malam malam pertama mereka..

Jam dah lepas pukul 12.. tetiba depa dengar suara budak menangis. So masing masing tertanya la anak sapa menangis.. Sapa pula buang anak kat situ memalam buta. Takkan ada orang terberanak tepi library pulak kan.. Hospital bukannya jauh pun, takkan la kat situ juga nak beranak.

Masing masing 'No idea' anak sapa menangis tetengah malam. Sebab masing2 pun cuak.. apa lagi cepat2 kemas buku & keluar dari library. Sempat la nampak pak guard yang berkawal kat situ dok suluh dekat pokok besar yang tak jauh dari library. Salah seorang dari bebudak tu sempat dengar pak guard tu bercakap suruh something atas pokok tu duduk diam2 & jangan kacau depa. Tapi tak pasti dengan siapa dia bercakap cuma syak.. Bukan dengan manusia.. Takkan guard bela saka? Tak baik pitenah.. kalau tak tau yang sahih. So berbaik sangka maybe dia bela burung atas pokok tu...

Memang mula2 bebudak ni slambe je study kat library walau dengar suara pelik pelik memalam buta tapi bila selalu sangat kejantanan masing masing tercabar juga. Maka tak ada la yang berani study kat library lebih dari pukul 11 malam. Dekat pukul 11 jer masing2 kemas apa yang patut balik hostel.

Katanya kejadian air panas hilang dalam jug tu terus berlaku sampai la budak ni malas nak masak air panas lagi. Asyik curi air panas.. Aku pun tak faham sangat kenapa air panas hahahaha. Nasib baik dia curi air panas jer.. dia tak muncul simbah bebudak tu dengan air panas.. 

Pelik sungguh hantu asrama bebudak tu kan.. Dalam banyak banyak benda, air panas jugak dia target. Tak tau la apa sejarah dia dengan air panas.. Susah nak di rungkai misteri makhluk ni dengan air panas. hahahaha

Moral of the story.. Duduk asrama kalau ada larangan membawa peralatan elektrik macam tu jangan ingkar. Jangan sampai hantu take over jadi warden hangpa baru hangpa nak ikut peraturan. Peace Yo!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UNTUK IBU BAPA YANG KALI PERTAMA MASUKKAN ANAK KE PRA SEKOLAH SILA BACA

11/21/2017 10:34:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

UNTUK IBU BAPA YANG KALI PERTAMA MASUKKAN ANAK KE PRA SEKOLAH SILA BACA. Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Ni kira minggu akhir persekolah dah.. Yang seronoknya bebudak sekolah la. Tak payah bangun awal selama lebih kurang sebulan kan. Tapi mak bapak dia kena stanby siap siap makjun kuat salasa katanya.. Cuti sekolah rumah akan jadi gegak gempita dari pagi membawa ke malam.. Suara tarzan akan kedengaran di sana sini katanya. Nak2 lagi yang anak ramai tu kan..


Takpe nikmatilah selagi anak anak tu masih sebumbung dengan kita. Tak lama pun.. Tup tup depa dah besaq & dah ada kehidupan sendiri.. susah dah nak dapat moment2 macam tu.

Selain makjun kuat salasa.. Mesti ramai ibu bapa dah mula nak buat persediaan untuk masuk sekolah tahun depan kan? Yang anak ramai maybe dia buat preparation awal la.. sebab nak atur bajet kan. Tapi bagi yang pertama kali nak hantar anak ke pra sekolah rasanya yang tu paling berdebar. Almaklum la.. kita ni ada satu sikap yang susah nak confident anak kita boleh survive di sekolah rendah nak nak lagi dalam usia 6 tahun. Yelah.. kalau kat tadika lain suasananya tapi kalau masuk pra banyak perkara yang mereka perlu berdikari.

Debaran tu memang lain macam.. Tapi lebih kepada risau la kan. Tak tau apa yang perlu di sediakan memastikan anak tu cukup keperluan sepanjang di sekolah. Almaklum 6 tahun kan.. Ok takpe meh sini saya share serba sedikit untuk membantu parents yang bakal menghantar anak ke Pra Sekolah tahun depan..

Bila tiba hari persekolahan, ini antara perkara penting yang perlu dipastikan supaya hari pertama anak anda di sekolah menjadi lebih baik. Jangan terlepas check-list ni, ok!

1. Beg sekolah
2. Lunch box (menu: cereal, roti, pasta, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya)
3. Alat-alat tulis dan pensil warna
4. Baju extra
5. Botol air (pastikan air dah refill ya)
6. Baju yang sudah di gosok dengan kemas
7. Kasut yang bersih dan stokin yang tidak berbau
8. Handkerchief

Tu yang basic untuk kesekolah tapi sebelum tu korang kena buat ni dulu sebelum bermulanya sesi persekolahan.. 

Jadi pada parents yang mungkin kali pertama nak hantar anak masuk ke sekolah rendah tak payah panik & jadi gelabah tak tentu pasal sangat. Kalau hangpa dah buat semua tu... Rilex je. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar ok! Yang penting persediaan awal tu.. Jangan last minute baru nak buat semua.

Moral of the story.. Selamat menghadapi cuti sekolah minggu depan. Semoga segala persediaan awal untuk masuk sekolah awal tahun depan di permudahkan. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAYA PERLU JADI ATTENTION SEEKER JADI TOLONG VIRALKAN SAYA

11/20/2017 06:27:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

SAYA PERLU JADI ATTENTION SEEKER JADI TOLONG VIRALKAN SAYA. Semua tahu saya sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan tuntutan saman RM3juta.. Bila dah kena saman ni salah ke tak salah ke tetap kena membela diri kat mahkamah. Untuk bela diri perlukan peguam. Tak ada peguam memang susah la bagi orang2 yang macam saya yang memang 0 basic law ni. Walaupun kena saman banyak perkara tentang mahkamah saya tahu. Jadi saya perlukan lawyer untuk guide & wakili saya di mahkamah.


Disebabkan saya di kenakan Injuksi & saya tak cukup duit nak membantah injuksi yang di kenakan.. Banyak perkara saya di halang untuk bercakap secara terbuka & banyak perkara berkaitan kes saman saya tak boleh dedahkan. Bagi menghormati perintah mahkamah & tidak meletakkan diri saya dalam situasi yang boleh menyebabkan saya di kenakan perintah komital (penjara) saya terpaksa berhadapan dengan macam macam pertikaian netizen di media sosial bila membaca posting tentang mencari dana yang saya buat.

Ada yang tuduh saya membuat kutipan liar atau maksudnya saya sedang menipu untuk cari duit. Ada yang minta salinan writ saman.. ada yang minta no saman.. Yang memang dah di nasihatkan peguam untuk saya tidak dedahkan secara umum. Ramai yang tahu saya tak menipu tapi segelintir yang mungkin tak pernah follow saya dari awal yang tak tahu tentang kewujudan kes ni sebelum ni.. Yang tu la selalunya mencetuskan provokasi di komen posting saya.

Benda tu normal bagi sesiapa saja yang menggunakan media sosial untuk cari sumbangan.. Pasti ada yang mempertikaikan. Betul ke tidak kita tetap kena hadap. takpe saya masih kuat menghadapinya.

Dan ramai yang suggest saya untuk merujuk kepada salah satu NGO yang terkenal & berpengaruh kat Malaysia ni.. Saya tahu niat anda baik & anda sangat yakin NGO tersebut pasti boleh bantu. Tapi malangnya saya terlebih dahulu merujuk kepada NGO tersebut sebelum saya mencari dana di media sosial.. Mereka tidak dapat membantu dari segi kos.. Kalau saya tak ada duit sama je saya takkan ada peguam. Saya tetap kena cari sendiri dana dengan apa cara sekalipun. Saya kena usaha sendiri bukan di bantu oleh mana2 NGO. Dan sebab tu saya mencuba nasib menggunakan media sosial.

Kalau hangpa harap saya di bantu oleh NGO NGO yang ada kat malaysia ni.. Satu cara je. Tolong popularkan saya & viralkan saya. Dengan adanya publisiti, Ramai orang akan nampak kesusahan saya. Insya Allah ramai yang akan tampil untuk membantu termasuk NGO tersebut. Kalau masih ingat Kes seorang gadis yang di dapati bersalah menjalankan aktiviti menjual & memasang fake braces.. Sebab tidak mampu membayar denda yang terpaksa di penjara. Sebab kes dia ada publisti media & menjadi viral.. Ada juga NGO tampil untuk menghulurkan bantuan. Dalam tempoh seminggu berjaya mereka kumpul RM70K dengan bantuan beberapa pihak. Alhamdulillah rezeki dia.

Jadi kalau saya juga menjadi viral.. Tak mustahil RM44K untuk membayar kos guaman dapat di kumpulkan. Hampir 5 bulan saya cuba mencari sumbangan & membuat kerja kerja penulisan di blog bagi mencukupkan dana untuk kos guaman tapi sampai sekarang masih belum cukup.

Saya berharap sudilah anda mempopularkan saya & memviral kat posting ni di facebook masing masing

Boleh rujuk posting ni >> https://goo.gl/rvQQDK

Kalau harap ada NGO atau mana2 individu berpengaruh membantu just viralkan. Mungkin selama ni orang tak tahu saya memerlukan bantuan 

Boleh ke korang semua membantu saya? Just ramai ramai share posting ni di facebook masing masing. tak perlu buat apa2 caption provokasi.. Just share. Insya Allah.. mana tahu dengan cara tu Allah bantu permudahkan segalanya.

JADI TOLONG VIRALKAN SAYA SUPAYA SAYA JADI POPULAR & RAMAI YANG BOLEH BANTU SAYA KELUAR DARI MASALAH SAYA SEKARANG.

Apapun dengan bantuan Anda.. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan dunia & akhirat.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI ORANG DENGKI & INGIN MENJATUHKAN PRODUK TEMPATAN??

11/17/2017 09:44:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

RAMAI ORANG DENGKI & INGIN MENJATUHKAN PRODUK TEMPATAN?? Lama tak tulis segmen kupas kupis & kopek lekatlekit ni kan? Nak tulis berkaitan isu isu semasa ni dia kena time otak tengah fresh baru boleh membuahkan pendapat yang bernas katanya. Kalau otak tengah serabut satgi bahasa dia pun jadi kelam kelibut hehehehe. Masa mendraft entri ni hati agak tenang so, bahasa dia juga indah untuk di tatap hehehehe.

Sehari dua ni kecoh pasal KKM ambush kedai kosmetik seorang founder produk ni saya namakan dia krimK bukan KimK ok! Malas la nak sebut nama satgi mai pulak satu surat ajak dating kat court pun payah jugak kan? Rasanya ramai pun sedia maklum la produk apa kan.


Kesalahan dia memang jelas nyata terang tanpa perlu bersuluh.. Iatu produk tidak berdaftar dengan KKM.

Memang founder dia nampak agak kecewa dengan kejadian tu.. Katanya modal produk dia yang kena rampas tu cecah ribuan ringgit juga. Ribuan ringgit tu banyak juga. Produk tu katanya dia ambil di luar negara yang dia buat secara homemade oleh orang tempatan sana. Depa claim sebagai produk organic tapi ada juga la saya terbaca yang pengedar produk tu terang terang declare yang produk tu mengandungi 0.2% merkuri. Dah celah mana pulak kan organic kalau dah bercampur dengan bahan kategori logam berat ni. Tapi yang saya baca declare dari pengedar.. Statement dari pengasas dia memang saya tak nampak kat mana - mana.

Jujur sungguh pengedar produk ni bagitau siap siap krim ada merkuri. Normally produk ada merkuri memang menjanjikan kesan seawal 3 hari. Dia dah bagitau hangpa pun jangan la jadi bendul sangat. Merkuri memang tidak di benarkan dalam produk skincare

Biasa la.. bila produk kena rampas bagai.. akan timbul isu orang melayu dengki dengan orang melayu. Sama kes dengan doktor pendakap gigi palsu tu dulu. Depa pun guna alasan yang sama.. orang khianat, KKM kejar KPI bagai..

Penguatkuasa KKM akan bertindak atas aduan orang awam. Kalau tak ada aduan depa pun tak ambush mana2 premis jual produk ni. So, di sebabkan tu ada segelintir pengasas produk tempatan ni menggunakan alasan orang dengki dengan perniagaan mereka terutama orang melayu sebab tu mereka di aniaya sedemikian rupa. Tu kira ayat2 meraih simpati & kepercayaan pengguna setelah kredibiliti mereka tercalar.

Tak terkecuali dengan aktivis media sosial yang banyak terdiri dari golongan profesional dalam bidang mereka termasuk doktor, Pharmacist KKM yang berjuang memberi kesedaran kepada orang ramai tentang produk2 yang tidak selamat. Pun akan di cop mohor sebagai pendengki.

Dalam banyak kes local produk yang di rampas KKM.. bukan setakat tidak berdaftar. Ada yang berdaftar tapi mendatangkan kesan kemudaratkan kepada pengguna so bila ramai yang mendapat kesan buruk aduan akan di buat. Adakah ini di katakan dengki? Atau benda ni memang perlu di laporkan kepada pihak berkuasa untuk menyekat pihak mereka dari terus menjual produk merbahaya kepada pengguna? Kalau tiada tindakkan dari pihak KKM confirm la benda tu di jadikan modal untuk menuduh orang lain memfitnah mereka. Harap depa jujur sampai kiamat pun belum tentu..

Dengki apanya kalau dah produk tu berisiko.. Lebih lebih lagi yang tak berdaftar. Kita sendiri tak tau apa ingredient sebenar dia guna dalam produk tu. Pengeluar boleh claim apa saja.. organik la, natural la, selamat bla.. bla.. Gila dia nak bagi tau ada racun dalam produk dia kalaupun ada. Confirm la dia takkan bagitau kalau dia nak jual produk tu kan? Melainkan dia memang dah dapat petunjuk & hidayah dari Allah, dah taubat nasuha tak mau jual lagi produk2 beracun pada orang ramai.. Maybe nak buat permohonan maaf secara terbuka sebelum dia mati, time tu mungkin la kot dia akan berterus terang.. Tapi Maybe masa tu dia kena kanser stage 4 dah kot. Tu tetiba insaf datang tanpa prejudis lagi.

Kalau hangpa jual produk ikut saluran undang undang yang betul,daftar KKM, produk pun dah menjalani analisa di lab & memang terbukti selamat. KKM ambush pun takkan bagi apa2 effect buruk sebab tak ada apa yang boleh di dakwa. Kalau hangpa dah buat semua tu & tetap orang nak buat aduan pada produk hangpa.. Yang tu boleh la cakap dengki tapi setakat dengki ja la depa tak boleh buat apa apa selain dengki. Sebab hangpa ada bukti hangpa jual produk ikut saluran yang betul & produk hangpa ada bukti selamat.

Please la.. Aduan atau pendedahan dari orang awam @ netizen ni bukan kerana dengki. Nak nak lagi di kalangan orang2 yang takde kepentingan pun nak dengki dengan mana2 produk tempatan ni. Apa yang orang adu & dedahkan adalah kerana ingin memberi kesedaran & info kepada orang ramai. Sebab ia melibatkan kesihatan pengguna. Jangan jadi manusia yang jaga muka & buah pinggang sendiri jer.. Ingat anda yang menjual produk akan di pertanggungjawabkan sampai akhirat. Pesanan ni tidak tertakluk kepada pengeluar produk kosmetik sahaja, malah produk - produk lain juga.

Tolong la kasihankan pengguna. Kebanyakkan pengguna local produk ni di kalangan mereka berpendapatan rendah atau sederhana. Keinginan nak cantik tu ada.. Jadi local produk je depa mampu beli. Yelah.. kalau satu set ada 3 -5 item harga baru RM100 atau RM100++ tu di kira murah la. Ada yang lagi murah bawah RM100 pun ada. Tapi tu la bila murah kualiti produk pun.. krik krik je la. Tak semua orang ada knowledge pasal product. Ada yang jenis percaya bulat2 apa yang pengasas atau pengedar bagitau.. So, hangpa di pertanggungjawab kan & akan bersoal jawab di hadapan Tuhan nanti. Ingat tu!!

Kejar harta dunia takkan puas even sampai lubang kubur sekalipun. Tapi apa yang hangpa buat kat dunia, sumber rezeki yang hangpa dapat.. benda tu akan bawa sampai ke liang lahat. Bukan bawa harta berkoyan koyan untuk hidup senang dalam kubur tu tapi jalan hangpa mencari kemewahan dunia tu akan Malaikat soal siasat walau dia dah catat semua kiri kanan.

Moral of the story.. ye ye..saya tau hangpa akan fikir. Mati lambat lagi. So, kumpul dulu harta banyak banyak baru taubat. Silakan nikmati syurga dunia. Jangan saman saya ok. Saya cuma mengingatkan sesama kita bahawa mati itu pasti cuma tak tau bila jer. tak semestinya tunggu tua dulu. Kalau sekarang pun tak berapa nak muda, elok la buat persediaan dah. Dan kena sentiasa ingat.. Syurga & neraka itu wujud. Peace Yo!

P/S : Ia tidak merujuk kepada semua local produk. Konsepnya sapa makan cili dia terasa pedasnya.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com