20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK

11/08/2017 02:49:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK. Sepanjang berkecimpung dalam dunia blog.. Bermacam macam produk saya buat review.. Memang banyak yang terlepas pandang. Dulu mungkin ikut je apa yang client nak saya tulis dalam review tu.. Tapi sekarang bukan la kata pandai cuma dah ada pendedahan tentang apa yang boleh di iklankan & apa yang tak boleh.. So, akan di perbaiki dari masa ke semasa la. Yelah.. sebagai blogger kita bertanggungjawab juga la apa yang kita tulis kan..


So untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Mai la sini saya nak share dengan hangpa semua terutama seller2 produk la. Depa ni kadang2 tak tau.. Yang jahat pengeluar & founder produk la tak bagitau padahal depa tau benda ni tak boleh. Semasa depa nak berdaftar dengan KKM tak kira nak apply NOT atau MAL.. rasanya depa dah tau tak boleh buat tuntutan berlebihan (Overclaim) dalam iklan produk depa. Tapi besa la kan.. Jenis ada batu besar atas kapla punya orang dia bukan fikir dah kesan pada pengguna yang dia pikiaq (fikir) Masyuk.. Banyak Masyuk.. banyak untung. Neraka? Lambat lagi nak mati.. Dah kaya raya sampai tak tau nak buat apa dengan harta yang ada esok, taubat la. Macam confirm nyawa dia panjang kan?

Benda ni bukan je salah dari segi undang2 malah salah dari segi agama juga tapi sapa yang kesah kan? Jadi kita sebagai pengguna la kena belajar & bijak. Jangan sampai di pijak pijak oleh pengeluar & pengedar produk yang misi depa memang nak kejar syurga dunia. Macam dok kata tadi.. Nak fikir syurga neraka katanya mati lambat lagi. Sempat nak taubat..

Antara penyakit yang tidak boleh di iklankan untuk produk tak kira la produk kosmetik, supplement atau ubatan adalah..

1. Penyakit Buah pinggang
2. Penyakit Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Penyakit urat sarat Yang berkaitan hubungan seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Sakit Mental
16. Ketagihan dadah
17. Pekak
18. Asma/lelah
19. Hernia
20. Penyakit Mata

Yang paling banyak produk suka claim adalah boleh sembuh kanser, darah tinggi, kencing manis, Asma/lelah & yang claim paling popular dari produk ubat/supplement tradisional macam jamu adalah memulihkan masalah lemah seksual bagai. Kat situ dah terang terang satu kesalahan depa buat cuma kita ja sebagai pengguna atau seller bawahan ni mungkin tak tahu benda tu jadi satu kesalahan undang undang.


Paling penting yang kita kena makesure kalau produk yang bernotifikasi (ada nombor NOT KKM) itu hanya untuk produk kosmetik. So dia tak boleh sama sekali claim produk dia boleh merawat sebarang penyakit. Contoh ada skincare yang berasaskan krim hormon ni. Kalau cuma ber NOT KKM dia claim boleh rawat masalah dalaman bagai tu memang dah overclaim.

Untuk produk ubat macam jamu bagai tu.. Mesti ada no MAL KKM. Tapi tetap tak boleh claim boleh rawat & sembuhkan 20 penyakit kat atas tu yer. Memang boleh jumpa bersepah pengedar produk iklankan produk depa boleh merawat penyakit bagai.. Depa nak overclaim tu depa punya pasai. Kita sebagai pengguna jangan mudah terpedaya. Kalau rasa melampau sangat sila report kat sini http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Jadi sama sama kita belajar. Saya pun sebelum serius banyak perkara yang tak tahu. Main review jer. Tapi bila berlaku musibah.. Secara tak sengaja saya banyak belajar tentang perkara ni. So apa saja info yang saya dapat dari mereka, Insya Allah saya akan kongsikan untuk kebaikkan bersama.

Moral of the story.. Syurga dunia memang untuk orang kaya. Ada orang sanggup merisikokan kesihatan orang lain untuk meraih kekayaan maka kita yang tak kaya yang obses nak cantik & sihat la kena lebih bijak. Ubah persepsi.. Miskin tak bererti boleh di buli & di perbodohkan.

1 comment:

  1. erm rasanya almost produk claim boleh sembuhkan mcm2 penyakit.. tp sy akui sbb byk dah kwn2 sy yg kena pnyakit. produk mmg famous la tkenal 1 msia. contohnya mkn ubt ntk baikkn kesihatan tp last2 masuk hospital sbb buah pinggang tluka smpai kena jalan pakai tongkat.. lg 1 kwn plak mkn produk ntk kurangkan kolestrol n last die suspek kena effect pda hati.. doktor terus suh stop consume. seriously klu sy sebut nama produk tu org mesti tkejut. so kena lebih bhati2. klau byk consume produk boleh effect pda hati.. itula doktor pesan pd sy bila mnta advise nk minum herba.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com