ADA KE ORANG SANGGUP MINUM KOPI TUNJUK LANGIT TANPA GULA?

3.11.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

ADA KE ORANG SANGGUP MINUM KOPI TUNJUK LANGIT TANPA GULA? Sebelum ni saya ada kongsi kat facebook pasal minuman Kopi tunjuk langit ni.. Ada yang tanya tak pahit ke? Dah la buah tunjuk langit tu dah pahit, campur dengan kopi yang memang ada rasa pahit & tanpa gula pulak tu. Ada yang membayangkan betapa azabnya rasa kopi tunjuk langit ni..


Manusia ni memang tak sanggup nak hadap apa2 azab dunia apatah lagi untuk secawan kopi kan. Terasa bagai nikmat hidup di tarik balik je kalau minum kopi yang tak sedap. Tu dia.. Hangpa kan? Nak sedap ja. Tapi tu la kalau setakat bayang je tapi tak cuba mana tau rasa dia macam mana. Alhamdulillah.. rezeki saya di beri peluang mencuba sendiri Kopi Tunjuk Langit ni.. Tapi takde la lepas minum terus aktif menari tarian tunjuk langit ala2 pak maun kat pesta muda mudi tu. hehehehe

Kopi ni memang la tanpa gula tapi di gantikan dengan stevia iatu pemanis semulajadi. Serius memang tak ada rasa gula, cuma rasa stevia. Sapa yang pernah cuba pemanis stevia ni akan tahu rasa stevia tu macam mana. So, takde la rasa kopi ni azab sangat even tanpa gula. Masih ada rasa enak dia kat situ.. Part pahit tu.. Tak ada adalah pahit nak mati. Pahit2 manja kopi je. Hujung2 lidah je rasa pahit dia. Jangan risau yer..

Kopi tunjuk langit di dihasilkan dengan dua herba yang di ekstrak bagi menjamin kualiti & kesihatan pengguna. Antara herba yang di gunakan adalah Tunjuk Langit & Tongkat Ali. Tunjuk Langit tu bukan nama produk yer.. Bagi yang tak tau tunjuk langit tu nama sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.. Memang rasa buahnya pahit tapi bila di adun menjadi serbuk minuman kopi rasanya dah jadi sedap jangan risau.


Memang bagus bagi mereka yang nak jaga kesihatan. Almaklum la sekarang ni ramai yang mengidap kencing manis bagai kan.. Kopi ni selain mempunyai ekstrak Tunjuk Langit dia tak campur gula tapi guna stevia. So boleh mengawal gula dalam badan juga la.. Bak kata orang senyuman tanpa gula pun manis alah setakat kopi tanpa gula & ganti dengan stevia takkan hilang kemanisan & kesedapan dia lah...

 Antara khasiat lain kopi ni adalah untuk : 

 Membantu mengelakkan risiko & mengawal penyakit kencing manis
 Membantu Mengurangkan kandungan gula dalam darah
 Membantu Melancarkan peredaran darah
 Membantu Mengurangkan kandungan kolestrol
 Membantu Menyah toksik dalam badan
 Membantu masalah Alergi kulit dan melegakan sengggugut

Jadi mana mana penggemar kopi yang nak jaga kesihatan supaya tak terkena penyakit 'Sweet Urine" (kencing manis) boleh la gantikan kopi hangpa sebelum ni dengan kopi Pra Campuran Tunjuk langit ni. Tapi kena ingat yang berkhasiat pun boleh jadi memudaratkan kalau di ambil secara berlebihan. So, kawal pengambilan. Ambil secara sederhana. Mana saya minuman berkafien macam kopi ni saya suka ambil sekali sehari je waktu pagi. 

Macam biasa bila ambil kopi ni waktu pagi.. Dia membantu juga memberi kecergasan & menghilangkan rasa mengantuk. Kopi ni tak buat jantung saya berdebar debar ke hapa.. Sebab saya ada baca perkongsian di Di Facebook Aktivis medic.. antara kopi kesihatan yang mempunyai kandungan bahan merbahaya.. lepas minum mungkin kita akan rasa jantung kita berdegup laju & rasa berdebar debar. Jangan ingat lepas minum ada effect macam tu tanda kita dah jatuh cinta dengan kopi tu pulak yer hehehehe

Yang berminat nak mencuba kopi pra campuran Tunjuk langit Plus Stevia ni boleh dapatkan dengan


Berminat nak cuba produk ni boleh hubungi :
 CALL/ WHSATSAPP : 014 3030639 (WAN) 

2 comments:

  1. Banyaknya manfaat dia. Kena cuba ni..

    ReplyDelete
  2. manfaat banyak emua elok2. tapi kalau xde gula errkk

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com