AWAS! SEDIH LEBIH DARI 2 MINGGU MUNGKIN PETANDA ANDA HADAPI KEMURUNGAN

6.11.17 Suria Lekatlekit 3 Comments

AWAS! SEDIH LEBIH DARI 2 MINGGU MUNGKIN PETANDA ANDA HADAPI KEMURUNGAN. Zaman hidup penuh struggle ni memang ramai yang mendapat penyakit kemurungan ni. Tak tunggu kau beranak & dalam pantang jer.. Kalau dalam pantang tu depa guna istilah meroyan.. Tapi yang tak ada kena mengena dengan pantang bersalin ni depa panggil kemurungan atau depression. Tapi pi mai pi mai masalah ni masalah yang lebih kurang sama je kan..


Sesiapa sahaja tak mustahil boleh berlaku kemurungan. Orang yang selama ni kita tengok happy go lucky bini bagai pun tup tup boleh jadi kemurungan. Sebab selama ni dia simpan terlalu banyak masalah atau kesedihan sampai satu masa emosi dia dah tak boleh menampung kesakitan/kepiluan/kesedihan/kekecewaan dalam hati tu.. Mungkin akan muncul tanda tanda kemurungan.

 Sedikit info pasal kemurungan ni  

Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami namun jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh dua minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih yang lazim tetapi penyakit kemurungan.

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.

 Tanda-tanda Kemurungan 

➟Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan

➟Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur, Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga

➟Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)

➟Amat sensitif , pendiam dan suka mengasingkan diri

➟Perasaan pesimistik Hilang semangat, putus asa/putus harapan
Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan

➟Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.

➟"Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.

➟Rasa tidak tenteram dan mudah marah

➟Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan

➟Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.

➟Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)

 Tips Untuk Mengatasi 

Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, pasrahkan diri dan redha dengan ketentuanNya. Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia. Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.
Belajar terima kehilangan yang berlaku & mulakan hidup baru

HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi , UiTM ; 28 September 2011

Jangan pandang remeh ok dengan simptom kemurungan sebab kemurungan ni boleh menyebabkan individu tu berhalusinasi jugak ok! Halusinasi tu la yang menyebabkan kadang kadang individu yang menghadapi masalah kemurungan bertindak yang membahayakan diri sendiri atau orang lain termasuk la membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri. 

Kesihatan mental seringkali dikaitkan dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat. Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Ia merangkumi perasaan, fikiran dan tingkahlaku dalam diri sendiri, kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya serta bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, cabaran dan tekanan yang timbul dalam kehidupan seharian. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO).

Untuk elakkan kemurungan please jangan suka simpan masalah sorang sorang macam den ni ha.. Kadang2 bukan tak nak berkongsi cerita tapi rasa masalah yang hadap tu tak boleh nak cerita dengan sesiapa demi menjaga aib orang lain.. Maybe sebab sikap susah percaya dengan orang lain jugak kot. 

Kadang2 ada masalah dengan keluarga.. kita perlukan kawan yang boleh di percayai & boleh menjadi motivator yang baik untuk kita share & minta nasihat. Kat sini la fungsi 'kawan baik' tu di perlukan. Selain kawan baik atau BFF berfungsi untuk perkara ni juga >> Siapa Yang Ada BFF Pasti Setuju Dengan 7 Sebab Ni. Especially #2 Tu, Betul Tak? <<

Moral of the story.. Bila anda rasa anda mula menjurus kepada kemurungan pada yang beragama Islam dekatkan diri dengan Allah, begitu juga dengan penganut agama lain boleh cuba ritual keagamaan masing2. Sebab setiap agama mungkin ada cara dia mengatasi depression sebab agama ni mengajar manusia yang baik baik sahaja.

3 comments:

  1. Cik en pernah jd murung hampir 2 tahun.. so far dh dpt rawatan dan blaja mngawal stress.. skrg dh ok 😁

    ReplyDelete
  2. sha pernah kemurungan masa tahun 2012 huhuhu sebaik tak teruk :(

    ReplyDelete
  3. tul...kemurungan menghilangkan fokus...suka menyendiri..mudah marah...terasa mcm maw mati ja tu betul...bkn maw bunuh dir..tetapi..klu mati n bebas dr masalah dunia rasa bley setel...adui...smoga cepat ak atasi murung nih..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com