HANYA TAHU ISTERI MENGIDAP "MENTAL DISORDER" SELEPAS KAHWIN, INI PENGAKUAN SEORANG SUAMI YANG PALING MENYENTUH HATI

11/03/2017 08:02:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

HANYA TAHU ISTERI MENGIDAP "MENTAL DISORDER" SELEPAS KAHWIN, INI PENGAKUAN SEORANG SUAMI YANG PALING MENYENTUH HATI. Abang kucing atau Nama di media sosial Sharul Nizam Ab Rahim seorang aktivis haiwan yang maybe ada yang kenal & tidak. Saya memang kenal dia & pernah berjumpa masa nak cari bantuan kes saman sivil yang di kenakan pada saya.. Dialah yang membantu sehingga saya dapat peguam & boleh meneruskan perjuangan di mahkamah sehingga ke hari ni.


Orangnya lantang.. Bahasanya adakala memang kasar tapi masih ada sekeping hati yang masih mulia. Tapi bukan tu yang saya nak cerita.. Bagi yang ikuti abang kucing kat FB mungkin tahu beliau dah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru.. Tapi Allah tu maha berkuasa. Dia takkan menguji seorang hamba di luar kemampuan. Selepas kahwin abang kucing baru tahu yang isterinya mengidap Paraniod Schizophrenia. Bagi yang tak tahu apa tu Paranoid Schizophrenia.. meh la nak explain kat hangpa...

 Apa itu Skizofrenia 

Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophreniahanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.

 TANDA-TANDA POSITIF 

Psikosis
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

➠ Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

➠ elusi kawalan ( delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak

➠ Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

➠ Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.

➠ Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

⟿ Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.

⟿ Deria yang normal memerlukan stimulus yang dikesan oleh organ deria dan diinterpretasi oleh otak. Halusinasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya;

➠ Halusinasi pendengaran (auditory hallucination); pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.

⤥ Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.

⤥ Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”
Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.

➨ Halusinasi penglihatan ( visual hallucination ) berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.

⟿ Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinsi rasa

Selebihnya hangpa boleh baca kat sini >> SKIZOFRENIA <<

Membaca luahan hati seorang Abang kucing @ Sharul Nizam Ab Rahim ni serius.. tersentuh.. tersentap.. tersontot semua ada la.. Yang paling ter... terharu la. Tak semua lelaki mampu menerima keadaan isteri yang macam ni. Nak2 lagi bila tahu selepas mendirikan rumahtangga. Baca pengakuan ikhlas abang kucing...

Usia perkahwinan kami baru masuk 8 Bulan. Asakan demi asakan yang saya terima - Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki

Penggeledahan maklumat menunjukkan - Isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 Tahun lalu (08.06.2000)

Pada 30.11.2014, Doctor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap - Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder

Penyakit ini - No Cure. Yang ada cumalah - Kawal. Ia mesti dikawal melalui - Pengambilan Ubat. Lagi satu, Penuhkan Fikirannya melalui Activity yang dia suka. Isteri saya suka Melukis. Lagi satu, dia suka Mengajar. Mutu Lukisan dan Mutu Pengajarannya - Baik. Malah lebey baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit

Tidak Mengambil Obat dan Tiada Activity, isteri saya akan didatangi - Kepercayaan Palsu (Delusion) dan Halusinasi (Hallucination)

Semasa Delusion - Tanpa sedar, dia akan berkata Suaminya Jahat. Ketika ini - Dia mula mencari sokongan. Misinya - Orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandai kamu enggan percaya - Siaplah kamu. Dia akan kembali semula pada suaminya, dan berkata - " Abang.. Itu Orang Jahat ". Tanpa mata hati - Kita saling membenci. Saling mengesyaki. Saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan

Semasa Hallucination - Tanpa sedar, dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan. Dan bisikan itu - Suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri / merosakkan barangnya. Dan satu keadaan - Dia sedang dicederakan. Ketika ini berlaku - Tiba2 saja, isteri akan lenyapkan diri. Kalo ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 200 Pagi - 300 Pagi - Itulah orang rayau

Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam. Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri / dirosakkan - Hati2. Kalo dia diam memendam - Ok. Tapi kalo dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun - Jaga2. Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling / memecahkan / menakutkan / mempertahankan diri. Tanpa mata hati - Mustahil kamu boley bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroley kecederaan

Masyarakat kita terutama orang2 Melayu - Suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan Pengidap Psikiatri. Tetapi Masyarakat Barat - Mereka dedahkan. Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie - A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya - Ada kesamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi

Saya sorang2 tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doctor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard

Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup. Tak pernah ada mana2 Doctor Psikiatri di Malaysia mengahwini Pengidap Schizo. Mengalami secara mengahwini is more real berbanding mengalami secara merawati

Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk2. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan - Akan kujaganya seumur hayat

Beza antara menerima seseorang dalam hidup dengan seadanya... Dan menerima seseorang dengan apa yang dia ada. Kebanyakkan orang memang memilih pasangan berdasarkan apa yang mereka ada. memang kagum la dengan abang kucing yang tidak menyembunyikan kondisi isterinya walaupun mungkin ada yang pandang serong. Menerima dengan positif & berusaha untuk beri yang terbaik.

Moga Allah permudahkan urusan Abang Kucing @ Sharul Nizam Ab Rahim.. Moga kesihatan isteri beliau beransur baik & pulih satu masa nanti.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com