INI CERITA PENGALAMAN SENDIRI GUNA PRODUK HARO

21.11.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

INI CERITA PENGALAMAN SENDIRI GUNA PRODUK HARO. Perempuan dengan produk kosmetik terutama skincare ni memang tak dapat di pisahkan. Walaupun ada juga segelintir kaum perempuan yang rasa malas nak ber skincare bagai. Dia kata cukup la ber wuduk, Insya Allah muka akan berseri seri macam bulan purnama. tak boleh la camtu.. Islam pun menggalakkan kita menjaga kebersihan. Skincare ni bukan untuk cantik tapi salah satu cara menjaga kebersihan kulit jugak.


Tapi tak boleh paksa la kalau yang mana rasa cuci muka dengan air paip je dah cukup. Tapi bagi yang memang mementingkan skincare dalam hidup.. ni mai dekat sini. Jauh2 satgi hangpa tak nampak apa kami tulis.. hangpa nak tau dak. Baru baru ni kami try satu produk ni.. Hangpa tau apa jadi??

Alkisahnya jemah.. Saya try produk Haro yang katanya produk homemade. Homemade tak homemade. Ingat simply ka kami nak try macam tu ja. Kami siasat dulu habis habisan.. Ada berdaftar dengan KKM ka tidak. Nama produk yang berdaftar dengan KKM tu sama ka tidak.. Nasib baik ujian peringkat pertama lepas. kedua duanya ada berdaftar NOT KKM & nama produk yang di daftarkan sama seperti nama pada packaging. Jangan tak tau sekarang ada orang tipu tau NOT KKM.. Bila semak NOT KKM yang appear pada packaging di daftarkan atas nama produk lain. So, kena make sure dulu NOT KKM yang di pamirkan bukan tipu.

Search by lekatlekit.com.. Di website NPRA

2 produk Haro yang saya try adalah Day & Night Cream & Sleeping Mask. Untuk Day & Night cream tu... bagi pendapat saya lebih sesuai pakai waktu siang je sebab dia lebih bersifat foundation. So rasa tak berapa selesa pulak nak pakai malam malam sebelum tidur. Melainkan hangpa nak merayap memalam buta.. Manatau nak pi candle lite dinner ke hapa kan.. Nak cecantik macam bidadari.. Boleh la guna Day & Night Cream ni.


HARO day & Night cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. Saya guna kalau nak keluar rumah je sebab dia ada fungsi sebagai bedak asas @ foundation untuk menutup cela pada wajah & memberi kesan pinkish pada kulit. Memang mampu cover cela cela ringan kat muka kita juga. selain ada fungsi merawat juga

Selain memberi kesan pinkish pada kulit juga mampu memberi kesan tona kulit nampak sekata & menyembunyikan cela

HARO Day & Night cream ni juga mempunyai fungsi merawat masalah kulit seperti

mengecutkan jerawat
menambah keserian wajah
melembabkan wajah
mengecilkan pori
mencerahkan kulit
merawat sunburn

Antara kandungan bahan yang di gunakan dalam HARO Day & Night cream ni adalah..

Organic candelila wax
organic shea butter
organic argan oil
organic beetroot powder (purple)
organic red raspberry seed oil
organic carrot seed oil
organic virgin coconut oil
lavender essential oil
ylang essential oil
organic mica powder (earth pigment)
natural zinc oxide

HARO day & Night cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. Bila kita apply dia akan ikut warna kulit asal. So warna dia takde nampak kontra sangat dengan kulit asal. Maka tak la orang nampak macam panda muka putih tangan hitam hehehehe

Harga untuk HARO Day & Night Cream ni 
RM40 untuk 12gm (tidak termasuk postage)

Sleeping mask ni antara item paling saya suka dalam produk Haro Beauty.. Saya cerita sikit la kan. Dia macam gel.. bila apply dia tak ada rasa kesan melekat lekit kat kulit. Dia terus meresap dalam kulit & boleh rasa kulit kita lembut jer lepas pakai. Bila bangun pagi serius kulit rasa licin & lembut sangat. Takde kesan pecah minyak ke hapa. Ni cerita dari pengalaman sendiri yer.. Bukan cedok testimoni orang lain.


Sesuai untuk yang ada masalah kulit kering. Kulit kering ni memang tak best... Kalau pakai bedak tak alas dengan pelembab confirm muka nampak macam berbulu kesan mengelupas sebab kulit kering. So yang mana ada masalah kulit kering boleh try HARO Slepping Mask ni. Serius sangat selesa di kulit.

Selain merawat masalah kulit seperti mengecilkan pori & masalah kulit kering ia juga membantu untuk

➻ memberi effect pinkish
➻ melembabkan kulit
➻ menyerikan wajah
➻ merawat kulit kering
➻ mengecilkan pori
➻ membuang kulit mati
➻ mengeluarkan kotoran
➻ membersihkan pori

Antara Bahan yang terdapat dalam Haro Sleeping Mask:

➧ organic Strawberry coldpresed
➧ organic glycerin
➧ Gluthathione
➧ kojic acid
➧ hyluronic acid
➧ menthol crystal (organic source)
➧ peppermint essential oil
➧ strawberry essential oil
➧ aqua
➧ organic aloevera
➧ vitamin A, C & E
➧ organic flaxseed gel

HARO Sleeping Mask juga dikenali sebagai skin repair yang dipakai pada waktu malam sebelum tidur. Skin repair telah lama digunakan oleh masyarakat di negara Korea dan Jepun untuk mengekalkan kelembapan dan membaiki struktur kulit wajah ketika sedang tidur.


Mengandungi ekstrak pati strawberi yang disahkan organik mudah meresap ke dalam kulit wajah kerana teksturnya yang halus dan tidak melekit.

Cara penggunaan : Sapu dengan nipis HARO Sleeping Mask pada keseluruhan wajah sebelum tidur. Biarkan sehingga keesokan pagi, guna kaedah 'exfoliate' untuk membuang daki atau boleh terus cuci muka dengan cleanser / sabun muka.

Harga HARO Sleeping Mask
RM40 untuk 25ml (tidak termasuk postage)

Antara 2 item dari produk HARO ni serius secara jujur saya paling suka sleeping mask. Sebab bila pakai tak rasa macam ada something melekat pada kulit berbanding cream cream lain. Walaupun nama dia mask tapi jangan la fikir macam peel off mask. Yang bila kering kena cuci atau keluarkan sisa mask pada kulit. Sleeping mask ni bersifat gel cream. Tak perlu nak koyak2 & buang sisa2 mask yang dah kering tu. sapu sebelum tidur.. Pagi baru cuci. Membantu juga la untuk mengecutkan jerawat & menghaluskan kulit. Halus bukan hakis yer.. hehehehe


Harga dia rasanya masih mampu milik.. Jadi pada yang ada masalah kulit nak merawat & mencantikkan kulit wajah korang.. Tak salah nak cuba produk HARO ni. Nama pun ala korean gitu.. Manatau ada hajat nak berjodoh dengan Oppa gangnam pulak ke kan.. Boleh la rawat & cantikkan kulit macam retis korea dulu.

Berminat nak cuba boleh dapatkan melalui Pengedar produk HARO

 Facebook : HARO Beauty KL 
 Whatsapp : 0137597886 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com