JANGAN HALANG JERAWAT KELUAR IA SANGAT BAHAYA

11/02/2017 10:32:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

JANGAN HALANG JERAWAT KELUAR IA SANGAT BAHAYA. Mesti semua panik kan baca tajuk entri. Habis tu takkan nak biar je muka berjerawat kalau tak halang jerawat keluar. Satgi orang tak kenal dah rupa manusia.. Dah nampak sama level dengan kodok..


Jangan kelam kelibut sangat ok.. Meh baca dulu meh apa yang saya nak sampaikan kat hangpa. Memang kita tak boleh hanya halang jerawat dari keluar tapi kita kena rawat jerawat dari bermastautin terus kat muka kita ni.

Semua orang tahu isu produk skincare yang mengandungi merkuri yang mampu memberi kesan cepat dalam merawat masalah jerawat ni. Kenapa produk yang ada merkuri ni mampu beri kesan yang cepat dalam merawat masalah jerawat? Mesti ada yang masih tak tau kan.. Hari2 dok mencang merkuri bagai nak rak tapi bila tanya kenapa merkuri boleh bagi kesan cepat pada kulit dia cuma tau jawab sebab chemical tinggi..

Sebenarnya produk kecantikkan yang mengandungi merkuri dia tak merawat jerawat tapi lebih kepada menghalang jerawat dari keluar sebab merkuri telah merosakkan lapisan kulit paling luar (lapisan epidermis) menyebabkan kulit kehilangan protien. Sebab tu kadang2 orang yang pakai produk mengandungi merkuri ni rasa perit bila terkena matahari.. kulit jadi radang & kemerah merahan. Ini di sebabkan kulit dah tak ada protien & melanin yang berfungsi melindungi kulit dari sinar matahari & UV.

Kebanyakkan produk yang mengandungi merkuri memang hanya block jerawat bukan merawat jerawat sebab tu kulit licin macam bontot bayi tanpa ruam. Ia berlaku kerana bakteria tidak dapat hidup di atas lapisan kulit yang dah rosak akibat merkuri yang hangpa dok tenyeh hari hari dari krim siang malam pagi petang hangpa tu tau dak!!

Dan sebab tu juga bila hangpa berhenti guna kulit jadi breakouts tahap nirrojim sampai rasa nak bunuh diri. Bila guna cantik bila stop jadi muka mak lampir.. erkk.. mak lampir pun takde jerawat ok! Kira muka hangpa yang breakouts sebab penggunaan produk bermekuri ni lebih ngeri la dari mak lampir hahahaha.

Sebab tu penting cari produk yang boleh merawat masalah jerawat ni.. Kita sedia maklum proses merawat sesuatu yang dah effected & rosak kena ambil masa yang lama. Mustahil la dalam masa 3 - 7 hari mampu kaya & berjaya kan? Kalau yang cepat sangat tu.. Mohon ragui jugak la tahap keselamatan produk tu. Nak2 lagi yang mencurigakan.. Alamat kilang memproses pun tak berani appear pada produk.. dok jual NOT KKM yang setakat declare ingredient melalui dokumentasi untuk dapat.. Belum tentu selamat ok! 

So hangpa dah paham la kan maksud kami 'Jangan Halang Jerawat keluar' tu. Halang ni.. cuma sekat dia dari muncul kat permukaan kulit tapi tidak membunuh dia. Nak kekal cantik tanpa jerawat kita kena bunuh dia sampai mati. Bukan penjarakan dia. Kalau penjara sampai masa dia keluar balik. Malah beranak pinak dengan jayanya. Begitulah yang boleh saya umpamakan dengan produk skincare yang mengandungi merkuri ni. Hangpa paham kan? hehehehe

Moral of the story.. Sayangilah muka ada.. hindari merkuri.. anda mampu menyelamatkan buah pinggang. hehehehe

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com