JERAWAT JADI MALU DENGAN ORGANIC DETOX CLAY MASK (OCDM)

11/11/2017 09:47:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

JERAWAT JADI MALU DENGAN ORGANIC DETOX CLAY MASK (OCDM). Tu dia mentang - mentang viral satu video kononnya sel kanser malu2 malu dengan bawang putih. Bila bawang putih datang dekat dia.. dia lari... Ni apa kes pulak jerawat pun malu dengan OCDM ni? Jangan nak buat mitos la lekatlekit Ooi.. Kalau ye pun nak jadi viral tak payah la buat cerita dogeng macam video sel kanser lari dari bawang putih tu.


Mana ada.. Tak baik tau tuduh I macam tu. Mana ada I tipu. Tu la hangpa suka sangat judge kami bukan bukan sebelum baca apa kami nak sampaikan. The story is... Maaf la terspeaking pulak. Cerita dia macam ni. Ada la sorang founder ni menjadikan saya tikus makmal wakakakaka... Dak aih.. dia bagi kami cuba produk dia. Homemade organic produk katanya..

Saya jarang guna homemade produk.. maksudnya produk skincare yang di hasilkan sendiri oleh founder dia. Bukan produk yang tempek label dari kilang OEM tu.. Yang tu 1 produk boleh jadi 100 jenama berlainan. Tapi kalau produk homemade ni memang dia tak sama macam produk lain. Sebab ia di hasilkan & di blend sendiri bahan bahan dari pengeluar @ founder produk ni. Tu baru founder namanya menghasilkan sendiri produk. Bukan founder menghasilkan label produk je.

Jangan ingat saya simply nak guna atau review produk homemade ni. Sebelum guna saya merujuk dulu dengan orang yang lebih faham tentang ingredient produk ni supaya bahan yang di gunakan tidak meragukan. Alhamdulillah nampaknya Organic Detox Clay Mask ni, Insya Allah selamat.

Ada tips yang saya dapat dari rancangan Malaysia Hari ini masa membincangkan topik produk beracun. Katanya panel jemputan pakar apa ntah lupa dah saya.. Tapi dari bahagian Farmasi KKM juga. Katanya sebelum guna apa2 produk.. Nak pastikan produk tu selamat atau sesuai tak dengan kita. sapukan belakang telinga selama seminggu. Kalau tak ada effect ruam ke hapa.. Boleh guna. So hangpa boleh try tip ni sebelum guna apa2 produk.

Lepas tu baru la saya try tempek kat muka. Saya actually sebelum guna tak study sangat pasal produk ni.. Maksudnya berfungsi sebagai apa.. Saya just try je. Dari pengalaman sendiri try produk ni saya rasa bagus juga untuk yang ada masalah jerawat & kulit berminyak. Sebab masa saya guna Clay mask ni.. Time tengah berjerawat tapi bukan la jerawat serius satu muka tu. Jerawat sebiji sebijik.. kat dahi sebiji.. dagu dua tiga biji macam tu.

Bawah tepi dagu tu jerawat yang kecut selepas seminggu apply Clay mask ni. Not bad juga la kan.. Yang kesan putih2 tu adalah kesan mask bila dah kering bukan kesan air liur basi yer hehehe

Selepas seminggu tu nampak menguncup & mengecut juga jerawat. Nampak jerawat mula tersipu sipu malu bila saya pakai Clay mask ni maka dia beransur ansur menghilang. Tu la datang tak di undang kan dah kena halau baru tau malu. kekekekeke.

Paling saya perasan bangun pagi kulit saya tak pecah minyak macam kebiasaannya. Kalau tak rasa boleh buat telur mata atas muka ni.. Terutama T zone tu. Selama seminggu tu saya memang consistent pakai setiap hari ok! Walaupun kalau ikutkan perlu guna 3 kali seminggu. Tapi saya apply hari hari takde apa2 side effect pun. Yelah.. nak tahu keberkesanan dia. Kena la consistent..

Pakai mask memang muka ketat ok tak boleh senyum hahahaha.

Lepas cuci tu akan rasa muka tegang & licin. Masa apply tu rasa macam mint2 sikit kat muka. Memag fresh sangat. Sebab ada bahan Peppermint essential oil dalam Clay Mask tu. Sekaligus kita rasa tenang je masa pakai mask ni... Eseential Oil ni kan sejenis minyak terapi jugak. So, benda tu membantu kita untuk rasa segar & tenang..

Selain sangat membantu masalah kulit berminyak & jerawat Organic Detox Mask (OCDM) juga berfungsi membantu masalah lain seperti

➱ OCDM berkesan membersihkan Liang pori dan mengecilkannya.

➯ OCDM membantu mengawal lebihan pengeluaran sebum (minyak)

➱ OCDM mengeluarkan toksin dan racun dari dalam kulit

➱ OCDM melembutkan kulit

➱ OCDM memberikan kesan glowing yang akan terpancar di wajah

➱ OCDM membuang sel kulit mati

➱ OCDM sesuai untuk semua jenis kulit

➱ OCDM membantu pertumbuhan kulit baru

➱ OCDM meratakan warna kulit

➱OCDM memudarkan parut

* Nak ingatkan kalau nak dapat kesan rawatan & kesan kecantikkan yang di janjikan kena la consistent guna. Tak boleh la harap dalam masa sekejab akan dapat hasil yang kebabom. Apa kau ingat pakai susuk.. cucuk je masuk dalam muka jampi serapah bagai terus nampak lawa. Ni produk skincare berasaskan bahan organik dah tentu perlu masa untuk merawat masalah kulit anda.

 Antara bahan yang di blend dalam produk Organic Detox Clay Mask ni adalah ; 

 Natural Bentonite Clay(US)

RO water Lemon

essential oil Orange

Mrytle essential oil

Peppermint essential oil

Myrtle yang sangat wangi dan penuh khasiat!! Selain tu ia berfungsi untuk :

➟Membantu  membangkitkan mood
➟menghilangkan stress
➟sangat tinggi vitamin C
➟mencerahkan kulit

Kandungan untuk Organic Detox Clay Mask ni adalah 50gram. Boleh tahan 2 - 3 bulan & cara penggunaan dia adalah 3 kali seminggu. Macam mana nak apply mask ni?


First kena la cuci muka dulu. Jangan la muka penuh daki, taik mata, air liur basi, sisa makeup bagai kau terus sapu mask pulak. Cuci muka bersih bersih dulu & lap muka sampai kering lepas sapu Clay Mask terutama di kawasan berjerawat & berminyak. Biar sampai kering cuci dengan air atau boleh lap je dengan tuala lembab atau face sponge.

Jadi kalau berminat nak mencuba Homemade produk Organik ni boleh la berurusan terus dengan founder produk ni yang cantik bertutup litup orangnya.. Boleh hubungi beliau melalui

 Facebook : Ili Afiqah Ismail 
 Whatsapp : 0136603779 (Ika) 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com