KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI

27.11.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI. Bertemu lagi yer kita anak anak.. dengan bedtime story malam ni.. Bukan apa kalau tak up kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni ada orang katanya akan mengalami insomia tak boleh tidur malam.. Amboi! Nak tido pun kena momok2 dengan cerita seram kan...


Ok la.. sebab malam ni ber mood nak up cerita seram.. mai dekat sikit anak anak. Mak nak cerita ni sebuah kisah seram untuk masa depan. Alkisah tersebut la kisah.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan firaun...

yer semestinya bukan kisah sang kancil. Saja je tu buat lawak.. ye ye.. tak lawak. Mak paham nak hangpa tak sabaq nak baca kisah seram pasal makcik kantin SMK tanjung Puteri ni kan? Mari kita mulakan cerita dengan bacaan Bismillah dulu..

Kisahnya seorang makcik kantin ni.. Almaklum la makcik kantin mesti la datang awal nak prepare semua benda sebelum budak budak datang sekolah & nak makan kat kantin. Makcik kantin ni normally pukul 5 pagi dia dah terpacak la kat kantin sekolah tu.. Takde la terpacak sebab nak nyanyi lagu Negaraku depan tiang bendera kat tapak perhimpunan tu.. Kejadahnya makcik tu nak buang tebiat pepagi buta terpacak depan tiang bendera kan. Of course la dia nak mulakan tugas harian dia sebagai makcik kantin yang dedikasi melakukan tanggungjawabnya terhadap kantin sekolah.

Selalunya kawan makcik ni akan sampai dalam pukul 5.30 pagi. Depa tong tong la buat kerja.. sorang kat dpaur sorang lagi prepare la barang nak masak. Makcik ni dia ni jenis telinga lintah.. Bukan makcik tu takde cuping telinga macam lintah tapi pendengaran sangat tajam. Bunyi semut kentut pun dia boleh dengar.. (Ok tipu). Masa tengah buat kerja dia dengar bunyi something macam orang bukan pintu kat belakang kantin..  Mula2 ingat bunyi kawan dia buat kerja tapi bila di amati betul2 bunyi tu.. Lain macam bunyinya.. Amboi! Bukan bunyi seksafon kasim selamat la.. Kasim selamat dah lama habis zaman. 

Bunyi yang makcik ni dengar bunyi seakan akan macam bunyi orang seret rantai besi atas jalan.. dah sapa pulak pepagi buta lari dari penjara kaki kena rantai besi tak sempat buka. So nak pastikan pekebenda & dari mana datangnya bunyi pelik tu makcik ni tengok la melalui tingkap dapur kantin. 

Apa yang makcik tu nampak... Tidak bukan kawan dia tengah main zero point dengan rantai besi. Belum gila kawan dia nak buat perangai tak semegah macam tu. Apa yang makcik tu nampak adalah jeng.. jeng.. (Drum Plesss!!)

Ada lembaga tengah berjalan sambil pegang something yang berat tapi dia tak tau apa benda. Tak nampak sangat gamaknya.. pepagi subuh sapie macam tu kan. Dalam samar samr dia nampak lembaga tu menuju ke stor kemahiran hidup di blok sebelah. Makcik tu kumpulkan semangat Sailormoon supaya tak terlalu takut dengan apa yang dia nampak & sambung buat kerja macam biasa. Dia tak bagitau sesiapa sampai la waktu rehat tengahari baru la dia buka story pasal apa yang dia nampak. Kawan dia yang sorang tu dah kecut sebab dia buat kerja masa tu kat belakang dalam stor.. Lokasi di mana makcik tu nampak lembaga tu menuju ke destinasinya. terus minta masuk kerja lepas subuh akak tu wei.. Tapi makcik yang berjiwa sailormoon tu rilex & tetap masuk kerja sebelum subuh. Apadahal... 

Di sakat benda2 mistik tu katanya bukan makcik kantin tu jer.. Tukang kebun pun pernah kena. Katanya pernah berlaku sesuatu yang menyeramkan masa tukang kebun tu datang repair mesin rumput waktu malam. Tapi apa kejadian & kejadahnya tak pulak tukang canang ni cerita. Hampeh toi! Kalau tak boleh juga yer den share kat dalam entri ni.

Katanya.. Sekolah tu dulu adalah sebuah markas tentera jepun masa perang dunia. Biasa la.. Ni mesti naik kaitan dengan hantu jepun atau hantu roh tak tenteram yang di siksa & di bunuh tentera jepun kan? Tipikal sangat tau!! Ni mak nak pesan yer anak anak.. Orang yang dah mati takkan jadi hantu sebab mereka dah terpisah dengan dunia & mereka takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk jelmaan pun. Even jelmaan seekor tungau pun tak boleh. So, ubah kepercayaan hangpa orang mati jadi hantu. Dah nak masuk 2018 beb.. takkan tak move on lagi dengan kepercayaan karut tu.

Moral of the story.. Jelmaan2 seram yang mungkin ada orang nampak yer boleh jadi bukan manusia tapi bukan juga jelmaan dari roh orang dah mati. Ia tak lain tak bukan.. jin & setan la tu.. Memang dah kerja dia menyesatkan anak cucu cicit adam ni. 

Sumber cerita : CARI

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com