YANG BELUM PERNAH BERMADU BOLEH CUBA PREMIER SERIES TRIGONA HONEY & COLLAGEN SHOTS

16.11.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

YANG BELUM PERNAH BERMADU BOLEH CUBA PREMIER SERIES TRIGONA HONEY & COLLAGEN SHOTS. Tu dia.. Sapa belum pernah bermadu & nak bermadu? Akak2 pakat dok singsing lengan baju & bercekak pinggang dah katanya. Orang tak mau bermadu hang sibuk dok promot produk bermadu pulak. Awat hang teringin sangat ka nak bermadu? Kalau hang nak bermadu.. Hang bermadu la sengsorang jangan dok hasut orang lain pulak bermadu. Satgi habis laki kami kena caras!!

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Yang pasti tak ramai orang perempuan yang suka di madukan tapi setakat makan madu tu.. No hal katanya. Tapi jangan sesekali cakap pasal bermadu & di madukan kalau tak cukup ilmu di dada. Takut kalau tak cukup ilmu di dada dok pi cakap pasal bermadu ada yang pecah kepala pulak kan.. Tapi hari ni saya bukan nak cakap isu pasal bermadu pun. Cuma nak cerita something yang ada kena mengena dengan madu je. Amboi hakak hakak semua tak menyempat nak menyondol kan? Mengucap dua kalimah syahadah dulu akak Ooi.. satgi kena heart attact susah pulak. hehehehe

Madu ni ada macam macam jenis madu bukan madu kongsi suami jer.. Tapi yang pastinya madu memang banyak khasiat. Yang banyak khasiat tu madu yang terhasil dari lebah bukan madu berpoligami tu. Antara khasiat yang ada dalam madu adalah mampu memberi tenaga sepanjang hari & membantu meningkatkan metabolisma tubuh kalau di amalkan secara betul.

Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.


Asid fenolik bebas lebih mudah diserap dalam tubuh manusia. Asid fenolik juga boleh bertindak sebagai bahan antikanser, asma dan antitumor. Kehadiran pelbagai jenis asid fenolik dalam madu kelulut mungkin menunjukkan madu ini mempunyai pelbagai khasiat. Asid p-koumarik contohnya, mempunyai aktiviti antioksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik. Asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser perut
- Sumber info ebuletin.mardi.gov.my -

Kalau korang tak tahu madu kelulut ni apa.. sedikit info pasal madu kelulut ni..

Madu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah yang bersaiz kecil. Biasanya lebah kelulut akan membina sarangnya di akar-akar atau tunggul pokok di permukaan tanah. Warna madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding dengan madu lebah dan mempunyai rasa masam-masam manis.

Sebab tertarik sangat dengan khasiat madu kelulut ni.. Baru baru ni saya cuba satu produk Premier Series Trigona Honey & Collagen Shots.. Dimana produk ni berasaskan madu kelulut. Almaklum la sejak dua menjak ni mungkin banyak buat kerja kerja penulisan.. kerja2 rumahtangga bagai.. Badan mudah rasa lemau.. Kadang2 bangun pagi pun lahai.. Jadi malas nak buat apapun. Sebab asyik rasa letih jer..


Bila kita cuba sesuatu produk, harus la rajin google baca pengalaman orang lain yang pernah ambil produk tu untuk tahu apa effect selepas mereka amalkan. Apa yang saya baca, ada yang cakap.. selain bagi tenaga untuk aktiviti harian.. secara tak langsung bagi kesan pada kecantikkan kulit. Mungkin secara tak sengaja khasiat madu kelulut & collagen yang ada dalam produk ni memberi kesan kecantikkan pada kulit sebab kita sedia maklum madu kelulut dapat melembutkan kulit, menganjalkan kulit & collagen pula berfungsi untuk mendapatkan kesan awet muda. Cuma perlu la amalkan secara consistent & Berpanjangan. Sebab ia bukan produk kecantikkan tapi lebih kepada produk makanan tambahan.. Benefit lain tu adalah kesan dari khasiat bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan produk ni. Bahan yang baik maka hasilnya baik.. Cuma nak dapat hasil yang baik kena amalkan dalam tempoh yang panjang.. bukan sehari dua ok!






Kita ni spesis yang bukan rajin sangat kalau nak ambil terus sesuatu makanan tu secara semulajadi. Maksudnya.. direct terus dari bahan tu tanpa di formulasikan dalam bentuk produk. Rajin sangat ka orang sekarang nak ambil dua tiga benda sehari sebab supplement kan.. Contoh nak minum terus madu.. atau nak ambil makanan yang ada collagen semulajadi.. Sebab tu produk ni membantu memudahkan kita sebab ia di hasilkan dari gabungan bahan bahan yang memberi khasiat untuk tubuh kita. Salah satu produk yang di hasilkan dari madu kelulut adalah Premier Series Trigona Honey & Collagen Shots.


Premier Series Trigona Honey & Collagen Shots ni di datang dalam bentuk yang mudah di ambil

Didatangkan dalam kotak yang mengandungi 30 PAKET ntuk kegunaan 30 HARI.

Setiap paket mengandungi 20ml Trigona Honey & Collagen Shots.

Pengambilan 1 PAKET SEHARI sama ada sebelum sarapan atau sebelum tidur.

Jadi nak ambil pun mudah. Cuma koyak sikit hujung sachet terus minum jer. Tak payah nak bancuh madu campur collagen bagai dah. Macam la kau rajin sangat nak blend semua tu sendiri.. kan Jemah? Kau nak buat kopi pun kau malas hehehehe.


Rasa dia takde rasa pelik.. rasa manis2 madu & rasa masam masam hujung lidah macam tu. Manis dia takde la sampai tahap kita rasa terlalu pekat. Memang rasa dia sempurna & senang untuk di telan.

Cara saya ambil produk ni adalah setiap pagi sebelum sarapan. Ada orang suka ambil malam sebelum tidur.. Katanya bila bangun badan rasa fresh & bertenaga terutama student la kan. tapi ada juga ambil dua kali sehari.. pagi & malam. mana2 pun boleh.. Janji ambil dalam 2 waktu tu. Pagi atau malam atau kedua duanya sekali.

Apapun.. Yang saya rasa lepas amalkan produk ni, takde la terus bertukar dari wajah makcik kepada budak sekolah rendah yer. Tu membohong sangat walaupun ada ada collagen. Takde la terus awet muda secara drastik macam tu. Dia dah di formulasikan dalam bentuk produk menggunakan bahan semulajadi ni dah pasti takkan dapat kesan yang drastik. Tapi membantu dari segi penghadaman jugak. Penghadaman yang baik tu sangat penting ok.. Baru la badan rasa ringan & ada mood nak buat kerja. hehehehe. Bayangkan kalau penghadaman tak bagus.. Rasa duduk tak kena, berdiri tak kena. Rasa nak membuang tapi pergi toilet bahan buangan tak boleh keluar. Memang moody sepanjang hari ok!

Apapun bila badan sihat, cukup tenaga & kecerdasan.. Benda tu sebenarnya membantu seseorang tu lebih kelihatan cantik. Sebab tu penting untuk jaga kesihatan. Mana ada orang sakit yang cantik kecuali dalam drama jer.. Jadi tak hairan la kalau kita mengamalkan apa2 pemakanan tak kira makanan terus dari sumber semulajadi atau yang dah di blend menjadi produk makanan tambahan jika membantu badan kita lebih sihat & kekal bertenaga sepanjang hari.. sekaligus membantu mencantikkan bentuk badan & kulit kita. Itulah khasiat yang terdapat dalam Premier Series Trigona Honey & collagen shots.


Bagi yang berminat nak mencuba Premier Series Trigona Honey & Collagen ni boleh hubungi ;

 Facebook : Premier Series 

 Whatsapp : 018 9839405 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com