BAGAIMANA WIRID LAA ILLAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN MEMBANTU SAYA YANG HADAPI SAMAN RM3JUTA

12/12/2017 03:45:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

BAGAIMANA WIRID LAA ILLAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN MEMBANTU SAYA YANG HADAPI SAMAN RM3JUTA. Kita manusia kadang2 bila di beri nikmat kita lalai.. Kita lupa. Serba serbi tak jaga terutama solat pun tunggang terbalik. Tapi bila Allah tegur dengan musibah.. Barulah sedar selama ni jauh dari Tuhan. Baru sedar banyak dosa dari amalan.. Ya Allah.. masa tu berjujuran airmata jatuh. Betapa besarnya kasih sayang Allah pada aku.. Allah tegur kita sebab Allah sayang.. Yang Allah biar hanyut dengan nikmat dunia tu yang paling berada di posisi bahaya. Jadi setiap Ujian yang Allah bagi untuk hamba hamba yang terpilih untuk di beri petunjuk & hidayah jadi kita di uji jangan banyak sangat mempertikaikan kenapa Allah pilih kita.. Kenapa Allah uji kita.. Carilah hikmah & teruslah bersangka baik dengan Allah.


Kalau followers blog & Facebook saya rasanya sedia maklum dengan situasi saya sekarang yang berhadapan Kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta. Yelah.. Rm30K pun takde, inikan RM3juta.. Kejamnya lahai amount tu.. Tapi kita anggap sebagai satu motivasi je la. Maybe sebab kena saman RM3juta.. Ia seolah olah memberi perangsang pada saya untuk mengumpul harta bernilai RM3juta nanti kan. Manalah tahu selepas ni rezeki Allah bagi melimpah ruah.. tup tup dalam account ada RM3juta.. Amin.

Dalam keadaan macam tu.. Mana kau nak cari duit nak bayar lawyer.. Mana kau nak cari duit untuk keperluan lain lagi. Serius saya hilang punca sekejab. Saya tak tahu macam mana nak cari jalan.. Dan akhirnya kita kembali pada Allah. Tu la hidayah yang dapat saya rasa. Sebab dalam keadaan saya yang buntu Allah gerakkan hati saya untuk mengingatinya. Bukan semua orang dapat hidayah macam tu.. Tapi Betapa Allah masih sayangkan saya.

Antara Amalan yang saya buat adalah mengamalkan wirid Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin. Buat bersungguh - sungguh Insya Allah kita akan nampak keajaibannya. Sekurang kurangnya Allah masih memberi jalan untuk saya berusaha, Allah memberi saya ketenangan untuk terus bekerja. Almaklum la bekerja dalam bidang penulisan ni.. Perlukan kita berfikir untuk cari idea. Bayangkan dalam keadaan serabut boleh ke nak tulis review? Mustahil la sangat.

Dalam keadaan yang penuh tekanan tu saya amalkan Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin selain Isghtifar. Alhamdulillah.. banyak membantu saya. At least saya masih boleh terus menulis & terus berusaha mencari bantuan bagi mencukupkan dana yang sampai sekarang masih belum cukup. Jadi bagi yang rasa nak bersedekah & menyumbang boleh la menyumbang melalui..

Banyak hidayah & hikmah saya dapat setakat ni. Memang dalam keadaan sekarang tipu la saya kata saya boleh wat lex wat peace tak menangis langsung. Menangis tu berbaldi baldi dah airmata tapi saya sentiasa mohon Allah terus bagi kekuatan pada saya untuk berjuang. Andai sesuatu berlaku di luar apa yang saya harapkan.. Saya mohon Allah kuatkan hati untuk saya teruskan hidup macam biasa. Jauhkan dari terfikir untuk melakukan perkara perkara yang di murkai Allah. Dan jauhkan dari rasa putus asa dalam hidup.

Sampai sekarang setiap hari bila rasa hati tak tenang saya akan berzikir dengan Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin & Alhamdulillah selepas tu saya boleh melakukan rutin harian macam biasa.

Manfaat Wirid Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin. 

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin.

Cara Mengamalkan Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin


Doa Nabi Yunus adalah salah satu doa mustajab. Kita dianjurkan untuk sering membacanya, lebih-lebih di saat kita mengalami kesulitan atau kesusahan. 
Baca Wirid Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin sebanyak 300 sehari atau 1000 kali sehari.

Fadhilah : Dimudahkan untuk cari tasykilan / dimudahkan untuk gerakkan ummmat. Allah akan selesaikan masalah infirodi dan ijtima’. - sumber Putra TuanWacana Keilmuan Leluhur

Pada yang dalam kesulitan & masalah besar boleh cuba amalkan. Please jauhi amalan syirik & khurafat yer walaupun apa masalah yang menimpa kita. Allah yang menguasai seluruh alam.. Tiada kuasa yang lebih hebat berbanding kuasa Allah.. Even kita nak melawan Trump sekalipun kita perlu memohon pertolongan Allah.. Apatah lagi nak melawan mereka2 yang rasa berkuasa dengan kekayaan mereka miliki. Semua yang kita miliki adalah milik Allah.. Apa yang berlaku adalah dengan keizinan Allah.. Dan kena ingat setiap apa yang Allah izinkan berlaku bukan bermakna Allah redha kalau benda tu salah. Itulah ujian buat kita sebenarnya..

SAYA MOHON DOA DARI SEMUA SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KES MAHKAMAH SAYA & ALLAH BERI YANG TERBAIK. MOGA MENDAPAT KEMENANGAN DUNIA & AKHIRAT. JIKA ANDA MENGENALI ANAK YATIM ATAU ANAK TAHFIZ MOHON MINTA MEREKA TOLONG DOAKAN UNTUK SAYA JUGA. SAYA SANGAT YAKIN DENGAN KUASA DOA.. INSYA ALLAH.. AKAN MEMBANTU SAYA MENGHADAPI UJIAN BESAR INI DENGAN LEBIH KUAT & TENANG.

2 comments:

  1. La hau la wa la kuwwata illa billa

    Allahumma antassalam

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah dipermudahkn oleh Allah swt.Saya sesama muslim mendoakan awk diberikan kurnian keluasan rezeki yg melimpah.Aamiin

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com