BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

12/22/2017 02:27:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN. Sekarang orang mula alert dengan masalah depression bila banyak kejadian bunuh diri & membunuh orang lain di sebabkan masalah depression ni. Tapi bukan semua orang faham depression tu apa. Kadang2 kita faham apa kita faham je tapi kita tak tahu apa sebenarnya masalah depression ni. Adakah satu disorder atau penyakit?


Sebenarnya eden pun bukan faham sangat masalah despression. Orang2 macam eden yang faham depression tu adalah masalah kemurungan yang melampau la. Tapi sebab sekarang banyak follow activist medic so dapat la info sikit. Tadi terbaca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang depression. Penjelasan dia bagi saya sangat simple & mudah di fahami orang kebanyakkan macam kita ni. Almaklum kita tak belajar medical katanya. Kenal panadol jer tapi kalau sebut paracetamol memasing dah tak tau pekebenda. Almaklum la diriku hanya insan biasa.. Bukan ada basic bidang perubatan.

Saya tak nak edit apa - apa penjelasan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan saya copy & linkan ke FB beliau sahaja... Takut edit kang salah fakta jadi salah faham pulak kan.

DEPRESSION VS CLINICAL DEPRESSION

Ini cerita pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression)

Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.

Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.

Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa(mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah(cth: solat/puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat/puasa. Jika ia masih berakal, maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh dikategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU.

Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.

Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.


Semoga perkongsian ni memberi info tentang masalah depression. Jangan silap ok! Ada depression yang cuma kemurungan ada yang penyakit kemurungan. Penyakit kemurungan tidak boleh hanya di rawat dengan cara spiritual tapi kena di rawat dengan pakar jugak.

Moral of the story.. Kalau lihat orang2 terdekat kita menampakkan ciri ciri depression, bawa la berjumpa doktor. Mungkin di peringkat awal masih boleh di bantu. 

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com