CIKGU AZIZAN MUNGKIN BERDEPAN DENGAN SAMAN SIVIL

20.12.17 Suria Lekatlekit 2 Comments

CIKGU AZIZAN MUNGKIN BERDEPAN DENGAN SAMAN SIVIL. Semalam penyokong Cikgu Azizan mungkin merasa lega bila mahkamah membebaskan cikgu azizan even lepas tanpa bebas sebenarnya. Kita semua rasa syukur bila dengar cikgu Azizan terlepas dari hukuman kan.. Ingat cerita habis kat situ jer..


Hari ni terbaca pulak kenyataan dari Ibu budak tu katanya merancang untuk memfailkan saman sivil terhadap cikgu Azizan.. Alahai.. Nampak di pihak penjaga budak tu memang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Benda ni maybe tak berapa best sangat la kalau ia berlaku kan..


Bukan best pun kena saman sivil ni.. Dah la kos guaman mahal. Jangan tanya pulak mana eden tahu.. Takkan hangpa tak tau eden sekarang tengah hadapi saman sivil dengan tuntutan saman RM3juta.. Bukan sikit tau tuntutan saman tu. Kalau tak bela diri.. Memang menanggung hutang RM3juta. Nak beli diri kos guaman pulak tinggi ke langit biru.. Tapi tu la tengah usaha mengumpul dana lagi ni.

Bila dengar orang seperti cikgu Azizan bakal di kenakan saman sivil memang tercuit juga hati eden ni.. Membayangkan kalau benda tu benar benar di realisasi, mungkin terjejas sedikit la kehidupan. Tapi cikgu Azizan nampak banyak supporter, Insya Allah mungkin ada yang backup. Mungkin nasib dia tak sesusah eden. Moga moga ada yang membantu beliau. Apapun saya mendoakan semoga kes cikgu Azizan ni ada penyelesaian yang terbaik. Semoga yang benar mendapat kemenangan di dunia & akhirat.

Apapun berlaku.. Pihak mana yang salah atau betul.. Moga jadi pengajaran buat kita semua. Zaman sekarang sesiapapun tak mustahil boleh kena saman. Apa ingat GST di laksanakan orang semua jadi miskin ke? Tak juga.. hehehehe

Moral of the story.. Bukan senang nak jadi pendidik zaman sekarang & bukan senang juga nak menyampaikan kesedaran pada orang awam. Risiko kena saman tu tak mustahil. Tapi mahkamah dunia je kan.. Apalah sangat dari nak hadap mahkamah akhirat sana. ayat penyedap hati katanya hehehe

Sumber berita : Utusan Online

______________________________________
MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK. MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK KES SAMAN SIVIL RM3JUTA

Assalammualaikum
Dengan rendah hati saya ingin memohon bantuan dari semua pihak yang membaca posting ini

Saya seorang blogger yang sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta kerana menulis satu pendedahan berkaitan 1 produk di blog saya lekatlekit.com.

Saya memerlukan lebih kurang RM44K untuk membayar kos guaman bagi membela diri supaya dapat mengelakkan dari di jatuhi hukuman & di mufliskan dengan nilai tuntutan saman tersebut.

Sudah 5 bulan prosiding kes saya berjalan di Mahkamah tinggi. Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan namun kos guaman masih belum mencukupi.

Ini adalah satu perjuangan bukan hanya untuk diri saya malah untuk ramai individu di luar sana. Kekangan saya adalah tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan kes saman ini untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan mahkamah.

SAYA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI SEMUA PIHAK TERMASUK ORANG AWAM, PENGAMAL MEDIA SOSIAL, ORANG POLITIK, NGO & SESIAPA SAHAJA.

SAYA CUMA SEORANG BLOGGER SURIRUMAH YANG TIADA PENGARUH & KES SAYA TIADA LIPUTAN MEDIA MASSA. DI SEBABKAN ITU ADA YANG MEMANDANG SEPI MASALAH SAYA.

NAMUN JIKA ANDA MASIH SUDI MEMBANTU BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN KE

AKAUN MAYBANK : 162795008709 (Nursuria)

Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan di dunia & akhirat

Blogger Yang mengharap keajaiban
Suria Lekatlekit

Mohon share juga posting ni di facebook

2 comments:

  1. saman sivil plak.

    depa tak nampak kesannya pada anak tu nanti.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan suriadan cikgu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com