INI SEBAB SETIAP RUMAH PERLU ADA MINYAK HERBA ASMAK

26.12.17 Suria Lekatlekit 0 Comments

INI SEBAB SETIAP RUMAH PERLU ADA MINYAK HERBA ASMAK. kita orang melayu memang dari moyang sampai ke cucu cicit memang tak dapat di pisahkan dengan minyak angin. Tipu la kalau ada orang kat rumah dia tak ada langsung minyak angin. Mesti ada juga.. Even bujang pun mesti ada juga minyak cap kapak. Tu pun kategori minyak angin jugak ok! Tapi kan best ada 1 minyak angin yang ada lebih dari 1 fungsi.. Bukan apa buat stanby untuk rawatan awal kat rumah.


Kalau sebut Minyak Herba Asmak rasanya ramai tahu kan pasal minyak angin yang hitam pekat melekat ni. Saya pun ada kat rumah minyak ni.. Selalu saya guna kalau rasa kembung perut ke, selsema atau hidung rasa tersumbat. Membantu juga memberi kelegaan sebab dia boleh melancarkan pernafasan yang di sebabkan selsema atau hidung tersumbat. Kalau sakit perut pun dia boleh juga di gunakan bagi melegakan. Cuma kalau sakit tu serius ada berkaitan dengan penyakit kronik ke hapa.. Mohon merujuk dengan doktor yer. Jangan sapu minyak angin je. Cuma untuk sakit2 ringan seperti

➠ selsema
➠ sakit/kembung perut
➠ luka
➠ melecur (yang cuma nampak kesan merah pada kulit bukan yang terbakar sampai melepuh kulit tu yer, boleh rawat dengan minyak herba asmak)
➠ gatal - gatal
➠ kena gigitan serangga macam semut
➠ Lenguh lenguh badan & sendi
➠ Batuk

Insya Allah untuk rawatan awal kat rumah boleh gunakan. Bagus juga simpan di rumah lebih2 lagi ada anak anak. Almaklum la anak anak ni sukar di ramal. Kejab2 sakit perut la, jatuh, luka & lebam la.. Untuk kecederaan tak serius boleh guna Minyak Herba Asmak ni.

Minyak ni tak panas cuma rasa macam mint2.. Sebab tu boleh sapu pada luka. Gila kau minyak panas nak sapu kat luka.. Mau meraung budak budak. Jangankan budak budak mak bapak budak pun boleh bertukar jadi hulk kalau sapu minyak panas kat luka, ok! Sebab tu boleh di gunakan pada kanak kanak & orang dewasa.

Hasil carian saya di website NPRA.. Minyak Herba Asmak memang berdaftar dengan KKM

Sebab saya guna juga tu berani cerita.. Kalau tak guna tak berapa berani sangat la sebab tak tau apa rasanya.

 Bahan yang terkandung dalam minyak Herba Asmak ni ; 

♣ Habbastussauda
♣ Minyak Kelapa Dara
♣ Gamat
♣ Herba terpilih

Cara nak guna dia sama je macam minyak angin lain. Takde orang nak minum minyak angin ok! tu cari jalan pulang kerahmatullah namanya. Minyak angin ni cuma untuk di sapu di luar kulit. Jangan ada yang memandai nak minum macam ubat batuk pulak walau warna & testur dia pekat macam ubat batuk. Sapu je kat bahagian affection tu.. Macam kalau rasa nafas tersangkut sebab hidung tersumbat & selsema sapu atas hidung untuk melancarkan pernafasan akibat hidung tersumbat. Kalau kembung atau sakit perut , of course la sapu kat perut. Jangan sapu kat dahi pulak ok! Gitulah secara ringkasnya cara penggunaan minyak herba asmak ni.

Kalau kat rumah ada kotak First Aid tu boleh la simpan sebotol dalam first Aid. Kalau kat rumah hangpa tak ada first Aid boleh je simpan kat mana mana. Sebab botol dia size comel jer.. So boleh bawa kemana mana. Anytime nak guna senang. Memang flexible packaging dia.


Berminat nak dapatkan produk ni boleh hubungi :

 Whatsapp 012 558 6734 
 Facebook  Mohd Rafhan 
 Blog ☛ Minyak Herba Asmak 

* Berminat nak jadi stokis atau Ejen Boleh hubungi Nombor di atas yer. Manatau nak cari side income ke.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com