MASAKAN PERANAKKAN YANG MERECIK HAWAU DI RESTORAN BABA NYONYA KOTA LAKSAMANA

12/14/2017 11:22:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

MASAKAN PERANAKKAN YANG MERECIK HAWAU DI RESTORAN BABA NYONYA KOTA LAKSAMANA. Sesekali lekatlekit guna bahasa hipster ala2 melaka gitu. Ambik kau hawau katanya. Orang melaka kan dah sinonim dengan perkataan hawau.. Bukan dia nak maki hamun hangpa tapi tu cara depa beramah mesra. Kalau macam den orang kedah ni.. Perkataan mampuih tu selalu di gunakan untuk mengambarkan sesuatu yang besar, banyak atau yang gah. Kalau melaka dia gunakan perkataan hawau.

Sebut je baba & nyonya di secara auto mesti terbayang melaka kan? Golongan baba & Nyonya ni bukan saja unik dari segi cara hidup mereka.. Malah dari segi masakan jugak. Tapi kita sedia maklum walaupun kita tengok Baba & Nyonya ni cara hidup mereka macam ala ala kemelayuan + cina.. bahasa mereka gunakan juga bahasa melayu tapi bukan  beragama Islam. Jadi.. Sebagai orang Islam bila kita nak makan masakan baba & nyonya di luar sebaiknya cari la Restoran orang Islam..


Kat Malaysia ni bukan la darurat sangat.. Melambak restoran Orang Islam yang menyajikan masakan bangsa lain termasuk masakan Baba & Nyonya yang terkenal di Melaka tu. Kalau korang ke melaka mengidam nak merasa masakan peranakkan Baba & Nyonya tak payah sesusah dah.. Ada satu restoran kat sana menyediakan masakan Baba & Nyonya Halal & Restoran tu pun kepunyaan orang Islam. Boleh makan tanpa was was..


Sedang elok sekarang tengah cuti sekolah.. Kot - kot berhajat nak bawa keluarga bercuti ke Meleka tu boleh la singgah makan di Restoran Baba & Nyonya Kota Laksamana.

Mereka memang menyediakan menu peranakkan Baba & nyonya yang 100% di sediakan oleh orang muslim.. Antara menu terbaik di restoran tu adalah..

❤ Ayam Goreng Rempah Nyonya
❤ Ayam Buah Keluak
❤ Sambal Petai Terbalik nyonya
❤ Ikan Cili Garam
❤ Ikan Asam Pedas
❤ Rendang Kambing Baba Nyonya
❤ Telur Goreng Cencaluk


Menu Juadah Ala Carte

➠ 22 Jenis Menu Masakan Popular Baba dan Nyonya Kami Sediakan termasuk ABC


Jangan risau yer.. Korang yang nak buat live update kat social media tu kat restoran tu ada WIFI percuma. Almaklum la korang kan selebriti social media kan.. Mesti perlukan line internet kat memana pun. Manatau data habis ke.. So, ada di sediakan Wifi percuma.


Paling penting tak payah risau nak solat kat mana. Memang turut di sediakan ruang untuk bersolat bagi yang beragama Islam.

Di buka setiap hari kecuali hari selasa sahaja di tutup. waktu operasi adalah seperti berikut

Makan Tengahari : 10.30 a.m 03.30 p.m
Makan Malam:  05.30 p.m 10.00 p.m

Nak cari restoran tu pun tak susah. Landmark bersebelahkan dengan Marvelux Hotel No 16, Jalan KLJ 1, Taman Laksamana Jaya, 75200 Melaka.


Atau nak senang guna gps jer ➤ https://maps.google.com/maps… 

Selain anda boleh walk in terus ke restoran.. Mereka juga menerima tempahan meja kalau - kalau nak buat reunion ke, makan besar dengan family ke atau apa2 event. Nak buat tempahan boleh hubungi


No tel Restoran ➻  06 2868976 (Restoran) 
No tel Manager ➻  012 6945105 (Pn Normah manager) 

Atau untuk melihat update terkini boleh follow :


JADI KALAU KORANG KE MELAKA JANGAN LUPA YER SINGGAH DI RESTORAN BABA & NYONYA KOTA LAKSAMAN NI

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com