REMAJA MELAYU BERKABUNG ATAS KEMATIAN ARTIS KOREA, APA HUKUMNYA?

12/23/2017 03:28:00 PM Suria Lekatlekit 3 Comments

REMAJA MELAYU BERKABUNG ATAS KEMATIAN ARTIS KOREA, APA HUKUMNYA? Makcik ni tak berapa Kpop sangat so memang tak kenal pun la retis kpop yang jadi viral 2 3 hari ni. Tapi sebab dah viral secara tak langsung kita teramik tahu jugak la. Menurut berita berita bawang yang bertebaran di alam maya, Katanya retis tersebut membunuh diri akibat depression. Bab bunuh diri tu makcik lekatlekit tak mau komen apa apa. Satgi ada yang mai hentam makcik. Orang mengalami depression ni perlukan rawatan.. Bila tak dapatkan rawatan memang boleh berlaku perbuatan bunuh diri tu. Simpati juga dengan pengidap depression..


Yang tu kita biarkan dulu. Hari ni kecoh pulak pasal ritual berkabung yang di lakukan kat Malaysia atas kematian artis korea tersebut. Berkabung tu takde masalah kalau yang buat tu bukan Islam.. Ni nampak ada remaja melayu bertudung. Ada yang siap dok baca teks dalam bahasa korea katanya ucapan penghormatan untuk artis korea yang meninggal dunia tu. Ia memberi persepsi yang tak berapa sedap la kan.. Cukup la sekadar menyatakan simpati, Yang beragama Islam tu hangpa tak payah over sangat sampai nak berkabung bawa lilin, bunga & baca teks penghormatan bagai. Macam mati laki pulak dia punya over berkabung ni.


So, makcik lekit pun cari la info sikit.. Nak tau boleh ke amalan berkabung ni dia buat untuk orang bukan Islam. Sedangkan yang makcik tau.. Dalam Islam ni Isteri yang kematian suami di sunatkan berkabung selama 3 hari sahaja. Untuk kematian lain tak ada pun suruh berkabung. Cuma kalau nak berkabung untuk menghormati kematian tu hukumnya harus tapi tak boleh berlebihan. Tu untuk sesama Islam la.


Apatah lagi kau berkabung sebab artis korea meninggal dunia siap lilin, bunga, gambar & baca talkin (Ucapan Penghormatan) bagai. Rasa tu dah level berlebihan & melampau jugak. Tak tau la anjuran ritual berkabung tu ada kelulusan atau pantauan mana2 pihak atau tak. Sampai remaja Islam pun boleh terjebak sekali.

Sumber Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Pada pentaksub KPOP atau mana2 retis sekalipun.. Hope berpada pada la kalau nak suka atau sayangkan sesuatu tu. Dari hangpa dok berkabung retis korea yang dah mati tu.. Hangpa kumpul ramai ramai buat solat hajat supaya Allah lindungi kita semua dari malapetaka akhir zaman ni.

Moral of the story.. Setiap apa perkara pun kalau taksub & berlebihan memang boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi tepuk dada tanya iman..

P/S : Ada kisah lagi sedih dari kematian Artis Korea #JongHyun. Ia berlaku di Malaysia.. Tiada siapa berkabung untuknya. Nak tahu apa yang lebih sedih dari kematian artis korea. Cer tengok kat sini https://goo.gl/MruA7U

3 comments:

  1. dunia akhir zaman.. yang pelik dah jadi kebiasaan .. macam2

    ReplyDelete
  2. sekadar simpati sudah memadai, kalau nak berkabung dgn cara mcm tu, maybe tak sesuai utk yg beragama Islam. sekadar pendapat peribadi ya, nnt kena kecam pula ...

    ReplyDelete
  3. Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa ‘iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat” [Al Baqarah:234

    Sumber: https://almanhaj.or.id/2573-berkabung-dari-kematian.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com