KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK

11/16/2018 10:51:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK. pepagi kalau dok layan group Masak apa hari ni.. memang berbau bawang jari memasing menaip katanya. Ada je la isu pembawangan akan bangkit di group. pagi tadi ternampak 1 post yang maybe dia post tengah malam semalam kot.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Posting tu tunjuk gambar megi (mee segera) siap masak dengan captiop lebih kurang macam ni.. Terpaksa tunggu anak anak tidur dulu nak makan megi. takut anak anak dia pun nak makan megi bersama. Ada parents lain pun akui buat benda yang sama bila nak makan megi.. Tunggu anak anak tak ada atau anak anak tidur dulu. Normally yang ada anak anak masih kecil la buat macam tu. Yang anak anak dah berbulu atas bawah.. takde nya nak sorok sorok bila nak makan megi. Dah besar panjang.. berakal tak kuasa la mak bapak dia nak layan kan. pepandai sendiri la nak makan & pilih makanan macam mana dia nak makan. Ye dak..

Tapi juga la geng2 bawang holand, bawang putih, bawang merah & bawang besar ni komen.. Katanya tak sampai hati nak makan & sorokkan pada anak. Konon apa dia makan.. Anak pun makan bersama. Tak tergamak nak sedap sorang sorang anak di biarkan terliur. Tu dia.. Dia punya ajet ajet mak mak mithali, solehah & bakal ahli sorga katanya.

Allahu.. Kenapa parents sorokkan dari anak anak kecil bila nak makan megi @ mee segera ni. Semua orang tahu mee segera ni bukan makanan yang sihat & bagus untuk perkembangan kanak kanak terutama yang tengah membesar & masih belajar.

Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. - Sumber Portal Rasmi Hospital Lahad Datu -

Kajian di Harvard mendedahkan mi segera boleh merosakkan organ kanak-kanak dan punca penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis! Jika kanak-kanak makan bahan kimia ini, ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.
Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia. - Sumber the asian parent -

Dah faham acik acik bawang & akak akak kepoh semua kenapa ada sesetengah parents nak makan megi sorokkan dari anak anak. Even mee segera ni bukan je tak bagus untuk kanak kanak malah orang dewasa juga at least yang dewasa ni tahu nak limitkan pengambilan makanan makanan macam ni. Budak2 ni kalau dia rasa sedap kalau boleh hari hari dia nak benda tu. Dia tak peduli dah sihat ke tak sihat. Bukan sebab mak bapak sorokkan mee segera sebab saja nak aniaya anak sendiri.

Moral of the story.. Nak membawang jadilah bawang yang bijak pasti anda kelihatan seperti bawang yang high class kekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN PALING RINGKAS

11/13/2018 02:54:00 PM Suria Lekatlekit 2 Comments

RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN PALING RINGKAS. Lepas ni maybe blog lekatlekit jadi blog masakan kot.. Dua tiga menja asyik update resepi jer. Blog tu macam tuan tanah jugak.. Ikut mood dia je. Kalau tengah obses dengan something tu yang tu je la banyak jadi sumber bahan untuk menulis. Lagipun blog ni bukan tak pernah share resepi kan sebelum ni.. Tak payah nak pelik sangat la.

Di sebabkan hari ni cheq masak kari ikan tanpa santan ala ala mamak walau tak berapa mamak sangat dan ada pulak yang minta resepi maka harus la kita menunaikan permintaan orang kan. tak baik tau menghampakan harapan orang. Almaklum la depa tengok gambaq kari cheq macam sedap sangat. tak terbayang lagu mana cheq masak kan.

Kalau cheq share resepi satgi hangpa jangan tak caya pulak tau. Resepi memang totally 100% senang nak mati. Sampai budak darjah 6 pun confident boleh masak. takkan hangpa yang dah melepasi remaja lanjut usia tak boleh masak kan? meh lekas kita pi ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit..

Untuk masak kari ikan tanpa santan ni.. Adalah seperti berikut

Bahan Bahan

2 Ekor ikan mabong (Ikan ni ikut suka la nak guna ikan apa)

1/2 paket kecik rempah kari ikan (ni sukatan untuk masak 2 ekor ikan je)

1 Biji bawang besar (normally guna bawang merah. Rumah den takde stok)

2 Ulas bawang putih 

Halba campur (Jangan letak banyak sangat takut rasa kari jadi pahit)

Daun kari

Air asam jawa

6 Biji bendi

1 Biji tomato

minyak masak

Garam

Air

Cara memasak

1. Hiris bawang besar & bawang putih (tapi saya tumbuk sikit bagi pecah2)

2. Panaskan minyak masak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih, halba campur & daun kari sampai naik bau.

3. Masukkan rempah kari. Slow kan api yer kang hangus rempah. Kacau2 sekejab kemudian masukkan sedikit air (jangan banyak air sebab nak masak rempah tu. Agak tak hangus rempah je). Masak rempah sampai pecah minyak.

4. Masukan Ikan sebatikan dengan rempah

5. Masukkan bendi & tambah air untuk jadikan dia berkuah.

6. Dah mendidih masukkan air asam jawa & tomato

7. Masukkan garam secukup rasa.

8. Dah masak tutup api.

Dah siap sekuali kecik kari ikan tanpa santan. Ni masak untuk berdua je makan. Cukup la 2 ekor ikan mabong size besar tu. Ikan pun mahal ye dak? Ikan dah jadi makanan orang ada ada.. So, sekali sekala je makan ikan sudah. 

Tu dia live dari dalam kuali. Ni kalau belum menikah mertua tak teringin buat menantu hidang dalam kuali

Dimakan pulak bersama ulam ulaman, sambal belacan, ikan masin bagai.. Jangan tanya pasai pa.. jarum penimbang pusing tak berhenti. Tu dia.. dia tak toleh kiri kanan dah.. Sedap sedar seperiuk nasik habis. Kerak pun dia korek2 sebab tak mampu menahan nafsu serakah.

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka mereka yang memerlukan. Selamat berasap dapur memasing. Kalau sedap jangan lupa bagitau resepi dari blog lekatlekit kalau tak sedap diam diam sudah kekekeke. Kalau suka boleh share. Button share tu ada kat tepi & bawah artikel yer.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP

11/12/2018 10:30:00 AM Suria Lekatlekit 0 Comments

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP. Bertemu lagi kita dalam segmen dapur sekangkang kera lekatlekit. Tu dia dok perasan jadi hos rancangan masakan kat blog picisan ni pulak dah. Berangan nak jadi chef selebriti katanya.. Padahal reti masak bihun goreng ja.


Amboi nak berangan sikit pun dah kena cerca. Blog lekatlekit ni memang suka la share resepi simple tapi sedap sebab cheq target bebudak baru nak up & belajar memasak. Yang dah expert depa tak main la google resepi. Resepi semua dalam kepala hotak depa dah. Sebut ja nak makan apa.. ketuk ketang siap ja terhidang atas meja. Bagi yang merangkak baru nak kenal mana satu garam mana satu ajinamoto mana satu herba campur, bunga lawang bagai.. Yang tu la rajin sangat nak google resepi even nak masak nasi pun depa google ok. Apatah lagi nak masak bihun goreng ni.

Sebagai blogger prihatin mai sini hakak nak ajar hangpa lagu mana nak masak bihun goreng paling simple tapi di jamin sedap. Tak payah nak campak segala haiwan laut haiwan darat semua dalam bihun tu.. cukup bubuh bahan2 basic ja pun tetap sedap. Jom la kita tengok bahan bahan nak masak bihun goreng kosong ni.

bahan bahan

Setengah paket bihun ( ni untuk makan 2 -3/4 orang boleh la kot sorang sepinggan)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Serbuk cili
Kicap manis
Kicap masin
Tomato sos
Udang kering
Taugeh
Kucai
Minyak masak

Cara masak

1. Celur / rebus bihun separuh masak (jangan sampai lembut) atau rendamkan dulu beberapa ketika.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, udang kering tapi tak perlu sampai lumat. Agak hancur tu ok la.

3. Bancuh serbuk cili bersama kicap manis, kicap masin & sos tomato. Buat macam pes.

4. Potong kucai & cuci taugeh

5. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk sampai naik bau.

6. Masukan pes & masak sekejab sampai pecah minyak.

7. Masukkan bihun gaul hingga sebati.

8. Masukkan kucai & gaul sehingga kucai sedikit layu.

9. Akhir sekali masukkan taugeh & gaul. Kemudian tutup api.

P/s : jika kurang masin boleh tambah garam. yang ni saya dah tak tambah garam sebab bahan bahan yang di gunakan dah membuatkan bihun goreng ni cukup rasa.

Dah siap bihun goreng kosong hakak hangpa ni. Nak tau udang kering tu salah satu perasa yang memberi kesedapan even hangpa tak masukkan ayam/sotong/udang bla.. bla.. bagai. Memang rasa dia pun dah cukup buat hangpa bertambah 2 3 pinggan bihun. Tak caya try la buat.


Jadi kalau yang mana baru pertama kali nak masak bihun goreng paling penting jangan celur bihun sampai lembut nanti bila goreng hancur lebur lembek bihun hangpa tu. Celur sekejab agak setengah lembut je sudah. Sebab nanti nak goreng dia akan lembutkan bihun tu.

Sekian resepi mudah tapi sedap nak mampus dari hakak. Selamat mencuba.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU

11/11/2018 12:58:00 PM Suria Lekatlekit 3 Comments

AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU. Tu dia hari ni kemain kan semua pakat bersantai santai depan enpon/pc/labtob/tablet memasing dok shopping sakan sempena sales besar besaran yang dia adakan di portal membeli belah online sempena 11.11. Sejak semalam peuh news feed fb den dengan update pasal sales 11.11. Den seperti biasa seperti tahun tahun sebelumnya memang tak excited dengan apa2 sales besar besaran ni. Cuma ada la.. draft barang2 yang nak beli kalau murah sempena sales 11.11 ni.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Pagi ni try la buka.. kat salah satu website membeli belah terkenal ni.. Mak Aii.. kenapa harga masa sales lagi mahal pulak dari sales? Sales celah mana.. Ok.. bukan jiran dia satu lagi website. Tengok Item item dalam draft (ni perangai den suka add cart tapi beli belum tentu) pun sama. Kalau pun tak mahal harga dia sama je sebelum sales besar besaran. Tapi claim potongan harga dari 50% - 70% tu. dia potong celah mana kalau harga sama je sebelum sales atau lagi mahal dari sebelum sales.

Saya percaya ramai hari ni akan berbelanja sakan.. Sebab mentaliti pembeli ni asal sales murah dia tak survey dah harga sebelum ni macam mana. Time sales macam ni memang ramai seller akan manipulasi harga untuk menampakkan sesuatu barang tu nampak murah & ada potongan harga yang banyak padahal sebenarnya kadang2 tak ada apa2 diskaun malah ada yang markup harga lagi mahal dari sebelum sales sebab depa tau dengan promosi kononnya sales besar besaran pembeli akan percaya harga barang tu jadi murah. Walaupun bukan semua seller di portal membeli belah macam tu tapi percayalah ramai yang macam tu.

Sebagai pengguna penting kita survey.. Cara tu je kita tak mudah di tipu. Memang la nampak urusan jual beli tu sah.. Kau bayar aku hantar barang kau tapi secara halusnya anda di tipu dengan promosi 'Sales' tu. Tetiba masa sales korang bayar harga lebih mahal dari harga biasa. Tak ke rugi. Nak jimat konon beli masa sales.. alih alih.. krik krik je.

Tip dia mudah.. Kalau korang nak tahu barang yang korang nak beli tu betul  betul ada potongan harga yang banyak semasa sales besar besaran di adakan macam hari ni.. Sehari dua sebelum sales bermula survey siap2 barang yang korang nak beli. Add dalam draft atau cart shopping tu. Bila hari sales bermula tengok harga balik dalam draft. Adakah sama atau lebih murah atau lagi mahal. Kalau murah berganda ganda boleh la beli.. kalau harga sama atau lagi mahal.. lupakan je. Sia sia berebut2 nak beli time sales. Time sales ni tahu tahu la ramai yang membeli.. akan jadi masalah penghantaran. Memang lambat.. barang hilang.. bla.. bla... tak berbaloi membeli time sales tapi bayar harga mahal & terpaksa tunggu lebih lama dari hari biasa barang tu untuk di hantar.

 Kesimpulannya.. Korang beli apa hari ni? Semoga tak kena klepet (tipu) dengan seller yang ambil kesempatan dengan perkataan 'sales' yer.. Den memang tak membeli apa2 lepas tengok rega semua tak ada yang murah dari sebelum sales. Sampai hati mainkan hati I macam ni tau hahahhaa

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UBAT KUAT BERDAFTAR SEBAGAI PRODUK KOSMETIK?

11/10/2018 12:35:00 PM Suria Lekatlekit 0 Comments

UBAT KUAT BERDAFTAR SEBAGAI PRODUK KOSMETIK? Dulu serius den ni jahil.. Tak faham kategori pendaftaran dengan KKM. asal ada Nombor KKM tu bagi den dah berdaftar, lulus, selamat & boleh la guna. Serius den banyak belajar sekarang ni. Tu dia.. hikmah di sebalik musibah yang datang. Allah tu tak kejam. Dia tahu den ni sejenis seseorang yang suka memberi pendedahan & kesedaran cuma ilmu je belum cukup didada. Sebab tu dia uji den dengan cara macam ni.. Sebab Dia dah tahu.. den akan berusaha belajar tentang perkara yang berkaitan.

Berhenti memberi pendedahan & kesedaran pada pengguna?? Tak terfikir nak buat masa ni cuma den lebih berhati hati dalam mengulas tentang isu isu ni la. Biarlah kita menulis secara general & selamat asalkan ilmu & info yang kita nak bagi tu sampai kepada orang awam. Kurangkan kelantangan.. chill sudah dalam menulis ye dak? Kalau ter laser sekali sekala tu harap maafkan.. Yelah, den manusia nak berubah 100% memang la tak mampu tapi berusaha ubah sikit demi sikit.

Ok berbalik kepada topik.. Bagi yang rajin ikuti isu2 pasal produk mesti terbaca pasal baru2 ni KKM telah menarik balik NOTIFIKASI kepada beberapa jenama produk ubat kuat di pasaran. Ni local produk yer...

Ubat kuat berdaftar sebagai Notifikasi (NOT KKM) ??? NOT KKM bagi yang tak tahu untuk pendaftaran bagi produk kosmetik yang hanya di gunakan luar kulit bagi tujuan/tuntutan kecantikkan & penjagaan diri. Kenapa produk 'Ubat Kuat' berdaftar di bawah produk kosmetik pulak ni? Haru biru unggu kelabu. Ubat kuat ni ada tuntutan untuk kecantikkan jugak ke???

Bukan saja ubat kuat.. Kalau hangpa perati iklan2 produk yang ada tuntutan perubatan contoh paling senang produk balm. Kemain bangga dia tayang NOT KKM konon produk dia lulus KKM. Apa balm hang tu untuk mencantikkan kulit/rambut kuku bagai ke? Bila tengok iklan claim merawat kembung perut la, merawat senak ulu hati la, merawat bla.. bla.. Hoi la seller & founder. Produk yang ada tuntutan perubatan macam tu mana boleh daftar di bawah produk kosmetik. Terang terang dia tak ada tunutan kecantikkan atau penjagaan kulit pun. Semua claim untuk sakit even sakit ringan macam kembung perut, selsema, batuk bla.. bla.. bagai.

Macam tu jugak ubat kuat.. Nak bagi tegang la, tahan lama, besar, mantap.. boleh on sampai subuh bla.. bla.. Bagai celah mana ada tuntutan untuk kecantikkan. Semua tuntutan untuk berjimak je. Memang tak boleh la daftar di bawah produk kosmetik. Selalunya produk macam tu berdaftar sebagai produk kategori ubat Tradisional sebab selalu je claim guna bahan bahan herba semulajadi.

Kenapa pengeluar produk macam ni daftar sebagai NOT KKM? Sebabnya pendaftaran NOT je paling mudah.. kau hantar dokumen yang mengatakan produk kau selamat, produk kau memenuhi kriteria untuk di daftarkan sebagai NOT settle. Sebab NOT cuma pendaftaran bukan kelulusan apa2 dari KKM. Even selamat ke tidak pun KKM tak isytihar melalui pemberian NOT tu. Founder atau pengeluar yang perlu Notify (Isytihar) melalui dokumen yang produk mereka bebas bahan terlarang bagi memastikan permohonan pendaftaran produk mereka di luluskan untuk tujuan pemasaran. Sebab nak pasarkan produk di malaysia wajib berdaftar dengan KKM. Sebab tu banyak berlaku bila ada aduan dari pengguna produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM di tarik balik NOT bila kkm ambil sampel & buat ujian lab & di kesan mengandungi bahan terlarang.

Dan di sebabkan itu pengeluar produk yang ada tuntutan perubatan ni depa nak mudah.. depa apply je NOT KKM. Alah.. bukan semua pengguna bijak pun. Asal letak nombor KKM semua pun fikir.. Oo.. lulus KKM.. Produk Lulus KKM selamat la. Dia bukan check dah NOT tu untuk pendaftaran produk apa. Walau sepatutnya produk2 ada tuntutan perubatan atau tuntutan untuk s3ks ni perlu berdaftar sebagai MAL KKM.

Sumber KKM

Nak dapat MAL KKM ni bukan senang cheq Ooi.. KKM akan buat ujian lab memastikan produk tu bebas bahan terlarang, khasiat & bahan di gunakan terbukti berkesan untuk tuntutan yang mereka buat pada produk. Contoh kalau kata produk tu claim boleh membantu melegakan batuk.. So, KKM akan pastikan bahan bahan di gunakan tu memang ada khasiat yang boleh membantu memberi kelegaan kepada masalah batuk. Kalau tak ada bukti setiap tuntutan yang di buat memang tak lulus la permohonan MAL kau.

Tu secara ringkas saya boleh explain untuk memudahkan kita rakyat marhein yang tak berapa educated dalam bidang tersebut untuk faham. Nak faham lagi hangpa pi call atau email je pihak kkm tanya sendiri betoi ka dak apa kami tulis. Kalau salah tolong betulkan untuk kita sama2 belajar.

So, bila seller atau founder claim produk dia konon 'Lulus KKM' & tayang no pendaftaran KKM check dulu. Kalau produk kosmetik macam skincare/makeup/ produk penjagaan diri macam syampo rambut/badan semua tu.. kalau berdaftar sebagai NOT tak ada tuntutan merawat apa2 penyakit kulit atau penyakit dalaman so ok. Kalau produk yang ada tuntutan perubatan tak kira la dia tulis boleh mengecutkan bisul ke hapa.. Tapi berdaftar sebagai NOT KKM.. tu di kira menipu & overclaim. Harus ragui demi keselamatan kita semasa menggunakan produk tersebut.

Dah penat menaip ni.. Kalau hangpa tak paham juga tak tau la.. lenguh jari jemari abang saleh tau membebel kalau satu hapa pun hangpa tak paham.

Moral of the story... Pilihan sebenarnya di tangan kita untuk menyokong pengeluar produk yang mengambil kesempatan menipu kita pengguna yang kurang ilmu untuk meraih kekayaan duniawi atau berhenti support produk2 yang menipu macam ni. Kalau sekecil kecil perkara pun depa boleh tipu macam pendaftaran KKM.. tak mustahil banyak lagi perkara lain depa boleh tipu.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA 2 LAPISAN

11/08/2018 10:03:00 AM Suria Lekatlekit 2 Comments

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA 2 LAPISAN. Tu dia... Kalau letak tajuk tak bagi orang pening tak boleh ka? Lagu mana pulak agar agar santan gula melaka 2 lapisan ni? Lapisan ozon ke hapa? Sabar ok.. Sabar itu separuh dari iman..


Alah hangpa ni... Kalau letak tajuk resepi agar agar santan gula melaka je bersepah dah la kat google tu. Buat gimik sikit pun marah katanya. Sememangnya rupa bentuk agar agar santan ni memang nampak 2 layer (2 lapisan) kan? Tapi di sebabkan ada juga yang gagal buat agar agar santan ni jadi 2 lapisan apa salahnya I tulis tajuk macam tu. Sebab kalau salah teknik masak agar agar santan ni memang dia tak jadi 2 layer. Santan dia tak naik ke atas. Jadi takpe.. satgi cheq bagi tips macam mana nak pastikan agar agar santan hangpa jadi 2 layer seperti yang sepatutnya berlaku.

Dah bersedia semua nak masuk dapur memasing? Pastikan gas ada yer.. jabgi tak jadi pulak agar agar santan hangpa. Jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit.

Bahan bahan

1 Paket agar agar kering (yang macam tali panjang tu)
1 Kotak kecil santan
1 Gula melaka sebesar penumbuk
1 Biji telur Ayam
Sedikit garam
Air (lebih kurang 3 cawan)

Cara memasak

☛Masukkan air dalam periuk rebus gula melaka bersama agar agar (Kalau ada daun pandan masukkan sekali)

☛Masukkan sedikit garam

☛Sampai semua dah hancur & sebati.. Boleh nak tapis dulu takut ada benda asing dalam gula melaka tu kan.

☛Kemudian masak balik sehingga mendidih

☛Pecahkan telur & sebatikan bersama santan. Kemudian tuang dalam agar agar tengah mendidih.

☛Biar masak sekejab dalam 2 minit baru padamkan api & letak dalam lotang atau apa2 bekas.

☛Last sekali sejukkan. Kalau tak sejuk macam mana agar agar tu nak beku ye dak??

☛Dah beku tu potong & makan je la.. Tu pun kena bagitau.


Tak nak guna gula melaka pun boleh. Nak buat pandan just blend daun pandan.. tapis & ambil jus dia campur dalam agar. Gantikan dia gula biasa (gula putih) je. Yang lain lain bahan & cara masak dia sama je.

Tips untuk pastikan santan naik keatas & agar agar kita jadi 2 layer seperti yang sepatutnya adalah.. Lepas masukkan santan tu jangan tutup api terus. Biar santan tu masak sekejab lebih kurang 2 - 3 minit. Biar dia mengelegak dalam kuali cuma pantau supaya tak melimpah keluar. Insya Allah bila kita sejukkan nanti santan tu akan naik ke atas & agar agar kita jadi 2 layer cantik lentik elok je kejadiannya.

Jadi mana gegadis & jejaka idaman nak try masak sendiri agar agar santan ni.. Boleh la mencuba resepi mudah yang amat ni kat rumah memasing yer... tak di galakkan mencuba resepi ni di dapur rumah orang.. Bukan apa takut tak jadi malu pulak ye dak?? lebih2 lagi kat rumah bakal mertua. So elakkan dari anda mendapat aib.. Sila la practive kat dapur rumah sendiri dulu. hehehehehe

Sekian saja segmen dari dapur sekangkang kera lekatlekit hari ni. Semoga resepi mudah ni dapat memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK DATANG KL SILA BACA NI DULU OK!

11/06/2018 02:20:00 PM Suria Lekatlekit 3 Comments

NAK DATANG KL SILA BACA NI DULU OK! Terasa dah bertahun tak pergi bercuti selain balik kampung je la. Tu pun raya je. Kami sekeluarga ni kalau nak pergi bercuti.. Memang percutian kami tak ada la grand sangat. Mesti yang budget budget jer. Kalau nak kurangkan bajet tu harus la survey awal awal sebelum memulakan perjalanan kan? Kalau dah sampai ke destinasi baru nak walk in & survey memang susah la nak bajet.

Tapi memandangkan takde bajet lagi sekarang ni.. Jenjalan sekitar kuala lumpur & selangor je la. Apa ingat kat sini tak ada tempat tempat best ke nak di lawati & beridah. Banyak ok tempat2 best selain shopping complex & klcc tu. Tak semestinya datang sini untuk shopping je tau. Antara tempat menarik korang yang luar KL/Selangor kalau datang sini macam korang boleh pergi ke tempat tempat contoh Taman burung, Pasar Seni, Muzium negara dan banyak lagi tempat menarik.

Kuala Lumpur

Atau kalau nak keluar dari KL sikit.. Ada tempat best yang tak jauh dari KL. Boleh je merasai suasana alam semulajadi, mandi air sungai di Janda Baik. Sebab perjalanan dari KL nak ke janda baik ni tak la jauh mana. Normally saya kalau pergi picnic kat sana memang balik hari ni.

Kat banting, selangor kalau korang nak ber BBQ, nak naik rakit buluh atau berkhemah ada satu tempat ni Tadom Hill. Pun tak jauh sangat dari KL.

Salah satu aktiviti menarik boleh buat di Tadom Hill. Gambar sumber Google

Datang KL selain nak menikmati percutian dalam suasana kotaraya.. Korang tetap boleh rilex - rilex di tempat yang tak jauh dari KL untuk menikmati keindahan alam semulajadi. So, jalan jalan & bercuti di KL pun tak la membosankan sangat.

Nak makan pun tak payah risau.. Semua ada. Banyak port makan best best kat kl ni. Apa jenis makanan pun senang nak cari katanya. Korang memang boleh jalan jalan sambil makan makan juga.

Masa dok survey survey tempat best kat KL terclik kat website traveloka & Terperasan jab traveloka ada ada benda baru. Dah ada pakej combo. Kuala Lumpur Tour Packages. Pakej perjalanan & hotel sekali. Korang tak caya boleh tengok kat sini ➟ Traveloka


Wah senang la kan.. Book flight terus dengan hotel. Sedangkan elok yang berada di luar kuala lumpur yang berhajat nak jalan jalan kat KL ni book untuk pakej combo ni. Antara keistimewaan pakej combo ni yang saya baca..

Selain pakej ni dalam kategori pakej bajet sebab korang boleh tempah tiket penerbangan & hotel sekali. Kalau yang last minute plan nak bercuti tu.. Korang boleh book on the spot. Bukan tu je korang boleh tukar pakej pelancongan yang di tawarkan oleh traveloka mengikut keselesaan anda.

Antara Idea perjalanan percutian ada di Kuala lumpur yang di sediakan oleh traveloka adalah seperti berikut ;

Idea Perjalanan 1 Hari

☻ Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ambil keretapi KLIA Express ke KL Sentral. Dari sana, naik teksi ke hotel. Daftar masuk dan berehat.

☻ Destinasi pertama yang di cadangkan ialah KL Bird Park. Di sana, anda boleh melihat spesis burung sambil berjalan jalan di dalam taman yang penuh tumbuhan semulajadi.

☻ Anda boleh ke Masjid Negara. Bangunan ini dikenali sebagai simbol penting negara Islam di Malaysia. Tapi nak masuk ke Masjid negara ada etika berpakaian & kena menutup aurat. Untuk yang non muslim ada di sediakan jubah.

☻ Pada waktu malam, Kalau nak menikmati makanan laut segar boleh ke Jalan Alor untuk.

☻ Kembali ke hotel dan rehat.

Idea Perjalanan 2 Hari

☻ Di cadangkan melawat Muzium Negara untuk anda mempelajari perbezaan budaya dan tradisi Malaysia.

☻ Seterusnya, boleh ke Janda Baik untuk menikmati pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan di situ. Anda boleh merasai kehidupan & makanan kampung sambil menikmati suasana flora & fauna.

☻ Kembali ke bandar anda boleh melawat KLCC. Boleh menjamu selera makan nasi lemak & bermacam macam lagi aneka makanan. Pada waktu malam juga terdapat air pancut air yang cantik.

☻ Kembali ke hotel dan rehat.

Idea 3 Hari Lawatan

☻ Anda boleh sarapan pagi dengan roti canai yang boleh didapati di hampir setiap gerai yang menghidangkan sarapan pagi di bandar.

☻ Kemudian boleh Pasar  Seni sekiranya nak beli cenderahati untuk di bawa pulang.

☻ Anda juga boleh Pergi ke Pavilion, pusat membeli-belah paling berprestij Di Kuala lumpur, untuk membeli-belah.

☻ Pada waktu malam, anda boleh bersiar-siar di sepanjang Jalan Bukit Bintang untuk menikmati kehidupan malam yang penuh dengan kerlipan lampu berwarna warni.

☻ Kembali ke hotel dan rehat.

Best kan?? Percutian ada pun dah siap di sediakan oleh traveloka so tak payah nak kelam kabut sangat. Tapi kalau korang dah plan perjalanan percutian korang tak semestinya kena ikut idea perjalanan yang traveloka bagi ni. Tu cuma macam cadangan perjalanan saja. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal pakej combo baru dari traveloka ni boleh rujuk kat sini ➟ Kuala Lumpur tour packages

Yang saya tahu setakat ni untuk pakej baru ni hanya boleh  didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android. IOS belum lagi tapi akan datang nanti ada la tu kot.

Agak bagus pakej combo Kuala Lumpur Tour Packages yang di sediakan traveloka ni.. Sebab salah satu kelebihan dia of course bajet anda lebih jimat & anda dah tak payah nak nak susah susah cari penginapan lepas book tiket flight. Memang di datangkan dalam bentuk pakej combo.. Tiket flight + Penginapan (Hotel) sekali. Jimat masa.. jimat wang & memudahkan perjalanan percutian korang.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HUKUM MAKAN DAGING TUPAI

11/05/2018 12:39:00 PM Suria Lekatlekit 2 Comments

HUKUM MAKAN DAGING TUPAI.  Serius wei tak pernah terfikir & tak pernah nak ambil tahu pun sebelum ni pasal daging tupai ni boleh ke tidak di makan. Sebab den rasa kita bukan di zaman darurat.. Tak ada keperluan sampai perlu makan haiwan haiwan macam tupai. Sebab banyak lagi daging haiwan lain yang tak jadi kontroversi untuk di makan & sedap.


Tadi ternampak ada dalam friendlist saya share anak dia makan daging tupai.. Ternampak tu ingat dia silap tulis caption makan tapai jadi tupai ke hapa.. Baca komen2 yang dia reply Yes daging tupai. What?? Daging tupai?? Boleh ke makan.. Tapi den ni tak la terus jatuh huku.. So try google cari info. Yelah nak merujuk terus kepada ahlinya.. Takde pulak contact number kita guna ilmu dari google dulu lah yer..

Kebanyakkan menyatakan daging Tupai halal di makan tapi sebahagian ulama yang kata tidak halal atas alasan haiwan ni ni makan dengan cara menggigit guna taring. Ada juga yang cakap makruh..

Sedutan Video Ustaz Azhar Idrus Hukum Makan Tupai

Kat sini saya tak berani la nak kata halal ke haram ke makruh ke. Di nasihatkan hangpa pi la rujuk kepada ahli ilmuan. merujuk kepada mereka yang berilmu tentangnya.

Tapi kalau saya la.. Selagi rasanya tak darurat & tak memerlukan saya makan haiwan haiwan macam tupai ni.. Memang tidak la nak makan. Yelah.. kita pun tak membesar makan haiwan haiwan macam tu kan.. Rasa macam pelik pulak nak makan. Tapi bagi mereka yang suka makan.. Jangan la kita mencemuh ye dak. Biarlah citarasa masing masing.

Tapi bagus juga kita ambil tahu perkara perkara macam ni... Manatau tersesat dalam hutan. Makanan takde... So, kita tahu juga apa haiwan haiwan yang halal di makan yang ada dalam hutan. At least masa darurat boleh elak makan haiwan yang haram even di boleh kan jika itu je yang ada untuk makan.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada orang lain. Kalau rasa berinfo boleh je share kekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DRAMA SEDIH BILA DATANG UJIBAKAT RANCANGAN REALITI TV

11/02/2018 10:44:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

DRAMA SEDIH BILA DATANG UJIBAKAT RANCANGAN REALITI TV. Dah bermula sesi.. erkk.. dah lepas sesi ujibakat untuk rancangan realiti nyanyi tv Mentor. Ahad lepas ada di tayangkan sesi ujibakat mentor.. Time ni boleh la nak tengok drama slot akasia ke, Maharajalawak ke atau charlie chaplin.. Macam macam jenis dok mai ujibakat.


Tapi yang paling popular drama sedih la.. Tak kira la ujibakat rancangan apapun benda ni mesti ada & kebanyakkan yang dok buat drama sedih tu ni.. menangis depan juri bagai memang tak dapat pun. Kena reject dari sesi ujibakat lagi. Maybe dengan cara macam tu depa ingat boleh meraih simpati juri untuk ambil depa sebagai peserta la kot padahal.. Depa sedia maklum dalam apapun ujibakat rancangan realiti TV tak ada mana2 peserta ujibakat yang berjaya meraih simpati juri kalau dia memang tak cukup kriteria yang juri tu nak. Sia sia ayaq mata hangpa OOi..

Teringat bekas finalist & juara One In a million Ayu damit. Dia pernah gagal dalam ujibakat Malaysian Idol tapi Ayu ni jenis yang tak putus asa & seorang yang sangat kuat semangat. Dia tak ada pulak buat drama drama sedih keluarga dia susah ke hapa.. Even kena reject untuk Malaysian Idol.. Dia try pulak One In a Million. Rezeki dia dalam One in a million.. Bukan setakat terpilih sebagai peserta malah dia berjaya meraih juara dalam pertandingan tersebut.

Ayu ni masa stage tak banyak pun supporter.. Malah boleh nampak tak ada pun sepanduk nama dia di angkat masa dia buat persembahan cuma masa final boleh nampak ramai dah supporter Ayu. Tapi sikit pun benda tu tak buat dia rasa frust atau putus asa. Dia buktikan.. dia mampu terus bertanding hingga ke final sehingga menjadi juara. Dia pun dari keluarga yang susah.. Tinggal kat rumah atas air di sabah.

Rasanya untuk yang berhajat nak dapat ujibakat untuk rancangan realiti TV tu tolong la.. Tak payah buat drama air mata sangat depan juri. Tak membantu pun untuk hangpa terpilih. Just buat persediaan supaya anda cukup berbakat & anda memenuhi kriteria yang di cari sudah. Cerita cerita sedih ni better pi jumpa novelis mana2.. share cerita kot2 menarik dia boleh tulis cerita hangpa dalam novel. Atau belajar karang cerita sendiri.

Saya memang suka tengok ujibakat dari persembahan bila masuk stage sebab seronok tengok ragam peserta ujibakat yang datang. Macam macam ada... Setakat ni untuk mentor tak nampak ada peserta yang menarik untuk tarik saya menonton. Macam last season ada Usop yang jenis lurus bendul secara tak langsung dia nampak kelakar. So benda tu jadi satu perkara yang attractive untuk orang macam saya nak tengok. So saya follow juga la masa usop terpilih untuk mentor dulu.

Moral of the story.. Drama memang akan akan di mana mana. Hidup kita ni pun macam drama juga kan so tak pelik manusia akan berdrama di mana mana saja. hehehe peace yo!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEZA ANTARA ASAM PEDAS UTARA & ASAM PEDAS SELATAN

10/30/2018 10:46:00 AM Suria Lekatlekit 3 Comments

BEZA ANTARA ASAM PEDAS UTARA & ASAM PEDAS SELATAN. Tu dia.. dia keluaq dah entri pasal asam pedas. Bukan apa tengok kecoh sangat kat group Masak apa hari ni (MAHN) bila ada seorang suami upload masakan asam pedas utara dia kat group tu. Kemain makcik makcik bawang utara selatan timur & barat komen. Ada yang macam tak puas hati dengan views asam pedas tu.. Maka berlaku la percanggahan pendapat, kecam mengecam & kondem mengondem katanya.

Puncanya sebab asam pedas utara ni kalau kat sesetengah negeri depa panggil asam rebus sebab kuah asam pedas utara ni dia agak cair macam sup tak pekat macam asam pedas melaka & johor. Cara nak buat asam pedas utara ni pun tak sama sangat macam asam pedas selatan. Kat utara kami tak tumis bahan bahan dia.. Kami rebus ja semua. Dia tak pekat macam sambal tapi dia cair macam sup. memang sedap hirup2 takhkala dalam cuaca sejuk. Almaklum la gabungan rasa pedas, masam & masin tu memang gabungan mantap la..

Yang dok pertikai pasal asam pedas utara ni maybe tak pernah explore masakan di negeri negeri lain. Tu bila tengok asam pedas utara dia kena kejutan budaya terus melatah kata orang salah masak asam pedas. Tak cukup tu.. bahan di gunakan pun dia pertikai. La.. lain orang lain la resepinya walau nama menunya sama. Dia nak guna bahan apa.. ikut suka dia la. Dia sedap masak lagu tu hangpa kalut pasaipa.. Kalau rasa resepi dia menderhaka dari resepi asal.. Tak payah risau derhaka resepi mati tak masuk neraka pun. Bukan macam derhaka kat mak bapak.

Jadi sebab ramai yang jenis tak berapa explore masakan asam pedas mengikut negeri masing masing.. Meh sini nak tunjuk perbezaan asam pedas utara, selatan & asam pedas jawa. Lepas tengok gambar2 asal pedas ni.. Moga tak terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh lagi la yer..

Asam pedas utara ni kuah dia memang cair & tidak berminyak. Sebab cara memasak dia memang tak guna minyak walau setitik pun. Semua campak & rebus je. Memang kat belah utara macam ni la kami masak asam pedas.
Ni Asam pedas selatan. Normally Melaka & Johor memang masak asam pedas pekat & berminyak sebab bahan bahan dia di tumis dulu. Kuah dia macam sambal tak sambal sikit.
So masak macam mana pun asam pedas versi utara atau selatan dua dua tak ada salahnya. Bahan yang di gunakan juga tak semestinya sama.. Walaupun bahan asas dia macam cili kering, belacan, daun kesom, bunga kantan, asam jawa/asam keping dia gunakan untuk memasak asam pedas tak kira la versi utara atau selatan. Bahan - bahan tambahan lain macam halba semua tu ikut cara & selera masing masing la. Tak ada apa perlu di pertikaikan pun sebenarnya.

Jadi bagi yang sebelum ni tak tau asam pedas ni sebenarnya ada 2 versi atau mungkin ada lagi versi lain moga info ni memberi ilmu dalam masakan anda. Lepas ni tak payah macam culture shock sangat tengok asam pedas orang utara yer.. Google ada gunakan sebaik mungkin. kekekeke

P/S : Gambar asam pedas ni pinjam google je. Sapa punya minta halalkan. Sekadar nak berkongsi ilmu dengan mereka yang tak tahu.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MEMOHON MENANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN ANAK ISTIMEWA

10/24/2018 09:39:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

CARA MEMOHON MENANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN ANAK ISTIMEWA. Bagi yang ada berkelainan upaya macam Autisme, Adhd (Hyperactive), Slow learner.. Kita sedia maklum kanak kanak macam ni walaupun fizikal nampak normal tapi perkembangan mereka tak berapa normal. Behavior mereka memang agak lain berbanding kanak kanak tipikal. Terutama perkembangan social skill & pengurusan diri.

Jadi benda tu macam sedikit bermasalah nak masukkan kanak kanak macam ni ke sekolah rendah sebab bila dah masuk ke darjah 1 atau PPKI sekurang kurangnya mereka perlu pandai menguruskan diri sendiri bila dia sekolah. Macam dah boleh handle sendiri kalau ke toilet, dah  pandai beli makanan sendiri & boleh duduk ikuti pembelajaran. Kalau perkara perkara asas macam ni mereka tak boleh ikut memang akan jadi masalah juga.

Ramai yang tak tahu sebenarnya bagi anak anak istimewa kita boleh buat permohonan untuk melewatkan sesi persekolah mereka. Bermakna masa umur 7 tahun mereka masih boleh skip untuk masuk ke sekolah rendah.. Kita boleh mohon tangguhkan untuk setahun bagi membuat persediaan untuk persiapan mereka melangkah ke alam sekolah rendah.

Bagi yang ada anak istimewa macam Autisme memang setiap 6 bulan akan ada follow up dengan Doktor Pakar kanak kanak (Pediatric ). Boleh berbincang dengan Doktor anak anda untuk memohon menangguhkan sesi persekolahan. Sekiranya Doktor rasa ada keperluan persekolahan anak anda di lewatkan setahun.. Doktor akan keluarkan satu surat rujukan untuk di hantar kepada kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang perlu anda buat untuk memohon menangguhkan sesi persekolahan anak anda adalah..

1. Kena daftar kat sini ➠ https://public.moe.gov.my/

2. Kemudian daftar anak anda untuk kemasukkan darjah 1 di sini ➠ https://public.moe.gov.my/?kpm=edr_langkah1 ( Yang ni daftar je dulu ok. Tak perlu risau )

3. Selepas daftar print bukti pendaftaran.

4. Bawa surat rujukan dari Doktor & surat pendaftaran sekolah ke Pejabat Pendidikan Negeri.

5. Di sana anda akan di minta isi borang permohonan & akan di beritahu apa yang perlu anda buat.

6. Permohonan memang mengambil masa untuk di proses tapi jika ada surat rujukan dari Doktor, Insya Allah permohonan anda akan di lulus.

7. Surat kelulusan akan di hantar melalui pos. Simpan surat & bawa ketika hendak mendaftar anak anda di sekolah nanti

Contoh Surat

Saya tahu ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme terutama yang dalam kategori mild autisme ni jadi risau bila mula nak hantar anak ke sekolah. Anak anak autisme ni.. kematangan mereka tak mengikut usia. Kebanyakkan ada masalah untuk berdikari & masalah tumpuan. Jadi mungkin dengan penangguhan sesi persekolah.. Boleh la mereka membuat persediaan.

Semoga info yang sedikit ni memberi manafaat kepada yang memerlukan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI

10/20/2018 10:22:00 AM Suria Lekatlekit 3 Comments

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI. Lama tak bersiaran entri dari dapur sekangkang kera lekatlekit kan? Dah lama dapur tak berasap ke macam mana pun tak tau la. Berasap la juga.. Cuma sekarang ni mengaku la jarang masak atas faktor tak berapa sihat nak hadap bau bauan menumis bagai. Jadi kita berehat sebentar bersama kitkat la dari memasak. Setakat memasak benda2 simple tu ada la juga. Bukan apa takut gas expired pulak kalau lambat habis. Kekekekeke


Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer....

Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar membuat kuih sagu yang paling senang kat muka bumi ni. Kalau kuih muih yang susah susah den pun tak reti.. Setakat kuih sagu ni boleh la..

Bahan bahan yang di gunakan

1. Of course kena ada sagu
2. Air (tak payah la air zam zam air paip pun boleh)
3. Gula
4. Kelapa parut
5. Sedikit garam
6. Pewarna merah (saya guna sirap rose je. Jangan guna water color sudah)

Cara memasak.

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bersama sirap rose & gula
2. Air dah mendidih masukkan sagu
3. Bila dah pekat macam gambar di bawah ni. Tutup api


3. Sediakan periuk kukus & loyang
4. Masukkan sagu yang dah di rebus sekejab dengan sirap & gula tadi
5. Kukus sehingga sagu masak (Sehingga hilang warna putih bertukar jernih macam dalam gambar di bawah)

Sebenarnya kan.. saya bukan ada periuk kukus pun. Pepandai la nak hidup. Kena kreatif. Loyang pun tak ada. Guna je apa2 bekas tahan panas. kekekeke

6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Jangan masin sangat nanti kena high blood pulak
7. Kuih sagu yang dah siap kukus tadi potong la jadi kecik kecik sikit & gaul dengan kelapa parut
8. Siap la nak menjamah & melantak. Jangan memalu yer

Kuih Sagu versi lekatlekit. Comel tak?

Selain cekodok.. Ni antara kuih muih paling senang nak buat. Bahan bahan yang di gunakan pun tak banyak & step nak memasak pun tak susah sangat. So, mana2 baru belajar buah kuih muih boleh la try kekekekeke

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

P/S : Maaf saya tak tahu sukatan yang spesifik sebab saya main agak2 je tak sukat pun hahahaha. Tapi petua dia kalau tak nak kuih sagu jadi lembek masa rebus dengan sirap & gula jangan letak air banyak. Agak2 sagu boleh sebati dengan gula & sirap. Lepas tu kukus lama sikit sampai masak. saya kukus lebih kurang 1 jam lebih. Hasilnya kuih sagu lembut & kenyal. Tak lembek

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR TERKINI ERNA, PELAKON KANAK KANAK ERA 90AN

10/12/2018 11:17:00 AM Suria Lekatlekit 3 Comments

GAMBAR TERKINI ERNA, PELAKON KANAK KANAK ERA 90AN. Mesti ramai dah tak berapa ingat atau yang generasi lahir tahun 90an tak kenal dengan seorang pelakon cilik (pelakon kanak kanak) era 90an Erna Elliyana ni. Tahun 90an memang muka dia agak popular dalam drama2 & filem tempatan. 

Antara filem yang pernah di bintangi Erna adalah Suami Isteri dan .... Tapi Erna pegang watak seorang budak lelaki bernama Amir, anak kepada pasangan suami isteri yang di lakokan oleh Rosyam Nor & Lydiawati.

Erna Elliyana waktu membintangi filem suami isteri dan ...

Antara drama bersiri agak popular tahun 90an yang pernah di lakokan erna Mat despatch tak silap watak dia sebagai bed.

Erna di kenali sebagai pelakon zaman kanak kanak tapi masuk usia remaja dia mula menjebakkan diri dalam bidang nyanyian. Erna pernah menyertai rancangan realiti tv Sinaran Pasport kegemilangan semasa umur 12 tahun. Kalau tak silap dia juara. Selepas tu erna kurang menyerlah di persada seni.

Dah lama diam erna muncul menyertai rancangan Malaysian Idol.. Tapi tak ada rezeki dia sampai ke final. Tak ingat stage berapa dia terkeluar. Selepas tu erna ada merakam single bertajuk bukan hanya sesaat. Agak popular lagu tu & menjadi lagi tema beberapa drama tv kalau tak silap


Sebab dah takde kerja sangat tetiba teringat pelakon cilik ni.. Masa dia berlakon den pun bukan la besar sangat. Budak budak lagi. Tapi masa tu mana ada gadget macam sekarang. So antara hiburan kanak kanak 90an ni tengok tv la kan. Masa dok kemas kemas buang bookmark yang dah tak di perlukan ternampak bookmark link blog pelakon erna ni. Tu yang tetiba rasa nak tengok apa cerita erna yang terkini.

Nampaknya erna dah berkahwin & ada sepasang anak kembar perempuan. Tu pun jumpa info kat facebook erna. Sedikit info tentang erna yang saya cedok dari lama blog dia

Nama Penuh : Erna Elliyana Binti Rosli
Nama Panggilan : Erna
Umur/Tarikh Lahir : 10 Ogos 1988

Pengalaman Seni -
Telah mula berlakon sejak berusia 6 bulan. Bermula dengan drama “Opah” terbitan RTM pada tahun 1988. Sejak itu telah berlakon dalam drama-drama terbitan TV3, RTM dan lain-lain produksi. Mempunyai pengalaman berlakon dengan nama-nama besar dalam industri seni antara lain Sidi Oraza, Rosyam Noor, Ogy Ahmad Daud, Norkumalasari dan lain-lain.

1988
Berlakon dalam drama siri OPAH untuk RTM 6 bulan.

1995
Memegang salah satu watak utama dalam filem “Suami Isteri Dan…..”untuk Berjaya Production. Sebagai anak kepada pasangan peneraju utama filem tersebut Rosyam Nor dan Lidyawati.

1997-1999
Memegang watak sebagai “bad” dalam drama bersiri MAT DESPATCH untuk RTM.
Memegang watak “Nona” (Ning Baizura kecil) dalam filem “Mimpi Moon” untuk Pesona Pictures.

2000
Naib Johan “Sinaran Pasport Kegemilangan 2000” terbitan TV3.

2000-2001
Pengacara dalam rancangan kanak-kanak “Ikan Kekek” dan “Can Mali Can” terbitanTV3

2004
Top 40 – “Malaysian Idol” terbitan TV8.

2006
Top 20 “One in a Million” terbitan TV8.

Mesti ramai nak tengok wajah & imej terkini pelakon cilik era 90an ni kan? Meh la tatap wajah manis erna sekarang walau dah cecah usia 30an.

Wajah terkini Erna

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH AREA KL

10/05/2018 02:09:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH AREA KL. Walaupun zaman sekarang ramai yang dah beralih arah kepada telefon pintar @ smartphone tapi penggunakan laptop masih di gunakan. Sebab dia jenis mobile kan.. So boleh bawa kesana sini. Ada certain perkara memang tak berapa sesuai nak buat kerja dengan smartphone je perlukan laptop jugak. Sebab tu di pasaran Laptop masih mendapat permintaan tinggi & teknologi dia sentiasa upgrade jugak.


Bila dah guna gadget elektronik.. lebih lebih lagi yang memang guna secara rutin ni.. Ada hari dia meragam jugak kan? Manusia pun kalau bekerja hari hari sekali sekali jatuh sakit apatah lagi gadget buatan manusia. Mana ada laptop yang kita beli & guna takkan pernah rosak. Paling2 kena virus.. Mesti ada punya yang memerlukan kita mencari pakar dia untuk membaiki tak kira la kerosakkan tu dari segi software atau hardware. Bukan semua orang ada kepakaran nak repair sendiri kerosakkan yang berlaku. Majoriti pandai guna je.. Tapi kat mana nak cari kedai repair laptop murah KL ni?

Tapi tu la kalau tinggal area lembah klang @ KL ni.. Kalau nak gerak je semuanya kos. Tak termasuk kos tenaga, kos nak hadap jam & macam kos lagi. Nak mencari kedai repair laptop murah KL pun satu hal jugak. Yelah kat bandar kat semua mahal. Bagi yang ada transport sendiri maybe ok sikit tapi yang tak ada transport sendiri nak pergi hantar laptop repair kadang2 jadi satu masalah juga even ada perkhidmatan grab bagai sekarang.

Bagi orang tak pandai drive macam saya ni.. Saya lebih suka perkhidmatan yang jenis ada menyediakan runner untuk datang ambil & hantar laptop. Memudahkan kerja saya. Saya tak perlu keluar, tak perlu cari kedai repair. Yang saya tahu area KL.. Ada satu kedai repair laptop murah KL ni. Nama kedai dia FR Servis Laptop. Mereka ada sediakan khidmat runner area puchong & KL untuk datang ambil laptop korang lepas repair dorang akan hantar balik pada korang. Tapi yang tinggal area puchong nak walk in je ke kedai mereka pun boleh takde masalah.


FR Laptop yang memang buat Servis membaiki laptop yang sangat dikenali dan diyakini ramai sebab salah satu kedai repair laptop murah KL. Selain servis laptop mereka sangat berpengalaman dan pakar dalam bidang IT serta telah lama ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan masalah laptop yang anda hadapi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh diagnosiskan laptop anda di sini bagi menyemak apakah masalah laptop anda hadapi selama ini.


Bukan je laptop korang boleh hantar untuk repair tapi  komputer, macbook yang mempunyai pelbagai jenis versi sistem, window dan sebagainya. Mereka juga membaiki laptop secara menyeluruh dari skrin. software sehinggalah hardware, motherboard dan sebagainya.


Kalau nak upgrade laptop @ komputer pun boleh. Contoh nak tambah RAM, HDD, SSD & apa jenis upgrade yang korang nak buat termasuk upgrade software macam windows semua tu mereka juga buat. Mana nak cari kedai repair laptop murah KL yang boleh buat semua kat satu tempat kan? Ada yang kadang2 repair software jer.. ada yang repair hardware jer.. Tapi kedai repair laptop murah KL semua dia boleh buat.

Kat FR Latop service yang terkenal dengan kedai repair laptop murah KL juga menerima & membuat servis untuk Apple & Mac. Mac Pro, iMac, MacBook Pro, Mac Mini yang berasaskan sistem pengendali versi OSX. Oleh itu, mudah bagi semua pengguna Mac dan Apple untuk membaiki laptop anda. So tak payah risau nak cari tempat servis & baiki kat mana lagi. Boleh guna perkhidmatan yang di sediakan oleh FR Laptop Servis je.


Selain perkhidmatan membaiki laptop, kedai repair laptop murah KL ni juga menyediakan servis membersih dalaman laptop atau di kenali sebagai clean dust bagi menghilangkan segala kekotoran yang tersumbat. Atau kalau laptop korang menghadapi masalah cepat panas & selalu hang.. Mereka juga ada buat servis Thermal paste bagi memastikan pengaliran haba laptop korang berfungsi dengan baik & efektik. Boleh siap dalam masa 24jam & boleh di bawa pulang selepas tu.


Kalau laptop korang kotor & berhabuk even tak rosak pun. Nak hantar untuk bersih pun boleh. Yelah.. habuk habuk yang melekat & terkumpul kalau tidak di bersihkan & servis benda tu pun boleh menyebabkan kerosakan lain pada laptop korang juga ok. Contoh habuk habuk terkumpul boleh menyebabkan kerosakkan pada motherboard. Kalau Motherboard rosak.. memang kos nak ganti bukan murah ok!


Kalau skrin retak, pecah atau rosak pun boleh hantar pada FR Laptop service ok! Pendek kata apa je masalah laptop atau komputer korang hantar je la pada mereka. Tahu la dorang nak buat apa nanti. Kita yang tak ada kepakaran ni nak cerita lebih lebih pun macam tak reti kan? So serahkan kepada pakar yang menguruskannya.

Penduduk sekitar Puchong memang ramai suka menggunakan khidmat dari FR Laptop servis ni selain salah satu kedai repair laptop murah KL, harga perkhidmatan yang di kenakan berpatutan & kualiti servis yang baik. Selain tu pekerja mereka yang mengendalikan semua masalah laptop atau komputer yang di hantar adalah di kalangan mereka yang terlatih & berpegalaman dalam bidang IT. Memang kemahiran mereka membaiki tak boleh di pertikaikan lagi.


Selain mempunyai pekerja di kalangan mereka yang terlatih & berpengalaman.. Mereka juga sangat profesional & mesra pelanggan. So, kita nak berurusan pun rasa selesa sikit kan. Biasa la pelanggan kadang2 dia sendiri tak tahu apa masalah yang berlaku pada laptop atau komputer dia.. Saya sendiri jenis seorang yang suka bertanya. Ada jenis peniaga ni yang tak berapa mesra memang rasa tak best & janggal untuk berurusan sebab kita banyak perkara nak tanya tapi kalau layan tak layan so sebagai pengguna mesti ada rasa tak puas hati jugak kan. So di FR Laptop Servis ni.. Insya Allah.. mereka mesra pelanggan.


Nak tahu sesuatu servis tu baik atau tak.. Boleh di nilai dari segi pelanggan. Kalau mereka ramai pelanggan tetap bermakna servis mereka memang bagus & berkualiti. Sama macam FR Laptop servis memang mereka mempunyai ramai pelanggan tetap yang setia memilih mereka untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan servis laptop ni.

Lagipun mereka menyediakan pelbagai servis seperti repair laptop, komputer, format laptop, membaiki skrin, adapter, bateri laptop dan sebagainya. Peralatan dan sparepart yang rosak juga boleh dibaiki dan diganti baru. Apa sahaja masalah laptop yang anda hadapi, FR Laptop Servis mampu membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda. Jadi tak pelik la ramai pelanggan memilih perkhidmatan mereka. Semua semua servis ada. A To Z. lengkap!


Yang paling orang suka sebenarnya ada servis mereka cepat. Saya pernah hantar PC untuk di baiki kat satu kedai ni.. Paling cepat seminggu siap.. Tapi dengan FR Servis Laptop dalam masa 24 jam dah boleh siap. So, kalau urgent nak guna.. Memang FR Laptop la menjadi pilihan sebab tak payah tunggu sampai seminggu untuk ambil balik laptop atau komputer yang kita hantar untuk repair.

Fr Laptop Service ni pemiliknya ada orang melayu. Memang 100% milik bumiputera ok! Mereka bermula dari sekecil kecil kedai sehinggalah nama mereka gah di sekitar Puchong & KL. Walaupun dah di kenali & semakin maju mereka masih menjadi kedai repair laptop murah KL yang tetap menawarkan servis terbaik, mesra pelanggan & harga berpatutan.

Bagi yang nak dapatkan servis dari FR Laptop Service ni boleh hubungi mereka di


Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp
Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 
508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3
Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! JANGAN BIAR KANAK KANAK TIDUR LEWAT! ATASI SEGERA

10/01/2018 09:35:00 AM Suria Lekatlekit 0 Comments

AWAS! JANGAN BIAR KANAK KANAK TIDUR LEWAT! ATASI SEGERA. Bila anak semakin membesar dari bayi melangkah ke alam kanak kanak, memang sesetengah mengalami masalah tidur. Macam anak saya dulu umur dari 1 - 3 tahun pun ada masalah ni. Tapi faktor mak bapak dia jugak dulu suka tidur lewat. Kami kadang2 2 - 3 pagi baru tidur. So shahila pun gamaknya terikut sama la. Tapi rutin tidur mula berubah selepas masuk tadika. Tapi mula2 struggle juga nak ubat timing tidur dia. Macam macam cara la kami buat termasuk la sama sama tidur awal dengan dia. Ada juga juga aroma terapi (Essential Oil Young Living) untuk bagi dia lebih tenang seterusnya boleh tidur awal. Membantu juga la tapi bukan semata mata calit calit terus lena yer. Di ikuti dengan perkara perkara lain seperti tutup lampu. Tutup semua tv gadget.


Alhamdulillah sekarang kami sekeluarga dah tak mengamalkan konsep tidur lewat. Pukul 10 tu kadang2 dah gelap 1 rumah. Budak shahila kalau tak tidur siang pukul 9 pun dah hanyut di buai mimpi. Kalau tidur siang.. Pukul 10 pun dia dah tidur. Tak la lewat sangat. Berbanding dulu.. Matilamak nak kalau 2 - 3 pagi baru tidur kemudian pergi sekolah break time dia bantai lena sampai habis waktu sekolah. Jangan ingat tak pernah jadi. Masa dia di tabika kemas dulu sebelum di tukar ke private kindergarten banyak kali pergi nak ambil dia balik sekolah dia lena.

Sebenarnya tak bagus tau kanak kanak yang selalu tidur lewat. Apa saya baca kanak kanak yang kurang dari 9 jam tidur berisiko mengalami masalah Attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD). Kalau tak tau apa tu ADHD.. masalah hyper. Hyperactive ni bukan aktif biasa tau ia akan menganggu perkembangan seorang kanak kanak. Masalah ni akan menyebabkan kanak kanak mengalami kurang daya tumpuan (focus) terhadap pembelajaran. Selain tu mereka tercenderung untuk bertindak secara hyperactive yang mungkin sesetengah ibu bapa menganggap mereka tidak mengantuk. Tapi benda ni akan menyebabkan mereka susah bangun pagi & bila mula bergerak mereka susah untuk berhenti. Dan seandainya tertidur di waktu tengahari boleh terlajak sehingga senja. Boleh baca kat sini untuk info lanjut : HEALTH MASSA

Sebagai ibu yang pernah melalui situasi anak susah tidur awal & terpaksa lakukan sesuatu bila dia dah mula bersekolah saya amalkan benda ni. Cara saya nak mengubah tabiat tidur anak saya apa saya buat adalah..

1. Siang hari saya pastikan dia tak tidur.
2. Malam hari saya akan gelapkan satu rumah & berbaring dengan dia
3. Jangan ada sebarang bunyi atau cahaya
4. Tepuk tepuk sikit bagi dia rasa tenang & rilex
5. Saya ikhtiar juga dengan Essential Oil Young Living sebab minyak aroma terapi ni pun membantu memberi ketenangan. 

Cara nak guna Young living Essential Oil samada boleh calit2 kat bahagian kening atau boleh guna diffuser (gadget untuk diffuse essential oil) tapi saya tak ada gadget tu. So saya sapu sapu jer. Bukan la kata sapu sapu terus terlentang macam jatuh pengsan kena penampar hulk tu. Bau aroma terapi tu perlahan lahan akan buat dia terlena bila dia lebih tenang. Tapi kena amalkan bukan pakai sehari terus esok sharp pukul 9 mesti tidur. Ni bukan minyak dagu, minyak pengasih ada unsur unsur mistik.. calit calit terus angau, calit2 terus terpukau bagai yer. Produk ni berasaskan tumbuhan semulajadi yang tiada di jampi serapah dengan apa2 unsur mistik mustahil la ada magic sedemikian rupa. Tapi jangan dok campur dalam minuman bagi anak minum macam bagi makan ubat tidur pulak ok! Ia hanya untuk kegunaan luar. Kau jangan nak buat eksperimen sendiri pulak bagi anak kau minum essential oil limah Ooi.. Kang ICU anak kau.. ketuk kepala dengan hammer pun tak guna.


Essential oil untuk terapi tidur ni saya guna cedarwood. Antara essential oil young living yang harga mampu milik la. Tapi lagi bagus blend dengan essential oil lavender. Sebotol mengandungi 15ml tapi bukan kau nak guna macam sembur minyak wangi atau macam kau nak goreng telur mata tu. Guna setitik je pun so memang boleh tahan sehingga 6 bulan juga la. Dia bukan untuk kanak kanak jer.. Boleh guna seisi keluarga. Bagus ada diffuser sebab aromanya memberi ketenangan buat semua yang terhidu katanya hehehehe.

Harga untuk Young Living Essential Oil yang saya sebut tadi

Lavender : RM140
Cedarwood : RM65

Kalau nak beli dengan diffuser sekali boleh beli set starter kit Diffuser yang berharga RM357 secara automatik anda mendapat keahlian secara percuma. So next time nak beli produk young living senang & jimat sebab boleh dapat diskaun sehingga 24%


Tapi kalau beli dengan Agent Young Living ni dia bagi free gift lagi tau. Kalau berminat boleh hubungi (Offer tersebut adalah terhad!! so cepat la rebut peluang ni)

Puan Shareena 
☏call/whatsapp☛ 013 3993407 
✍facebook☛ shareena shaifudeen 

Apapun ia cuma salah satu cara merangsang anak anak untuk tidur awal tapi bukan la semata mata bergantung dengan minyak aroma terapi. Macam saya cakap tadi.. Usaha lain pun kena seiring. Kalau kau calit calit sehari sebotol pun tapi tak ada pratikkan perkara lain untuk membantu anak kau supaya tidur awal pada waktu yang sepatutnya memang tak membantu. Persekitaran tu juga main peranan untuk anak anak kita tidur awal. 

Moral of the story.. apapun tidur awal ni perlu di latih dari peringkat awal. Jangan anggap makin besar dia pandai set timing tidur dia sendiri. Sebab tidur ni pun memberi kesan kepada perkembangan bayi & kanak kanak. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUNNAH YANG PUNAH

9/27/2018 12:00:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

SUNNAH YANG PUNAH. Rasa macam dah lama sangat kan tak menulis kat blog ni. Hurmm.. susah betul nak cari masa yang tenang nak menaip kat blog ni. Terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa jadi gitu la.. Blog pun dah up & down updatenya. kadang kadang ada isu nak tulis tapi mood nak menulis tu pulak macam tak berapa cukup strong hehehehehe. Takpe la kan.. At least tak la bersawang sangat blog ni. Ada jugak la update2 dari di biarkan sepi tanpa khabar bertahun tahun.

Baru baru KKM telah mengeluarkan laporan satu produk berasaskan makanan sunnah katanya mengandungi steroid.. iatu salah satu bahan yang tidak di benarkan dalam produk & boleh memudaratkan kesihatan pengamalnya. Nama jus pun claim sunnah.. Maka berpusu pusu la rokyat Melayu Islam beli. Konon nak dapat khasiat & kebaikkan dari makanan sunnah tu. Almaklum la.. orang kita ni masih ramai mudah di tipu dengan claim produk & testimoni. Even testimoni membohong pun dia tak kaji & siasat dah. Terutama orang2 tua la.. Yelah, depa bukan tau sangat pasal produk produk ni. Cuma depa berharap dapat menjalani kehidupan tua dengan sihat jer.

Zaman sekarang penunggang agama memang ramai.. Semua berlumba lumba nak meraih keuntungan & kekayaan dunia. Dia tak peduli dah berkat ke tidak rezeki dia.. halal ke tidak rezeki dia. Janji katanya aku tak jual babi.. Aku tak melacur.. aku tak jual dadah.. bla.. bla.. Tapi kau jual produk claim yang berunsur keagamaan.. sunnah bagai padahal produk kau tiada bukti kajian yang mengesahkan khasiatnya boleh membantu kesihatan manusia. Semua kau claim pakai hukum akal kau jer. Kau tak jujur declare bahan bahan dalam produk kau.. Kau tak peduli la kandungan bahan terlarang dalam produk kau asalkan marketing kau bagus maka ramai orang beli. Kau boleh pergi oversea bercuti.

Imej2 penjual produk yang kita nampak macam islamik sangat.. alim sangat semua tu dah tak boleh percaya. Bukan zamannya kita nak judge kejujuran seseorang melalui imej yang di tunjukkan pada umum. Zaman sekarang kau nak ambil atau guna apa apa produk.. Kau tetap kena minta dia bukti2 yang mengatakan produk dia selamat, produk dia dah melalui R&D yang membuktikan khasiatnya mampu membantu masalah yang di claim pada produk. Setakat kenyataan pakai air liur tanpa bukti yang berfakta.. Sila hindari.

Sekarang terlalu banyak produk yang claim berasaskan makanan sunnah tapi akhirnya punah. Kesihatan orang terbarai macam tu je akibat percaya akan khasiat palsu yang di canang canang. Tolong jadi bijak selepas ni.. Nak ambil makanan sunnah ambil terus dari sumbernya. Contoh nak khasiat kurma makan kurma bukan produk berasaskan buah kurma. bila dah jadi produk ia bukan lagi makanan sunnah.. Bila dah di formulasi dalam bentuk produk tak mustahil ia di campur dengan bahan bahan lain.


Bila ada yang cuba menentang produk produk macam ni muncul la hero hero melayu konon memperjuangkan nasib peniaga melayu Islam. Kenapa kita mesti mempertahankan produk produk yang memudaratkan & merisikokan pengguna? Nak jaga ekonomi peniaga melayu tapi dalam pada masa yang sama merisikokan kesihatan orang melayu sendiri. Bila cakap baik baik... Pengeluar produk macam ni takkan peduli bila guna konsep lantang sikit mulalah memasing mengelabah.. Teguran tak beradap.. Guna kata kata kesat... kurang ajar bla.. bla.. Habis tegur cara baik tak bagi kesan terpaksa guna cara yang lebih keras kan.

Mustahil untuk pupuskan penjualan produk macam ni di pasaran sebab selagi masih ada yang percaya & support.. 1 Kantoi muncul 10 lagi produk baru yang sama. kesedaran kena bermula dari pengguna sendiri sebab pengeluar kebanyakkan dia tak peduli sangat kemudaratan yang berlaku kepada pengguna. Ada yang cuma tau market produk je.. apa satu pasal produk dia jual pun dia tak tau.

Moral of the story... Nak ambil apa2 produk terutama jenis supplement & jus jus kesihatan ni tak kira claim sunnah ke punah ke ranah ke.. Rujuk la dengan mereka yang pakar seperti doktor. Doktor je tahu apa yang di perlukan badan kita. Jika kita memerlukan supplement atau makanan tambahan, Doktor akan suggest yang sesuai. Sebab nak ambil apa2 pun ubat atau produk perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebab mungkin boleh berlaku komplikasi kalau kita ada penyakit tertentu. Mungkin sesuai dengan orang lain tapi bukan sesuai dengan semua orang.

Akhirnya kata.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Insya Allah.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

9/18/2018 10:59:00 AM Suria Lekatlekit 2 Comments

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com