MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU

4/30/2018 10:33:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU. Terpanggil makcik lekat lekit nak menulis pasal ni. Bukan apa makcik kan sangat prihatin dengan pengguna di Malaysia katanya. So, makcik memang suka la menulis entri entri khidmat masyarakat. Sebab makcik masih lagi berpegang dengan pendapat.. "Apa yang remeh bagi kita, belum tentu sesuatu yang remeh bagi orang lain" Maksudnya yang kita rasa benda tu macam kacang je atau alah.. semua orang tahu benda tu.. Tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu & tercari cari jawapannya.


Contoh macam satu perkataan yang macam trending orang sebut sekarang 'Drugstore'. Kita dok sebut nak beli apa2 produk skincare/kosmetik, ubat ke hapa better beli kat drugstore lebih selamat. Masing masing pulun dok suggest drugstore sana drugstore sini.. Tapi kita lupa nak explain apa itu drugstore pada mereka yang mungkin tak tahu menatang apa drugstore. Kedai macam mana tu drugstore ni?

Sebenarnya kan.. Saya sendiri pernah di tanya.. drugstore tu apa? Kedai apa? Tapi cuma masa tu tak dapat petunjuk & hidayah pulak nak tulis kat blog. Just explain terus pada yang bertanya. Di sebabkan baru baru ni ada hamba hamba Allah yang mula terpesong pemahamannya tentang drugstore & cuba memanipulasikan fakta tentang drugstore so adalah lebih baik Ahkak menulis kat blog ni. At least kalau orang google jumpa jugak la info pasal drugstore.

Ada yang cuba translate drugstore tu sebagai tempat penyimpanan dadah. Katanya Drug bermaksud dadah & store tempan simpan barang so dia simpulkan drugstore sebagai tempat simpan dadah. Maka katanya produk yang di jual di drugstore ni jadi belum tentu selamat maybe mengandungi dadah atau kimia yang merbahaya jugak. Tak sure statement ni datang dari seller produk ke sapa.. Cuma terbaca info dari geng #SkuadPenggunaBijak jer..

Bagi yang tak faham & tak tahu apa itu drugstore.. Drugstore ni kalau di translate ke bahasa melayu bermaksud kedai ubat tapi selalu kita sebut farmasi la. Contoh macam farmasi farmasi yang ada kat luar sana.. termasuk guardian, watson bla.. bla.. bagai. Bukan kedai ubat atau booth2 jamu tu yer. Ni farmasi yang di iktiraf di mana untuk memasarkan sebarang produk kat dalam tu mestinya produk yang telah menjalani ujian makmal. Ketat juga la nak letak produk kat farmasi ni.. Tak berapa banyak info apa yang prosudernya tapi bukan simply2 kau nak letak produk yang cuma berdaftar dengan KKM tanpa ada bukti sokongan lain yang menyatakan produk ekau tu solamat yo milah.

Drugstore bukan tempat simpan dadah yer anak anak sekalian.. Jangan pergi drugstore kau minta nak beli dadah sepaket pulak. Senang paham macam ni la drugstore tu = Farmasi. Simple. hang tak payah nak berbelit sangat pikiaq drugstore kedai dadah bagai. Kalau dah farmasi tu Insya Allah.. Majoriti produk atau ubat yang di jual selamat. Bukan kata 100% produk drugstore ni guna bahan semulajadi even ada chemical pun di dalam dos yang di benarkan & di luluskan untuk di pasarkan.

Jadi.. Para pengguna sekali, moga dengan info santai ala ala membawang ni memberi manafaat kepada semua. yang mana salah faham tu moga lebih faham. Nak lebih info merujuk la kepada yang lebih pakar.

Moral of the story.. Bak kata pepatah, 'Malu bertanya sesat jalan'. So kalau hangpa jenis malu atau sombong nak bertanya.. maka dapat la kemaluan kembali. Kalau ada salah info dalam entri ni mohon betulkan di ruangan komen yer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK BELI BAJU RAYA SEDONDON & BAYAR SECARA ANSURAN MEH TENGOK SINI

4/28/2018 05:36:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

NAK BELI BAJU RAYA SEDONDON & BAYAR SECARA ANSURAN MEH TENGOK SINI. Tak payah mencebik sangat la kan puasa belum orang dah kompang pasal baju raya. Memang sekarang dah ramai start buat preparation baju raya terutama yang keluarga besar. Ingat senang nak manage kewangan bagi memastikan anak anak semua dapat baju raya. Bukan sebab tak excited nak sambut puasa bagai tapi semua mak bapak nak bagi kegembiraan pada anak anak.. salah satu menyediakan baju raya.


Tak salah pun nak prepare awal awal.. Lagipun bulan puasa nanti confirm ramai tailor akan tutup ambil tempahan baju raya sebab nak siapkan semua tempahan yang di buat sebelum puasa. Bagi yang nak beli ready made tak kisah la.. Dekat dekat nak raya esok dia punya lelong tahap tak ingat punya. Tapi tu la kalau sanggup redah lautan manusia terutama kat Jalan TAR sana nu.. Mak tak rela nak bergesel bontot dengan orang kat situ. Boleh nipis bontot mak ni nak Ooi.. Hangpa yang sanggup boleh la merebut peluang beli baju raya murah nak2 lagi malam raya.

Tapi saya ni jenis tak berapa kisah sangat bab baju raya.. Baju tahun2 lepas pun still baru lagi. Boleh je recycle sebab selalunya baju raya (Baju tradisional) memang pakai raya je lepas tu tak bersentuh dah. Size pun jarang sangat nak bertukar setiap tahun. Size sama lagi.. so takde masalah. Ada rezeki beli baju baru beli la.. takde pun takpe. Anak pun sorang jer yang tak pernah kisah pun baju raya ke hapa. Janji pakai baju je. Suami lagi la.. Orang lelaki baju nikah pun dia boleh pakai jadi baju raya. Apa susah kan.

Zaman sekarang raya kalau boleh 1 family nak sedondon. Senang bila kumpul ramai ramai tahu wakil dari family sapa. tak payah tanya dah.. yang ni anak sapa.. yang tu anak sapa. tengok kaler baju raya pun dah tau katanya. Tapi tu la kan.. Nak tempah baju raya sedondon 1 Family kadang kadang bajet boleh tahan juga norrojimnya. Kainnya lain harga. tempahnya lain harga.. Tapi sekarang kalau nak ready made sedondon 1 family pun dah ada jual. Cuma tu la kalau family tu besar nak beli 1 masa semua.. koyak wallet bapak nak Ooi..

Sebab tu sekarang ada Brand ni dia buat satu sistem bayaran untuk beli baju raya bagi mengembirakan pelanggan dia yang nak berhari raya dengan pakaian sedondon. Dia bagi pelanggan dia pakai dulu bayar kemudian secara ansuran. Tu dia.. Lepas ni ramai la yang hutang baju raya.. Errkk... ni bukan bergurau ok.

Gene Martino  menawarkan pelan ni sebab nak bagi korang merasa beraya sedondon tahun ni. Bermula sekarang, korang boleh pergi ke mana-mana outlet Gene Martino sebab diorang ada Easy Payment Plan dengan 0% pelan pembayaran ansuran. Dengan pelan ni, korang boleh pakai dulu dan bayar kemudian. Tu dia boleh pakai baju bayar secara installment katanya.

Caranya, korang cuma kena buat pembelian minimum bernilai RM 300 dalam satu resit tunggal. Tawaran ni khas untuk pemegang kad kredit Maybank dan CIMB je tau.. Untuk keterangan & info lanjut hangpa boleh ke Facebook Gene Martino.



Tapi sebenarnya baju raya Installment ni dah ada sejak dulu. Sejak den kecil kecik lagi. Selalunya ada orang jual kain pasang akan datang rumah ke rumah. Boleh beli kain pasang & bayar secara ansur ansur dulu. Tapi kain pasang je la masa tu. Bukan readymade baju raya. Cuma Gene Martino ni mungkin mengadaptasi benda tu dengan menjual baju raya sedondon dengan bayaran ansuran.

Moral of the story.. Nak bergumbira dengan pakaian baru sedondon di hari raya tak salah ok cuma jangan sampai raya tahun depan pun tak habis bayar hutang baju raya tahun ni sudah. Berbelanja ikut kemampuan. Zaman sekarang ni serba serbi mahai nak Ooi... dengan GST bagai. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KHABAR SEDIH DEPAN PINTU DI PAGI JUMAAT

4/27/2018 09:58:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

KHABAR SEDIH DEPAN PINTU DI PAGI JUMAAT. Jarang sangat saya nak cerita kisah jiran jiran ni.. Kalau saya sharekan something yang berkaitan jiran tu bermakna benda tu adalah perkara yang memberi kesan pada saya. Sebelum ni dok cerita pasal jiran sebelah yang suka menyibuk jer.. Tapi jarang saya cerita pasal jiran rumah hujung. Yelah.. saya duduk rumah jenis apartment tapi bukan la apartment level orang ado ado ni.. Apartment untuk golongan berpendapatan rendah jer.. Apartment mampu sewa katanya.. nak kata mampu milik den menyewa je kan..

Rumah den ni kira dari pintu masuk lepas keluar lift tu depan la.. Rumah kakak ni yang saya kenal dia sebagai kak Ija.. paling hujung sekali. Kak Ija ni peramah tapi dia bukan jenis membawang. Jarang sangat borak2 dengan dia.. Nak dengar dia cerita pasal orang lain. Saya pulak bukan jenis orang yang suka sangat menyembang dengan jiran jiran kalau sekadar nak mengumpat orang lain atau nak cerita isu isu semasa tak penting. Kak Ija ni sebab dia peramah so, saya rasa dia lah jiran yang paling banyak saya selalu sembang & bertegur sapa. Selalunya kalau tak terserempak masa keluar nak tunggu anak saya balik sekolah.. terserempak depan pintu masa dia keluar atau balik dari mana mana. Normally banyak sembang depan pintu je la. Tak pernah berejam pun berborak. Saya ni memang banyak berkurung dalam rumah. Kalau keluar tu samada pergi kedai, ambil anak sekolah atau keluar kemana mana la dengan suami.

Hari ni.. Masa nak hantar anak depan pintu nak pergi sekolah.. nampak dari jauh Kak Ija & anak anak dia keluar. Nampak macam nak pergi kemana mana. Jarang nampak kak Ija bawa anak dia keluar pagi2 macam hari ni. So, saya tunggu la sekejab sampai dia lalu depan pintu rumah saya.. Kot2 dia nak kemana mana boleh minta suami saya hantarkan. Sebab saya tahu suami dia tak sihat. Nampak dia pun keluar dengan anak anak je kan. Minggu lepas dia ada bagitau suami dia baru lepas operate buang ketumbuhan dalam usus.

Bila dah sampai depan pintu rumah saya tu saya tegur & tanya nak kemana. Dia cakap nak ke hospital. Saya tanya la suami sakit lagi ke? Dia kata.. suami dia dah meninggal.. Allahu.. meremang satu badan. Ya Allah.. Terus rasa macam di rentap. terbayang anak anak dia yang masih kecil. Kak ija pulak cuma surirumah & cuma buat kerja sambilan ambil ubah jaga anak orang. Dorang pun bukan la orang berada.. Suami dia pun kerja biasa biasa jer. Sedih lahai.. Ingat nak suruh suami saya hantar dia & anak anak ke hospital sekejab tapi kak ija cakap takpe adik ipar dia dah ada tunggu kat bawah. Dorang nak pergi hospital & bawa balik kampung dorang kat johor untuk di kebumikan kat sana.


Innalillahhiwainnalillahhirojiun..  Bertuah arwah di pilih Allah untuk pergi di hari Jumaat yang penuh kemuliaan. Orangnya baik.. Selalu bertegur sapa dengan kami sekeluarga. Semoga Kak Ija & anak anak di beri kekuatan untuk hadapi ujian berat ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup mereka. Ikhlas dari hati sememangnya saya kesian sangat.. Anak anak kak Ija ni semua kecik kecik lagi. Paling sulung baru darjah dua. Dan sekarang mereka dah bergelar anak yatim. Saya tak dapat nak tolong apa apa bagi meringankan kesedihan mereka.. Cuma berdoa semoga Allah kurniakan ganjaran yang lebih baik untuk mereka nanti.

Semoga Allah mengampuni dosa dosa arwah & tempatkan beliau di kalangan orang orang beriman. Semoga Allah kurniakan ketabahan buat isteri & anak anaknya.. Limpahkan rezeki & kebahagian buat mereka. Semoga anak anak Kak Ija membesar menjadi anak soleh. Amin...

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARTIS REVIEW PRODUK MERAPU.. TAK TAHU ATAU TAK KISAH?

4/25/2018 09:45:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

ARTIS REVIEW PRODUK MERAPU.. TAK TAHU ATAU TAK KISAH?  Dulu dulu masa baru baru berjinak jinak dalam penulisan review di blog.. masa tu memang tak banyak pendedahan lagi pasal produk2 merapu ni. Atas kejahilan den masa tu.. Den mengaku den review jer apa apa produk tu. Tapi bila dah ada info & kesedaran pasal produk produk ni.. Saya memilih untuk lebih selective sebelum menerima sebarang kolabrasi untuk review. Atas rasa tanggungjawab sendiri tiada paksaan atau hasutan dari mana mana pihak.

Yang lepas tu lepas la kan.. Biar bodoh dulu jangan bodoh selamanya. Tapi sedih tengok segelintir blogger yang tak rasa dorang tak tahu cuma maybe sebab masing masing nak cari pendapatan melalui blog.. tak kisah la review produk berisiko ke, overclaim ke hapa.. Nak tegur satgi ada yang claim den bajet gud gud. . Baru dapat hidayah dua tiga hari dah bajet macam orang medic nak cakap pasal kesihatan pengguna bagai. Satgi memasing mulut berbau bawang pulak kan. Padahal niat den ni kalau boleh nak ajak dorang sama sama membantu KKM untuk menyampaikan kesedaran kepada orang awam & tak support produk berisiko & overclaim. So den memilih menyampaikan kesedaran & info secara general di wall pesbuk den je. Sapa nak ambil sebagai ilmu & rujukan ambil la.. sapa nak buat buat tak nampak & tak faham.. Tu terpulang. Pilihan di tangan masing masing.

Tapi yang lebih menyedihkan lagi bila ada retis popular, kaya, berjaya yang dok iklankan produk merapu kat social media dia yang juta juta followers tu.. Contoh produk tinggi. Kebodohan apakah itu? Takkan la orang bijak pandai macam retis tu tak tahu kot.. Manusia ni ketinggian dia ada sampai peringkat umur dia dah tak boleh nak tinggi. Tak ada bukti kajian dari mana mana pun manusia dewasa boleh menambah ketinggian dengan mengambil apa apa produk yang claim sebagai boleh tambah tinggi.


Jenis fikir rice cooker dia jer, lantak la pengguna yang tertipu ke hapa. Kesian manusia manusia bantut macam den ni yang maybe teringin nak memiliki ketinggian yang normal macam orang lain terpedaya dengan produk produk macam ni. Dan ada terbaca di satu page produk yang di review retis tersebut tidak berdaftar dengan KKM. Yang ni lagi bahaya.. Entah apa bahan di gunakan dalam produk tu pun kita tak tau. Kalau tak tinggi seperti yang dia claim ok la cuma tertipu jer si tipah.. Tapi kalau barai organ dalam badan orang yang ambil tu.. Boleh beli ke sparetpart organ barai tu kat kedai aceh?? Yang menunggu penderma organ kat Malaysia ni ada sampai berhijrah ke alam barzakh pun masih tak dapat penderma.. Jangan di tambah lagi pesakit yang rosak organ akibat pengambilan produk merapu & bahaya.

Perlu ke produk produk tinggi ni? Hope takde yang nak cakap ambil sebagai ikhtiar.. kun fayakun bagai.. Ikhtiar pun ikhtiar jugak la tapi jangan sampai di perbodohkan oleh penjual produk macam ni. Pendek pun bukan satu dosa.. Saya dah lama hidup sebagai manusia berketinggian 140cm ok jer. Yang penting kita kena terima diri kita baru kita rasa fizikal kita ni bukan satu halangan untuk kita hidup bahagia macam orang lain jugak.

saya harap kengkawan blogger saya takkan terima job job review produk macam ni. Duit ni kalau kita kejar memang takkan pernah cukup. Kita akan sentiasa kejar & kejar.. Insya Allah kalau niat kita nak menyampaikan perkara yang baik, Allah datangkan rezeki yang lebih baik. Bukan setakat produk tinggi.. produk2 kosmetik, supplement bagai tu.. Make sure lebih alert. Dulu kita tak tahu bukan alasan kita terus buat buat tak tahu sampai dajal muncul. ye dak??

Moral of the story.. Apapun semua terpulang dari diri memasing. tepuk dada tanya la selera. Info dah di hidangkan samada nak terima sebagai satu fakta, peringatan & nasihat atau nak 'Dust Bean' kan terpulang la yer. Tapi jangan buang ubat yang spital gomen bagi dalam tong sampah kalau tak makan. Pulangkan.. Bak kata lagu misha omar hehehehe.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE

4/23/2018 10:13:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE. Bila kita mula menulis & berkongsi dengan lambakkan produk produk kosmetik & kecantikkan tempatan yang di campurpalsu bahan terlarang untuk memberi kesedaran pada orang awam bahaya kosmetik/skincare mengandungi racun seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bagai.. depa tuduh kita anti local product. Tak support bisnes orang melayu bagai.. Nak jatuhkan bangsa sendiri bla.. bla.. bagai. Sedangkan apa kita tulis untuk memberi info kepada pengguna agar mereka alert dengan lambakkan produk yang tidak selamat di pasaran.

Tak semestinya Anti local product dik non Ooi.. Ahkak pun pengguna local product tapi di sebabkan akak ni belajar tak tinggi, bukan chemist & tak pandai nak baca ingredient sangat.. Baca jer tapi sebab saintifik sangat kekadang ahkak memang tak paham pekebenda menatang yang depa list kan ada dalam produk tersebut. Sebab tu la ahkak ambil keputusan mencari produk drugstore/farmasi jer. Sebab nak di pasarkan di farmasi & drugstore ni tak semudah kau letak produk kat kedai jamu. Perlu memenuhi kriteria keselamatan yang di tetapkan.. So, agak terjamin keselamatannya.


Yang penyokong produk tempatan ni.. Jangan risau tak semua local skincare tu bahaya. Masih banyak kot local skincare yang selamat & berjaya menempatkan diri di farmasi/drugstore ni. Salah satu produk yang ada di jual di sesetengah farmasi adalah produk BlueBell Skincare. Walaupun nama skincare ni macam eklusif & internation brand kan.. Tapi jangan tak caya pulak. Memang dia produk tempatan ok!


Pengasas produk ni adalah Puan Mek Yam anak kelahiran Kelantan mempunyai kelulusan Bachelor of Technology, Brunel University, England dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu MBA, Cranfield Institute of Technology, England pada tahun 1992.

Pengasas bersama Bluebell Skincare ialah Puan Aliaa Zawani Mohd Rasid. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia dan juga Pegawai Strategic Communications di Bank Simpanan Nasional (BSN) ini kemudiannya menyertai pada tahun yang sama (2015) dan menubuhkan syarikat iBluebell Cosmeceuticals (M) Sdn Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan beroperasi di Plaza Azalea Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mempunyai lebih 10 orang pekerja dan lebih 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapore.

Pengalaman selama 40 tahun menggunakan perbagai produk produk kecantikan, dalam dan luar negara dijadikan landasan untuk mengeluarkan formula kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Selama ini kita sangat bergantung pada kelulusan KKM kepada sesuatu produk kosmetik/skincare ni walhal kelulusan KKM pada produk kosmetik/skincare ni sebenarnya nothing pun. Sekadar kelulusan untuk di pasarkan bukan bukti produk tu selamat ke apa. Kalau NOT KKM bukti sesuatu produk tu selamat, takde la isu lambakkan produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM). Kat situ hangpa kena la bijak sikit. Tapi memang wajib kena daftar dengan KKM kalau sesuatu produk tu nak di pasarkan di Malaysia.

Macam BlueBell ni dia memang ada NOT KKM yang sah.. Tapi yang sangat penting kat sini produk Bluebell ni Semua produk Bluebell Skincare telah diuji di makmal SIRIM QAS International dan lulus ujian. Yang ni sebenarnya menentukan sesuatu produk tu ada bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretenion atau tidak. Kalau lulus ujian lab macam lab SIRIM ni hang tak payah nak pertikai. Tapi setakat lab kat dapur bakar atas sudu tu.. hang kuis kuis dengan hujung kaki jer. memang test test mengarut macam tu tidak boleh di guna pakai untuk menentukan sesuatu produk itu selamat atau tak.


Untuk umat Islam.. Ni pun penting jugak. Untuk produk Bluebell skincare ada kelulusan halal dari JAKIM. Kena bagitau jabgi ada je yang nak pertikai.. katanya produk yang tak mengandungi bahan terlarang belum tentu halal. Ni JAKIM dah tempek logo HALAL hang tak payah memekak lagi tanya halal ke tidak.


Set Produk Bluebell skincare ni ada 4 item iatu terdiri daripada

1. Cleanser

2. Daily Defence Moisturizer

3. Serum

4. Night Moisturizer

Bahan yang di gunakan dalam produk Bluebell skincare ni kebanyakkan dari bahan bahan semulajadi yang selamat & mempunya khasiat pada kecantikkan kulit. Antara bahan yang di gunakan adalah ;

➠Argan Oil

➠Citrus Aurantium Dulcis
↷minyak dari buah oren manis)

➠Propylene glycol

↷bahan cecair sintetik yang menyerap air. FDA telah mengklasifikasikan bahan ini adalah selamat dan boleh digunakan dalam bidang perubatan, kecantikan dan pemakanan. Ianya menyerap lebihan air dan mengekalkan kelembapan pada kulit)

➠Menthol
↷adalah organic compound yang diperbuat melalui sintetik atau boleh diperolehi dari pokok Mentha arvensis corn mint & pokok peppermint)

➠Akar Manis
↷adalah akar dari pokok Glycyrrhiza glabra

Kojic acid
↷berasal dari negara Jepun. Ianya menjadi salah satu bahan yang banyak digunakan untuk mencerahkan kulit. bahan berwarna putih seperti tepung & boleh diperoleh dari cendawan jepun, maka bahan ini adalah selamat digunakan kerana ianya semulajadi dan tidak berbahaya
Stem Cell (Berfungsi menghilangkan parut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semua bahan yang di gunakan dalam set Bluebell skincare anda boleh membaca sendiri di sini ☛ Ramuan Produk

Kau kemain kompang produk Blubell ni.. dah try ke? Mesti la dah jemah Ooi.. Tapi kau jangan tanya muka aku dari beast bertukar beauty ke lepas guna produk Blubell skincare ni. Baru try lebih kurang seminggu mustahil la muka jemah bertukar rupa emma maembong yang putih gebu bagaikan kapas tu.

Tapi pernah dengar seorang panel jemputan dalam satu rancangan talk show. tak ingat siapa.. Untuk topik pasal produk skincare juga. Nak tahu produk tu sesuai dengan kita atau tak.. Try la dulu seminggu. Kalau tak ada kesan negatif macam ruam ke, jerawat ke hapa bermakna produk tu sesuai dengan kita la. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang Ok! Sebab tu kita kena tahu keperluan kulit kita sebelum membeli sesuatu produk.

Selepas seminggu try tu.. Alhamdulillah takde kejadian yang tak di ingin. Nak apply pun mudah.. Macam mositurizer dia pun tak melekit. Kita apply terus rasa meresap & kering di kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak atau belengas. Tu dah kira bagus la kan.


Cara menggunakan produk ni pun takde la rumit. Alah lebih kurang macam guna produk skincare lain juga rutin dia..

Untuk siang

1. Cuci muka dengan cleanser

2. Untuk siang gunakan Daily Defence Moisturizer sebab dia ada SPF 30 PA++ untuk melindungi kulit korang dari sinar uv.

Penting ok untuk mengekalkan kulit awet muda kena la yang ada uv protecter. Yang best Daily Defence Moisturizer ni dia macam foundation tapi tak heavy sangat. Ringan je bila sapu kat kulit & bagi sedikit effect segar & cerah pada kulit tanpa buat kulit kita nampak kontra sangat dari warna kulit asal.

Untuk malam..

1. Macam biasa cuci muka dulu dengan cleanser

2. Titiskan serum atas jari lepas tu sapu & urut seluruh muka hingga leher

3. Apply Night moisturizer

Jangan risau Blubell skincare ni sangat selesa bila apply pada kulit. So, bila pakai sebelum tidur pun kita tak rasa macam muka kita tengah pakai something. Rasa dia natural je ok! Tu yang best.

Kesan dia tak boleh la nampak dalam masa seminggu. Apapun produk kena pakai secara rutin dalam jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat & cantik. Sekurang kurang try dulu lebih dari sebulan.. Insya Allah akan nampak kesan positif kalau produk tu memang sesuai dengan keperluan kulit kita.

Blubell skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit. Setakat ni tiada spesifik untuk kulit yang tertentu cuma kena try baru tahu sesuai tak dengan keperluan kulit korang. Ada yang saya baca kat posting facebook saya bila share berkaitan bluebell skincare katanya mereka yang pernah guna.. jerawat cepat kecut bila amalkan produk ni sebagai set penjagaan kulit secara harian. Kalau nak tengok atau baca testimoni boleh rerajin singgah kat sini ☛ testimoni


Macam mana nak dapatkan produk ni. Kalau nak dapatkan di farmasi ada di jual di Cawangan Constant Pharmacy Terpilih.

Cawangan Constant Pharmacy Bandar Baru Bangi, Selangor
Cawangan Constant Pharmacy Tanah Merah, Kelantan
Cawangan Constant Pharmacy Kota Bharu, Kelantan


Atau boleh layari :

 Website : Bluebell Skincare Solution 
 Facebook : Bluebell Skincare 
 Whatsapp : 0193568850 

Pengilang Produk Bluebell Skincare
Kesemua produk Bluebell Skincare dikilangkan di Kosmetik Alwan Sdn Bhd yang beralamat Jln Permata 2B/KS9, 42500 Klang, Selangor. Kosmetik Alwan Sdn Bhd telah mendapat pengiktirafan HALAL & GMP (Amalan Perkilangan Baik). Sebarang pertanyaan dan soalan boleh menghubungi mereka di

 ☒Whatsapp : 0193568850 
 ☏Hotline : 0380841024 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH

4/21/2018 09:53:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH. Serius pertama kali dalam hidup melangkah masuk ke perkarangan mahkamah.. erkk.. Bukan kalau perkarangan mahkamah rasanya kali kedua. Kali pertama dulu masa mula2 dapat writ saman bulan puasa tahun lepas. Masa tu nak jumpa dengan sorang lawyer ni.. Tapi memandangkan takde duit masa tu lawyer tu pun malas nak layan sangat. Tu kira kali pertama melangkah kaki ke perkarangan mahkamah.

Sumber gambar Google

Tapi ni pun kira kali pertama masuk ke kamar pengadilan.. Tengok suasana sesuatu kes di bicarakan walau den rasa macam den pekak sikit. Suara2 dalam tu macam semua slow jer.. Ntah la maybe inner tudung di gunakan ni kedap bunyi kot menghalang pendengaran den. Ada juga asben tanya.. ada tak adegan macam dalam drama tu.. 'Saya bantah yang arif!' Tak dengar la pulak. Jangan kata laki den, den sendiri pun dok membayangkan ada adegan tu dalam perbicaraan di mahkamah hahahaha. Laki den dia tak dapat la join dengar apa2 perbicaraan sebab dia kena jaga tuan puteri kami tu.

Sebelum ni memang rasa resah, berdebar debar, risau, sedih, kecewa, rasa macam putus cinta, bla.. bla.. bagai bila fikir kes saman tapi bila semakin dekat dengan tarikh perbicaraan semuanya bertukar. Rasa tenang jer.. Malah masa hadir ke mahkamah bertentang mata denga pihak yang menyaman pun den tak rasa gementar pun walau den ni bukan sesiapa & tak ada apa2 pun selain meletakkan pergantungan sepenuhnya pada yang maha kuasa. Mungkin ayat meletakkan pergantungan pada Allah orang kata nak tunjuk gud gud & alim tapi secara jujurnya memang itulah yang saya buat. Saya ni mana ada harta jauh sekali kaya.. Nak fight kes saman ni pun minta derma. Tawakal je tau sebab saya sendiri tak tahu feedback orang lain kat media sosial macam mana. Tapi Alhamdulillah.. Allah tak membuntukan usaha saya. Allah bantu hadirkan ramai orang untuk menyumbang walau setahun berlalu kos yang di perlukan masih belum cukup tapi at least dah boleh bayar separuh dari kos tu, Alhamdulillah la.

Duduk di bilik perbicaraan tu.. dengar kes kes lain di bicarakan rasa insaf jugak. berdoa juga la kalau di beri rezeki kaya, Hope takde la saya silap sikit nak heret orang ke court sebab bila tengok banyak giler kes kes yang di bicarakan terutama kes jenayah rogol bagai. Allahu.. Kes kes remeh tacing macing ni mohon la semua rakyat malaysia letak ke tepi jab. tengok hakim rasa macam melekat bontot atas kerusi dah. Kalau kita keja opis pun paling2 sejam kita bangun jugak kan. Ni hakim tengok dari pagi duduk je atas kerusi hakim tu. Lepas habis satu kes.. terus sambung kes lain. takde break break dah. Break time rehat jer tengahari tu. Maaf la saya ke Jakunan sikit sebab ni kali pertama saya hadir ke mahkamah & kali pertama mendengar perbicaraan kes kes lain.

 Alhamdulillah.. Rasa gelabah bewak ke, rasa macam nak putus urat kentut ke hapa semua takde. Yang ada rasa tak sabar nak tunggu turn kes saya di bicarakan je. Boleh la kerek sebab belum di panggil masuk kandang kan.. Kang masuk kandang jangan terkangkang kangkang pengsan sudah hehehehe. Tapi setakat ni Alhamdulillah.. Saya cuma teruskan usaha saya je selebihnya 100% saya serahkan pada yang maha kuasa. Saya yakin apa Allah tuliskan untuk saya.. Itulah yang terbaik. Saya dah melalui macam macam perkara selama setahun ni.. Serius saya nampak banyak sangat hikmah & keajaiban Allah datangkan pada saya dari apa yang berlaku. Ia seolah olah mengubah persepsi & cara hidup saya tanpa sedar. Mungkin cara tu Allah sedang mendidik kita kan.. wallahualam.

Maybe sebab setahun dah saya struggle pada semua ni. dah puas menangis.. dah melalui episod kemurungan.. dah lalui macam macam pahit getir, fitnah, kutuk, maki perli orang lain. Di hina.. di caci.. Dari situ tercipta satu kekuatan yang tanpa sedar pun sebenarnya. Tu sebab saya rasa dah tak ada apa saya nak takut dengan sesama manusia.. Sebab yang aturkan semua Allah. Tak kira miskin & kaya, apapun kita buat tak kira perkara baik atau buruk semuanya berlaku dengan izin Allah. Cuma yang Allah izinkan berlaku tu samada Dia Redha atau tak je. Apapun setiap apa yang berlaku dengan izinNya, yakinlah tiada satu pun tanpa sebab musabab atau sia sia.

Mungkin sebab saya dah usaha.. Dan betul la.. sebenarnya saya dah redha. Saya sedia je apapun keputusannya nanti. Dan saya rasa lebih kuat bila ada moral support dari orang yang paling dekat dengan saya walau mula2 dia pun marah saya bila kena saman sampai juta juta ni. Sebab masa tu dia sendiri tak faham & tak tahu apa berlaku. Dia pun tak tahu apa den tulis dalam blog tu. Apatah lagi ambil tahu pasal produk ni. Tapi bila dah setahun dia pun nampaknya dah redha & dia dah menjadi kekuatan pada saya. Apa lagi dia boleh buat.. selain terus memberi moral support kan. takkan nak marah sampai jadi gila pulak.

Malah bertentang mata dengan pihak menyaman saya pun saya boleh sedekahkan lagi senyuman (itu je mampu sedekah sebab tak kena bayar hehehe) & saya sendiri yang hulurkan tangan bersalaman dengan dorang. Bukan sebab nak ambil hati.. Sebenarnya tak ada dendam pun. Lagipun kita kan orang melayu yang beradat. Tu simbol kesopanan & ketatatusilaan gitu hahaha. Jangan tunjuk kurang ajar & sombong.. Kaya macam mana pun kalau kurang ajar & sombong orang pandang nak ludah je muka. Tapi kalau kita susah & miskin pun.. kita masih menjaga adab Insya Allah.. orang pandang macam nak ciom ciom jer. Cuma perjuangan saya tetap saya teruskan. Tak bermakna lepas salam salam terus comolot. Saya bukan mewakili hanya diri saya tapi saya mewakili ramai orang terutama 2 srikandi yang sanggup hadir sebagai saksi saya di mahkamah dengan menanggung kos sendiri.

Biasa la.. sebelum perbicaraan di teruskan, Mahkamah arah untuk adakan mediasi dulu. Mediasi ni adalah perbincangan yang mungkin boleh mencapai kata sepakat untuk selesaikan perkara ni luar mahkamah tanpa perlu teruskan perbicaraan.  Setakat ni tiada sebarang persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Maybe di teruskan dengan perbicaraan kot.

Saya memang ke kota bahru kelantan tu semata mata untuk hadirkan diri ke mahkamah jer.. Bertolak pagi 18/4 tu.. sampai sana dah lewat nak malam. Terus cari hotel & check in. Esok pagi terus check out.. habis sesi mahkamah tu terus balik je. Memang takde la nak jenjalan kemana mana. Walaupun 19/4 Saya & saksi hadir semata mata sekadar untuk melawat kawasan katanya.. Sebab tak sempat giliran kami nak bagi statement pun.. tapi masing2 tak kisah. Masing masing mula memahami.. Itulah kejadiannya bila menghadiri perbicaraan kes mahkamah. Kena tunggu dari pukul 9 pagi sampai dekat pukul 4 petang baru giliran kes saya di sebut. Cair makeup.. berpeluh habis celah yang ada. Boleh tahan panas jugak la KB. So kena tunggu tarikh seterusnya pulak. Tapi masing masing nampaknya ok jer. Dan paling penting dorang sanggup datang lagi untuk tarikh seterusnya. memang terharu jugak la kan.. Semangat depa tu buat saya turut saya kuat.

Di sebabkan saya tak boleh nak reveal apa2 berkaitan kes saman ni.. Ada yang berwasangka & menganggap saya sedang menyembunyikan kebenaran.. Takpe Insya Allah untuk tarikh perbicaraan seterusnya nanti saya akan jemput mana2 yang nak dengar sendiri perbicaraan. Lagi senang korang dengar dua dua belah pihak nanti korang nilaikan. Kalau dengar dari sebelah pihak je kang tak adil pulak kan. Sebab saya dah tanya lawyer perbicaraan terbuka. orang awam boleh datang dengar selagi muat nak duduk dalam bilik perbicaraan tu.

Terima kasih juga pada supporter yang dari KL sanggup ambil cuti untuk datang ke KB semata mata nak dengar perbicaraan kes saya ni. Saya ni bukan anonymous seperti yang orang pernah fitnah saya, Saya adalah saya la.. Cuma kekangan saya susah nak keluar jumpa orang. Kalau ada hal hal macam ni nak jumpa saya.. Saya tak ada masalah pun.

Apapun saya masih mengharapkan support, doa & bantuan dari semua bagi meneruskan perjuangan saya ni. Yang nak menyumbang masih di perlukan kerana kos guaman masih belum cukup.. Tapi yang paling di perlukan adalah sokongan & doa doa dari semua semoga Allah permudahkan segalanya & Moga keputusannya nanti memberi pengadilan & manafaat kepada ramai orang. Doakan.. semoga mereka mereka yang memerlukan pembelaan mendapat pembelaan sewajarnya. Amin..


KEMPEN DERMA RM10 SEORANG

Assalammualaikum..
Ia bermula jumaat
Jumaat berganti jumaat
Sehingga kini usaha masih tidak terhenti & berhenti..

MISI MENCARI DANA MENCUKUPKAN KOS UNTUK MEMBAYAR GUAMAN BAGI KES SAMAN SIVIL KE ATAS SAYA.

Rasanya ramai dah tahu
Saya di saman dengan jumlah tuntutan saman rm3juta kerana menulis tentang 1 produk yang di sahkan pihak berkuasa mengandungi bahan terlarang.
Namun ulasan saya di jadikan sebab saya di saman.

Untuk membela diri saya perlukan kos bagi membayar kos guaman yang sekarang menjadi semakin tinggi kerana di bicarakan di mahkamah kota bahru sedangkan saya di selangor & peguam mewakili saya juga disini.

Sejak Tahun lepas saya dah mula mencari sumbangan tapi masih belum mencukupi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan semua untuk sama sama membantu saya mencukupkan kos yang di perlukan selama kes ini berlangsung di mahkamah.

Hope sudi menyumbang. Tak perlu banyak cuma RM10 seorang.
Sumbangan boleh di salurkan ke
Maybank no acc 514 392 522 914 (Nursuria)

MOHON LIKE & SHARE POSTING INI. SEMOGA ADA RAMAI TAMPIL MEMBANTU

Terima kasih kerana membantu. Moga Allah membalas kebaikkan anda dengan rezeki yang berganda ganda. Amin


6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN!

4/16/2018 11:05:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN! Pejam celik pejam celik dah setahun saya struggle untuk selesaikan kes saman keatas saya ni. Setahun beb.. penuh tekanan fizikal & mental. Dalam masa mencari dana macam macam benda terpaksa hadap. Allahu.. Kalau tak ada kekuatan ada juga yang gantung diri kat pokok taugeh ni..


Jangan tanya la dari mana dapat kekuatan untuk hadap benda ni. Dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut yang ada orang nampak kat social media & ada yang orang tak tahu pun. yelah bukan semua benda kita boleh cerita dengan orang nak nak lagi melibatkan hal peribadi.. Tapi serius! Sungguh sungguh Allah uji kali ni.. Terumbang ambing juga iman nak terus sabar & bersangka baik dengan Allah. Kadang2 tergelincir juga kata kata dalam hati bila terasa terlalu terbeban dengan semua yang berlaku. Yelah.. saya cuma manusia biasa macam hangpa jugak. Kami tak dak apa pun yang special..

Cuma yang selalu saya bagitau bila orang tanya macam mana saya boleh kuat & tidak putus asa.. Saya cuma boleh jawab saya tak ada pilihan dari terus usaha, hadap & letakkan pergantungan dengan Allah. Bila kita dalam keadaan tak ada banyak pilihan dan kita nak terus berusaha, Insya Allah akan datang bersamanya kekuatan yang kita sendiri tak sedar.

Tahun lepas terima writ saman sehari sebelum puasa.. Saya sangat berharap puasa tahun ni semuanya dah selesai tapi setakat ni tak nampak apa apa lagi. Cuma dah ada tarikh perbicaraan yang tak berapa hari je lagi.

Biarpun dana yang di perlukan untuk menampung kos guaman belum cukup.. Tapi Alhamdulillah separuh dari kos dah berjaya di jelaskan. Cuma tengah fikir apa nak buat lagi untuk tambah dana. At least selesai perbicaraan boleh settle semua kos guaman yang perlu saya bayar. Sekarang ni memang tawakal tahap tertinggi dah di samping terus berusaha macam biasa.

Moga ada keajaiban yang berlaku.. Semoga kes ni cepat habis & saya boleh hidup tenang & bahagia. Semoga apa yang berlaku jadi pengajaran pada orang lain. Semoga keputusan mahkamah nanti adalah sesuatu yang memberi pembelaan & kebaikkan pada semua pihak terutama pengguna. Saya sangat berharap selepas saya.. Tiada lagi sesiapa yang akan di saman. Saya tak sanggup bayangkan orang lain berada di tempat saya sekarang.. Kecuali orang tu memang kaya raya. takpe la.. maybe setakat saman macam ni bukan satu masalah besar bagi mereka tapi kalau orang2 macam saya.. Bukan sesuatu yang mudah nak kena hadap.

Disini saya membawa harapan ramai orang.. Mengharap ada pembelaan buat mereka. Saya bukan hero.. saya cuma Allah pilih sebagai wakil mereka mungkin. Saya tak hebat & tak kuat seperti korang nampak sebenarnya.. Saya pun menangis bila dalam keadaan tertekan sangat. Cuma saya menangis tapi saya teruskan apa yang dah bermula. Saya seolah olah pikul satu tanggungjawab yang berat sangat sekarang ni. Semoga Allah permudahkan & ada pelangi di hujung derita.

Saya tak harap lebih dari terus sokong & bantu saya. Tu dah cukup meringankan beban saya.. Apapun berlaku kekuatan saya adalah anda juga. tanpa anda semua yang terus memberi moral support & material support pada saya.. Mungkin saya juga tak mampu. Dan paling saya harap doa dari anda. Manatau.. Allah angkat doa doa anda menjadi doa termakbul. Mohon terus selitkan nama saya dalam doa doa anda yer.

Apapapun.. misi mencari dana masih saya teruskan. Bagi yang nak menyumbang boleh rujuk pada posting di bawah.. Tapi posting dari facebook..


MISI MENCARI DANA MENCUKUPKAN KOS UNTUK MEMBAYAR GUAMAN BAGI KES SAMAN SIVIL KE ATAS SAYA.

Rasanya ramai dah tahu
Saya di saman dengan jumlah tuntutan saman rm3juta kerana menulis tentang 1 produk yang di sahkan pihak berkuasa mengandungi bahan terlarang.
Namun ulasan saya di jadikan sebab saya di saman.

Untuk membela diri saya perlukan kos bagi membayar kos guaman yang sekarang menjadi semakin tinggi kerana di bicarakan di mahkamah kota bahru sedangkan saya di selangor & peguam mewakili saya juga disini.

Sejak setahun lalu saya dah mula mencari sumbangan tapi masih belum mencukupi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan semua untuk sama sama membantu saya mencukupkan kos yang di perlukan selama kes ini berlangsung di mahkamah.

Hope sudi menyumbang. Tak perlu banyak cuma RM10 seorang.

Sumbangan boleh di salurkan ke

MOHON LIKE & SHARE POSTING INI. SEMOGA ADA RAMAI TAMPIL MEMBANTU

Terima kasih kerana membantu. Moga Allah membalas kebaikkan anda dengan rezeki yang berganda ganda. Amin

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAU MAMPU PAKAI KEMANA MANA JE TUDUNG SUKAN NURD NI

4/13/2018 10:26:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

KAU MAMPU PAKAI KEMANA MANA JE TUDUNG SUKAN NURD NI.  Sapa jenis saya yang boleh belasah je pakai tak ikut tema.. Adakala saya memang jenis macam tu. Nak nak lagi sekarang bekerja dari rumah kononnya.. Lagilah suka belasah je apa saja. Pergi majlis kawen pun belasah je pakai pakaian pergi shopping & riadah. Semenjak dah tak bekerja saya dah tak ada baju baju yang formal kecuali baju kurung je la. Baju saya kebanyakkan semua jenis casual & santai. Tudung pun kalau tak tudung sarung, shawl jer. Tu pun saya pakai jenis pinless.. selempang selempang macam tu jer...


Baru baru ni saya tambah koleksi gobok dengan Tudung Sukan NURD walau saya bukan sejenis yang rajin bersuka kecuali suka jari je iatu menaip kat social media tapi tetap la saya suka tudung NURD ni. Walaupun tudung sukan, saya belasah je pakai pergi mana mana. Pergi kedai, pergi ambil anak balik sekolah atau pergi mana mana yang saya rasa malas nak melaram sangat. Kau mampu pakai tudung sukan keluar? Ramai je kot spesis macam saya ni kat malaysia. hahahaha

Tapi tu yang bestnya tudung NURD ni walau tudung sukan dia macam multifuction jugak. Maybe bagi orang lain rasa janggal nak pakai tudung ni keluar kan.. Tapi bagi saya.. yang jenis suka nampak sporty saya rasa selesa pakai tudung NURD ni. Sebab saya jenis suka pakai tudung yang pinless tapi di sebabkan saya jenis bermuka kecik walaupun orang lain pakai tak payah pin bagai.. Saya tetap kena pin kat bawah dagu. Saya special case tak sama hahahahaha. Dia jenis kain elastik so dia boleh ikut size muka hangpa. So tak perlu risau muat ke tidak muka hangpa tu walau muka besar kawah sekalipun.


Sekarang ni kan musim panas.. Material tudung tu pun penting untuk keselesaan kita bila pakai. Kalau jenis kain yang tak serap peluh.. Memang boleh ber kuap kat dalam kepala.. Mula la nak rasa sakit kepala bagai. Tapi tudung NURD ni sebab dia di reka untuk bersuka so material dia memang menepati untuk keselesaan kita di musim panas ni. Takde la kita rasa macam macam bersauna sangat kan. Udara masih boleh masuk & kain dia menyerap peluh. Almaklum la kalau kita bersukan of course la berpeluh kan? Kau bersukan jadahnya kalau tak berpeluh.. Baik berhibernasi jer hahahaha.


Selain tu tudung NURD bila kita pakai dia statik ok. Bermakna kalau hangpa jenis hyperactive sekalipun tudung ni tak berubah paksinya. Hangpa nak melompat ka, nak bergimnastik ka. hangpa nak berlari lompat kijang, lompat katak, ketuk ketamping, berguling guling macam video clip lagu hindustand ke semua boleh. Duduk terletak elok je kat muka & kepala hangpa. Nama pun tudung sukan kan.. Kalau jenis sikit sikit nak tertanggal.. Memang tak layak la di kategorikan tudung sukan. Baik buat kain kafan jer..

Yang ni paling penting.. Tak payah sesusah nak iron. Memang tak berkedut. Yang ni makcik suka ni. Makcik tak suka main main iron.. panas nanti macam cair. So makcik memang suka sangat la sejenis tudung yang tak payah iron sebab tu shawl pun makcik suka jenis bubble ataupun jenis arab shawl. Salah satu sebab tak payah iron.. Yelah.. kita tak nak nanti silap iron kulit kita melecur katanya.. hahahaha (Mohon muntah tepi skrin yer). Bukan apa kalau emergency boleh terus sarung jer. Takde la nampak macam pakai kain buruk kedut sejuta atas kepala kan.


Haritu saya ada tayang kat IG & FB pakai tudung NURD nampak macam ramai berminat nak dapatkan tudung ni. Sebab design dia cantik. Ada yang tanya ada size ke tak?.. Habaq siap siap la noh.. Tudung NURD ni free size. memang cantik bahagian depan dia sebab dia buat jenis bersilang. Untuk orang yang jenis dahi dongga memang menutup dongga tu dengan jayanya & muka kita nampak terbentuk elok je. Apa ingat bersukan tak perlu nak nampak cantik ke? Perlu ok nak2 lagi yang bujang manatau nak mengorat coach ke, Jurulatih zumba ke kan..


Lagi satu nak habaq sebab kain dia jenis tak tebal, tak jarang & lembut hangpa boleh juga jadikan sebagai Inner. Kepada pepandai la matching & pelbagaikan fungsi dia. Tak semestinya tudung suka boleh pakai bersukan je ok!

Jadi.. pada hijabnista sekali yang tak tau nak cari tudung sukan tak kira la suka darat atau suka air.. Boleh dapatkan Tudung NURD ni. Nak dapatkan kat mana? Ada ke jual kat pasar malam.. Pasar malam tak sure la dik non tapi nak dapat yang original & kualiti seperti yang di janjikan boleh dapatkan di


 Website  Sport Hijab By NURD 

 Instagram  https://www.instagram.com/nurdofficial/ 
 Twitter  https://twitter.com/nurdofficial/ 
 Facebook  https://www.facebook.com/nurdmalaysia/ 
 Youtube  https://www.youtube.com/c/nurdofficial 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI

4/10/2018 09:27:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI. Memang ter kagum sekejab ok. Rasanya pengarah & penerbit dia pun tak expect benda ni kot termasuk la den yang dah tengok filem ni masa bocor kat internet haritu. Tapi orang kata.. Filem yang bagus & hangat tak mustahil apapun boleh berlaku. Even ramai dah tengok dengan cara download filem ni dari internet tapi masih lagi ramai penononton serbu panggung sampai pecah punggung katanya...


Alahai.. Takkan ada nak tanya lagi filem apa. Hangpa ni tak ikuti perkembangan semasa sungguh ok! Filem apa lagi yang tengah hangat, hangit & hangus sekarang kalau bukan filem DUKUN yang di adaptasi dari kes pembunuhan berprofile tinggi yang melibatkan seorang ahli politik. Kes pembunuhan tu pun pernah menjadi kes paling hangat.. apatah lagi di adaptasi dalam filem kan.

Setelah 10 tahun di peram dalam arkib kerana tidak lulus tayangannya.. 5 April 2018 akhirnya filem ni di luluskan untuk tayangan & di klasifikasi P13. Ada yang kata banyak babak kena potong & ada yang kata tak di potong tapi bila klasifikasi P13 macam krik krik jugak kan.. Bagi yang tak pi menonton kat pawagam tu tertanya tanya juga.. betul ke tak kena potong ni..???? Jangan tipu nanti dosa ok! kekekekeke

Apapun walau bocor di internet sebelum tayangan.. Syabas pengarah dia tak merajuk sampai tak mau jumpa press bagai. Steady jer dia.. Kutipan untuk filem ni pun not bad. Masa hari pertama tayangan katanya berjaya raih kutipan 1.5 juta. See.. rokyat melesia ni memang supportive ok. Filem yang bagus opkos la orang sapot ok! Filem filem level level rubbish sapa nak tengok.. ye dak.

Apapun Tahniah kepada Pengarah, Pelakon & semua yang terlibat dalam filem DUKUN. Maybe kutipan akan semakin bertambah lagi jutanya. Tak sia sia kena peram 10 tahun kan..

Harap yang menonton tu tak membayangkan watak Dukun Diana tu mengambarkan Allahyarhamah Mona Fandey. Apa yang di gambarkan dalam filem tu bukanlah watak Mona Fandey.. Janganlah mengaibkan mereka yang dah pulang kerahmatulllah. Mereka masih ada waris waris yang maybe terluka jika ahli keluarga mereka yang dah meninggalkan dunia di aibkan macam tu. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah.. Semoga Allah mengampuni dosa dosanya & di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

Moral of the story.. sapa yang belum tengok tu.. Tak ada aral melintang pukang, membujur lalu, melintang patah bagai.. Boleh la pergi menonton. Pada pandangan mata I yang dah tengok haritu, filem ni tak rugi kalau korang nak melabur beli tiket. Not bad jalan cerita dia. Yang penting Dukun dia maintain lawa tapi tetap nampak menyeramkan & hidup watak yang di mainkan.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

7 IDEA KEDIAMAN BERTEMAKAN WARNA BIRU

4/09/2018 02:42:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

7 IDEA KEDIAMAN BERTEMAKAN WARNA BIRU. Warna biru sering dikaitkan dengan air yang sifatnya menyegarkan dan menyejukkan. Justeru, ia memberi ketenangan kepada emosi dan seterusnya menerbitkan rasa gembira dalam diri. Berikut 7 idea sekiranya anda mahu biru menjadi warna tema kediaman anda.


Bersih, suci, dan murni menjadikan warna putih seringkali digunakan untuk dapur, bilik mandi, dan bilik tidur. Gunakan biru langit untuk menonjolkan ruang khas dengan gabungan cermin yang akan menjadikan ruang tampak luas.

Ruang ini sofistikated tapi tidak kelihatan terlalu serius hasil corak pada kerusi. Bulatan kecil berulang, gabungan biru dan warna hangat yang lain digunakan secara minima, terbaik bagi menyerlahkan personaliti di ruang dapur.


Warna-warna di dalam ruang ini digunakan pada kadar seimbang. Sejak awal lagi permaidani biru dengan corak putih menangkap mata yang melihat. Seterusnya menjemput pandangan kepada bahagian lain di dalam bilik. Variasi nada biru bermula dari permaidani, bantal hiasan dan aksesori lainnya. Ia kemudian bergabung dengan warna neutral pada lantai dan dinding serta teman rapat biru iaitu hijau. Kuning pada selimut serta sedikit merah pada hiasan sememangnya gandingan mantap yang datang dari kumpulan bertentangan.


Warna biru yang berani di ruang tamu ini menggoda tetamu untuk beristirehat. Segar dan bersih, gunakan warna biru untuk menyerlahkan cetakan seni yang bervariasi. Tapi, biru di ruang tamu ini tidak terhenti di ruangnya sahaja. Sebaliknya ia bersambung menerusi lampu dan perhiasan mini dari ruang putih yang bertentangan. Lantai berwarna neutral berhasil melegakan biru terang, sekaligus menyerlahkan warna dinding dan aksesori. Hiasan berwarna hijau dan merah jambu yang sama terang dengan birunya pula menjadikan ruang tampak bertenaga. 


Antara kebimbangan menggunakan biru dalam jumlah yang banyak adalah kemungkinan ia akan menenggelamkan ruang dan menjadikannya terlampau suram. Ya, memang benar ia nampak terlalu kuat bersendirian. Tetapi, jika ia bekerja dengan nada biru yang berbeza bersama gabungan warna yang serasi, ruang boleh berubah wajah. Misalnya, putih bersih di siling dan beberapa kelengkapan di bilik air ini berjaya menghasilkan ruang yang segar. Biru daripada gabungan nada berbeza tetap nampak kuat tetapi sedikit suram, sejuk dan bersih. Ini menjadikan biru amat sesuai digunakan dalam bilik mandi.


Ruang kanak-kanak ini menggunakan biru sebagai warna dominan tetapi dijinakkan oleh warna kayu pada kelengkapan dan lantainya. Nada biru dari gelap kepada terang dalam pelbagai bentuk menyeronokkan, sesuai dengan sifat kanak-kanak yang suka bermain dan meneroka. Gabungan dengan putih pula menjadikan ruang tampak segar dengan semangat orang muda. Tiga layang-layang dengan nada biru berbeza berjaya melenyapkan kebosanan sekaligus menghidupkan ruang yang sudah pun segar.


Berikan suasana di pantai menerusi gabungan warna biru, putih dan coklat. Coklat pada kayu menghasilkan ciri-ciri klasik tapi disofistikasikan oleh rekabentuk ruang dan lampu hiasan.


Biru amat sesuai bergandingan dengan warna putih kerana ciri keanggunannya. Dalam ruang yang didominasi putih, biru kelasi berjaya menyerlahkan rekabentuk menarik kabinet yang mahu ditonjolkan dalam ruang sofistikated ini. Biru juga tidak asing dengan rakan bertentangan warna seperti kuning pada aksesori di kabinet. Set meja makan berwarna hitam pula berhubung dalam ruang putih ini dengan hasil yang menyamai keanggunan biru dan putih.

Jika anda mahu lebih banyak idea daripada firma-firma tempatan, jom lawati Recommend.my. Ada beribu gambar menarik untuk inspirasi anda di sana. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan sebut harga daripada ramai pereka untuk renovate rumah anda. Recommend.my akan melindungi projek anda menerusi insurans kerosakan serta perlindungan wang kembali.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RUPANYA INI CERITA DI SEBALIK VIRAL RENDANG AYAM RANGUP

4/03/2018 11:28:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

RUPANYA INI CERITA DI SEBALIK VIRAL RENDANG AYAM RANGUP. Pagi ni.. Dah nampak ramai friends kat pesbuk den dok sarcasm isu rendang rangup @ rendang crispy ni. Den pulak masih terpinga pinga & tertanya tanya sapa gamaknya yang mencetuskan kontroversi pasal rendang ayam crispy ni. Den pun sebenarnya tak tahu menahu lagi apa kes.. tengah menyiasat punca kejadiannya siapa & apa..


Dari pembacaan tak rasmi komen & post2 kat pesbuk tu katanya.. statement ni keluar dari seorang chef omputih. Tak heran la kalau  chef omputih tetiba kata rendang kena di masak dengan rangup. dia kat omputih mana dia tahu rendang tu cara makan dia macam mana. Depa bukan jenis pemakan beras @ nasi sangat. depa jenis pemakan lauk jer.. Depa kan western. Kita ni orang timur.. orang asia lain seleranya maka lain juga la cara masakannya. So kita maafkan lah dengan idea merepek dia bagi kita orang asia ni. Maybe bagi orang barat ia relevan kan.. kekekeke

Tapi setelah meng google, rupanya isu ni berpunca dari satu pertandingan masakan MasterChef UK, dimana seorang peserta dari Malaysia dia di keluarkan dari pertandingan tersebut kerana menghidangkan nasi lemak bersama rendang ayam. Menurut salah seorang juri rendang ayam tersebut sepatutnya di masak dengan rangup. Maybe dia konpius antara rendang ayam & ayam goreng berempah. berbaik sangka. hahahaha

Tak tau la nak gelak ke nangis. Tapi tu la nak jadi judges ni kena banyak study juga dengan culture & menu2 seluruh dunia.  Bukan apa takut terbuat lawak bodoh secara tak sengaja pulak. Lain la dia kata nasi lemak lebih sedap di gandingkan dengan sejenis lauk yang lebih rangup ke kan.. boleh la terima juga sebab selera dia selera omputih kan.

Takpe la.. Sabarlah contestant yang tersingkir tu. redha jer la.. dia omputih memang dia bangang sikit dengan selera2 kita orang asia ni. Dia bukan reti makan nasi lemak sangat. kekekeke

Tapi bila dengar jer rendang crispy terbayang pulak KFC katanya. KFC kan terkenal dengan ayam goreng rangup.. Gamaknya depa nak rendang pun di masak macam ayam goreng KFC nak crispy bagai. Rendang ni masakan dia berkuah. Di makan dengan sesuatu yang lain contoh ketupat, nasi himpit & nasi. Kalau dah kau buat ala2 ayam goreng crispy tu.. dah jadi lain cara hidangannya. 

Ni masakan tradisi.. tak berani nak claim tradisi melayu satgi ramai pulak bangsa lain marah. Zaman sekarang bukan boleh sesuka hati nak claim sesuatu masakan atau menu tu dari satu negara atau bangsa. Sensitip ok orang zaman sekarang. Telur mata pun tak boleh sesuka hati nak claim, inikan pulak rendang. tak kisah la resepi asal tu berasal dari mana yang pasti resepi asal dia bukan crispy bagai. Kau tak payah nak crispy crispy sangat la kan hehehee

Tapi terfikir juga macam mana yer nak crispy kan rendang ni. Kena masak sampai hangus ke camna? Tak terjangkau dek akal nak membayangkan macam mana cara nak crispy kan rendang ayam. Kalau setakat KFC nak buat ayam goreng crispy ada rasa rendang tu boleh la terima akal. tapi ni rendang nak crispy kan.. Nak kena bertapa kat gunung gondol 7 hari 7 malam menutup ilmu masak rendang ayam rangup @ crispy ni. hahahaha

Moral of the story.. Netizen jangan emosional sangat yer. Kita anggap je ia satu lawak of the day. Rendang Ayam crispy hahahhaa. Meh kita gelak secara berjemaah.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEREMPUAN KEBAYA MERAH ITU DUKUN

4/02/2018 02:13:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PEREMPUAN KEBAYA MERAH ITU DUKUNTu dia.. baru baru ni viral pasal rakaman perempuan kebaya merah yang meronggeng tetengah malam buta kat tetengah jalan. Kecoh satu alam maya dok kata dia hantu kebaya merah.. Alih2 satu malaysia kena game. Tak tau minah mana la dok buat prank macam tu kan.. Dalam celah celah baru reda isu video perempuan kebaya merah.. Muncul lagi sorang pulak perempuan kebaya merah. Katanya dia akan keluar pada 5 April ni. Jaga jaga hangpa semua...

Sabaq jangan ada dok buat benda benda syirik & khurafat pulak dok gantung segala bagai tangkal untuk elak di ganggu hantu kebaya merah.. Ni bukan hantu kebaya merah tapi ni Dukun kebaya merah katanya.

Hangpa kecoh sangat kan teringin nak tengok filem DUKUN ni. teringin nak rasa keseraman & kengeriannya takhkala menonton. Haritu orang tak bagi tengok gigih hangpa curi download punya nak tengok.. Sekarang dah lulus tayangannya selepas 12 tahun jangan lupa pi tengok pulak.

Dia punya hashtag tu yang tahan.. Kemain dia mengambil kesempatan katanya. hahhhaa #PerempuanKebayaMerah

Akhirnya.. Filem yang telah di sejuk bekukan selama 12ahun mendapat pelepasan untuk tayangan. Mesti lega produser, pengarah, pelakon - pelakon filem tu kan.. Mana tau selepas 12 tahun, Box Office ke kan..

Tapi Malangnya walau filem tu di lepaskan untuk tayangan tapi sebelum ni filem tu dah terlepas di serata alam maya. Even orang kata filem dukun yang di share kat internet ni bukan full movie tapi starting ending & jalan cerita orang dah tau. Kalau den pun tak berapa rasa nak pergi menonton kat pawagam dah. Sebab rasa dah tak surprise sangat nak tunggu dari babak ke babak. Kalau hangpa rasa nak pi tengok lagi ke filem tu? Tanya jer.. hahahah

Tapi at least penat lelah semua yang terlibat dalam filem ni terasa juga la berbaloi bila akhirnya filem ni dapat di tayangkan di pawagam ye dak. Tapi bila melihat klasifikasi filem ni cuma PG13 rasanya banyak yang dah kena potong ni. Ikutkan filem ni rasanya perlu klasifikasi 18SG hahahaha. Mungkin babak babak yang menganggu sensitiviti keluarga watak utama yang di adaptasi dari kisah seseorang tu di potong kan.. Takpe la. Kita kena hormat perasaan keluarga mereka.

Orang dah bagi betis nak peha pulak.. Ok la tu dia bagi tayang jugak dari tak dapat tayang langsung kan. Orang kata tak boleh buat spekulasi apa apa tunggu je la di tayangkan 5 April nanti & kita baca komen komen penonton yang pergi menonton kat pawagam.

Kalau den dah tengok haritu macam filem ni bocor kat internet.. Malas dah la nak tengok lagi. Baik tengok filem Thailand 3 Am part 3. Sebab Part 1 & 2 den follow filem ni. Memang best.. Dalam filem 3 Am ni ada 3 cerita seram pendek & memang best 3 AM part 1 & 2 tu.. Hope part 3 ni pun best jugak la. Macam biasa tunggu keluar dalam bentuk dvd je.. Tu pun kalau ada rezeki jumpa dvd filem ni.. Ah lang nun je banyak sekarang. Original makin susah dah nak jumpa. Kalau ada pun mahal mengalahkan rega ikan.. hahahhaa

Apapun filem DUKUN ni antara filem terbaik melayu.. Memang sesapa rasa nak pergi menonton boleh pergi. Bukan level level cerita seram yang pernah di terbitkan Metrowealth ok.. Yang bila orang tengok rasa nak marah bukan seram hahahaha. Jangan marah tuan Mejar.. I masih menanti filem terbitan Syarikat U yang boleh I puja puji hingga ke langit biru..

Apapun yang dah tengok online masa filem ni bocor haritu nak repeat lagi kat pawagam tak salah. Support filem tempatan yang best apa salahnya.. ye dak

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com