DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH

4/21/2018 09:53:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH. Serius pertama kali dalam hidup melangkah masuk ke perkarangan mahkamah.. erkk.. Bukan kalau perkarangan mahkamah rasanya kali kedua. Kali pertama dulu masa mula2 dapat writ saman bulan puasa tahun lepas. Masa tu nak jumpa dengan sorang lawyer ni.. Tapi memandangkan takde duit masa tu lawyer tu pun malas nak layan sangat. Tu kira kali pertama melangkah kaki ke perkarangan mahkamah.

Sumber gambar Google

Tapi ni pun kira kali pertama masuk ke kamar pengadilan.. Tengok suasana sesuatu kes di bicarakan walau den rasa macam den pekak sikit. Suara2 dalam tu macam semua slow jer.. Ntah la maybe inner tudung di gunakan ni kedap bunyi kot menghalang pendengaran den. Ada juga asben tanya.. ada tak adegan macam dalam drama tu.. 'Saya bantah yang arif!' Tak dengar la pulak. Jangan kata laki den, den sendiri pun dok membayangkan ada adegan tu dalam perbicaraan di mahkamah hahahaha. Laki den dia tak dapat la join dengar apa2 perbicaraan sebab dia kena jaga tuan puteri kami tu.

Sebelum ni memang rasa resah, berdebar debar, risau, sedih, kecewa, rasa macam putus cinta, bla.. bla.. bagai bila fikir kes saman tapi bila semakin dekat dengan tarikh perbicaraan semuanya bertukar. Rasa tenang jer.. Malah masa hadir ke mahkamah bertentang mata denga pihak yang menyaman pun den tak rasa gementar pun walau den ni bukan sesiapa & tak ada apa2 pun selain meletakkan pergantungan sepenuhnya pada yang maha kuasa. Mungkin ayat meletakkan pergantungan pada Allah orang kata nak tunjuk gud gud & alim tapi secara jujurnya memang itulah yang saya buat. Saya ni mana ada harta jauh sekali kaya.. Nak fight kes saman ni pun minta derma. Tawakal je tau sebab saya sendiri tak tahu feedback orang lain kat media sosial macam mana. Tapi Alhamdulillah.. Allah tak membuntukan usaha saya. Allah bantu hadirkan ramai orang untuk menyumbang walau setahun berlalu kos yang di perlukan masih belum cukup tapi at least dah boleh bayar separuh dari kos tu, Alhamdulillah la.

Duduk di bilik perbicaraan tu.. dengar kes kes lain di bicarakan rasa insaf jugak. berdoa juga la kalau di beri rezeki kaya, Hope takde la saya silap sikit nak heret orang ke court sebab bila tengok banyak giler kes kes yang di bicarakan terutama kes jenayah rogol bagai. Allahu.. Kes kes remeh tacing macing ni mohon la semua rakyat malaysia letak ke tepi jab. tengok hakim rasa macam melekat bontot atas kerusi dah. Kalau kita keja opis pun paling2 sejam kita bangun jugak kan. Ni hakim tengok dari pagi duduk je atas kerusi hakim tu. Lepas habis satu kes.. terus sambung kes lain. takde break break dah. Break time rehat jer tengahari tu. Maaf la saya ke Jakunan sikit sebab ni kali pertama saya hadir ke mahkamah & kali pertama mendengar perbicaraan kes kes lain.

 Alhamdulillah.. Rasa gelabah bewak ke, rasa macam nak putus urat kentut ke hapa semua takde. Yang ada rasa tak sabar nak tunggu turn kes saya di bicarakan je. Boleh la kerek sebab belum di panggil masuk kandang kan.. Kang masuk kandang jangan terkangkang kangkang pengsan sudah hehehehe. Tapi setakat ni Alhamdulillah.. Saya cuma teruskan usaha saya je selebihnya 100% saya serahkan pada yang maha kuasa. Saya yakin apa Allah tuliskan untuk saya.. Itulah yang terbaik. Saya dah melalui macam macam perkara selama setahun ni.. Serius saya nampak banyak sangat hikmah & keajaiban Allah datangkan pada saya dari apa yang berlaku. Ia seolah olah mengubah persepsi & cara hidup saya tanpa sedar. Mungkin cara tu Allah sedang mendidik kita kan.. wallahualam.

Maybe sebab setahun dah saya struggle pada semua ni. dah puas menangis.. dah melalui episod kemurungan.. dah lalui macam macam pahit getir, fitnah, kutuk, maki perli orang lain. Di hina.. di caci.. Dari situ tercipta satu kekuatan yang tanpa sedar pun sebenarnya. Tu sebab saya rasa dah tak ada apa saya nak takut dengan sesama manusia.. Sebab yang aturkan semua Allah. Tak kira miskin & kaya, apapun kita buat tak kira perkara baik atau buruk semuanya berlaku dengan izin Allah. Cuma yang Allah izinkan berlaku tu samada Dia Redha atau tak je. Apapun setiap apa yang berlaku dengan izinNya, yakinlah tiada satu pun tanpa sebab musabab atau sia sia.

Mungkin sebab saya dah usaha.. Dan betul la.. sebenarnya saya dah redha. Saya sedia je apapun keputusannya nanti. Dan saya rasa lebih kuat bila ada moral support dari orang yang paling dekat dengan saya walau mula2 dia pun marah saya bila kena saman sampai juta juta ni. Sebab masa tu dia sendiri tak faham & tak tahu apa berlaku. Dia pun tak tahu apa den tulis dalam blog tu. Apatah lagi ambil tahu pasal produk ni. Tapi bila dah setahun dia pun nampaknya dah redha & dia dah menjadi kekuatan pada saya. Apa lagi dia boleh buat.. selain terus memberi moral support kan. takkan nak marah sampai jadi gila pulak.

Malah bertentang mata dengan pihak menyaman saya pun saya boleh sedekahkan lagi senyuman (itu je mampu sedekah sebab tak kena bayar hehehe) & saya sendiri yang hulurkan tangan bersalaman dengan dorang. Bukan sebab nak ambil hati.. Sebenarnya tak ada dendam pun. Lagipun kita kan orang melayu yang beradat. Tu simbol kesopanan & ketatatusilaan gitu hahaha. Jangan tunjuk kurang ajar & sombong.. Kaya macam mana pun kalau kurang ajar & sombong orang pandang nak ludah je muka. Tapi kalau kita susah & miskin pun.. kita masih menjaga adab Insya Allah.. orang pandang macam nak ciom ciom jer. Cuma perjuangan saya tetap saya teruskan. Tak bermakna lepas salam salam terus comolot. Saya bukan mewakili hanya diri saya tapi saya mewakili ramai orang terutama 2 srikandi yang sanggup hadir sebagai saksi saya di mahkamah dengan menanggung kos sendiri.

Biasa la.. sebelum perbicaraan di teruskan, Mahkamah arah untuk adakan mediasi dulu. Mediasi ni adalah perbincangan yang mungkin boleh mencapai kata sepakat untuk selesaikan perkara ni luar mahkamah tanpa perlu teruskan perbicaraan.  Setakat ni tiada sebarang persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Maybe di teruskan dengan perbicaraan kot.

Saya memang ke kota bahru kelantan tu semata mata untuk hadirkan diri ke mahkamah jer.. Bertolak pagi 18/4 tu.. sampai sana dah lewat nak malam. Terus cari hotel & check in. Esok pagi terus check out.. habis sesi mahkamah tu terus balik je. Memang takde la nak jenjalan kemana mana. Walaupun 19/4 Saya & saksi hadir semata mata sekadar untuk melawat kawasan katanya.. Sebab tak sempat giliran kami nak bagi statement pun.. tapi masing2 tak kisah. Masing masing mula memahami.. Itulah kejadiannya bila menghadiri perbicaraan kes mahkamah. Kena tunggu dari pukul 9 pagi sampai dekat pukul 4 petang baru giliran kes saya di sebut. Cair makeup.. berpeluh habis celah yang ada. Boleh tahan panas jugak la KB. So kena tunggu tarikh seterusnya pulak. Tapi masing masing nampaknya ok jer. Dan paling penting dorang sanggup datang lagi untuk tarikh seterusnya. memang terharu jugak la kan.. Semangat depa tu buat saya turut saya kuat.

Di sebabkan saya tak boleh nak reveal apa2 berkaitan kes saman ni.. Ada yang berwasangka & menganggap saya sedang menyembunyikan kebenaran.. Takpe Insya Allah untuk tarikh perbicaraan seterusnya nanti saya akan jemput mana2 yang nak dengar sendiri perbicaraan. Lagi senang korang dengar dua dua belah pihak nanti korang nilaikan. Kalau dengar dari sebelah pihak je kang tak adil pulak kan. Sebab saya dah tanya lawyer perbicaraan terbuka. orang awam boleh datang dengar selagi muat nak duduk dalam bilik perbicaraan tu.

Terima kasih juga pada supporter yang dari KL sanggup ambil cuti untuk datang ke KB semata mata nak dengar perbicaraan kes saya ni. Saya ni bukan anonymous seperti yang orang pernah fitnah saya, Saya adalah saya la.. Cuma kekangan saya susah nak keluar jumpa orang. Kalau ada hal hal macam ni nak jumpa saya.. Saya tak ada masalah pun.

Apapun saya masih mengharapkan support, doa & bantuan dari semua bagi meneruskan perjuangan saya ni. Yang nak menyumbang masih di perlukan kerana kos guaman masih belum cukup.. Tapi yang paling di perlukan adalah sokongan & doa doa dari semua semoga Allah permudahkan segalanya & Moga keputusannya nanti memberi pengadilan & manafaat kepada ramai orang. Doakan.. semoga mereka mereka yang memerlukan pembelaan mendapat pembelaan sewajarnya. Amin..


KEMPEN DERMA RM10 SEORANG

Assalammualaikum..
Ia bermula jumaat
Jumaat berganti jumaat
Sehingga kini usaha masih tidak terhenti & berhenti..

MISI MENCARI DANA MENCUKUPKAN KOS UNTUK MEMBAYAR GUAMAN BAGI KES SAMAN SIVIL KE ATAS SAYA.

Rasanya ramai dah tahu
Saya di saman dengan jumlah tuntutan saman rm3juta kerana menulis tentang 1 produk yang di sahkan pihak berkuasa mengandungi bahan terlarang.
Namun ulasan saya di jadikan sebab saya di saman.

Untuk membela diri saya perlukan kos bagi membayar kos guaman yang sekarang menjadi semakin tinggi kerana di bicarakan di mahkamah kota bahru sedangkan saya di selangor & peguam mewakili saya juga disini.

Sejak Tahun lepas saya dah mula mencari sumbangan tapi masih belum mencukupi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan semua untuk sama sama membantu saya mencukupkan kos yang di perlukan selama kes ini berlangsung di mahkamah.

Hope sudi menyumbang. Tak perlu banyak cuma RM10 seorang.
Sumbangan boleh di salurkan ke
Maybank no acc 514 392 522 914 (Nursuria)

MOHON LIKE & SHARE POSTING INI. SEMOGA ADA RAMAI TAMPIL MEMBANTU

Terima kasih kerana membantu. Moga Allah membalas kebaikkan anda dengan rezeki yang berganda ganda. Amin


6 comments:

  1. Ya Allah, tabhakan hati kak Suria ni...AMIN

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan urusan dan mendapat pengadilan sewajarya.

    ReplyDelete
  3. Moga Allah permudahkan urusan Suria. Kuatkan semngat hadapi segala ujian ya!

    ReplyDelete
  4. Semuga Suria tabah dan bersemangat sepanjang perbincangan.

    Kak Zainab Kuala Lumpur

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com