BANGKIT CHEESE SEDAP HINGGA TERMIMPI MIMPI

5/07/2018 11:33:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

BANGKIT CHEESE SEDAP HINGGA TERMIMPI MIMPI. Overnya tajuk!! Tapi memang benar benar belaka ok. Bukan sekadar nak tarik perhatian orang baca entri ni. Mesti ada relate dengan apa yang saya nak cerita satgi.


Alkisahnya dapat sebalang Biskut raya walau puasa pun belum. Rezeki.. Dia nak datang bila2 suka hati dia la kan. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak. Dah orang bagi kita merasa la. Lagipun time ni la nak rasa nikmat makan biskut raya.. kalau hari raya biskut raya ni kadang2 dia sekadar hiasan atas meja je. Orang normally serbu menu menu berat macam ketupat, lemang, rendang bagai kan. So waktu tu maybe kita terlepas pandang biskut2 atau kuih raya yang sedap sedap ni.


Saya ni memang spesis yang tak hafal nama2 biskut atau kuih raya nak2 lagi moden moden ni. yang tradisional pun kadang2 masih tak boleh hafal namanya. Kalau nama pun tak hafal.. nak membuatnya hang jangan tanya la tau ka dak. Of course la tak tahu kan hahahaha. Jadi kalau nak cari biskut atau kuih raya normally beli je. Bukan saya je.. Sebenarnya banyak faktor orang pilih untuk pilih beli yang readymade biskut atau kuih raya. Kekangan masa nak membuat mungkin sebab kerja atau sibuk dengan urusan harian lain. tak salah pun beli.. Sekurang kurangnya memberi rezeki pada orang lain kan. Hidup ni memang macam tu kot.. ada pro & contra. Kalau semua buat sendiri sapa la nak support jualan pembuat biskut & kuih raya ni ye dak??

Panjang pulak mukadimah yer.. Ok ok.. Lepas dapat sebalang bangkit cheese ni.. tengok rupa pun agak membangkitkan selera juga nak cuba. Putih kuning macam cheese jugak warna. Nampak Nyummy sangat ok. Takkan nak telan air liur & tengok je kan? Harus la merasa dulu sebiji dua. Sedap jugak Biskut Bangkit Cheese. tak tau la sebelum ni saya pernah rasa ke tidak. Sebab hari raya ni.. macam dok kata la, dok pulun menu2 berat. Selalunya lepas raya baru nak ketuk2 balang kuih.


Biasa la hidup berumahtangga kita kena berkongsi rezeki yang dapat kan.. Pelawa la husband rasa sekali. Husband memang jenis peminat cookies ni. Dia suka benda2 manis. Nampak cara di menikmati tu macam menyatakan betapa sedapnya cookies ni. Nak jadikan cerita pada satu pagi Ahad tu lepas bangun dia ambil balang bangkit cheese & sambung makan. Dia kata semalam sampai mimpi mimpi makan bangkit Cheese. Amboi.. over nau laki den kan? Macam orang angau bercinta pulak sampai termimpi mimpi.

Orang yang bagi Bangkit Cheese ni pun ada jual secara runcit & borong biskut dia. Selain bangkit cheese banyak lagi biskut2 raya yang dia jual. Kalau sesapa nak buat tempahan pun dia ambil. Manatau nak buat hidangan hari raya nanti kan? Insya Allah bangkit cheese ni dia punya rasa cukup sifat semuanya. Manis dia pun tak manis melecas bak kata orang kedah.. manis2 yang orang kata sedap di makan. Rasa lemak lemak cheese & kat dalam dia ada cebisan kacang yang rangup.. memang sedap! Ni bukan sekadar nak puji bohong tapi ikhlas dari hati tau!

Antara yang ada boleh borong dengan owner bangkit cheese ni

Jangan risau walaupun penghantaran menggunakan pos tapi biskutnya tak hancur berderai. Tokei dia dah packing elok. Buktinya tengok la Bangkit cheese dari lensalekatlekit ni.. Masih sempurna kejadianya & rasa opkos la beb masih sedap. Alah.. cookies kot mana ada nak basi. Kalau simpan tak betul je dia lemau & masuk angin.


Kalau ada yang nak membeli tak kira secara borong boleh hubungi

 ☏ Whatsapp : 0137716961 
 ☘ Instagram : Amimah Samad 
☻ Facebook : Amimah Samad 
  ✍Blog : Pembekal Kuih Raya Sedap dan Murah 

3 comments:

  1. Waa nampak sedap, lagi plak kreatif laaa dia buat gambar pokok daun tu letak bangkit tu..
    Raya tahun ni bolelah cari bangkit cheese ni ..

    ReplyDelete
  2. Dulu kalau time raya pasti ada kuih bangkit dari arwah nenek ai. Tiap kali balik beraya di kampung pasti ada kuih tu. Sekarang.. eemm.. hanya mampu beli jelah.. :(

    ReplyDelete
  3. Memang nampak sedap la bangkit cheese tu.. Kuih kapit pun buat terliuq juga. Jemputlah singgah http://eymakitchen.blogspot.my/

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com