BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG

5/05/2018 08:22:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG. Kalau sebut produk kecantikkan dia meliputi produk kosmetik seperti skincare, make up, supplement kecantikkan bla. bla.. yang ada kena mengena untuk cantik la. Sebut cantik ni yang paling obses nak cantik tentu la perempuan tak kira perempuan original mahupun yang tiruan..


Fitrah manusia kan.. Semua nak cantik. Lelaki pun kalau di beri pilihan depa pun tak tolak di kurniakan wajah yang ensem kaya macho bergaya bla.. bla.. bagai. Cuma lelaki ni kebanyakkan jenis.. Enjoy je apapun yang di lukiskan Allah pada wajah mereka. Tahap obses nak mengubah ciptaan Allah pada rupa bentuk depa tu tak ramai sangat jumlahnya berbanding wanita kecuali lelaki di korea la. Kat Malaysia ni rasa spesis lelaki obses nak cantik ni tak berapa banyak lagi membiak.

Di sebabkan perempuan paling suka bab bab nak cantik ni maka sasaran golongan pengeluar produk adalah wanita. Nak2 lagi kita sedia maklum dalam dunia ni perempuan lagi ramai dari lelaki kan.. Maka membiak suburlah founder founder segera produk kecantikkan di muka bumi malaysia ni. Umur 15 tahun pun ada dah jadi founder ok! Hangpa tak payah nak nganga sangat la buat buat terkejut..

Sebab masing masing berlumba lumba nak buktikan produk depa paling berkesan mencantikkan perempuan perempuan terdesak di Malaysia ni.. Tu yang jadi banyak isu produk di campurpalsu bahan terlarang seperti merkuri, tretinion & hidrokinon dalam dos yang melampaui batas KKM tetapkan. Sebab benda benda tu mampu memberi kesan kecantikkan dalam masa yang singkat. Maka barai la muka manusia manusia ni secara berjemaah. Lepas masing masing mendapat kesan 'jahanam' tahap nirrojim selepas di sogok dengan kecantikkan yang sementara.. Tak puas hati muka lingkup, founder buat buat tak bersalah.. Ramai la buat pengakuan berani dedah kat media sosial pengalaman paling menyayat hati selepas memakai sesuatu produk yang terang terang di sahkan bahaya.

Pun begitu den paling respect segelintir perempuan yang sentiasa bersangka baik dengan produk produk bahaya ni.. Even KKM dah keluarkan laporan mengatakan bahaya, banyak pengakuan bekas bekas pengguna menunjukkan testimoni barai memasing.. Mereka tetap bersangka baik terhadap produk tersebut. Selain menerima sebagai yang barai hancur lebur tu semua guna fake produk.. Mereka mengambil perkara tu sebagai maybe tak sesuai kot dengan kulit mereka yang mendapat kesan jahanam.

Golongan terlalu baik & sentiasa berbaik sangka macam ni memang susah nak di sekolahkan.. Maybe bagi dia racun adalah bila kau guna terus mati baru la betul betul racun. Setakat muka breakouts.. buah pinggang lebur jadi pasir.. Tu bukan racun sangat la. Maybe tak sesuai dengan individu tu. Sebab tu kalau kat group2 kecantikkan spesis macam ni kalau tanya pendapat den suka bagi sokongan moral jer.. tak guna kau nak bagi takzirah kesihatan bagai nak rak.. Alih2 dia percaya cakap founder yang kononnya orang dengki dengan produk depa. katanya.. Kalau produk depa bahaya kenapa KKM bagi kelulusan. Tapi hangpa lupa nak tanya balik.. Kalau tak bahaya kenapa KKM tarik balik NOT yang depa kata kelulusan tu? krik krik krik.. Tapi biasa alasan di sabotaj, KKM test produk fake bla.. bla.. untuk menegakkan bulu yang basah.

Memang produk yang selamat pun tak mungkin sesuai untuk semua orang tapi kalau yang dah terbukti selamat tu kita tahu la dia tak ada di campurpalsu bahan terlarang so tidak la berisiko sangat kita guna. Kalau effect pun maybe cuma luar kulit.. Tidak sampai melibatkan organ dalaman tapi produk yang dah sah sah bahaya & memang KKM pun dah isytihar bahaya tak ada istilah ikut kesesuaian kulit. Tak lingkup muka hangpa tak bermakna produk bahaya tu jadi selamat untuk hangpa terus guna ok! Ada orang bernasib baik mendapat kesan buruk tu di peringkat awal guna.. Memang effect dia cuma luar kulit jer tapi ada orang dia tak effect pada luar kulit tapi mungkin racun yang ada dalam produk tersebut perlahan lahan meresap dalam saluran darah kemudian effect organ organ dalaman mereka. takut benda tu berlaku & bila sedar semuanya dah terlewat dah tak guna nak menangis. Apa boleh buat kumpul amalan banyak banyak bersedia untuk pulang kerahmatullah je.. Bak kata pepatah luka di luar nampak berdarah tapi luka di dalam siapa yang tahu. Yang tak nampak & meracun secara perlahan lahan tu lebih bahaya ok! Jadi elakkan la sebelum semua tu jadi yer

Tak tau la bila Malaysia nak buat satu undang2 yang lebih tegas kepada pengeluar/founder produk produk macam ni. Rasanya KKM kena usulkan syarat yang lebih ketat untuk apply NOTIFIKASI kepada produk produk kosmetik supaya benda tu tidak boleh di manipulasi oleh pengeluar produk konon NOT KKM bukti produk mereka mendapat kelulusan & selamat di gunakan. Sedangkan NOT KKM tu bukan kelulusan apa apa atau jaminan produk tu selamat. NOT KKM tu hanya sebagai bukti berdaftar dengan KKM & mendapat kelulusan untuk di pasarkan sahaja. Produk yang selamat korang kena tengok samada telah di uji di makmal atau tak? Macam produk2 di drugstore yang mention ada clinical approve.. ada lab test.. bla.. bla.. bagai. Bukan sekadar NOT KKM yang di tempek pada packaging sesuatu produk.

Mungkin ada ramai yang masih tak tahu sebelum ni.. Bila dah tahu tu mohon untuk jauhkan diri dari produk produk bahaya ni. Saya juga pernah menggunakan banyak jenama produk yang ada terkandung bahan merbahaya tapi masa tu saya mana tau.. Pendedahan memang tak banyak macam sekarang dimana ramai individu tampil sebagai sukarelawan menjadi aktivis walau tidak bernaung di bawah mana mana NGO berdaftar untuk membantu menyebarkan info kepada pengguna. Masa zaman saya dok guna produk produk macam ni.. Isu isu produk ni tak berapa di ketengahkan. Sekarang je nampak lebih extreme di perkatakan.

Tiada isu menjatuh atau menaikkan sesiapa bila ada pihak mendedahkan tentang produk produk bahaya yang ada di pasaran walau di edarkan secara sah & mendapat kelulusan KKM untuk di jual. Sebab kebanyakkan mereka tidak di bayar sesiapa untuk membuat pendedahan tapi mungkin atas rasa tanggungjawab & keprihatinan mereka terus menyalurkan info tentang produk produk bahaya ni. Untuk menyelamatkan pengguna dari terus terdedah dengan risiko masalah kesihatan & tertipu dengan testimoni bulan madu di awan biru tu, ramai merelakan diri membuat kerja kerja tak bergaji & berisiko di heret ke mahkamah ni.. Ingatlah.. kos nak merawat tu lebih tinggi dari kos korang guna untuk cantik dalam masa sekejab. renung renungkahlah selamat mencerminkan diri sendiri. Malas nak tulis moral of the story dah hahhahaa

1 comment:

  1. Dah banyak kes tapi masih ada yang degil takmo dengar cakap. Muka dah rosak baru nak menyesal.. eeemm.. no komenlah. Muka masing2. Tadah jelah risikonya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com