JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA TAHUN 2018

5/15/2018 08:12:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA TAHUN 2018. Nampaknya masing masing dah mula google jadual waktu Imsak & berbuka puasa untuk ramadhan 2018 ni kan? Yelah.. lagi berapa hari je pun kita nak melangkah masuk ke bulan ramadhan Al mubarak ni. Bulan yang penuh keberkatan katanya.



Jadual waktu Imsak & berbuka puasa ni memang agak penting juga sebab senang kan nak set time bersahur & menyediakan juadah berbuka. Tak la alasan terbabas bagai kan? Bukan boleh caya manusia zaman sekarang ni.. Semua boleh jadi alasan nak tutup kesalahan sendiri.

Lagipun kat keywords blog lekatlekit pun dah menyangkut carian pasal jadual waktu Imsak & berbuka. Almaklum la blogger prihatin ni.. Nampak je keywords tu terus la terasa bertanggungjawab untuk buat entri ni. Kesian kan.. Bila clik tengok entri tahun lepas punya jadual waktu Imsak & berbuka. Mesti frust mencarut bagai...

Bagi menyempurnakan titah perintah pembaca pembaca blog lekatlekit.com ni.. Hambik la kau Jadual waktu Imsak & berbuka mengikut negeri masing masing..

CLIK PADA NAMA NEGERI UNTUK MENDAPATKAN JADUAL 

PERLIS
JOHOR
KEDAH
KELANTAN
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
PAHANG
PERAK
PULAU PINANG
SABAH
SARAWAK
SELANGOR
TERENGGANU
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Jangan lupa print out tau.. Jangan save dalam desktop, laptop jer. Print & lekat kat dinding tu. Supaya senang nak semak setiap hari.

Apapun Kalau tak sempat nak buat entri wish selamat berpuasa kat hangpa nanti.. So den ucap siap siap lah yer. Selamat berpuasa buat semua pembaca blog lekatlekit.com. Andai ada salah silap sepanjang pembacaan anda di blog ni, Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki yer. Semoga ramadhan kali ni menjadi lubuk pahala buat semua.

1 comment:

  1. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat Suria n family.
    Moga urusan dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com