SUNTIK VITAMIN C BOLEH DI DAKWA, DI DENDA & DI PENJARA

5/08/2018 10:50:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SUNTIK VITAMIN C BOLEH DI DAKWA, DI DENDA & DI PENJARA. Tu dia tajuk entri dah warning siap siap tu.. Bukan apa netizen memang suka baca tajuk dari baca isi kandungan artikel. So kita bagitau terus je kat tajuk entri. At least point tu dah sampai dari baca tajuk je.. Kalau yang rajin membaca nak tahu lebih lanjut sesuatu isu tu dia boleh baca isi kandungan artikel.


Walaupun dah basi kes Seorang gadis lepasan kolej vokasional yang pernah mengemparkan negara apabila di tangkap & di dakwa di mahkamah kerana kesalahan menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa tauliah & berlesen. Selepas mengaku bersalah & di jatuhi hukuman denda RM70 Ribu dia mula2 tak mampu & terpaksa di penjarakan lebih kurang seminggu sebelum ahli keluarga dia mencari dana bagi membayar denda untuk keluarkan dia dari penjara. Masa tu den pelik jugak.. kenapa sampai penjara. Almaklum la den tak berapa paham court case sangat.. Rupanya menjalankan perkhidmatan perubatan tanpa tauliah & lesen adalah di bawah akta jenayah.. kalau tak boleh bayar denda dia akan di penjarakan.

Pun macam tu nampaknya masih banyak lagi individu yang masih menjalankan perkhidmatan pemasangan 'fake braces' ni. Secara terang terangan mengiklankan servis depa kat social media. Tapi hangpa jangan ingat pasal 'fake braces' jer salah ok.. Tu yang makcik makcik dok buat servis cocok cocok bitamin c, cocok cocok produk pemutihan kulit.. drip bagai masuk ke dalam badan.. hangpa ingat tak salah ke?

Suntikan Vitamin C ni tidak pernah di daftarkan di Malaysia jadi pihak atau individu yang menjalankan perkhidmatan cocok2 bitamin c atau drip produk pemutih dalam badan jadi secara kesimpulannya hangpa kena paham kebanyakkan yang menjalankan perkhidmatan berbayar cocok2 & drip2 produk pemutih dalam badan tu di buat secara tidak bertauliah & tidak berlesen. Secara automatik ia melanggar akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), boleh didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda hingga RM300,000 atau penjara hingga enam tahun atau kedua-duanya. Boleh rujuk kat sini ☛ Jabatan Kesihatan Negeri Pahang


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

"Awas suntikan vitamin C tak berdaftar"

suntikan vitamin C adalah sediaan yang tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Setakat ini tiada produk vitamin C yang didaftarkan di Malaysia.

Pengguna yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C yang tidak berdaftar ini terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh badan seperti jangkitan pada kulit, ¬jangkitan pada salur darah selain kerosakan buah pinggang.

Gadis tawar suntikan kosmetik ditahan
KUALA TERENGGANU 21 Jun – Seorang lepasan sebuah pusat latihan kemahiran meraih keuntungan lumayan hasil penawaran khidmat suntikan kecantikan secara bergerak ke setiap negeri mengikut temujanji yang ditetapkan.
Walaupun tanpa sebarang tauliah bagi perkhidmatan tersebut, dan menggunakan produk tidak berdaftar, gadis berusia awal 20-an itu berjaya menyakinkan orang ramai malah nenpunyai lebih 10,000 orang di Facebook dan instagram.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar berkata, gadis itu ditahan oleh penguat kuasa sewaktu merawat pelanggan di sebuah inap desa di Cukai, Kemaman pada 17 Mei lalu.
“Dalam serbuan pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 16 produk suntikan dianggarkan bernilai lebih RM13,000 milik suspek turut telah dirampasKesemua produk suntikan yang dirampas tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan jika sabil kesalahan boleh dikenakan denda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali - Berita Penuh baca di sini ☛ Utusan Online

Semua jenis kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta perlu mendapat kelulusan dan lesen untuk menubuhkan dan menyenggarakan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjalankan perkhidmatan perubatan macam ni di bawah akta jenayah ok.. Sebab ia melibatkan nyawa & kesihatan orang awam! Kau ingat cocok2 macam tu tak bahaya ke? Wei cocok & masukkan produk terus ke saluran darah kalau terkena jangkitan kuman ke hapa.. Tukang cocok tu nak bertanggungjawab ke? Alih2 dia kata.. Effect sebab hangpa langgar pantang.. tak minum ayaq kosong secukupnya bla.. bla.. dot com dot my. Berbaloi ke sebab nak putih akhirnya berselimut putih..

Benda ni tangkap sorang.. 10 orang lagi ada dok buat selagi ada permintaan. Kita sebagai pengguna kena boikot servis servis berisiko & bahaya baru tak ada orang nak buat servis macam ni. Tak payah obses sangat nak putih.. warna kulit ni ikut genetik juga wei! Kalau dah genetik rentung macam den ni.. rentung juga jadinya. Rentung tak semestinya hodoh.. So ubah la persepsi putih itu cantik. Cantik tak semestinya orang berkulit putih je ok!

Bagi yang tahu mana2 individu yang melakukan servis cucuk & drip produk pemutih sila buat laporan kepada KKM agar dapat menyekat mereka terus membuat perkhidmatan berisiko & tidak berlesen. Jangan kayakan penjenayah seperti mereka.. Sebab apa den panggil penjenayah.. Sebab kesalahan depa buat ni di bawah akta jenayah. Kalau di sabitkan kesalahan boleh di penjara. Apa ingat jual dadah je ke jenayah.. jual produk cucuk2 & drip2 produk putih2 melati ali baba ni pun jenayah jugak ok bila melibatkan kesihatan & nyawa orang awam.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com