GHAHIM TAKUT NAK AZAN PAPAR REALITI SEBENAR GOLONGAN PELAT 'R'

6/04/2018 10:07:00 AM Suria Lekatlekit 0 Comments

GHAHIM TAKUT NAK AZAN PAPAR REALITI SEBENAR GOLONGAN PELAT 'R'. Semalam sapa ada tengok telefilem Ghahim Takut Nak Azan? Kemain budak shahila fokus tengok drama tu.. Budak shahila ni bukan layan sangat drama TV.. banyak suka tengok kartun atau education video je tapi semalam nampak dia macam layan drama tu. Tapi tak sempat habis dia dah lena. Sebab lambat sangat habis. Budak shahila memang jarang tidur lewat dah sejak dah besar & sekolah. Kadang2 pukul 9 dah lena..


Kisah drama Ghahim takut nak azan tu adalah kisah seorang kanak kanak yang mempunyai masalah menyebut 'R" atau orang kita panggil pelat 'R". Sampaikan tiap kali giliran dia melaungkan azan di kelas KAFA dia akan lari. Sebab pelat 'R" yang dia hadapi dia selalu menjadi mangsa buli & ejekkan dari kawan kawan sebaya termasuk kakak dia sendiri. Macam macam dia cuba buat untuk hilangkan pelat 'R" tu tersebut.. Apa saja orang cakap even menipu sekalipun dia akan buat. Tapi akhirnya dia berjaya juga sebut R dengan betul selepas kena kejar anjing belaan bernama Rowan ke hapa. Lupa pulak den nama watak anjing tu.

Ghahim atau sebenarnya nama watak budak tu Rahim tapi sebab dia tak boleh sebut R dia sebut nama dia sebagai Ghahim.. Apa yang di paparkan dalam drama tu sebenarnya realiti sebenar kehidupan seorang yang mempunyai masalah pelat 'R". Suami saya pun salah seoarang yang hadapi masalah pelat R. Semalam dia kata... dia sendiri pun memang selalu mengelak untuk melaungkan azan masa di sekolah. Memang dia selalu kena ejek.. dia kata hari hari kawan kawan akan bahan sebab pelat R dia. Bila mengaji Al Quran sebutan dia ada yang tak berapa betul bila melibatkan bunyi "r". Sampai satu tahap dia dah tak ada rasa apapun orang jadikan bahan gurauan & ejekkan sebab pelat R dia. Maybe dia selalu dengar orang ejek.. hati jadi kebal la kot.

Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain. Malah, seorang ketua penyelidik dan penasihat saintifik kepada Speech Buddies, Dennis Ruscello, daripada Universiti Barat Virginia, mendapati seramai 91% pakar terapi pertuturan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu kes kanak-kanak yang tidak berjaya dipulihkan walau dengan kaedah terapi.

Saya kenal suami masa kerja dulu.. Memang kat office pun ramai Officemate suka ejek2 & sakat dia pasal pelat R tapi saya dari hari pertama kenal dia saya tak pernah jadikan pelat R dia bahan gurauan even kami memang spesis  gila gila & suka bergurau, suka membahan sampai la dah kahwin & ada anak pun.. Saya tak pernah jadikan benda tu satu gurauan. Bukan sebab dia suami saya.. dari sebelum dia jadi suami & dari sebelum kami ada hubungan rapat pun memang saya tak pernah usik atau ejek dia dengan benda tu. Rasa tak rasa nak bergurau pun dengan perkara tu.

Kita rasa benda tu macam remeh.. Alah, takkan tu pun nak touching tapi bila setiap kali benda tu jadi bahan gurauan kadang2 boleh jadi macam menghina kekurangan orang lain. Bergurau memang tak salah tapi berpada pada lebih lebih lagi bergurau pada kekurangan orang lain.

Kekurangan yang memang tak boleh nak ubah & terjadi secara semulajadi tu elakkan la jadi bahan bergurau walau kita nampak orang yang kita bahan tu macam tak kisah & boleh terima sebab kita tak tahu kadang2 benda tu buat orang lain jadi down secara diam diam.

Macam saya.. saya ni seorang yang pendek. Maksudnya tinggi tak sepadan dengan umur la. Masa sekolah memang orang panggil pendek tu memang rasa down juga tapi kadang2 buat cool.. wat lex wat peace katanya tapi jauh di sudut hati.. Rasa macam terhina sangat. Sementara nak adapt benda tu dalam hidup memang kita melalui fasa sedih, terasa, terhina, down, rasa rendah diri.. tapi macam biasa la.. bila umur makin bertambah benda tu dah jadi biasa so takde la rasa down sangat. kawan kawan saya memang suka usik saya dengan benda tu pun.. Tapi kita tahu yang mana menghina yang mana sebenarnya saja menyakat. Dengan kawan kawan yang dah biasa.. saya ok jer.

Moral of the story.. Pelat R ni bukan saja di buat buat.. tapi pelat R boleh di hilangkan melalui terapi. Antara latihan yang anda boleh buat adalah seperti berikut..

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menghasilkan bunyi /r/:

Angkat lidah depan ke atas dan gerak menghala ke belakang.
Kemudian tarik lidah ke bawah sedikit tanpa menyentuh lelangit.
Keluarkan suara untuk menggetarkan lidah dan menghasilkan bunyi /r/.

Beberapa aktiviti lain yang turut membantu penghasilan bunyi /r/ adalah:

Sumber : Myhealth.gov.my

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com