PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM

6/07/2018 03:09:00 PM Suria Lekatlekit 3 Comments

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Zaman sekarang nak menulis pun kena kias kias sebab zaman sekarang kat Malaysia dah ramai jutawan produk. Bila dah kaya raya tak boleh la kau suka2 nak petik dorang satgi jenuh nak kutip derma. Tapi atas dasar tanggungjawab membantu pihak KKM bagi membenteras produk produk bahaya.. Kita sebarkan juga la. Mungkin saya tidak menggunakan produk produk ni tapi saya tahu masih ada pengguna yang mungkin kurang pendedahan masih menggunakannya.


Hari ini KKM telah mengeluarkan satu laporan 5 produk dari 3 jenama tempatan di kesan mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri, Hydroquinone & Tretinoin. Ingredient biasa yang di gunakan dalam kebanyakkan produk tempatan yang selalu di kantoikan oleh KKM bila di buat ujian makmal. Sebab racun racun berjadual tersebut mampu memberi kesan kecantikkan yang cepat. Biasa la.. masing nak putih, gebu, flawless, glowing cantik menawan KAN?

Antara produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) salah satu adalah dari jenama produk yang menjadi penaja utama satu drama yang tengah trending sekarang. Korang boleh rujuk sendiri kat press release KKM disini ☛Kenyataan Akhbar KPK 7 Jun 2018 – Produk-produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Walaupun berbuih sana sini orang bagitau.. Tapi ramai lagi yang masih bebal tak mau ambil tau. Tahukah hangpa Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Pada korang yang sedang menggunakan produk yang tersenarai.. Jangan ragu ragu untuk memulakan operasi kuis kuis ke dalam tong sampah. Sedang elok sekarang guardian & watson tengah sale bagai nak giler. Semua produk skincare murah murah & selamat. Tak payah sayang sangat la kulit cantik bertepek merkuri semua tu.. Sayangi diri & organ dalaman anda. Organ kita bukan macam pokok buah buahan yang mana kalau rosak boleh tanam benih dia tumbuh semula ok.

Harap dengan kerajaan baru & menteri kesihatan yang baru ni.. Dapatlah di gubal undang undang lebih tegas & di naikkan denda sehingga RM1juta++ bagi pengeluar produk merbahaya nak nak lagi yang hampir setiap tahun tersenarai di website npra sebagai produk yang mengandungi bahan bahaya. Kalau setakat hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.. memang rasanya tak bagi pengajaran pun. Depa dah kaya.. celah gigi je amount tu boleh bayar tapi pengguna yang dah la miskin, muka pulak jahanam pakai produk depa hanya mampu menangis tepi bucu katil je. Kadang kadang nak cover kos buat rawatan muka yang dah rosak pun tak mampu.

Harap isu lambakkan produk bahaya di pasaran yang semakin menjadi jadi & berleluasa ni dapat perhatian pihak bertanggungjawab. Hope isu ni di pandang serius.. Kesian tau tengok ramai yang mengalami kesan buruk selepas menggunakan produk2 beracun ni. Mereka di kaburi dengan Notifikasi KKM bagi pada produk produk tersebut lalu percaya produk ber notifikasi terjamin selamat sedangkan notifikasi ramai yang masih tak tahu bukan kelulusan atau jaminan selamat pun. Cuma semua produk kosmetik di malaysia kalau nak di pasarkan memang kena berdaftar dengan KKM sebagai Notifikasi. Nak tahu produk tu bebas bahan merbahaya atau tak cuma boleh di sahkan melalui ujian makmal sahaja. Dan sebab tu la orang nasihat beli produk yang ada RnD. Nak selamat beli je kat drugstore. Produk nak letak kat drugstore memang perlu ada pengesahan selamat & bebas bahan merbahaya. Kalau yang terlepas yang pernah jadi isu pun sikit sangat. Tu pun akan serta merta di tarik di pasaran berbanding produk tempatan yang di jual atas talian, di toko toko jamu.. banyak sangat kantoi ada bahan terlarang ni. sebagai pengguna jadilah bijak. Info di hujung jari manafaatkan.

Moral of the story.. Semoga hujung hujung ramadhan ni Allah jentik hati hati pengeluar produk bahaya ni untuk rasa bersalah dengan apa yang mereka buat seterusnya menghentikan terus jualan produk produk bahaya. Nikmat dunia ni sementara tapi ingat kita menuju ke alam abadi di sana.. Apa yang kita buat kat dunia, sumber rezeki yang kita dapat menjadi penentu destinasi akhir kita.

3 comments:

  1. Hi Suria. Semoga kes Suria dipermudahkan oleh Allah. Kadang-kadang terikut jugak kes tu. InshaAllah kebenaran akan datang nanti. Lambat atau cepat...

    ReplyDelete
  2. Jenama produk yang merbahaya mesti disebut jugak supaya lebih ramai yang terselamat.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com