JANGAN BUANG KUCING MERATA RATA HANTAR SAJA KEPADA CATS HOME

7/31/2018 10:34:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

JANGAN BUANG KUCING MERATA RATA HANTAR SAJA KEPADA CATS HOME. Ramai peminat kucing kat dunia ni cuma tak ramai pencinta kucing. Peminat ni normally kucing dia jadikan macam pets atau hobi je. Masa suka memang la di sayang, di tatang, di manja & di belai macam tuan putera atau putera.. Tapi bila dia dah mula bosan atau dah membiak banyak dalam rumah.. Mula la cari solution nak kurangkan populasi kucing dalam rumah mereka dengan cara mudah & kejam. Nak nak lagi dekat nak raya... Maka kucing2 yang dulunya di besarkan di rumah, di beri makan & di jaga segala keperluan.. menjadi gelandangan.


Kucing2 yang biasa di besarkan dalam rumah ni.. Bila tiba tiba kena buang memang dia akan jadi culture shock. Tak tau nak kemana, jadi tak secure dengan semua orang, tak reti cari makan sendiri, trauma.. Kalau dia boleh survive sampai dia biasa dengan kehidupan tak bertuan maybe dapat bertahan. Kalau yang tak mampu nak adapt dengan persekitaran baru.. banyak yang kecundang di jalanan.

Allahu kesiannya.. Manusia ni memang kejam!! Suruh mandulkan bagi mengawal populasi kucing pandai pulak berhujah pasal dosa pahala. Konon haiwan pun berhak hidup secara fitrah. Tapi kalau dah banyak kau campak merata rata.. Banyak ke pahala kau dapat. Selagi haiwan tu susah di sebabkan kau.. ia di namakan penganiayaan ok! Kalau rasa kau fake cats lover baik kau bela lipas, cicak je dalam rumah. Tak payah jaga.. dia pandai cari makan dalam rumah kau tu. Tak payah la nak bela kucing bagai.

Tapi ada juga bukan sebab tak sayang tapi akibat masalah.. Maybe tempat kediaman dia tak sesuai atau tidak di benarkan membela haiwan peliharaan macam kat rumah den ni.. Dia punya lagak macam duduk kondo mewah. Bagi makan kucing pun kena warning letter.. Atau di arahkan mengalihkan haiwan peliharaan dari rumah. Tak tau la nak bagi sapa atau letak kat mana..



Casa Del Gato Cats Home Adalah salah satu perkhidmatan yang menyediakan servis mencari penjaga baru kepada kucing kucing anda. At least depa akan pastikan kucing hangpa ni bertuan bukan bergelandangan. Tapi bukan kau free2 je campak kat depa suruh cari adopter. Ada bayaran yang di kenakan. Yelah.. sementara nak dapat adopter tu ingat kucing2 hangpa tu nganga makan angin je ke. Keperluan depa kena sediakan.. Semua ni pun perlukan budget untuk sediakan semua tu & untuk bergerak mencari adopter untuk kucing kucing hangpa. So, jangan nak pertikai tak guna otak. Even kerja amal pun perlu sumber kewangan untuk di buat.

Jadi kalau yang berada di sekitar Kuala lumpur & seremban boleh la menghantar kucing yang anda rasa nak open adopter sebab tak mampu nak jaga kepada Casa Del Gato cat Homes.

Instagram :  Casa Del Gato 
Tel Number :  017 3566904 

Please ok! Jika nak kurang populasi kucing agar kebajikan mereka lebih terjaga, mandulkan. Tak berdosa ok! Benda tu kita buat dengan niat agar nasib nasib haiwan ni terbela. Pada yang tak suka kucing please jauhkan diri jangan sakiti mereka. Ajar anak untuk tidak berkasar dengan haiwan manja seperti kucing ni. Tak lawak ok tengok anak pukul, pijak atau baling objek2 pada haiwan yang tak mengundang bahaya kepada mereka. Please tegah jangan rakam & gelak umpama anak hangpa dok buat comedy show.

Moral of the story.. Haiwan adalah sebahagian dari kehidupan di bumi ini.. Ingat hidup ini satu perkongsian. Bumi bukan hak milik mutlak manusia.. Kerana kita ataupun haiwan hanya menumpang di bumi Allah. So, jangan rampas hak haiwan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER

7/30/2018 11:02:00 AM Suria Lekatlekit 0 Comments

BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER. Sebenarnya dah lama nak buat entri ni tapi mood dia berjalan jauh sangat. Sementara nak balik ke tanah air ni.. stuck merata rata katanya. Kena tunggu jugak la sampai dia mendarat baru la boleh buat. Sedang elok pagi ni.. cuaca hujan.. sejuk.. perut dah kenyang breakfast frozen roti canai dengan Rendang yang beberapa hari yang lalu di frozenkan dalam peti ais tu. Bila perut dah kenyang hati pun dah senang boleh la menulis dengan riang.


Lambakkan produk kecantikkan & skincare di pasaran ni sampai kita tak tahu yang mana ok & tak. Lebih2 lagi banyak pengusaha & pengeluar produk sekarang sejenis tak bertanggungjawab.. Fikir keuntungan & nak hidup senang dengan jual produk yang bahaya & tidak berkualiti kepada pengguna. Depa focus belajar marketing je.. Depa memang tak peduli produk depa kategori layak kuis kuis dengan hujung ibu jari kaki kemudian terajang masuk logi kumbahan ke hapa. Yang penting pandai market.. untung banyak. Boleh kaya raya.. harta sampai kiamat makan tak habis. Lepas kiamat je reta tu tak boleh beli syurga. Sebelum kiamat maybe dapat la merasa syurga dunia yang sementara.

Di sebabkan perkara tu.. Kita sebagai pengguna la kena lebih bijak. Nak harap KKM ambush semua produk2 bahaya & sampah di pasaran memang tak menang tangan la kan. Founder2 produk macam ni tumbuh bagaikan cendawan atas taik lembut kering. Bersepah.. Kat mana2 boleh nampak ada.

Di sebabkan lambakkan produk tak berkualiti & bahaya tu la.. hari ni I nak ajar Uolls buat Face mist sendiri. Apa.. Ingat produk Face Mist takde spesis kilo & bahaya ke? Ada ok.. Jadi untuk buat anda tak terbeli face mist sampah masyarakat yang harga tahap nirrojim mengalahkan firaun.. Meh la kita pakat DIY Face mist sendiri menggunakan Evian Mineral water.

Sebenarnya tip ni saya baca dari perkongsian di page Khairul Yoi. Aktivis yang lantang menentang produk2 bahaya & overclaim. Menurut perkongsian di page Khairul Yoi.. Air Mineral ni memang bagus untuk lembabkan kulit & bagi kesegaran pada kulit kita. Yer betul sebab saya dah gunakan. Sebelum saya guna Evian mineral water buat face Mist.. saya guna spirtzer mineral water. Masa tu saya kena alergik teruk kat muka dekat sebulan. Memang apa2 skincare tak boleh guna.. Saya cuma cuci muka guna cleanser cetaphil sahaja. Krim malam siang pagi petang subuh zohor asar maghrib isyak semua tak boleh nak tenyeh. dia jadi gatal.. Dah la gatal.. kulit jadi merah2, kering pedih. So untuk kurangkan perit tu saya buat face mist guna mineral water.. Bila sembur air ke muka.. muka kita basah.. so takde la perit & gatal sangat kan. Bila muka tu kering kau bayangkan la rasa merenyam & pedih dia macam mana. So air ni memang sangat membantu.

Keistimewaan Air mineral Evian ni menurut dari posting Khairul Yoi..

Air mineral ni di ambil dari gunung Evian yang berdekatkan dengan Tasik Geneva, Perancis. Syarikat yang menguruskan Evian ni adalah Donane & tiada company lain di benarkan untuk memasarkan air dari pergunungan Evian ni selain Danone. Pihak Danone dah cop sebagai hak milik mereka untuk memastikan air tu tidak tercemar.
Pada label packaging botol air tu tertulis 'Natural Spring Water'. Air salji dari gunung sememangnya tinggi dengan mineralnya. Di tambah lagi air ni adalah air terbersih di dunia & memang tinggi kualitinya.
Selepas guna sebotol mineral water Spritzer tu saya beralih ke Evian water.. Apa yang best guna face mist diy dari mineral water ni.. Serius kalau kau amalkan.. kulit kau jadi lembab & lembut. Evian ni.. saya guna.. kulit pun segan2 nak naik jerawat. Tak kusam & nampak glow glow jugak. Tapi kau kena kerap sembur muka & amalkan secara rutin bukan bila rajin jer ok! Alah.. Nak sembur air kat muka pun malas.. Baik kau pakai topeng ultramen je tak payah jaga muka kekekeke.

Dekat sebulan dah rasanya saya amalkan Face Mist yang guna Air mineral ni. Alhamdulillah puas hati sangat dengan resultnya walau dia takde la.. terus bertukar jadi bidadari sorga katanya. Boleh nampak kulit semakin sihat.. lembab & lembut bila di sentuh. Selain tak kusam & nampak segar.

Selain tu.. DIY face Mist sendiri dengan Mineral Water ni.. Jimat & Insya Allah selamat. Sebab kita tahu kita guna Air mineral je kan? Berbanding produk2 face mist yang bukan bukan kat luar sana. Dia boleh claim produk dia organic la natural la.. selamat la.. tapi belum tentu betul tak? Kecuali yang dah di RND. Hanya ujian makmal yang di iktiraf sahaja boleh membuktikan sesuatu produk tu selamat atau tak..


Alah nak DIY Face Mist sendiri bukan susah.. hang pi la beli Evian Mineral Water sebotol.. Beli botoi spray tu. Kat Mr DIY pun ada jual botol spray lepas tu isi la air dalam botol macam sukaneka masa tadika dulu.. Kemudian spray la muka hang sampai lemas pun takpa. Kos pun tak banyak. Saya beli Evian mineral water 1000ml tu dalam RM10 macam tu. Botol spray tu.. dalam RM5 ke berapa lupa dah.. 1000ml tu bukan sikit beb.. banyak. So memang berbaloi & jimat. Ada jugak evian mineral water yang 100ml & 500ml. Harga lebih kurang RM5 -RM7 macam tu la. Boleh beli kat pasaraya atau nak senang kat 7e ada jual. Cuma 7e ni harga dia mahal sikit la.

Kalau malas juga.. Evian ada keluarkan produk face mist dia. Boleh beli kat drugstore macam guardian & watsons. Tapi mahal sikit la. Bagi orang macam den.. Den guna face mist DIY dengan evian mineral water je la. Jimat katanya hehehehehe


Jadi semua si cantik & ensem di luar sana.. Kalau ragu2 nak beli face mist takut terbeli face mist kilo.. Boleh la DIY face mist sendiri guna air mineral. Kalau nak campur Essential Oil pun boleh.. jangan kau campur clorox dengan harapan muka kau putih macam sajli di pergunungan Evian tu sudah. Kang nak putih.. di baluti kain putih pulak.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua.. Moral of the story.. Sebuah kecantikkan bukan hanya di nilai dari warna kulit tapi tapi otak jugak. Orang yang bijak.. sentiasa nampak cantik tak kira la apapun warna kulit dia. So, jadilah pengguna bijak, hindari produk bahaya & overclaim pilihlah yang selamat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEMBOHONGAN BANYAK BERLAKU DALAM LIRIK LAGU CINTA

7/25/2018 10:09:00 AM Suria Lekatlekit 2 Comments

PEMBOHONGAN BANYAK BERLAKU DALAM LIRIK LAGU CINTA. Sedar tak sedar kita memang membesar dengan lagu2.. Terutama lagu2 cinta ni. Dari zaman P.Ramlee sampai la zaman Keke do you love me? erkkk... tetiba keke pulak kan kekekekeke. Saja je nak jugak cuit2 benda benda yang tengah jadi trending.

Berbalik pada Isu Pembohongan banyak berlaku dalam lirik lagu cinta ntah kenapa hari ni nak dengar lagu ARMADA, Asal Kau Bahagia katanya. Actually  mula2 memang tak tahu lagu sapa tajuk apa. Tapi zaman google.. kau ingat sebaris lirik lagu pun kau dah boleh dapat full song. Apa susah. Dengar la full song kat youtube sambil feel macam anak dara sunti baru putus cinta. Konon!!


Bila dengar & fikir fikir balik.. Alah, dalam lagu kau boleh la cakap macam tu. Bagi sedap jalan cerita tapi kalau berlaku dalam realiti majoriti mana ada sejenis kisah macam lirik lagu. Contoh lirik lagu ARMADA ni.. sat.. sat copy paste lirik lagu dia. Baru senang nak mengecam katanya kekekekeke

Yank…kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku.. rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku
di dalam hidupmu
Hingga kau curangi aku..

Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku
di dalam hidupmu
Hingga kau curangi aku..

Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia

Pembohongan yang jelas nyata dalam part lagu ni adalah kat part ni..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Kurela kau dengannya asalkan kau bahagia la sangat. Majoriti tak ramai yang akan rela di curangi kemudian demi kebahagian orang dia sayang, dia rela, ikhlas orang tu pergi kat orang lain. Majoriti terpaksa lepaskan bila dah pasangan dia memang tak boleh nak pujuk. Atau sebab dah sakit hati kena tipu.. Ego & rasa tercabar buat dia tak boleh terima dah pasangan yang curang. So dia lepaskan.. Tapi majoriti memang pada peringkat awal memang akan sumpah seranah.. Nak mendoakan semoga kau bahagia ikhlas tulus dari sekeping hati yang tengah frust menonggeng tu memang payah la. Maybe ada tapi jumlahnya sangat kurang.

Dalam lagu boleh la kau goreng.. Ku rela bagai. Dalam realiti ku rasa macam nak siat2 kau hidup hidup jer.. betul tak? hahahahaaha


Kebanyakkan dalam lagu cinta memang macam ni.. Tapi hakikatnya dalam realiti bila kau cinta sangat seseorang tu sangat mustahil kau rela nak lepaskan untuk dia berbahagia dengan orang lain & kau akan rasa senang hati tengok dia bahagia walau kau derita. Tu semua drama sangat ok! Realiti kau akan kecewa & kau harap dia akan rasa apa yang kau rasa satu hari nanti. Masa kau tengah frust la.. Bila kau dah move on & dah boleh maafkan dia.. Maybe feel tu dah lain so kau redha & dah boleh mendoakan kebaikkan buat dia.

Sebab tu lagu ni ada situasi sangat tak bagus kita layan.. & ada masa lagu menjadi terapi kepada kita yang maybe stress. Tapi kalau baru putus cinta ke, bercerai berai ke mohon jangan la dok dengar lagu2 macam ni. Takut ada buat terjun tiruk dari tingkat 14. Cari sesuatu yang boleh menenangkan 'Rohani' kita. 

Moral of the story.. Dengar lagu tak salah.. Kena pada situasi mungkin membawa kebaikkan tapi kalau salah timing dengar lagu tak mustahil bawa kemudaratan. Apapun yang kita buat yang baik pun boleh jadi mudarat kalau keterlaluan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA

7/23/2018 05:50:00 PM Suria Lekatlekit 2 Comments

PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun..
Salam takziah buat seluruh keluarga, saudara mara, sahabat taulan kepada Allahyarham Khalid Salleh yang di khabarkan telah pulang kerahmatullah lebih kurang jam 3 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri.


Sesungguhnya itulah perjanjian manusia & Pencipta.. Sampai masa takkan lewat atau cepat walau sesaat.. Kita semua akan pulang kepadaNya.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima dugaan kehilangan orang yang tersayang. Beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun.


Sedikit pengenalan tentang Allahyarham Khalid Salleh..

Beliau di lahirkan pada 29 Februari 1948. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara & penggiat teater di Malaysia. Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho. Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. dan Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Azizah The Legend. Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.

Antara filem filem lakonan Allahyarham..

1992 Penghujung Malam (Pelakon utama)
1993 Azizah The Legend (Ayah Azizah Pelakon pembantu)
1999 Jogho Mamat (Pelakon utama)
2001 Kaki Bakar (Kakang Pelakon utama)
2004 Buai Laju-Laju (Ibrahim Pelakon utama)
2016 Hanyut (Babalathci Pelakon utama)

Hilangnya sebutir bintang di persada seni Malaysia.. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL

7/19/2018 10:42:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL. Kecoh kat social media bila ada pihak mengeluarkan inovasi baru dengan produk jubah kalis sihir.. kalis santau bagai. Apa brand sapa pengasas dia mana boleh petik2 kat sini.. Tak habis lagi yang satu tu kat court.. Almaklum la zaman sekarang kau tulis benda betul ke salah.. Yang berharta juga pegang kuasa. Bukan kata depa lebih berkuasa dari Allah.. Tapi kelebihan yang Allah bagi kat depa tu.. kadang2 depa gunakan untuk menunjukkan kuasa pada orang yang tidak berkemampuan.


Jadi biarlah saya ulas secara genaral jer tanpa sebut jenama atau nama sesiapa. katanya Jubah yang dia keluarkan mempunya satu tenaga yang boleh menghalang dari terkena sihir & santau. Alah.. paling senang untuk elak dari gangguan jin & makhluk halus.. Wah hebat kat jubah tu. Ada aura yang membuat makhluk halus tak berani dekat dengan kita. kekekeke

Semalam tertengok la berita TV yang membangkit isu pasal Jubah Superpower ni sampai boleh halang jin dekat dengan kita.. Pengasas dia tetap mempertahankan produk dia dengan alasan dia sendiri la. Tapi komen dari Mufti Negeri Sembilan.. Mempercayai atau memakai jubah yang claim sebagai kalis sihir ni hukumnya sama seperti memakai tangkal yang ada unsur syirik & khurafat. Sebab kita dah meletakkan pergantungan & perlindungan kepada jubah tu. Kita percaya Jubah tu ada kuasa yang boleh menghalang gangguan jin & makhluk halus ni.

Jubah tu pun harga not bad.. katanya di jahit dengan kaedah falaq. Tak tau la sambil jahit sambil dia baca surah Al Falaq ke macam mana.. Atau benang dia guna di rendam air yang di bacakan surah Al Falaq.. tak sure la maksud dia kaedah falaq tu macam mana. Maybe ada penjelasan dari pengeluar jubah ni nanti. Sejauh mana keberkesanannya.. Saya tak tahu & saya tak pernah cuba. So jangan la tanya saya. kekekeke

Apapun kita semua di beri akal fikiran yang waras.. Pilihan di tangan masing masing. Kita sedia maklum.. Jin & syaitan ni pun makhluk Allah juga jadi depa memang tak ada apa2 kuasa. Kita semua di ajar sejak kecil Ayat ayat Al Quran kalau di amalkan boleh menjadi pendinding kita dari sebarang gangguan jin & makhluk halus ni. Al Quran ni perkara yang perlu di amalkan.. Bukan untuk di jual dalam bentuk air ke, baju ke... Walaupun memang ada dalam rawatan Islam menggunakan air sebagai kaedah rawatan. Air tu di bacakan ayat2 Al Quran.. Tapi setakat ni tak pernah jumpa lagi la dalam rawatan Islam jual jubah untuk halang dari gangguan jin & sihir.

Moral of the story.. Akhir zaman memang akan muncul perkara perkara yang bagi kita di luar logik akal.. Jadi sedarlah tanda tanda kiamat dah mula banyak. Pi la bentang sejadah cepat. Tolong tok siak.. dapat juga pahala bentang sejadah tu. kekekekeke Peace Yo!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIRAL! PENGASUH PEDOPHILIA LESBIAN JADIKAN ANAK ASUHAN MANGSA

7/18/2018 11:13:00 AM Suria Lekatlekit 0 Comments

VIRAL! PENGASUH PEDOPHILIA LESBIAN JADIKAN ANAK ASUHAN MANGSA. Belum reda isu pengasuh yang menyebabkan kematian seorang bayi 5 bulan kemudian sembunyikan pulak mayat baby tu dalam peti ais rumah dia.. Bagi alasan kat parents budak tu baby tu ada orang yang mengaku bapak dia datang ambil. Mati mati orang ingat bayi tu kena culik.. Alih2 dah jadi mayat kena frozen dalam peti ais.

Sejak 2 hari lepas kecoh pulak.. screenshot dari perbualan whatsapp seorang pengasuh pedo yang spesis lesbian share & iklan nak cari gambar kemaluan kanak kanak. Kebabonan apakah manusia akhir zaman ni wei!! Kau dah la lesbian bernafsu dengan bayi & kanak kanak pulak. Ya Allah.. petanda kiamat ke semua ni?? Allahu.. tak habis dengan Isu si sapi'e tu dok mencabar hukum agama.. timbul pulak isu pengasih lesbian/pedo ni.

Dalam screenshot tu.. Di kongsikan gambar kemaluan seorang bayi maybe kanak kanak dengan caption berunsur iklan yang mencari gambar2 macam tu untuk koleksi. jadahnya lahai kau! Orang bai amanah kau jaga anak orang.. Kau buat macam tu. Kenapalah masa sperma lagi kau tak mati.. Dah lahir & besar kau menyusahkan orang pulak.

Gambar Screenshot yang menjadi Viral sekarang

Mesti ibu2 yang bekerja mula rasa tak secure dengan pengasuh masing masing bila timbul isu2 dera.. isu2 gangguan seksual macam ni. Tapi hidup ni kadang2 kita tak ada pilihan terpaksa ambil risiko. Sebab kita tak boleh nak jangka perangai manusia lain. Kadang2 nampak baik.. belakang macam syaiton nirrojim.. Kadang2 yang baik boleh berubah jadi jahat mungkin faktor tekanan yang di hadapi.. atau kadang2.. maybe ada perkara yang dia tak puas hati, so anak kita jadi objek membalas dendam.

Nak berhenti kerja.. kadang2 ada pekerjaan itu sangat memerlukan kaum wanita berkhidmat.. contoh macam nurse.. doktor.. Hangpa kemain demand nak beranak doktor perempuan.. nak nurse perempuan tapi bila jadi isu2 macam ni kemain kompang suruh perempuan berhenti kerja jaga anak. Habis tu.. kau nak ganti pondan ke untuk pekerjaan yang memerlukan perempuan handle ni?

Nak tak nak bila ada anak terpaksa juga hantar pada orang lain untuk di jaga. Yang mana ada ahli keluarga yang boleh di percayai jaga ok la kan.. Bagi yang tak ada pilihan terpaksa bagi kepercayaan kepada orang luar untuk jaga & melindungi anak dia.

Bila dah tak ada pilihan terpaksa alert la setiap kali ambil anak dari rumah pengasuh.. alert tentang perubahan perangai.. alert tentang apa2 tanda mencurigakan pada fizikal anak.. Mungkin boleh nampak petanda awal sekiranya anak kita di dera emosi atau fizikal. Sebab biasa la pengasuh tak kira yang mengambil upah menjaga anak asuhan dari rumah mahupun taska.. depan kita pijak semut pun tak mati.. belakang kita anak kita di pijak2nya separuh mati. Tapi bukan semua.. sesetengah yang macam ni buat panik parents yang hantar anak di rumah asuhan.

Akhir zaman ni memang akan muncul perkara perkara yang aneh & luar tabi'i yang di buat oleh manusia manusia. Kadang kadang kita dah sedaya upaya menjadi ibu bapa yang prihatin & protect anak kita dari sebarang ancaman & bahaya tapi di sebabkan dunia ni dah tak banyak tempat selamat.. Banyak perkara boleh berlaku. Maka kembalilah pada Allah & mohonlah perlindungan dariNya.

Moral of the story.. Di saat kita masih mengejar dunia.. tanpa sedar kiamat semakin menghampiri dengan tanda tanda yang mula muncul. tapi kau masih sibuk jual kue bulan orang melayu.. kes saman bla.. bla.. ops.. Insof mak nak!

Nak kue bulan whatsapp : www.wasap.my/60172429610/kuebulan
Nak buat macam mana selagi hidup tetap kena usaha kan? Moga Allah tak sibukkan kita dengan urusan dunia sampai lupa kematian boleh berlaku pada kita bila bila masa saja.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ANAK LEBIH KREATIF & MEMAHAMI ARAHAN DENGAN ESSENTIAL OIL BRAIN POWER YOUNG LIVING

7/16/2018 10:48:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

ANAK LEBIH KREATIF & MEMAHAMI ARAHAN DENGAN ESSENTIAL OIL BRAIN POWER YOUNG LIVING. Sejak dua menjak ni dok baca pertikaian tentang testimoni & claim claim yang di buat oleh agent2 Essential Oil. Tak tau la brand mana.. tak di petik pulak nama2 jenama. Jangan tak tau Essential Oil ni banyak brand juga ok cuma yang saya amalkan untuk anak saya yang ada ASD.. ASD tu Autisme Sindrom Disorder. Masalah Autisme. Sapa yang follow saya kat FB rasanya tahu.. Anak saya ada mild autisme.

Saya amalkan untuk anak saya sejak 2015.. Nak kata lama tak lama sangat. Nak kata baru tak baru tapi saya tak guna yang pure oil la. Tak mampu katanya. Saya cuma guna yang oil blend. Selalu seller EO Young living akan siapkan oil blend dalam botol roll on mengikut fungsi yang kita nak la. Macam sebelum ni saya guna Focus Blend & Homework Blend. Untuk membantu perkembangan anak saya yang ada masalah focus. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak membantu juga & ada improvement la sejak amalkan selain didikan & terapi lain yang di buat.



Essential oil ni.. Fungsi adalah minyak aroma terapi. Bukan ubat atau supplement ok. Tapi jangan pandang remeh pada terapi bau bauan ni ok! Bau pun boleh merangsang mood & focus ok! lebih2 lagi bau2 tumbuhan macam bau pokok, daun, bunga, laut, rumput semua tu.. Untuk budak budak autisme yang memang selalu ada masalah dengan sensory tak kira sentuhan, bunyi atau bau.. Untuk pengalaman sendiri la kan sepanjang saya mengamalkan EO untuk shahila.. terapi bau dengan aroma terapi ni ada kebaikkannya & banyak jugak membantu perkembangan shahila.

Anak saya sebelum ni di sahkan Mild Autisme kombinasi dengan ADD iatu masalah kurang focus @ low attention selain speech delay. Masalah low attention tu bagi saya masalah paling besar anak saya.. Therapist anak saya dulu pernah cakap.. Kalau boleh settle masalah focus dia, Insya Allah perkembangan dia yang lain semua akan improve dengan baik. Macam macam cara saya cuba.. terapi tata kerja & termasuk mengamalkan EO.

Setelah bertahun.. Alhamdulillah fokus tu ada peningkatan. Kalau dulu memang tak pernah nak buat homework cikgu bagi, Alhamdulillah sekarang dah boleh buat. Kalau dulu buku latihan dia banyak conteng sekarang Alhamdulillah boleh siapkan latihan latihan yang cikgu bagi di sekolah. Untuk buku latihan awal tahun sampai pertengahan tahun, Alhamdulillah.. majoriti latihan dia siapkan. Ada la sikit2 dia tak siap tu tapi 90% dia habiskan semua latihan dalam buku latihan, Dan baru baru ni masa hari perjumpaan ibu bapa bulan puasa haritu.. Cikgu dah naikkan kelas shahila ke kelas lebih advance bila nampak peningkatan dia dari segi pembelajaran, behavior & pemahaman. Termasuk mendengar arahan. Dah banyak perkembangan positif dari segi tu. Sebagai seorang ibu yang ada anak special kids ni.. Sapa tak happy dengar macam tu. Shahila belajar bukan di sekolah khas tapi di sekolah tadika bersama anak anak normal yang lain.

Baru baru ni saya cuba pulak Brain Power Essential Oil.. Untuk brain power oil ni dia lebih focus pada daya ingatan. Yer.. dia tetap berfungsi sebagai aroma terapi. Anak autisme ni memang kebanyakkan mempunyai daya ingatan yang tajam.. So dari segi daya ingatan tu shahila memang ada kelebihan tu.. So takde masalah sangat cuma sejak try EO brain power ni nampak kreativiti dia lebih menyerlah. Cara dia bermain & mainkan watak toys2 dia tu nampak lebih kreatif. Macam mana dia nak olah watak & bagi watak tu.. Memang nampak macam main je kan tapi sangat penting tau dalam perkembangan setiap kanak kanak pretend play tu. Ia berkaitan dengan perkembangan otak jugak. Seorang kanak kanak memang perlu ada imaginasi & boleh bermain olok olok dalam step perkembangan dia. Anak autisme normally ada masalah tu. Tak pandai bermain olok olok atau Pretend play ni.. Dulu shahila pun macam tu tapi semua tu tak bersifat kekal.

kadang2 kelakar tengok shahila dok melakonkan setiap watak toys dia.. siap dengan dialog bertukar tukar tone suara lagi. Bila tengok macam tu.. Rasa syukur. Walaupun dia ada autisme tapi at least banyak ciri2 autisme dia dah berjaya di atasi & di hilangkan/dikurangkan.

Selain tu speech dia pun dah banyak sangat. Sebab focus dia pun dah semakin baik.. So benda tu membantu juga untuk masalah speech delay dia. Dia dah pandai menyusun ayat bila bercakap walau kadang2 terbalik juga ayat dia cakap & terpaksa di betulkan. At least.. dia dah boleh berkomunikasi & bercerita walau cerita yang simple macam.. apa dia buat dengan toys dia. Contoh masa dia tengah main & dia tidurkan toys dia.. Dia akan bagitahu saya.. Mummy.. Jamal dah tido. Toys shahila memang ada nama.. kalau sapa ikuti saya kat FB maybe tahu saya ada juga kongsi cerita2 tentang nama2 toys shahila ni.

Memahami arahan pun nampak improvement yang sangat baik. Kalau Tahun tahun yang lepas.. dia akan jadi confuse bila kita bagi banyak arahan dalam satu masa. Contoh shahila ambil buku, pensil, pensil warna & beg.. Maybe dia akan ambil beg sahaja. Tahun ni nampaknya.. Takde masalah dah. Di tambah saya memang latih dia dengan memberi arahan untuk dia buat kat rumah. Walau terpaksa repeat berkali kali.. Shahila ambil tu.. kat situ.. tepi tu.. Dulu memang agak struggle nak minta dia buat sesuatu walau dia nak buat cuma dia akan jadi keliru kalau banyak perkara dalam 1 arahan atau permintaan kita pada dia. Nampak EO yang saya amalkan ni membantu juga dari perkembangan shahila untuk memahami arahan yang di beri dengan lebih detail. So,kat situ nampak dia cepat pickup bila di beri arahan. Benda tu pun antara perkara yang cikgu dia kat sekolah bagitau ada peningkatan yang agak baik. Dia boleh ikut arahan yang di beri kat sekolah.

Shahila memang suka menulis sekarang. Dari menulis single words sekarang dia mula menulis ayat.

Tapi di ingatkan ia bukan semata mata bergantung pada Essential Oil yer.. Ia kena di susuli dengan didikkan & terapi terapi lain. Essential Oil ni bagi saya macam booster jer.. Membantu sedikit sebanyak untuk perkembangan shahila. Saya pernah tanya doktor yang follow up perkembangan shahila.. dia kata tak ada masalah nak teruskan kalau mampu & ada perkembangan positif.

Cuma apa yang saya baca dari perkongsian aktivis medic yang terdiri dari para doktor.. Untuk rawatan kesihatan terutama pada bayi agak berisiko di beri EO. EO ni memang fungsi dia sebagai AROMA TERAPI bukan UBAT yer. Ada certain EO yang maybe boleh bagi kemudaratan pada bayi jadi elakkan bagi pada bayi anda EO ni terutama bagi tujuan merawat masalah kesihatan. Sebab baby ni Imun badan dia masih tak kuat takut tersilap EO, nak rawat jadi sakit pulak. Jadi elakkan mengunakan EO pada bayi tanpa merujuk pada doktor. Mungkin ada jenis2 EO yang tidak sesuai di beri pada bayi akan memudaratkan kesihatan bayi anda.

Memang saya tak pernah guna EO untuk merawat apa2 masalah kesihatan even demam atau selsema. Saya tak guna EO sejak shahila bayi.. Saya start EO rasanya masa shahila umur 4 tahun untuk tujuan terapi melalui bau bauan. Kita sedia maklum bau ni pun boleh merangsang mood & memberi ketenangangan atau rilex. So benda tu sangat penting untuk membantu perkembangan shahila. Sebab dia ada masalah add iatu low attention atau kurang focus. Dia memang tak boleh statik buat apa2 perkara dalam tempoh yang lama dia cepat bosan. So, EO ni membantu dari segi beri dia tenang & focus untuk buat sesuatu task sehingga habis.

Apapun.. tak salah bagi saya kita nak ikhtiar untuk perkembangan anak kita guna Essential Oil dari brand young living ni. Sebab bau bauan dia berasaskan tumbuhan. Terapi bau ni pun main peranan juga untuk merangsang mood & meningkatkan daya kreativiti seseorang. Bila bau yang menenangkan kita akan jadi lebih focus & happy. Bila boleh focus & hati pun rasa senang, benda tu membantu kita lebih kreatif & bersemangat nak buat apapun. Memang bau dia pun bau tumbuh tumbuhan.. Kalau lavender tu wangi la macam lavender tapi ada bau bauan tumbuhan tumbuhan yang bau dia memang tak macam perfume ok! Ada yang bau macam rumput bak kata suami saya hehehe..

Untuk shahila sekarang saya amalkan Focus Blend, Homework Blend & Brain Power EO. Kalau nak cuba dulu.. Boleh je cuba yang blend tapi better merujuk dengan Agent Young Living yang sah.

Kalau nak cuba Essential Oil Young Living ni boleh hubungi pengedar sah

Puan Shareena 
☏call/whatsapp☛ 013 3993407 
✍facebook☛ shareena shaifudeen 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ESSENCE EYESHADOW MURAH, SELAMAT, BERKUALITI & PIGMEN

7/13/2018 03:55:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

ESSENCE EYESHADOW MURAH, SELAMAT, BERKUALITI & PIGMEN. Ok kat blog lekatlekit.com ni nak tambah lagi satu siri iatu siri drugstore produk. Dimana segmen Drugstore produk ni akan review produk2 dari drugstore jer.. Boleh gitu..

Kau gigih sangat nak bersegmen bagai dah kenapa. kau nak review tu review je la kan. Alahai.. nak feeling blog den macam telebesen (television) sekejab tak boleh ker?

Ok back to the topic.. Kalau ada sesapa yang follow group TPOM kat fb tu mesti pernah nampak posting atau komen dari wanita wanita yang suka bermakeup tentang isu fake produk atau rebrand produk. Ada yang bagi alasan guna fake product sebab tak mampu nak beli yang original mahal katanya dalam pada yang sama depa pun nak cantik macam orang lain juga.

Sedih kan.. Tapi kenapa hakak sanggup beli makeup fake.. makeup jual kat kedai2 serbaneka longgok2 dalam bakul je kak? Bukan soal class ke tak class hakak Ooi.. Takut produk2 tu dah di campurpalsu dengan bahan merbahaya & kulit akak dapat side effect yang tak baik. eh.. eh.. kau jemah makeup je kot. Kau jangan nak over muka breakouts pakai makeup. Makeup bukan skincare ok! Haluuu Zamirah Areshad.. Kau dengar sini bebaik.. makeup ke skincare ke.. kau apply kat atas kulit kau bukan atas kulit kayu manis atau kulit lembu. Tak ada apa yang pelik kalau muka hang jahanam sebab pakai produk makeup yang mengandungi bahan terlarang atau telah tercemar semasa proses mengadun bahan2, packaging ke hapa. Sebab tu penting pilih produk kosmetik yang di proses di kilang bertaraf GMP, produk yang dah melalui ujian makmal & terbukti selamat untuk manusia & produk yang berdaftar dengan KKM ok!

Nak makeup tapi tak mampu beli brand mahal mahal.. dekat drugstore macam watson & guardian masih ada brand2 yang selamat tapi harga mampu beli. Engkau nak guna brand cik pora... cik nenars bagai tapi tak mampu rela beli fake item. Cuba engkau guna silky girl ke.. essence ke.

Essence In Love With Rose eyeshadow

Nak cari eyeshadow murah salah satunya dari brand Essence ni. 10 warna dalam 1 palette harga dia cuma RM22.54 kat Watsons. Normally kalau ada sales harga lagi murah dari takde sales. Warna dia helok dah.. pigmented bak kata depa. Lekat elok kat kelopak mata tu. Ada sikit2 glitter tapi tak over sangat. Mesra wuduk sebab senang nak cuci. Kalau hangpa tak guna mascara waterproof tu cuci dengan air pun dia tanggal. So senang nak cuci bila nak solat.

Yang ni saya pilih warna natural. Sebab saya bukan jenis pelangi sangat walaupun saya suka makeup hahahaha

Selain tu packaging dia pun comel lahai.. terasa diriku begitu remaja. ada 4 palette dengan 10 pilihan warna bagi setiap palette. Pilih la hang nak warna yang mana.



RM22.54 untuk 10 warna dalam 1 palette kalau ada rasa mahal sangat water color pun mahai hakak inikan pun makeup. Nak murah sangat kang tak helok hangpa nak marah.. Dari pakai fake brand atau produk2 rebrand yang kadang2 rega tahap nirrojim tu tapi tak ada RnD setakat tempek NOT KKM jer adalah lebih selamat korang guna drugstore produk. Sebab produk drugstore majoriti memang ada makmal test untuk pastikan ia selamat di gunakan.

Bukan Eyeshadow je murah untuk brand Essence ni malah ada makeup2 lain lagi yang murah sebab tu kadang2 ada certain tempat stok untuk brand Essence ni selalu habis. Essence ni produk dari Itali.

Blend 3 warna yang saya tick tu. Dalam 1 palette ada matte & shimmer. So agak berbaloi sebab senang nak blend tak payah beli banyak banyak palette eyeshadow

Jadi tak ada alasan lagi hangpa nak gunakan alasan bajet sebagai sebab hangpa guna fake makeup ni. Bukan kata tak boleh guna tapi tu la.. kita tak tahu ingredient dia letak dalam produk tu apa sampai dia boleh jual dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang original. Mustahil la Ingredient dia setanding produk branded. Percayalah seorang pengeluar produk takkan jual harga yang dia akan rugi semata mata nak bagi customer barang yang terbaik. Barang yang terbaik.. harga dia pun tercirit jugak la nak bayar. Tapi ada jugak yang guna ingredient sampah tapi harga sembelit. Yang tu kekadang harga pada produk2 rebrand la. Iatu 1 produk yang boleh letak beribu jenama Alih2 sama jer semua. Tapi bukan rebrand tu tak berkualiti cuma sekarang lambakkan produk rebrand yang tak berkualiti & beracun. hati2 la.. Kalau nak beli yang rebrand make sure ada RnD yer.. dah di uji di lab yang sah & terbukti selamat.

Sekian sahaja dari kakak untuk segmen produk drugstore kali ini. Mana yang tak tau nak cari eyeshadow murah, selamat & pigmen boleh la try essence ni yer.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT

7/10/2018 11:49:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT. Tu dia berasap dah dapur sekangkang kera lekatlekit ni. Bila tetiba laki kau balik bawa barang2 basah suruh masak gulai tempoyak ikan kembung. Satu tipuware tempoyak dia bawa balik.. Den syak mak mertua den bagi. Maybe ada sedara mara dia dari kampung Gajah sana hantar kot.. Al maklum la mentua den ni laki bini berasal dari perak.. Cuma anak2 depa je yang nan dua ketoi tu anak KL. In law den pun dah bermastautin kat key ell dah lama... MIL tu sejak dari umur 13 tahun.. cuma FIL tu tak tau sejak bila hahahahaha..

Walaupun masing2 dah bermastautin di kl ni.. Tapi selera perak depa tu still tak hilang. Selama kahwin 8 tahun memang suami tak pernah minta saya masak gulai tempoyak.. dia pun jarang saya nampak makan gulai tempoyak ni. Selalu dia tapau tempoyak ikan patin kat den jer.. dia tak makan pun. Tetiba semalam.. Minta maskan. Allahu.. terhegeh hegeh daku google. Mudah je nak masak cuma sukatan bahan bahan terutama tempoyak tu agak menyeramkan. Kang terlebih tempoyak ke macam mana gamaknya rasa. tapi dah mention awal2 kalau tak berapa sedap tu.. Halalkan je la yer. First time ni nak masak gulai tempoyak.. Den kan orang kedah kami makan asam pedas atau orang selatan cakap asam pedas kami sebagai asam rebus. Sebab cair tak pekat macam asam pedas melaka.

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak Gulai tempoyak ikan kembung ni adalah.

1. Ikan kembung
2. Bawang besar
3. Cili merah
4. Daun kesom
5. Serai
6. Asam keping
7. Kunyit hidup
8. air
9. garam
10. tempoyak
11. Timun

Bahan kisar/Tumbuk

1. Bawang besar
2. Cili Merah
3. Kunyit hidup

Kisar jangan halus yer. Atau senang tumbuk je kasar kasar tu. Ada orang tumbuk sekali dengan tempoyak tu. Katanya lebih sedap gaul sebati macam tu. Try la buat kalau hangpa nak buat ehehehe

Cara masak

1. bahan kisar/tumbuk tadi masukkan dalam periuk/kuali tambah air

2. Masukkan tempoyak, serai yang dah di ketuk, daun kesom & asam keping

3. Rebus sampai mendidih. Lama sikit rebus pun takde masalah.

4. Sementara tunggu bahan2 tu merebus.. cuci & potong la timun tu. Ikan pun jangan lupa siang & cuci yer

5. Agak bahan2 yang di rebus tadi nampak sebati sehati sejiwa dah dalam kuali tu campak la timun & ikan.

6. tambah garam secukup rasa bukan sampai high blood yer.

7. Agak ikan dah masak tutup api & hidangkan

❝ Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Kisar atau tumbuk bersama bahan kisar/tumbuk yang lain.❞

Dah siap anak anak Ooi.. Gulai tempoyak acik yang tak berapa original perak atau pahang. Ni gulai tempoyak versi orang kedah katanya hahahahaha. Tengok suami makan ok jer.. licin kuah di hirupnya sedap la kot di tekak dia kan. Masak pun atas permintaan suami.. Apa lagi nak demand kalau dah sampai licin kuah di hirupnya. kekekeke

Gulai Tempoyak ikan kembung

Hangpa yang nak kawen tu.. Ni salah satu persediaan hangpa kena buat. Tetiba laki minta masakkan benda yang seumur hidup hangpa tak pernah buat. Jangan sia sia kan kuota internet sila google sepantas kilat. Terima kasih blog2 yang den copek resepi tu.. Lupa nak save link kalau tidak boleh la bagi credit sikit. Halalkan yer resepinya hehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR TERLAJAK COMEL SITI AAFIYAH YANG TERKINI

7/09/2018 11:49:00 AM Suria Lekatlekit 2 Comments

GAMBAR TERLAJAK COMEL SITI AAFIYAH YANG TERKINI. Orang kata kelahirannya di nanti, perkembangannya sentiasa di ikuti. Almaklum la beliau anak kepada Penyanyi Nombor 1 Malaysia yang berjaya mengekalkan popularitinya sampai sekarang. dari sebelum si kecik ni wujud dalam rahim mak dia lagi.. memang ramai menanti dah apatah lagi bila mak dia umumkan kehadirannya dalam rahim.. ramai excited sampai ada yang mengalirkan airmata terharu, gembira dengan khabar. tu dia.. Betapa Aafiyah ni memang kehadiran yang paling di nanti rakyat malaysia katanya.


Tak silap kiraan den Siti Aafiyah sekarang dah umur lebih kurang 4 Bulan kan? Dah habis semua pantang larang bagai. Mak dia si Dato Siti pun kemain sekarang 'pasang badan'. dah kurus slim meletap letop badanya. Apatah lagi anaknya si Aafiyah tu. Makin besar makin menyerlah kecomelannya..

Kalau sapa ikuti Ig @ctdk memang Dato Siti Nurhaliza selalu juga update gambar Aafiyah ni. Takde eklusif apa sangat dah.. Tapi bagi yang tak ada IG maybe tak berapa nampak la update perkembangan si kecik Aafiyah ni kan?

Takpe.. Sebagai blog yang umpama rojak ni. Macam macam ada korang boleh baca. Tadi ternampak gambar Super Cute si Aafiyah mak dia share kat IG rasa macam best juga la up kat blog. Mesti ramai nak tengok kan.. ok ok.. Tengok la. Tiada rahsia antara kita katanya kekekeke.

Siti Aafiyah

Ya Allah semoga anak ini membesar menjadi seorang wanita yang bermanafaat kepada agama bangsa & negara. Jangan tanya pulak.. Aafiyah ni suara merdu macam mak dia ke tak? Buat masa ni tak boleh di nilai lagi dari suara tangisan ok. Tunggu la dia boleh cakap & menyanyi esok..

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK

7/07/2018 04:17:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

CARA BUAT ADUAN ONLINE KE KKM JIKA ADA KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK. Ya Allah sebenarnya saya dah lama berjanji dengan pembaca blog lekatlekit ni nak share cara membuat aduan sekiranya hangpa guna sesuatu produk tak kira kosmetik/skincare atau supplement/ubat & ada kesan sampingan yang tak baik. Tapi saya terlampau banyak masalah.. Maka memory ni dia jadi tak cukup space nak ingat banyak perkara. hari ni teringat janji manis ku itu.. Mana sebab tengah free hari minggu ni saya gagahkan jari menaip entri ni.

Lambakkan produk beracun di pasaran memang bukan spekulasi lagi. Sampai kadang2 kita tak tau yang mana selamat & tidak. Bila terguna produk yang tak selamat.. muka breakout atau kesihatan terganggu.. Nak viral satgi.. see u in court pulak kan? Yelah kita ni jenis bukan formal bila menaip kat social media kan.. Kita kan orang melayu penuh kiasan, sindir, sarcasm bagai kan. Benda tu sememangnya sangat berisiko & membolehkan kita di saman. Tak kisah salah ke tak.. Tapi kalau dah kena saman, nak bela diri pun kena ada kos. Mana ada lawyer nak buat kerja kebajikan untuk sivil case kan?

Tak tau nak buat macam mana ni.. Ok jangan risau. Hak anda sebagai pengguna kalaupun pengeluar produk tak nak bertanggungjawab atas kemudaratan & kerosakkan yang hangpa alami selepas mengamalkan atau menggunakan sesuatu produk. Hangpa buat report kat KKM. Tu mesti nak kata.. Alah.. kak susah la. Nak kena pergi KKM buat report bla.. bla.. bagai.

Alahai dik.. Zaman hujung jari ni semua di mudahkan dah. Report boleh di buat secara online juga. Meh sini kakak nak bagi tutorial macam mana nak buat laporan kepada KKM secara online..

1. Hangpa pi ziarah website NPRA (KKM) dulu kat sini : http://npra.moh.gov.my/

2. Dah masuk ke website npra tu cari button 'Lapor Kesan Sampingan'.Rujuk gambar di bawah


3. Clik kat bahagian Consumer. Sebab hangpa report sebagai pengguna kan? Rujuk pada gambar


4. Clik pada 'Consumer Side Effect reporting form.


5. Lepas tu isi la Form yang di sediakan tu


Tak susah dah sekarang ni semua boleh di buat secara online. Jangan biarkan pengeluar produk tidak bertanggungjawab ni terus mengaut keuntungan dengan menjual produk merisikokan hangpa (Pengguna). Yang mana jadi mangsa produk tu.. Pi ramai ramai report. Setakat pung pang pung pang kat pesbuk.. Tak jadi apa juga kalau tak dak report. Biar semua tindakkan seiringan baru la kita boleh mengurangkan populasi Instant Founder yang tidak bertanggungjawab ni.

Apapapun jadilah pengguna bijak.. Sebelum menggunakan sesuatu produk terutama yang di jual secara online & toko toko jamu.. booth2 yang bersepah kat pasaraya, pasar basah macam NSK tu.. make sure semak betul betul. Tak guna ada data internet tapi tak reti nak cari maklumat. Bersepah orang share pasal produk ni. Kalau tak reti juga tak payah beli produk2 kat tempat2 macam tu.. Pergi la mana2 farmasi, guardian, watsons bagai. Beli la produk kat situ.. Lebih terjamin selamat.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Peace

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

IKAN DUYUNG EMAS MEMANG WUJUD HANYA DI SONGKHLA

7/06/2018 09:45:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

IKAN DUYUNG EMAS MEMANG WUJUD HANYA DI SONGKHLA. Ikan duyung ni selalu dalam cerita dongeng rakyat memang popular la. Mengambarkan seekor... erkk.. seorang... ikan yang mempunya wajah menusia iatu perempuan yang cantik tapi badannya seperti seekor ikan yang hidup di lautan. Kalau dalam cerita mitos orang dulu dulu.. Ikan duyung di gambarkan sebagai 'semangat laut' atau senang hangpa faham penunggu laut. Alah spesis jin juga la.Almaklum la antara penempatan jin selain hutam, bukit & gunung.. laut pun salah satunya. Biasa la jin boleh menjelma sebagai apa saja dengan izin Allah kan.. 

Tapi jangan tak tau.. kewujudan ikan duyung ni memang benar ada ok. Cuma kat Malaysia takde tapi kat Songkhla Thailand sana ada. Tak caya korang kena ambil pakej percutian ke hatyai dengan Bahtera Kembara sebab dalam pakej tu ada trip ke Shamila Beach, Songkhla kalau korang nak tengok ikan duyung tak pakai bra. kekekeke

Tapi di sebabkan dia derhaka kat mak dia, ikan duyung tu dah di sumpah jadi batu kat tepi laut Shamila tu. Kekekekekeke...

Moral of the story kalau taknak kena sumpah jangan jadi anak derhaka. Ni la Duyung emas yang menjadi Icon Pantai Samila di Songkhla

Amboi gurau je. Tu pun dah nak cebik. Tapi kewujudan patung ikan Duyung emas yang Nalla punya besar kat Shamila Beach Songkhla tu memang ada la. Tahun 2012 tak silap saya pernah juga kesana dengan family. Jenuh tunggu turn nak mengambar dengan ikan duyung nan sekor tu.. Ramai nau peminat dia.  

Apa kaitan Si Duyung emas dengan Pantai Samila tu? Menurut kisah yang saya baca kononnya ada kaitan dengan kisah cinta seorang pemuda terhadap ikan duyung cukup terkenal di Songkhla. seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan terang. Namun, ikan duyung yang jelita itu ketakutan lalu terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya.

Pemuda yang terpukau dengan kejelitaan si duyung itu menunggu di Pantai Samila pada setiap hari untuk memulangkan sikat tersebut kepada pujaan hatinya, namun ikan duyung itu tidak pernah muncul. Tapi tu semua cerita dogeng bukan cerita sejarah atau lagenda pun. 

Selain bergambar dengan patung ikan duyung emas kat Samila Beach juga terdapat Songkhla Aquarium yang korang boleh tengok spesis hidupan laut.



Tu salah satu tempat menarik yang boleh korang lawati kalau trip ke Hatyai dengan pakej Bahtera Kembara ni. Selain Shamila Beach, kat hatyai ni banyak lagi tempat menarik. Antaranya

✇ Floting Market.
Keistimewaan Floting market ni selain boleh melihat aktiviti perniagaan yang di jalankan secara terapung dalam sampan atas air.. kat daratan dia korang boleh shopping ok. Yang terapung kebanyakkan jual makanan Thailand jer.. Yang atas darat nak shopping baju bajan.. beg.. kasut.. aksesori yang harga memang buat korang rasa nak memborong semua.


Selain bermakan makanan di Floting market antara aktiviti lain boleh buat kat situ adalah Flying Fox, naik bot, aktiviti memanah, menunggang kuda dan juga bermain di dalam belon besar.

✇ Chang Puak Camp
Chang ni bermaksud gajah ok.. Kalau dah ada tajuk tempatnya dengan gajah maka tempatnya juga ada kaitan dengan Gajah. 


Di chang Puak Camp ni kalau korang nak tengok gajah2 jinak memang banyak. Sebab gajah2 ni dah biasa berdampingan dengan manusia so dia tak rasa manusia sebagai ancaman maka dia agak mesra manusia jugak la kan.

Antara Aktiviti best korang boleh buat kat Chang Puak Champ

Kat sini korang boleh buat aktiviti Elephant Trekking. korang akan di bawa naik gajah pergi bersiar siar di jalan kampung dan merentas sungai

✇ Tang Kuan Hill
Kalau dah alang2 pergi Hatyai.. Jangan lupa naik ke Tang Kuan Hill. Dari puncak Tang Kuan Hill korang boleh menikmati keindahan bandar Songkhla. Dari puncak juga korang boleh nampak laut. Kat situ juga korang boleh feeling macam pergi korea dengan meninggal kesan jejak dari mangga besi yang di lock kat satu tempat yang di namakan LOVE LOCK. Mana tau satu hari nak datang lagi.. Boleh la tengok tinggalkan jejak korang kat situ ada lagi ke tidak.

Kau Kunci Cinta Ku di Tang Kuan Hill katanya

Tu antara tempat menarik kat di Hatyai yang korang boleh berkunjung kalau ke sana. Sebenarnya Hatyai banyak tempat menarik boleh di lawati. Selain tak memerlukan bajet yang tinggi.. At least merasa juga ke luar negara walau cuma pergi Hatyai, Thailand kan? kekekeke.. 

Kilang kacang,pes tomyam,maggi untuk kerabu. Alang2 ke hatyai borong la yer

Kalau nak mudah melancong ke Hatyai dengan bajet yang rendah ambil je pakej dengan Bahtera Kembara ni. harga & detail Pakej adalah seperti di bawah


PAKEJ : 3H 2M HATYAI , THAILAND Dari KL SENTRAL

DEWASA : RM 299 / PAX
TARIKH : RUJUK WAKIL BERKENAAN
NAMA HOTEL : LEE GARDEN HOTEL HATYAI ATAU SETARAF

TEMPAT MENARIK :
⚑ ATV (500baht)
⚑ Chang Puak Camp
⚑ Floating Market Hatyai
⚑ Shamila Beach, Songkhla
⚑ Elephant Trekking (500baht)
⚑ Tang Kuan Hill (40 Bath)

PAKEJ TERMASUK :
✓ Pengangkutan bas pergi-balik dari KL Sentral-HatYai
✓ Pengangkutan bas sepanjang di HatYai
✓ Tour Guide Specialist
✓ Parking & Guide Tip
✓ Penginapan di Lee Garden Hotel atau setaraf
✓ Lawatan ke tempat menarik
✓ Kastam/Imigresen clearance

KELEBIHAN
Depo serendah RM100 seorang
Bayaran boleh ansuran setiap bulan
Tukaran wang tinggi,best shopping
Hotel sebilik dua orang
Dapat makan steamboat sepuas hati,serius paling best

Selain Hatyai, mereka juga ada pakej murah-murah ke Korea,Perth,Bandung,Lombok,Krabi and etc.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi atau layari

⇰FB Page☛ weh jom travel 
✍FB Account☛ Aqielala Lala 
☻Instagram☛ wehjomtravel 

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi

☏whatssap☛ 019 4524091 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

POSTINOR 2 UNTUK BESAR PAYUDARA???

7/04/2018 11:22:00 AM Suria Lekatlekit 1 Comments

POSTINOR 2 UNTUK BESAR PAYUDARA??? Sebenarnya malas nak review atau share info berkaitan Postinor 2 ni sebab ia adalah sejenis pil pencegah kehamilan jika berlaku terlajak atau terlanjur atau di rogol. Untuk mengelakkan hamil.. Di ambil dalam masa 72jam selepas bersama. Dia bukan pil perancangan kehamilan ok.. dia adalah pil mencegah kehamilan. Takut jugak satgi ada guna untuk tujuan maksiat.. Tak pepasal makcik kena tanggung dosa hangpa.. Tapi tujuan makcik tulis entri ni adalah ingin berkongsi info kesihatan supaya tak ada yang tersalah guna untuk tujuan yang bukan dalam keperluannya.


Semalam terbaca satu perkongsian di social media.. Seorang perempuan ni dia share tip nak besarkan payudara dengan mengambil pil postinor 2. Confident pulak tu dia share tip.. Bila orang komen cakap bahaya ambil pil tanpa pengawasan doktor atau lebih dari dos yang di tetap.. dia pertikai pulak kenapa bahaya. Dia ambil ok jer.. payah tau nak didik perempuan yang dah akil baligh, kurang bijak & sombong ni. Dia jenis ikut hukum akal dia jer..

Kononnya Postinor ni dikatakan mampu membesarkan payudara dia sebab mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara kalau diambil dua kali seminggu.

Saya petik dari perkongsian Page Medical Mythbusters Malaysia.. 

Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah. Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.

Kenapa penjualannya dikawal?

Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya:
1) risiko interaksi bersama ubatan lain
2) risiko membebankan fungsi hati
3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap
4) risiko peningkatan tekanan darah
5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan

Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.

Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbandimg wanita barat.

Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.

Sumber : Jom like page Medical Mythbuster Malaysia 


Please jangan kerana nafsu korang ikut benda benda mengarut yang di share mereka yang tidak mempunyai tauliah di media sosial. Takut nak besarkan aset kononnya.. kang yang tumbuh benda lain pulak.. Tak pepasal dari sihat terus sakit. Tak tau sejenis perempuan yang suka payudara besar ni apa yang depa fikir.. Terima je la seadanya. Kau nak isi apa besar besar sangat?? Kang susah nak cari size bra baru tau.. kekekekekeke

Semoga perkongsian ini memberi info & manafaat kepada semua.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANA DENDAM DIA MENJADI PENDOSA DULU, KINI SELAMANYA..

7/03/2018 12:28:00 PM Suria Lekatlekit 0 Comments

KERANA DENDAM DIA MENJADI PENDOSA DULU, KINI SELAMANYA.. Kita manusia memang semua pendosa.. Tak ada manusia yang tak pernah berbuat dosa. tak kira la sebesar besar dosa atau sekecil kecil dosa sekalipun. Tapi yang membezakan seseorang adalah pengakhiran hidupnya nanti. Samada dia pergi membawa sekali dosa dosanya atau.. dia sempat la bertaubat.


Kadang kadang dosa yang kita buat adalah di sebabkan dosa orang lain. Yelah.. bila hati marah, sakit & terluka akan timbul rasa dendam. Bila ada rasa dendam mula la nak membalas.. Mungkin orang yang buat kita berdendam tu pernah melalukan dosa terhadap kita. Dah la dia jahat.. dia buat orang turut jadi jahat jugak macam dia. Tak guness kan?

Macam kisah dalam Novel tulisan Tajul Zulkarnain ni.. Pendosa dulu, kini & selamanya.. Mengisahkan seorang hamba Allah yang pernah di aniaya & di malukan oleh kawan baik sendiri sehingga menjadi satu dendam yang teramat. Dari dendam tersebut.. Balasan yang di berikan pada bekas kawan baik dia bukan calang calang. Dia bertekad membalas semua  penganiayaan yang pernah berlaku pada dirinya..

Dalam Novel ni seorang pemuda sanggup mengupah samseng untuk membalas dendam terhadap bekas kawan baik. Tapi bukan dia upah samseng untuk pukul kawan dia tapi dengan cara yang paling menyakitkan iatu cara psycho sampai menyebabkan kawan dia tu rasa tertekan & di hantui rasa bersalah pada kesilapan & dosa lalu dia. Memang membaca novel ni kita pun boleh psycho juga. Buat kita akan terbayang kesilapan lepas kita mungkin menyebabkan ada orang lain mengalami trauma atau fobia dalam hidup dia siapa tahu.

Kadang kadang kita rasa apa kita buat sangat remeh tapi penerimaan mangsa tu mungkin bukan perkara yang remeh. Mungkin bagi dia benda tu satu perkara yang mengaibkan & memberi kesan mendalam kepada hidup dia.

Bila kita baca novel Pendosa, Dulu, kini, Selamanya ni.. Memang akan buat kita berfikir. Bagi pendosa.. Sampai satu ketika mungkin dosa dosa penganiayaan terhadap orang lain itu bakal menjadi satu hukuman yang sangat pedih saat kita mula menyelesai apa yang pernah kita buat. Kalau boleh di undur masa.. Mungkin kita nak betulkan segalanya tapi memandangkan apa yang berlaku & berlalu tu mustahil mampu di ulang semula.. Tak mustahil kesalan itu yang akan menghukum kita nanti.

Itulah yang di tekankan dalam novel ni.. Apapun kita nak buat fikir kesan jangka panjang. Orang yang baik pun boleh jadi jahat angkara dendam.. Dan kejahatan seseorang hari ni mungkin kitalah puncanya. Kekejaman dia hari ini mungkin tanpa sedar kita lah yang didik hati dia jadi macam tu dari perbuatan kita yang lepas terhadapnya..

Dalam novel ni pun menunjukkan bagaimana seorang samseng pun masih ada ketakutan untuk melakukan kejahatan & seorang samseng juga masih  ada perikemanusiaan cuma adakala ego untuk buat mereka berpura pura hilang rasa simpati.. Seorang penjahat pun masih ada rasa ingin kembali ke  pangkal jalan. Memaparkan isi hati seorang yang mungkin kita nampak jahat, ganas & kejam macam iklan KFC.. pedas & rangup di luar.. lembut di dalam tu.. kekekeke.


Apapun novel ini agak berat.. Jadi bagi mereka yang suka penceritaan yang lebih matang, serius & konflik boleh la dapatkan novel Pendosa Dulu Kini Selamanya ni.. Banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni.. Di Adaptasi dari satu rasa seorang pendosa yang ingin keluar dari dunia dosanya & mendapat keampunan dari Allah.

Bagi yang berminat nak dapatkan novel Pendosa Dulu Kini Selamanya boleh la dapatkan terus dari penulis buku ni

Facebook : Tajul Zulkarnain


Nak beli buku je tau jangan nak ngorat. Tajul baru je raya ke 3 lepas sah menjadi suami kepada seorang doktor. Tak payah berangan nak jadi yang kedua atau ketiga.. Tengah mood bulan madu di awan biru tu. Kalau nak mesej make sure sebab nak beli buku bukan nak jual ayat yer hahahahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com