CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK

8/02/2018 12:04:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK. Sapa kat sini yang ada masalah alergik yang teruk? Tak kira la teruk ke mild ke.. Yang penting ada masalah alergik tak kira la kat mana bahagian badan.. Terutama muka la. Alergik bahagian lain maybe boleh tahan lagi kalau kat muka ni.. Allahu.. Yelah bahagian yang memang orang akan pandang kan? Bayangkan muka bila kena alergik.. merah, gatal gatal & bengkak.. Tak tahan wei!


Sebelum tu jom kita kenali apa itu alergik dulu.. Alergik membawa maksud alahan.. Alahan tu tak semestinya tertumpu pada satu perkara. Ada orang alergik dengan sesetengah makanan & ada orang alergik dengan habuk & ada jugak yang alergik dengan sesetengah jenis kain..

Baru baru ni saya mengalami masalah alergik agak panjang. Dekat sebulan masalah alergik saya tu. Sampai doktor KK buat satu surat refer ke pakar di hospital untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saya tiba2 mengalami masalah alergik ni. Saya sendiri tak tahu sebab sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan apa2 makanan ke apa. Tapi saya perasan lepas saya tukar cleanser satu brand terkenal ni.. Terus muka saya jadi alergik. Tapi saya tak sure la sebab skincare atau apa. Sebab bila dah alergik semua skincare yang saya biasa guna pun dah tak boleh guna. Muka saya akan jadi gatal sampai saya terpaksa stop semua rutin skincare saya.

Tapi sekarang saya tahu.. saya dah alergik dengan certain makanan. Punca berlaku alergik dengan tiba2 ni doktor kata.. Maybe sebab imun badan tu dah tak tahan. benda yang maybe dulu takde masalah pada kita boleh bertukar jadi alergik.

Sepanjang saya alergik memang saya stop semua skincare tapi tu la takkan nak cuci muka pakai air paip je. Saya cari jugak la cleanser yang boleh guna untuk masalah alergik saya. Ada suggest Cetaphil so saya try..

Cetaphil ni pun dia banyak cleanser ikut masalah kulit. Sebab kulit saya dah sentitif & alergik saya pilih Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Sebab memang untuk kulit sensitif. Bukan untuk cuci muka je tau.. Tapi boleh guna satu badan. Tak pedihkan mata... Boleh di gunakan untuk baby juga.


Apa yang best Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni.. Dia tak ada bau.. tak ada buih. Tapi bila kita cuci muka.. Muka jadi rasa lembut & lembab. Tak keringkan kulit. Dan yang paling penting dia ngam untuk masalah alergik saya. Maknanya bila saya guna dia tak buat kulit saya semakin gatal atau jadi keradangan (merah merah tu).

Alhamdulillah la.. Dia tak menyebabkan jadi ruam ke, jerawat ke.. Saya rasa kulit lebih sihat guna cleanser ni & masalah alergik pun sangat membantu. Lagipun untuk kulit sensitif & alergik memang tak sesuai guna cleanser yang ada perfume, foamy pun tak sesuai.. Jenis2 cleanser berbuih meriah karipapusing tu memang serius kalau saya tak sesuai. Kena cari mild cleanser jenis gel, tak berbuih & tak ada perfume. Maksudnya tak ada apa2 bau wangi atau apa2 bau. Bau natural jer.

Alhamdulillah.. dekat sebulan dah kot rasanya guna Cetaphil Gentel Skin Cleanser.. Masalah alergik 90% memang dah ok. Dah tak payah nak pergi klinik & ambil ubat hari hari macam sebelum ni. Surat yang doktor buat suruh refer nak tahu apa yang menyebabkan saya alergik pun.. saya tak pergi ambil appointment sebab saya dah tahu saya alergik dengan certain makanan & skincare walau sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan semua perkara tu. Tapi sebab doktor pun kata.. Alergik ni boleh berlaku bila imun badan kita jadi sensitif. Tak semestinya benda tu akan jadi sejak azali. Dia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan tiba tiba macam berlaku kat saya ni.

Jadi pada yang ada masalah kulit sensitif & alergik boleh try jugak Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni. Tapi di ingatkan kadang2 penerimaan setiap produk pada kulit kita tak sama. Ada orang pakai ok.. ada yang tidak. Dalam soal ni saya jenis try & error.. Sebab tu penting untuk kita kenalpasti masalah & jenis kulit kita supaya melalui labeling produk tu.. kat bahagian penerangan tentang produk (selalunya di belakang produk) tu kita boleh tahu sesuatu produk ni untuk apa, jenis kulit yang macam mana & cara guna yang betul supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kita.

Harga untuk Cetaphil Gentel Skin Cleanser 125ml lebih kurang RM17.00++ macam tu la. Boleh beli di drugstore seperti vital farmasi, guardian, watson & maybe certain Mall @ pasaraya ada jual. Yang tak jumpa jual cetaphil ni booth2 atau kedai jamu jer. Jarang nampak jual hehehehe.

Moral of the story.. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai untuk semua orang apatah lagi produk yang terang terang mengandungi bahan terlarang atau beracun.. Even nampak serasi di luar kulit kita sekalipun tak bermakna dia selamat untuk kita atau sesiapa sahaja. Sebab tu penting untuk kita memilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit kita & bebas bahan terlarang & racun yang tidak selamat untuk di gunakan.

1 comment:

  1. Saya tak pernah cuba untuk menggunakannya tapi akak ipar pernah guna atas cadangan seorang Doctor di hospital.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com