KASUT CUSTOMADE MURAH & BOLEH PILIH CORAK SENDIRI

8/20/2018 11:32:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

KASUT CUSTOMADE MURAH & BOLEH PILIH CORAK SENDIRI. Saya ni mempunyai masalah susah nak cari size kasut adult sebab size kaki saya 3 (21.5cm je panjang kaki saya). Allahu.. Saya pernah rasa down bila cari kasut sebab memang tersangat susah untuk jumpa adult punya kasut untuk size kaki saya. Akhirnya.. Saya terpaksa cari kasut kanak kanak yang design macam adult. Dulu malu juga la.. nak try kasut kanak kanak.. Tapi sekarang perasaan malu tu macam dah takde. Habis tu takkan nak ikat plastik kat kaki kan?


Sebelum ni saya suka beli kat ezbuy.. Sebab sneakers yang budak2 banyak yang nampak macam adult size atau sama je design dia macam adult size. nak2 sekarang canvas sneakers tu yang adult pun banyak kartun2 jugak.. So takde la rasa janggal sangat kan nak pakai kasut kanak kanak.

Tapi selain ezbuy.. shopee... atau kasut kanak kanak. Ada lagi tau pilihan kalau nak support bisnes anak melayu ni. Baru baru ni saya merasa pakai customade shoes hasil tangan seorang gadis bernama Salmah Melor. Bukan nama betul la.. Nick Name dia jer.. Dia ni buat customade shoes. Macam canvas sneakers yang ada design comel comel.. kartun ke bunga ke atau saja la.

Yang special kasut customade salmah melor ni.. Design korang boleh pilih sendiri. Nak design macam mana just bagi gambar je untuk dia refer nak lukis ada kasut hangpa. Warna pun hangpa boleh pilih sendiri. Macam saya sejenis kaki tak membesar bersama usia ni.. Memang ada orang buat kasut customade macam ni sangat la bagus. Sebab boleh cari kasut sekolah yang putih atau hitam tu kemudian suruh je Salmah Melor lukis. Atau korang boleh order terus.. Cuma bagi design Salmah Melor akan sediakan semuanya dari kasut sehingga design. Dah siap dia akan hantar by pos. COD tak pasti pulak.. Kalau dekat area rumah dia.. dia hantar la kot.

Design Salmah Melor buat ni serius Not Bad... Comel sangat! Kalau corak yang hangpa pilih tu memang comel di mata hangpa la. Macam saya haritu pilih sakura. Sebab saya ni dah la kurang membesar.. Satgi dok kartun sangat orang tak tau nak beza mana satu mak mana satu anak pulak kan? Yelah sedar diri dah remaja lanjut usia.. Tak payah hipstur sangat. kekekeke.. Sebenarnya saya nak matchingkan kasut tu dengan semua baju. Yelah.. kaki kecik.. koleksi kasut pun tak banyak. Kena kreatif la bila nak bergaya kan?

Kaki kecik ku di sarungkan kasut customade by Salmah Melor

Antara design design yang pernah di hasikan Si Salmah Melor ni seperti dalam gambar di bawah yer. Semua design request dari customer sendiri.


Comel kan? Rasa macam nak suruh salmah buat semua design yang ada ni kat den ok! Bayangkan kasut comel ni kat kaki kita.. Allahu tempias comel tu naik muka katanya kekekeke.

Apapun bagi yang ada masalah size kaki macam saya.. Nak cari canvas sneakers yang design comel2 takde size. Boleh je minta salmah buatkan. Susah sangat nak cari kasut pergi beli kasut sekolah tu.. Bagi salmah lukis atau minta salmah tolong carikan kasut size kaki hangpa pun boleh. Kalau ada Insya Allah dia buatkan.

Berminat nak dapatkan Kasut Customade dari Salmah Melor ni Boleh contact beliau di

☒ Facebook : Salmah Melor 
☏ Whatsapp : www.wasap.my/60189890310/kasut 

1 comment:

  1. Comel2 kasutnya. Bagus juga idea ni, buat kasut jenis custom made :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com