SUNNAH YANG PUNAH

9/27/2018 12:00:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SUNNAH YANG PUNAH. Rasa macam dah lama sangat kan tak menulis kat blog ni. Hurmm.. susah betul nak cari masa yang tenang nak menaip kat blog ni. Terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa jadi gitu la.. Blog pun dah up & down updatenya. kadang kadang ada isu nak tulis tapi mood nak menulis tu pulak macam tak berapa cukup strong hehehehehe. Takpe la kan.. At least tak la bersawang sangat blog ni. Ada jugak la update2 dari di biarkan sepi tanpa khabar bertahun tahun.

Baru baru KKM telah mengeluarkan laporan satu produk berasaskan makanan sunnah katanya mengandungi steroid.. iatu salah satu bahan yang tidak di benarkan dalam produk & boleh memudaratkan kesihatan pengamalnya. Nama jus pun claim sunnah.. Maka berpusu pusu la rokyat Melayu Islam beli. Konon nak dapat khasiat & kebaikkan dari makanan sunnah tu. Almaklum la.. orang kita ni masih ramai mudah di tipu dengan claim produk & testimoni. Even testimoni membohong pun dia tak kaji & siasat dah. Terutama orang2 tua la.. Yelah, depa bukan tau sangat pasal produk produk ni. Cuma depa berharap dapat menjalani kehidupan tua dengan sihat jer.

Zaman sekarang penunggang agama memang ramai.. Semua berlumba lumba nak meraih keuntungan & kekayaan dunia. Dia tak peduli dah berkat ke tidak rezeki dia.. halal ke tidak rezeki dia. Janji katanya aku tak jual babi.. Aku tak melacur.. aku tak jual dadah.. bla.. bla.. Tapi kau jual produk claim yang berunsur keagamaan.. sunnah bagai padahal produk kau tiada bukti kajian yang mengesahkan khasiatnya boleh membantu kesihatan manusia. Semua kau claim pakai hukum akal kau jer. Kau tak jujur declare bahan bahan dalam produk kau.. Kau tak peduli la kandungan bahan terlarang dalam produk kau asalkan marketing kau bagus maka ramai orang beli. Kau boleh pergi oversea bercuti.

Imej2 penjual produk yang kita nampak macam islamik sangat.. alim sangat semua tu dah tak boleh percaya. Bukan zamannya kita nak judge kejujuran seseorang melalui imej yang di tunjukkan pada umum. Zaman sekarang kau nak ambil atau guna apa apa produk.. Kau tetap kena minta dia bukti2 yang mengatakan produk dia selamat, produk dia dah melalui R&D yang membuktikan khasiatnya mampu membantu masalah yang di claim pada produk. Setakat kenyataan pakai air liur tanpa bukti yang berfakta.. Sila hindari.

Sekarang terlalu banyak produk yang claim berasaskan makanan sunnah tapi akhirnya punah. Kesihatan orang terbarai macam tu je akibat percaya akan khasiat palsu yang di canang canang. Tolong jadi bijak selepas ni.. Nak ambil makanan sunnah ambil terus dari sumbernya. Contoh nak khasiat kurma makan kurma bukan produk berasaskan buah kurma. bila dah jadi produk ia bukan lagi makanan sunnah.. Bila dah di formulasi dalam bentuk produk tak mustahil ia di campur dengan bahan bahan lain.


Bila ada yang cuba menentang produk produk macam ni muncul la hero hero melayu konon memperjuangkan nasib peniaga melayu Islam. Kenapa kita mesti mempertahankan produk produk yang memudaratkan & merisikokan pengguna? Nak jaga ekonomi peniaga melayu tapi dalam pada masa yang sama merisikokan kesihatan orang melayu sendiri. Bila cakap baik baik... Pengeluar produk macam ni takkan peduli bila guna konsep lantang sikit mulalah memasing mengelabah.. Teguran tak beradap.. Guna kata kata kesat... kurang ajar bla.. bla.. Habis tegur cara baik tak bagi kesan terpaksa guna cara yang lebih keras kan.

Mustahil untuk pupuskan penjualan produk macam ni di pasaran sebab selagi masih ada yang percaya & support.. 1 Kantoi muncul 10 lagi produk baru yang sama. kesedaran kena bermula dari pengguna sendiri sebab pengeluar kebanyakkan dia tak peduli sangat kemudaratan yang berlaku kepada pengguna. Ada yang cuma tau market produk je.. apa satu pasal produk dia jual pun dia tak tau.

Moral of the story... Nak ambil apa2 produk terutama jenis supplement & jus jus kesihatan ni tak kira claim sunnah ke punah ke ranah ke.. Rujuk la dengan mereka yang pakar seperti doktor. Doktor je tahu apa yang di perlukan badan kita. Jika kita memerlukan supplement atau makanan tambahan, Doktor akan suggest yang sesuai. Sebab nak ambil apa2 pun ubat atau produk perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebab mungkin boleh berlaku komplikasi kalau kita ada penyakit tertentu. Mungkin sesuai dengan orang lain tapi bukan sesuai dengan semua orang.

Akhirnya kata.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Insya Allah.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

9/18/2018 10:59:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN

9/14/2018 02:14:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN. Hallu.... Wei lamanya lahai segmen seram serik lekatlekit tak bersiaran kan? Maafkan kami penunggu gua. Hangpa pun sedia maklum la kami tengah struggle untuk kes saman tu so tak consistent daily dah update blog pun tapi Alhamdulillah.. walaupun blog seram belum jadi blog bersawang lagi. Walau tak daily update tapi masih sentiasa ada update.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bagi peminat cerita seram blog lekatlekit.. Mesti tak sabar kan nak baca edisi terkini cerita seram. Seperti biasa pengalaman seram yang di ceritakan ni bukan lah dari pengalaman den sendiri. Matilamak nak.. nak cari hantu & rasai sendiri pengalaman tu setiap kali nak tulis cerita seram. Hantu pun jarang pulak nak sakat mak ni nak Ooi.. Maybe mak dengan hantu tak jauh beza gamaknya. Takde feel dia nak sakat mak. Jadi terpaksa la mak memburu kisah2 seram di forum2 untuk share dengan korang semua. Alah.. bukan mak tak tau.. engkorang buka suka sangat baca threat kat forum tu kan? 

Alkisah benda ni berlaku kepada seorang budak kecik yang di ceritakan kembali oleh si Ayahnya. Anak dia masa tu baru umur 2 tahun.. Bermulanya kisah seram ni adalah dari asbab rantai leher anak dia yang hilang dengan tiba tiba masa tidur..

Bermulalah kisah pada satu hari aip..... sang kancil datang beramai ramai.. kekekeke. Alolo gurau pun dah nak tantrum. Sabar nak sabar..

Cerita dia bermula masa waktu tengahari semasa dirumah mertuanya. Anak dia tidur dalam bilik.. manakala luar bilik di ruang tamu  yang bertentangan dengan bilik, ada adik ipar tengah tengok TV. Bilik tu pintu terbuka.. wife & mertua dia sibu kat dapur masak. tetiba anak dia tak semena mena menangis macam kena belasah.. terjerit jerit sambil pegang leher.

Mau tak terkejut seluruh isi rumah tetiba budak tu menangis macam tu. Kelam kelibut memasing datang kepada budak tu termasuk mak bapak dia, atuk nenek, mak2 sedara semua. Tetiba abang kepada budak tu perasan yang rantai leher adik dia hilang.. Semua jadi pelik. tetiba je hilang & budak tu menangis macam tu tapi memasing perasan ada angin & langsir terserak tinggi sebelum budak tu menangis. Memasing tak rasa manusia dah.. Tapi nak tuduh jin pun tak ada bukti. Takkan la Alien turut dari planet semata mata nak curi rantai leher budak tu pulak kot. Alang2 dia nak merompak baik kedai emas terus. Apa kes rompak budak budak ye dak??

Si bapak mertua ni.. Ada la sedikit ilmu ni. So, lepas solat zohor dia buat solat sunat mohon petunjuk apa sebenarnya yang berlaku kat cucu dia. Mungkin ada la something dia buat & dia bagitau ada bunian menyinggah tadi. Bagi yang tak tahu bunian tu apa.. Bunian ni spesis jin juga tapi jenis suka nak damping dengan manusia. Perubatan tradisional yang suka guna khadam ni banyak la guna khidmat jin bunian. Bunian pun macam manusia.. ada Islam ada tak. Walaupun Islam tetap ada yang baik & jahat. Kehidupan mereka ni macam manusia.. ada perkampung, ada penghulu & anak perempuan & lelaki. Bernafsu, berkahwin & beranak pinak. Tu dia.. kemain explain pasal bunian.. Macam la expert sangat kan pasal bunian.

Sambung balik cerita tadi... Bila dia syak ada bunian menjadi tetamu tak di undang di rumah dia maka di call kawan dia kat hulu langat untuk mendapat lebih kepastian. Maybe kawan dia tu ilmu level up sikit dari dia & boleh tahu samada memang betul betul ada kehadiran jin bunian atau tidak.

Bermula la ritual tersebut lepas maghrib.. si pakcik kawan kepada bapak mertua sipolan tadi datang berkumpul kat rumah bapak mertua dia malam tu. Menurut pakcik tu.. Anak sipolan ni ada bunian suka. Bunian ni memang perangai dia lagu tu.. Asal dia suka je.. tak kira hak orang pun dia nak ambil tau. Jadi sebab dia suka pada budak tu dia ambil rantai budak tu tapi dia ganti dengan rantai lain berupa kain kuning yang di ikat pada leher budak tu. Cuma orang takkan nampak pada pandangan mata kasar rantai tu.. Orang tertentu je boleh nampak. Orang yang di buka hijab boleh nampak benda2 ghaib je la kot kan.. Orang rabun apatah lagi, manusia pun dia nampak tak jelas apatah lagi benda ghaib kan.

Yang buat depa lagi percaya bila tanya budak tu.. mana rantai tu dia cakap ada ni.. sambil tunjuk kat leher dia. Mau tak meremang segala bulu mak bapak dia. Yelah.. dia nampak tapi mak bapak dia tak nampak. Budak 2 tahun kot.. nak menipu mendanya.

Menurut pakcik tu lagi.. Bila rantai tu nanti dah bertukar dari warna kuning jadi warna merah, anak dia akan hilang. Rantai kain kuning tu sebagai tanda.. sampai masa nanti akan ada seorang budak kecik datang & bawa anak dia pergi. Tapi yang ambil rantai anak dia tadi tu nenek tua..

Maka si bapak budak ni baru perasan perangai pelik anak dia sebelum ni.. Kadang2 bersembang sorang sorang tapi macam berbual dengan someone. Ingat budak2 buat pretend play ke apa.. Pernah berlaku satu malam tengah makan anak dia berdiri kat kerusi tiba2 seolah olah menegur seseorang.. Dia cakap "kakak nak?" sambil hulur kentang goreng. Mak bapak dia terkedu & terdiam sekejab. Sebab rasa lain macam si bapak azan 1 rumah.. Yelah la sapa tak seram kan? Kita tak nampak apa budak tu nampak. Kau tak gila ke??

Mak mertua dia pun pernah bagitau.. Kadang2 waktu tengahari budak ni selalu lambai tangan seolah olah sedang panggil seseorang dari luar rumah sambil gelak gelak. Selama ni mak mertua dia ingat dia main dengan abang dia.. Tapi lama2 baru perasan dia main sorang sorang tapi gaya macam main dengan seseorang.


Sebab semakin pasti budak tu sedang di dampingi bunian.. So si pakcik kawan kepada bapa mertua tadi  mulakan ritual untuk hentikan gangguan tu. Ada la beberapa barang di gunakan. Semasa ritual tu di buat, satu rumah di gelapkan. Selepas berzikir semua dia keluar dari dalam rumah ke halaman rumah mertua sipolan ni berborak dengan someone yang sapapun tak nampak dengan siapa. Bukan sebab gelap tapi memang tak nampak apapun.

Lepas tu dia masuk semula dalam rumah & suruh buka semua lampu balik. Dia minta si mak budak tu pegang anak dia & dia golekkan telur kat leher budak tu dalam 3 - 4 kali lepas tu dia pecahkan telur tu.. semua terkejut sebab dalam telur tu ada kain kuning yang ada tompok merah. Kalau kata ada jarum.. ada orang kata jarum boleh cucuk dalam telur tanpa menyebabkan dia pecah. Tu cara bomoh guna untuk menipu mangsa. Ni kain kuning beb.. celah mana dia nak masukkan. Tu la.. tak semua benda kita boleh jawab dengan hukum akal & sains. Benda2 ghaib ni kadang2 berlaku di luar logik akal & semua berlaku dengan izin Allah juga. Sesungguh memang jin itu wujud.. dalam Al Quran pun dah menyatakan kewujudannya.

Pakcik tadi pun csrita la.. dia dah jumpa dengan nenek tua yang ambil rantai anak dia tu dengan penghulu bunian sekali & dah bawa berbincang secara berhemah antara 2 alam. Bunian tu bunian Islam, kampung depa tak jauh dari kawasan tu. Memang depa berhajat nak bela budak tu, tapi pakcik yang jadi perantaraan tu cakap tak boleh & tak setuju. So, hasil perbincangan masing masing setuju budak tu tak di ambil.

Sebenarnya bunian ni tak suka budak yang makan buah labu atau apa2 yang berkaitan buah labu. Barulah si bapak ni perasan masa dia pernha bawa bapak dia pergi ikhtiar berubat dengan seorang Ustaz, ustaz tu tengok anak dia & cakap suruh depa bagi anak depa makan apa2 berkaitan buah labu.. pengat labu ke, gulai labu. Dia masa tu tak tahu.. simbolik labu tu ustaz tu mungkin nak bagitau anak dia sedang di dampingi jin bunian.. Tapi manalah kita tahu bunian tak suka budak makan labu. Den pun baru hari ni tahu hahahhaa...

Kesimpulannya pada cerita ni.. Erkk.. rantai budak yang nenek bunian tu ambil dia bagi balik tak? Alah.. kenapa tang rantai tu bapak dia tak cerita? Apa jadi dengan rantai tu? dapat ganti rugi macam harta ahmad albab ke kan? Spoil betul la tetiba rantai tu pulak jadi misteri & tanda tanya. Ni la kalau cerita melayu mesti tak habis. hahahaha

Moral of the story.. Apapun cerita ni di kongsikan sekadar hiburan. Jangan terlalu taksub yer membaca. Apa berlaku sekalipun semua dengan Izin Allah & tiada kuasa yang lebih besar & kuat melainkan Allah juga. Jadi mohonlah pertolongan & perlindungan dari Allah.

Sumber cerita : Forum (lupa nak save link. maaf kan kami penunggu gua)

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PELAKON & PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA

9/14/2018 09:17:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

PELAKON & PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA. Accapan seorang pelawak & pelakon yang banyak membintangi filem filem, drama & sitcom melayu di Malaysia. Sejak tahun 80an lagi beliau telah mewarnai industri seni tempatan. Beliau seorang pelakon & pelawak yang memang di kenali ramai.


Namun kini negara kehilangan satu bintang yang pernah menyinari.. Yang pernah buat kita ketawa dengan lawaknya.. Terbaca perkongsian di laman Facebook milik Anak mendiang beliau di khabarkan telah meninggal dunia awal pagi tadi dan akan di kebumikan hari ini.



Salam Takziah buat seluruh keluarga, saudara mara & rakan taulan mendiang. Semoga mereka bertabah & bersabar dengan kehilangan orang yang tersayang.

Sedikit info berkaitan Mendiang

Samynathan A/L Rethinam di Lahirkan di Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958 atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.

Antara filem yang pernah di lakokan mendiang adalah

Mamak Cupcake - (2014)
Jin Notti - (2009)
Biar Betul - (2004)
Gila Bola - (2003)
Iskandar - (2003)
Lagi-Lagi Senario - (2001)
Ghazal Untuk Rabiah (1997)
Suratan Kasih - (1996)
Bisikan Cinta - (1995)
Simfoni Kasih - (1994)
Hanny - (1993)
Sahabat - (1992)
Rimba Malam - (1992)
Mira Edora - (1990)
O.K (Orang Kampung Otak Kimia) - (1990)
Sejati - (1990)
Adik - (1990)

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL

9/08/2018 11:53:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

JERAWAT KERING & KECUT SEAWAL 3 HARI LEPAS GUNA AIKEN TEA TREE OIL. Baru baru ni saya ke Kota Bharu kelantan untuk hadiri perbicaraan kes saman keatas saya. Hari pertama sampai cik J pun ikut sama singgah ke muka. Almaklum.. bila kesana bukan melepak dalam bilik je.. saya perlu keluar ke mahkamah, pergi makan.. Bermakna balik bilik untuk rehat & tidur. Memang bila keluar dari rumah ni nak treatment muka susah sikit. Almaklum banyak masa muka dengan makeup je. Orang pompuan la katakan.. kekekeke


Dari sebiji jadi dua biji ada siap bagi pakej berkembar tu jerawat. Allahu.. Terasa diri ku begitu hodoh dengan kehadiran Cik J ni tau. 2 hari berturut turut saya perlu hadir diri ke mahkamah.. So saya rilex dulu. Balik bilik baru saya sapu acne cream tapi macam tak effective pulak acne cream bila sampai KB. dah la sana agak panas.. Kulit pun apa lagi berpesta minyak kat muka menambah baja pada para jerawat untuk membiak dengan jayanya.

Hari ke 4 tu bertolak balik.. Singgah la sekejab kat Guardian nak cari ubat jerawat katanya. Sebelum ni saya pernah guna Acne serum garden of eden memang effective tapi di sebabkan harga dia macam over budget buat masa sekarang.. Sebab saya nak kena berjimat sementara nak bagi laluan selesaikan kos guaman & kos2 lain yang berkaitan kes saman saya ni. Survey la produk yang harga mampu milik.

Ternampak la produk Aiken ni.. Sebab kat rumah memang dah ada Cleanser & toner Aiken ni. Apa salah try Tea Tree Oil dia..

Balik rumah lepas cuci makeup semua.. muka dah terbogel tanpa apa2 baru try sapu tea tree oil ni. Bau dia tak payah mengharap la macam bau pontianak harum sundal malam yer.. Dia memang tak wangi. Bau tumbuh tumbuhan yang maybe ada orang tak tahan tapi bila review kat group.. ramai yang kata ok je sebab bau dia bau dari bahan semulajadi.

Bila kita sapu pada jerawat akan rasa macam berangin (mint) & kalau jerawat tu ada kesan luka mungkin kita tergaru memang akan rasa pedih sikit tapi sekejab je. Yang bestnya Tea Tree Oil ni.. even namanya Oil.. dia tak macam minyak masak seri murni ye tuan tuan & puan puan.. Memang bila apply dia akan meresap dalam kulit kemudian.. kering tanpa kesan berminyak atau melekit. So bila2 masa nak pakai tak jadi masalah. Lebih selesa la bila apply kat muka. Takde la rasa macam orang minyak sangat kan..

Dalam masa tiga hari tu boleh nampak jerawat kecut & kawasan jerawat tu akan sedikit mengelupas & kering. Maybe proses nak matikan jerawat & menyahkan jerawat tanpa meninggalkan kesan kotoran degil (parut) kot. Tapi tak suggest hangpa pi tenyeh 1 muka ok. Satgi satu muka hangpa jadi kering pulak. Cuma sapu bahagian jerawat. Kalau ada masalah kulit berminyak tu.. sangat membantu tea tree oil ni tau. Boleh nampak minyak kat muka mula mengering... Untuk balance pastikan cleanser hangpa guna pun bersesuai juga. Takut kering sangat muka dah macam gurun sahara pulak.

Aiken Tea Tree Oil

Harga dia memang tak mahal.. RM13.88 untuk 10ml. Boleh beli kat mana2 drugstore macam guardian atau watson. Certain farmasi maybe ada jugak. Lagipun produk Aiken ni rasanya senang cari.

Cara penggunaan 
Bersihkan muka & lap sampai kering
Kemudian sapu pada kawasan jerawat

See.. drugstore pun banyak produk mampu milik, selamat & berkesan. Dah kenapa korang mesti pilih produk yang korang sendiri tak tau kat mana kilang memproses, dah menjalani R&D ke tidak, ada di lakukan ujian makmal bagi memastikan bebas bahan terlarang ke tidak... Kat drugstore produk kebanyakkan dah ada clinical & dermatology test sebelum di pasarkan. So, pilih produk yang selamat supaya kulit anda bukan sekadar cantik malah lebih sihat.

Sangat rekemen untuk guna 3 item dari produk Aiken ni kalau muka korang breakouts (jerawat + Berminyak) untuk kesan yang lebih effective. Sebab setiap satu item ada fungsinya nak bagi balance. Sebab penggunaan cleanser & Tea Tree Oil akan sedikit mengeringkan kulit tapi toner membantu memberi kelemabapan & buat kulit kita jadi balance. Tak kering & tak berminyak.

Jadi pada jurujerawat sekalian.. Jangan biarkan muka anda di selubungi jerawat. Try atasi masalah tu dengan Aiken Tea Tree Oil ni. Tapi kesan pada setiap kulit mungkin tak sama. Kena try & error.. Review ni cuma untuk memudahkan ada survey produk untuk mengatasi masalah jerawat sahaja.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGALAMAN DI DAKWA & DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI

9/06/2018 10:51:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

PENGALAMAN DI DAKWA & DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI. Rasanya ramai dah tahu sejak setahun lepas saya menghadapi satu kes saman sivil (saman fitnah/malu) kerana menulis something di blog berkaitan 1 produk ni. Sebab perbicaraan masing berlangsung & keputusan mahkamah masih belum ada so saya tak boleh reveal la apa2 berkaitan dengan kes saman cuma saya nak share maybe ada di antara hangpa yang sedang di dakwa di mahkamah maybe boleh buat persediaan awal kan. Almaklum la I kan blogger.. Memang suka share macam macam perkara yang saya rasa boleh memberi ilmu & manafaat kepada orang lain.


Pada 2 & 3 september 2018 lepas saya menghadiri perbicaraan kes saman terhadap saya di mahkamah tinggi Kota Bharu kelantan. Saya bukan orang kelantan ok! Tapi saman di failkan di sana so saya terpaksa mengikuti perbicaraan di mahkamah sana juga la selepas permohonan di bicarakan di tempat saya gagal. Tapi tu cerita tahun lepas la..

Memang saya tak pernah di dakwa atas apa2 pertuduhan sebelum ni malah tak pernah pun masuk mahkamah atas apapun urusan. Tengok perbicaraan kes orang lain pun sebelum ni tak pernah. Kira lepas kena saman itulah kali pertama saya jejak kaki ke mahkamah & dapat tengok juga la kes kes lain di bicarakan secara live sementara nak tunggu turn kes saya di bicarakan. Yang ni penting bagi mereka yang tak ada pengalaman dengan mahkamah. Memang even tarikh tu tarikh kes kita di bicarakan atau sebutan kes atau apa2 prosiding tapi kita tak tahu hari tu turn kes kita di panggil pukul berapa. So kena tunggu. Sebab dalam 1 hari tu bukan hanya 1 kes di bicarakan tapi banyak kes. Dia takde kalau kata pukul 9 pagi.. 9 pagi tepat kes kau akan di panggil. Melibatkan perbicaraan apa2 kes pun.. memang timing tu takkan sharp ok!

Sebagai seorang di dakwa.. Bila di panggil masuk ke kandang tertuduh. Akan bermula dengan di soal jawab oleh peguam pihak plaintif (peguam pihak yang saman). Kebanyakkan soalan hanya boleh jawab ya & tidak. Setuju atau tidak je. Even jawapan memerlukan ulasan tapi semasa soal jawab dengan peguam pihak plaintif jika soalan itu perlu jawab ya & tidak.. setuju atau tidak.. cuma boleh jawab macam tu je. Tak boleh nak ulas apa apa.

Sumber : Menghadapi Proses Mahkamah

Dengar betul betul soalan.. kadang2 soalan agak berbelit susah nak faham boleh minta ulang. Tak apa kalau berkali kali pun.. Sampai faham baru bagi jawapan. Mungkin ada soalan dalam tu seolah menyatakan sesuatu yang sebenarnya anda tak lakukan atau belum terbukti anda lakukan.. Boleh je minta perkataan yang anda rasa tidak sesuai di gunakan dalam soalan tu di gugurkan atau di tukar.

Selepas selesai peguam pihak plantif bersoal jawab.. Peguambela saya pula ambil alih. Ada beberapa soalan dari pihak peguam plantif tadi dia ambil & jawapan yang saya bagi tadi baru di minta mengulas kenapa & mengapa  di jawab ya atau tidak.. setuju atau tidak. Time tu la kita di beri peluang memberi kenyataan & ulasan. So jangan panik ok.. Even soalan dari peguam pihak pendakwa tu kita tak boleh ulas apa2.. Tapi ada sesi kita di beri peluang memberi keterangan & ulasan. Nama pun perbicaraan kan so mesti la ada keterangan dari kedua belah pihak untuk di adili. Cuma yang tak pernah berhadapan dengan kes mahkamah macam saya mula2.. cuak jugak sebab saya tak tahu proses perbicaraan tu macam mana. Sebab tu saya rasa nak share tentang perkara ni. Supaya nanti yang mana terlibat dengan perbicaraan tak la mengelabah sangat.

Semua kenyataan kita akan di catat oleh hakim, pihak peguam plantif & pihak penguambela kita.

Tip dia korang jangan mengelabah. Memang la saya sendiri pun nervous ok masa di panggil ke kandang tertuduh tu. Tak dapat nak describe rasa tu macam mana. Rasa nak tercabut jantung pun ada. Dok terbayang kena sergah dengan lawyer macam drama & filem tu jer. Kang kena sergah hilang ingatan habis semua fakta nak cakap aku lupa mampus! Macam tu la yang saya terbayang pada mulanya. Tapi Alhamdulillah sepanjang perbicaraan tak ada pun kena sergah dari mana2 pihak. Semuanya berlangsung dengan penuh berhemah katanya.

Saya psycho diri saya.. semua yang ada depan saya adalah manusia. Saya tak perlu takut secara berlebihan seolah olah takdir saya mereka yang tulis. Apa yang berlaku & bakal berlaku adalah perancangan Allah. Ingat kita ada Allah.. Tidak ada makhluk yang lebih berkuasa melainkan Allah & semua yang berlaku atas izin Allah juga.

Alhamdulillah.. sepanjang perbicaraan saya rasa saya boleh memberi keterangan dengan tenang even kadang2 saya tak berapa formal sebab dah biasa menulis & bercakap cara santai kan. Takpe mahkamah boleh terima. Tapi make sure jangan menggunakan perkataan kurang ajar sampai menghina mahkamah yer. Kawal emosi anda supaya anda tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar peraturan mahkamah secara lisan atau tindakkan.

Lagi satu dalam mahkamah tak boleh ambil gambar, rakam video atau apa yer. So jangan nak selfie.. candid gambar hakim ke hapa pulak. Sebab tu kalau kita tengok berita pasal apa2 perbicaraan pun memang tak ada gambar semasa perbicaraan di jalankan dalam mahkamah.. Kalau adapun lukisan ilutrasi sahaja. Kat luar negara tu lain.. Tapi kat Malaysia tak di benarkan & kalau korang buat juga maybe akan di ambil tindakkan.

Gambar sekadar hiasan

Sebagai blogger yang tak ada banyak pengetahuan tentang undang - undang & kes mahkamah ni.. Setakat tu je saya boleh kongsikan dari pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian yang seciput ni dapat memberi manafaat kepada mereka - mereka yang maybe macam saya baru pertama kali di hadapkan ke mahkamah untuk buat persediaan dari segi mental & fizikal. Niat saya cuma memberi informasi untuk manafaat orang awam sahaja tidak bertujuan menjatuhkan atau mengaibkan mana mana  pihak atau organisasi.

Apapun selama setahun ni saya dah berusaha.. Sekarang saya tawakal je. Apapun keputusannya nanti saya cuma mohon Allah kuatkan hati & apa yang baik saya sedang ubah moga Allah kekalkan. Moga hati saya tidak berbolak balik bila di uji dengan nikmat & tidak berputus asa bila di uji dengan musibah. Itu je saya harap.

Moral of the story.. Menghadapi kes mahkmah ni memang tak ada rasa yang best bila kita di dakwa. Tak tau la ada orang seronok kena dakwa & di hadapkan di mahkamah. Tapi bersangka baik dengan Allah.. sebab apa yang berlaku ada hikmah & hidayah. Mungkin mengubah kita menjadi lebih baik & membetulkan kesilapan yang mungkin kita tak sedar selama ni. Di dakwa tak semestinya kita bersalah atau tidak bersalah.. So jangan judge semua orang yang di dakwa itu jahat atau bersalah. Ini mahkamah dunia.. Apa apa saja boleh berlaku. Tapi sentiasa semat di hati.. Apapun berlaku semua dengan Izin Allah & apapun yang Allah izinkan berlaku tak ada satu pun yang sia sia selain ada sesuatu yang sedang Dia tunjukkan kepada kita secara tersirat atau tersurat. Hikmah kita kena cari bukan tunggu macam tu juga hidayah.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com