ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

9/18/2018 10:59:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

2 comments:

  1. Janganlah terus menghukum andai kita tak tahu keadaan sebenar. Saya sendiri tak berani nak komen apa2. Sekadar baca tak berani nak berlebih-lebihan.
    Biarlah undang-undang yang menentukan andai beliau bersalah :(

    ReplyDelete
  2. kadang pelik jugak rakyat malaysia ni. guna telefon canggih bagai tapi ilmu payah sangat nak cari dan belajar memahami

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com