PULUZ PHOTO STUDIO BOX PALING MURAH UNTUK AMBIL GAMBAR GUNA SMARTPHONE DIRUMAH

12/31/2019 01:55:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PULUZ PHOTO STUDIO BOX PALING MURAH UNTUK AMBIL GAMBAR GUNA SMARTPHONE DIRUMAH. Sat na.. sebelum kita meneruskan acara review izinkan saya menyapu sawang sawang yang mula memenuhi blog lekatlekit ni almaklum la sejak serius menjadi penentang produk beracun, overclaim & sampah ni kurang aktif sikit di blog. Bukan dah lupa diri tu blogger cuma kadang kadang kekangan masa tu buat saya susah nak tulis entri. Almaklum baby hud sekarang tengah membesar dah masuk fasa melasak ni focus lebih kepada dia la.

Tapi tetap blog ni masih aktif selain artikel artikel di blog ni masih aktif di curi oleh blog blog lain. Takpe la dia bagi credit yang memang tak untung apa apa pun ke blog den. Yelah.. kalau kau dah copy 99% artikel den memang la backlink ko bagi dah tak ada sapa nak clik kan? takpe.. takpe.. kita tak payah marah moh kita ke acara mereview..

Zaman sekarang masing masing ada smartphone. Teknologi telefon pintar sekarang nampak memasing tengah berlumba lumba nak tunjuk kehebatan fungsi camera. Even telefon pintar bajet bawah RM500 pun fungsi camera dia not bad. Contoh untuk Brand Realme C2 yang den gunakan ni. Ni suami den belikan bersempena Samsung S4 Zoom den dah melingkup. Tu pun 4 - 5 tahun juga guna sampai memang dah out of date. Tapi kalau tak rosak gamaknya guna lagi enpon tu. Sebab fungsi camera dia memang Thorbaik la. Yelah S4 zoom tu memang telefon camera pun. Tapi sebab lens dia totally dah rosak.. Suami surprise kan dengan Realme c2. enpon rega dalam RM400 gitu la. Tak mahal sebab tapi bagus la suami den ni.. sebab dia tahu bini dia gila ambil gambar kan? Bini dia lebih teruja dengan camera yang gambar dia cantik so dia cari hp bajet yang ada fungsi camera yang cantik. Ada je brand lain yang lebih di kenali dengan harga bajet macam tu tapi mungkin camera dia tak menepati apa yang si bini ni suka. Apapun terima kasih wahai suami ku. Semenjak kawen memang den tak pernah beli hp dengan duit sendiri pun. Cuma den ni bukan sejenis tiap tiap tahun tukar smartphone. Selagi tak rosak.. selagi tu la guna. Even S4 Zoom sebelum ni pun beli yang 2nd hand jer.

Bila dah Takde S4 Zoom ni rasa macam alah.. nak ambil gambar kena tunggu lighting cantik time matahari naik baru gambar cantik terang & sharp. Kalau malam bukan tak cantik cuma tak mencukup kriteria gambar yang den nak so solution dia.. Den cari photography lighting box. Kebetulan ada voucher lazada kan.. Apa lagi redeem la. Jangan tunggu sampai expired.

So sempat rembat 1 photography lighting box jenama PULUZ sebab review dia bagus. Taknak la lepas sampai condition barang tak memuaskan. So tip membeli online di lazada, shopee sila baca review. yang tak ada review even murah nak mampus pun better jangan ambil risiko. Pilih yang ada banyak good reviews Insya Allah barang yang sampai tu dalam keadaan baik seperti yang kita harapkan. Paling penting pilih yang banyak review berserta gambar barang tersebut. Baru kita boleh nampak gambaran sebenar produk atau barang yang kita nak beli tu.


Untuk PULUZ photo studio box yang saya beli kat lazada (redeem voucher) bersize 22cm x 23cm x 24cm. Tak besar sangat kalau nak photoshoot produk tu boleh la kalau makanan yang portion kecik kecik muat lagi kalau besar korang kena ambil size box yang besar & harga dia pun besar juga la. Untuk yang size saya beli ni harga dia RM17.50. Campur shipping kos semua RM22.00++.. sampai dalam masa 2 hari selepas order.


Di datangkan dengan 1 box studio siap dengan 20 led lighting yang guna usb cable. Connect terus ke port yang dok guna charge enpon tu boleh atau ada power bank lagi senang boleh je nak guna kat mana mana saja. Selain box studio include sekali dengan 6 warna kain latar (hitam, putih, merah, biru, oren, kuning & hijau).


Tapi kalau hangpa kreatif latar tu hangpa boleh guna prop sendiri.. beli kat kedai eco. Macam lapik bulu & rumput tiruan ni saya beli kat kedai eco je dengan tujuan memang untuk ambil gambar.


studio box dia boleh buka & lipat dengan mudah. Walau ada manual di sertakan sekali tapi rasanya tak perlu pun sampai nak tengok manual. Mudah ya amat nak pasang. Beg pun ada so tak payah risau. Lepas guna lipat & simpan. Nak bawa pun senang sebab ringan. boleh lambung lambung la dia punya tahap ringan tu. Nama pun plastik kan? bukan batu bata ye dak?

Lighting dia memang terang sebab dia guna 20 led yang high lighthing. Siang malam tak ada masalah dah nak ambil gambar. Pencahayaan Insya Allah cukup.

Ada yang tanya kalau guna digicam atau DSLR ambil gambar boleh ka? Awat pulak tak boleh.. apa ja namanya camera boleh sangat.

untuk Brand PULUZ ni pun ada pelbagai size studio box dia pepandai la hangpa cari kat lazada atau shopee. Ada brand lain tapi perbezaan dia harga. Memang ada yang murah tapi no brand. Cuma tu la bila baca review kurang memuaskan kualiti produk dia so dari sakit hati beli tapi dapat barang cincai adalah lebih baik tambah sikit 2 - 3 ringgit beli yang ada brand & review yang bagus kan?

Ada juga jual brand PULUZ ni dengan harga yang lebih tinggi tu pun hangpa kena pepandai survey & pilih seller. Tapi yang saya beli melalui seller ni https://www.lazada.com.my/products/4gl-puluz-20cm-2-leds-light-portable-photo-studio-box-6-colors-backdrops-i306768680-s415156955.html So far barang yang sampai sangat memuaskan hati & penghantaraan pun cepat.

Bagus juga yang mana jual produk nak ambil gambar supaya nampak cantik tanpa perlu upah photographer. Selain hangpa perlu guna kreativiti je nak serlahkan daya tarikan pada gambar dengan menambah prop semua tu. Studio Box ni cuma membantu dari segi pencahayaan pada gambar.

Untuk kita yang bukan profesional photographer sekadar ambil gambar syok sendiri atau review barang barang kita guna.. So far benda ni best juga la. Satu kepuasan bila kita ambil gambar & nampak cantik. Benda tu macam satu terapi untuk kita juga. Qualiti gambar memang bergantung juga pada kualiti camera tapi lighting juga salah satu faktor gambar tu cantik. Kadang kadang camera sampai 20mp pun kalau lighting tak lawa.. kurang menarik juga kan?


Jadi sapa nak beli boleh beli dari seller yang saya rekemen even dia tak bayar pun saya untuk review ni tapi benda best apa salahnya kita share.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG SUKA BUAT FB & IG LIVE TU ANDA MESTI BERTUKAR KEPADA HALOTELCO

11/27/2019 10:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

YANG SUKA BUAT FB & IG LIVE TU ANDA MESTI BERTUKAR KEPADA HALOTELCO. orang suka buat Facebook & Instagram live. Macam macam la depa nak share tak kira la life depa ke, pergi melancong ke, food review ke, tutorial makeup, jual barang.. pendek kata ramai yang guna fungsi FB live untuk buat atau tunjuk macam macam perkara yang mereka sedang buat atau berlaku secara live video. Memang antara perkara yang memang trending la kan. lebih lebih lagi FB/ Instafamous semua bekerja dengan perkara tu.

Jadi pemilihan Telco juga main peranan la. Semua orang mesti pilih yang terbaik. Yang terbaik selalu coverage yang bagus dengan harga yang berbaloi atau lebih murah la jadi pilihan. Even kita bukan sejenis kaki live pun memang nak ciri ciri tu dalam sesuatu telco yang kita pakai sebab yelah zaman hujung jari ni ramai buat kerja atau bersosial melalui smartphone atau apa apa mobile gadget ni. 

Memandangkan perkhimatan Telco ni memang jadi satu keperluan untuk gaya hidup masa kini.. Jadi saya nak perkenalkan kat hangpa sejenis.. erkk rangkaian telekomunikasi HaloTelco. Tak pernah dengar ke Halotelco? Ok sekarang dah pernah kan.. Jadi mari kita study bersama sama apa yang best pasal Halotelco ni.


Sebagai pengenalan Halo Telco ialah simkad prabayar terbaharu di Malaysia yang dikuasai oleh talian Tunetalk dan ditunjangi oleh utiliti Celcom. Ia adalah disasarkan kepada pengguna telefon bimbit yang inginkan lebih data. Sapa tak nak data lebih.. Kadang - kadang sebanyak mana data yang di tawarkan sesebuah plan telco pun masih tak mencukupi kehendak kaki kaki online ni tapi pastinya ramai akan pilih yang lebih data & lebih jimat, ye dak?


Seperti telco lain kalau hangpa nak bertukar ke Halotelco dia sama macam kebanyakan telco lain boleh kekalkan nombor lama cuma bertukar telco sahaja. Atau kalau hangpa rasa nak daftar nombor baru pun boleh.

Pelan paling 'Terlajak laris' Halo Telco (M10) cuma berharga RM48.00 sahaja dan hangpa akan memperolehi high speed data sebesar 10GB + 60 GB high speed video data + unlimited calls to all network + 10GB basic internet sekiranya masih tak cukup data. Kalau tak cukup jugak hangpa boleh melanggan add on data boost dengan hanya RM10.00 sahaja per 10GB. Benda boleh pilih buat apa nak pening kepala ye dak?

Kalau nak yang bajet je, ada pakej lain yang hangpa boleh langgan dengan hanya serendah RM10.00 sahaja (pakej M1 1GB high speed data + unlimited calls to tunetalk numbers + 10GB basic internet) untuk sebulan. yang ni budak budak sekolah ok la kan.. Yelah sedar diri hangpa tu mak bapak tanggung lagi. Alah setakat nak upload gambar makan eskerim unicorn tu tak payah la nak ambil data banyak banyak sangat. Yang tu pun dah cukup kalau setakat nak membawang dengan kawan kawan lain pasal cikgu kat sekolah erkkk!

Kalau nak pakej pertengahan (Yang sederhana), hangpa boleh melanggan pakej RM28.00 (M6) dan hangpa akan dapat 6GB high speed data + 15GB high speed video data + unlimited calls to Tunetalk numbers + 10GB basic internet.  Boleh juga beli add on data boost dengan hanya RM10.00 sahaja sebanyak 10GB. Yang ni maybe untuk golongan surirumah & pelajar kolej/universiti. Yang sedang sedang saja.. sesuai la dengan harga pakej yang di tawarkan.


Yang hangpa semua kena tau line untuk Halo Telco ni memang stabil ok sebab depa guna coverage celcom yang kita sedia maklum antara rangkaian telekomunikasi agak baik di Malaysia. Alah.. setakat komplen sikit sikit dari pengguna tu biasa la. Mana mana telco pun ada orang komplen kan? Benda buatan manusia mana ada 100% terbaik.. mesti ada juga kurang & lebihnya kat mana mana. Liputan 4G pun laju sehingga 150mbps. Baru la bila online tak sangkut atau buat live tak buffering kan?

Pada kaki online tak kira la sebab suka suka, berniaga, bekerja, suka tengok movie, suka buat live video atau apa sahaja tujuan hangpa online & memerlukan data internet yang banyak tapi murah boleh la bertukar kepada Halotelco ni. Plan yang di sediakan juga antara plan mampu bayar buat semua golongan termasuk pelajar & surirumah.

Harga simcard dia pun tak mahal hanya RM5 sahaja ok! Boleh dapat unlimited 2000GB untuk layari facebook, Instagram, whatsapp, wechat.  60GB untuk youtube dengan 10GB high speed. Ada lagi personal insurans dan yang paling best boleh menjana pendapatan melalui Halotelco ni tau.

Bukan la taknak cerita panjang pasal Halotelco ni tapi orang kata kalau nak lebih info berkaitan carilah orang yang arif tentang sesuatu tu. Jadi kalau hangpa berminat nak bertukar ke Halotelco ni boleh hubungi :

Rafhan 
☏ Tel No : 012 558 6734

✎ Facebook : https://www.facebook.com/rafhan.samat
✐ Blog : https://halo-telco.blogspot.com/

Yang nak beli simcard Halotelco COD bandar baru bangi, kajang dan sungkai & RM10 penghantaran melalui pos (Harga termasuk kos pos)

Yang berminat nak jana pasif income melalui simkad halo telco boleh PM leader Halo Telco bangi, Rafhan

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KEK MINYAK KUKUS UNTUK ORANG BARU BELAJAR BAKING

11/16/2019 05:10:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

RESEPI KEK MINYAK KUKUS UNTUK ORANG BARU BELAJAR BAKING. Rasa macam blur pulak nak tulis mukadimah entri ni. Lama juga jari tergantung antara keyboard dok cari ayat mukadimah akhirnya yang cerita tak ada idea nak buat mukadimah pulak jadi mukadimah katanya. Hahahahaha..

Rasanya tak payah la kot mukadimah pepanjang.. Bukannya hangpa rajin baca sangat pun lebih lebih lagi entri resepi. Sama la macam den kalau google resepi.. kat blog orang jarang sangat den  nak baca mukadimah dia. Aku terjah kat perenggan resepi saja. Jadi saya tahu ramai pun satu spesis macam saya jadi apa kata kita terus ke segmen dapur lekatlekit dengan episod kek minyak kukus @ kek marble.


Sebab ada request sebenarnya orang nak resepi bila den show off gambar kek minyak kukus den ni. Kukus jer.. oven takde nak bakar. Tapi kukus lebih senang berbanding bakar ok! Nak nak yang baru belajar menepung kat dapur tu. Elok la belajar buat kek kukus dulu macam den ni ha..

Untuk resepi kek minyak kukus @ kek marble ni bahan bahan di gunakan mengikut sukatan cawan yer.. Dn buat kek kecik je so sukatan bahan bahan tu tak banyak. Kalau hangpa nak buat kek besar tambah je la sukatan bahan bahan tu ikut size kek yang nak di buat.

Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

2 biji telur ayam

1/2 cawan gula kastor (tapi saya guna suku cawan sahaja nak kurang manis. lebih kurang 1/8 cawan maybe lebih sikit je)

1/8 cawan Susu pekat manis

1/2 Cawan susu cair

1/2 sudu kecil Baking powder

1/2 susu kecil bikarbonat powder

1 inci Butter

1/2 cawan minyak masak

1/8 cawan serbuk koko

1 penutup botol esen vanila (penutup boto esen vanila yang kecil tu tau)

1/2 sudu kecil garam



* Kemanisan kek bergantung pada citarasa masing masing. Nak manis sampai kencing manis tu lebihkan la gula.

Cara memasak

1. Campurkan tepung dengan baking powder & bikarbonat powder gaul sebati kemudian ayak

2. Pukul telur & gula kastor sampai kembang kemudian masukan esen vanila, garam, susu cair, susu pekat, minyak masak & butter yang telah di cairkan gaul sebati

3. Campurkan kedua kedua bahan adunan tadi (telur + tepung) gaul sampai sebati kedua dua bahan

4. Asingkan menjadi dua bekas

5. Salah satu bekas adunan campurkan serbuk koko & gaul sebati.

6. Sapu loyang dengan majerin. takde majerin minyak masak pun boleh. kemudian masukan bekas yang adunan pertama (yang tanpa serbuk koko) terlebih dahulu barulah di lapiskan bahagian atas dengan adunan yang ada serbuk koko.

7. Lorekkan la dengan chopstik ke apa bagi nampak macam corak sikit. Kalau nak design apa apa ikut suka hati la.

8. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu sehingga air mendidih baru kukus kek selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak la.

* Nak pastikan masak atau tidak cucuk kek dengan lidi kalau tak melekat tu tandanya dah masak la.

9. Biar kek yang dah masak sejuk dahulu baru pindahkan ke bekas lain & potong.

Dah siap lahai kek minyak kukus atau juga di panggil kek marbel. Kukus la senang bagi yang baru nak belajar baking ni. Kalau bakar hangpa tak reti setting oven sat lagi tak nampak rupa kek pulak kan? So yang mana baru belajar baking macam den ni boleh mulakan dengan kek kukus je dulu. Peratusan kek gagal tu agak kurang berbanding guna kaedah bakar, sedikit rumit.


Boleh la kalau setakat nak bagi anak bawa pi sekolah kalau ada jamuan ke apa.. Rasa dia sedap, Insya Allah. Yelah.. kita buat ikut citarasa sendiri mesti kita rasa sedap. Tekak orang lain tak tau la kan... hahahahahaha

Apapun selamat mencub resepi mudah, senang tapi hasil yang kebabom ni di rumah memasing yer..

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID

11/12/2019 11:03:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID.  ni nak jadi setajah megi sekejab kat blog lekatlekit boleh ka? Alah.. boleh la.. Sesekali feeling setajah walau sekadar umpama megi segera cepat di masak sedap di makan katanya. Bukan apa haritu.. dah lupa bila nampak seorang kawan kat facebook tanya soalan berkaitan ni. Tapi dah lupa siapa. Kebetulan hari nampak ada artikel perkongsian laman twitter Mufti Wilayah persekutuan share berkaitan perkara.. sedang elok la blog lekatlekit ni pun jarang jarang terupdate dah kan sekarang. So kita share something yang bermanafaat untuk pembaca blog lekatlekit.


Actually den sendiri pun sebelum ni tak pasti adakah di bolehkan wanita yang sedang haid berwuduk sebelum tidur. Kita kalau dah kata haid tu cuti segala benda yang berkaitan la kan.. Sakan dia punya cuti tu. Sekadar mandi bersihkan badan bagai lepas tu tidur je la. Tapi ada orang dia selesa berwuduk sebelum tidur.. even masa haid pun dia rasa nak berwuduk juga. Boleh ke tidak? Habaq mai sat..

So, kita ikuti penjelasan yang saya ambil dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ni. Saya tak edit sangat cuma saya ambil point point penting sebab saya tau hangpa ni bukan sejenis suka baca ulasan panjang lebar sangat kan? 

Haid dan nifas merupakan hadas yang berpanjangan dan tidak terangkat dengan mandi wajib, jika sekiranya masih dalam tempoh haid dan nifas tersebut. Manakala orang yang berjunub, maka hadasnya akan terangkat dengan mandi wajib. Oleh itu, disunatkan berwuduk hanya kepada orang yang berjunub dan tidak bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas. 
Selain itu juga, syarat untuk berwuduk pula hendaklah suci daripada haid dan nifas. Justeru, seseorang wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak sah jika dia mengambil wuduk, kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut. (Rujuk Busyra al-Karim Syarh Masail al-Taalim: 99) 
Dalam hal ini, Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie menyebutkan bahawa:
Ø¥ِØ°َا Ø­َاضَت المَرْØ£َØ©ُ Ø­َرُÙ…َ عَÙ„َيهَا الطَّÙ‡َارَØ© ; Ù„ِØ£َÙ†َّ الحَيضَ ÙŠُوجَبُ الطَّÙ‡َارَØ©ِ ، ÙˆَÙ…َا Ø£َوجَبَ الطَهاَرة Ù…َÙ†َعَ صِØ­َّتَÙ‡َا ÙƒَØ®ُرُوجِ البَول 
Maksudnya: Jika sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keadaan haid, maka haram baginya untuk melakukan perbuatan bersuci (toharah). Ini kerana datangnya haid akan mewajibkan wanita tersebut bersuci. Apa yang mewajibkan seseorang itu bersuci maka ia menghalang sahnya perbuatan bersuci tersebut selagimana masih dalam keadaan demikian, seperti ketika membuang air kecil. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
Imam al-Nawawi menukilkan daripada kitab Musykilat al-Muhazzab dalam mensyarahkan petikan teks di atas menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan haramnya seorang wanita untuk bersuci, mempunyai dua tafsiran: 
Pertama: Makna haram yang dimaksudkan di sini ialah tidak sah jika wanita tersebut bersuci. 
Kedua: Haram dan berdosa jika sekiranya dia bersuci dengan berniat ianya sebagai satu ibadah (ta’abbud), dalam keadaan dia sudah tahu bahawa perbuatan tersebut tidak sah. Maka, dalam keadaan tersebut, maka dia berdosa kerana mempermain-mainkan ibadah. Imam al-Nawawi menyebut bahawa tafsiran ini merupakan yang sahih. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
sekiranya sekadar melalukan air di atas anggota-anggota wuduk tanpa niat ibadah sekadar berniat untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan sahaja (tabarrud) contohnya, maka perbuatan tersebut tidaklah berdosa dengan perbuatan tersebut, tanpa khilaf.

Kesimpulannya bahawa hukum seseorang wanita yang didatangi haid dan nifas mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram serta berdosa jika sekiranya dia berniat ta’abud dan mengangkat hadas. Ini kerana wuduk tersebut tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya dan dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempermain-mainkan ibadah. 
Oleh itu, jika sekiranya ingin melakukan hal kebiasaannya dengan berwuduk sebelum tidur tersebut, maka hendaklah berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan, maka hal tersebut adalah diharuskan. Begitu juga, jika sekiranya haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub, justeru disunatkan untuk mengambil wuduk dan diwajibkan untuk mandi. Moga-moga dengan perbuatan yang mengikut panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam menyucikan diri tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. InshaAllah.
WaAllahu a’lam.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca. Apa yang salah mohon teguran. Kalau rasa ilmu ini berguna butang share ada kat sebelah.. sila la tekan.. kekekeke

Sumber : http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3782-irsyad-al-fatwa-siri-ke-330-hukum-wanita-haid-mengambil-wuduk-sebelum-tidur

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

5 Reasons Why You Should Go To Chili's Malaysia Now!

10/31/2019 01:35:00 PM suria lekatlekit 3 Comments


5 Reasons Why You Should Go To Chili's Malaysia Now!  If you are someone who loves to hang out, have food in new and exciting places and socialize at the same time then this article is for you. In this article, we will discuss the top 5 reasons why you should visit Chili's Malaysia restaurant. By the end of the article, we are sure that you will be convinced. So let's get started. But before we dive into the top five reasons for visiting chilis, let's get to know what it is. Chili’s is a famous restaurant. But it's not your average around the corner restaurant. Chili’s is a Tex Mex restaurant. Don't worry if you don't know what the term “Tex Mex” means. A Tex Mex restaurant serves the classic American dishes and southwestern dishes. But these recipes also have a Mexican flavor to it. Tex is short for Texas, representing the southwestern America, and Mex is short for Mexico.

● You can enjoy the limited time Socials Sharing Platter all day long:

This is a dining concept based around the idea of eating together in a community. The advantage of such offers is that as a customer you get a lot of choices. You are not constrained to the food that you order. Instead, you just pick whatever you like and enjoy the dish.




If you don't like the dish then you simply pick another one. You can even consider it as a kind of buffet. We took advantage of this offer and found that we like Chimichurri Wings the most. There are three more options available, we are only saying that Chimichurri Wings suited our palate the most. The magic ingredients in this dish are the Chimichurri sauce and the chipotle balsamic glaze. It goes without saying that chicken was soft, juicy and grilled to perfection. You also get pickled onions with this one.

● It's free for the kids:

We all know that kids can be really choosy when it comes to eating. Sometimes they can be extremely picky. Most of us have been in situations where our kids order something and then end up rejecting the entire dish. If you have kids then you should definitely check out this offer. You can take your kids with you and they get to eat whatever they like for free.



The catch is that as an adult you have to order at least one main course item from the menu and the kid must be below 12 years of age. They even have a special menu for kids. Most of the kids that we saw while we were at chili’s were enjoying their meal. So next time when you want to take your kids out for dinner, don't forget to visit Chili’s.

● Bottomless Drinks:

In America, it's common for restaurants to offer unlimited refills on drinks. But the same is not true in Malaysia. In fact this culture is almost non-existent in Asia. We don't know why it is like this but we would definitely like to have this option everywhere. We were pleasantly surprised to know that they offer unlimited refills on drinks.


But you will have to pay if you want a refill of a drink that costs more than your previous one. That's totally fair.

● The famous molten chocolate cake:

No meal is complete without a dessert. A good dessert at the end is so satisfying and Chili’s has just nailed it. Their molten chocolate cake is just out of this world. You have to try it to understand what we mean.


● The ambiance:

Last but not the least, it's not just the food that matters. The ambiance of the restaurant is also equally important. In our opinion, the ambiance of Chili’s is very welcoming and perfect for a family dinner.


We are sure that by now you want to visit Chili’s Malaysia. But if for some reason you cannot do it, they also take orders online. You can order your food from chilis malaysia and it will be delivered by FoodPanda Malaysia to your address. Chilis delivery is always hassle-free.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM

10/31/2019 10:26:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

JENAMA PRODUK KOSMETIK YANG BERULANG KALI DI KESAN BERACUN BAKAL DI BLACKLIST KKM. Setelah bertahun tahun.. Akhirnya apa di harapkan bakal berlaku tak lama lagi. Bagi saya yang memang aktif memberi kesedaran tentang produk produk beracun, overclaim, tidak berdaftar terutama produk kosmetik rasa perkara ni salah satu kejayaan bagi saya. Rasa tak sia sia la saya turut serta bersama kawan kawan seperjuangan yang lain berusaha untuk memberi kesedaran pada orang ramai terutama pengguna social media.

Semalam secara tak sengaja terbaca perkongsian dari salah seorang followers di satu group kecantikan yang berkongsi artikel berita KKM bakal senaraihitamkan produk beracun yang di kitar semula setelah berkali kali di banned KKM. Rasa macam nak lompat bintang rasa bila baca berita macam ni.. Yelah, selama ni pengeluar produk bila produk depa di senaraikan sebagai produk beracun depa akan keluarkan statement konon produk depa kena 'fake' menyebabkan produk depa teraniaya. Konon yang beracun tu fake product. Pengguna yang mendapat kesan kemudaratan tu guna produk fake katanya.

Tak ada isu fake product kalau KKM dah keluarkan kenyataan bahawa sesuatu produk tu mengandungi bahan terlarang contoh kalau produk kosmetik/skincare biasanya di kesan mengandungi merkuri, hidrokinon, tretinion. KKM ada SOP mereka sendiri dari mula mengambil sampel sampailah laporan di keluarkan. Rasanya pengeluar @ founder sedia maklum kot macam mana. Cuma takkan la depa nak bagitahu hangpa kan... Depa orang berniaga mana nak rugi, ye dak??

Boleh baca pada artikel ni macam mana prosuder KKM dalam mendapatkan produk sebelum mengistiharkan sesuatu produk mengandungi bahan terlarang : PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

Berbalik kepada undang undang baru yang bakal di kuatkuasakan katanya suku pertama tahun depan.. Pengeluar produk yang mengitar semula produk beracun depa bakal di senaraihitamkan jenama mereka. Untuk mengelakan depa dari terus menjual produk beracun. Kesian KKM tak larat nak ambil sampel.. hantar lab kalau dah tiap tiap tahun produk jenama yang sama dengan kandungan bahan racun yang sama tapi dalam nama item pada produk berbeza & nombor  notifikasi yang berbeza je dok dalam list. Kos nak buat analisa pun kena ambil kira ye dak. So rasa undang undang baru untuk menyenaraikan hitam kan jenama produk kosmetik yang berulang kali di kesan mengandungi racun tu adalah sangat baik dari semua sudut terutama untuk keselamatan pengguna. Yelah.. pengguna kurang bijak ni belum sepenuhnya pupus dari muka bumi malaysia ni. Even produk yang sama di kesan mengandungi racun hampir setiap tahun pun dia still bersangka baik & percaya cakap founder produk dari pihak berautoriti seperti KKM.

Selain di senarai hitamkan.. Akan juga di kompaun. Hope kompaun tu tinggi sikit. Kalau setakat amount celah gigi.. founder produk kosmetik kat Malaysia ni ramai dah jutawan & kaya raya. Depa boleh bayar je. Harap denda di kenakan boleh menimbulkan rasa insaf & takut sikit pada golongan pengeluar produk beracun ni. Almaklum la kita manusia ni kan.. Selagi tak di jentik dengan musibah maha dahsyat bukan nak sedar & insaf. ye ye den mengata diri den sendiri. kekekekeke. Begitu juga dengan orang lain. At least di hukum di dunia tu lebih baik dari di hukum di akhirat.. Kat dunia ada masa bertaubat lagi kan selagi tak mati.


Senarai Hitam Jenama Produk Kosmetik Yang Kitar Semula Produk Setelah Dilarang 

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewartakan hukuman kompaun kepada syarikat pengeluar produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pewartaan hukuman itu akan dilaksanakan sekitar suku pertama tahun depan, bagi mengatasi isu membabitkan produk kosmetik. Langkah itu juga, katanya, bagi menghukum sesetengah pengusaha kosmetik yang menggunakan taktik mengeluarkan produk baharu dengan sedikit perubahan campuran formula, selepas produk lama mereka dilarang dijual di pasaran oleh pihak berkuasa.

“Antara yang sedang kami pertimbangkan adalah mewartakan tindakan kompaun kepada syarikat mengeluarkan produk kosmetik mengandungi bahan terlarang dan menyiarkan iklan kosmetik yang tidak mematuhi garis panduan. “Kompaun juga akan dikenakan kepada syarikat kosmetik yang memasarkan produk tidak patuh pelabelan, selain membuat pengisytiharan palsu ketika mengemukakan notifikasi kosmetik.

“Hukuman lain termasuk menyenarai hitam jenama produk kosmetik tertentu supaya produk itu tidak dijual, sama ada di pasaran atau secara dalam talian serta tidak mengulangi kesalahan. “Pengilang produk kosmetik juga akan diwajibkan memiliki lesen pengilangan berdasarkan amalan pengilangan terbaik (GMP),” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Semoga undang undang baru ni di kuatkuasa mengurangkan populasi produk kosmetik beracun di Malaysia. kepada pengusaha, pengeluar & pengasas produk yang masih menjual produk beracun harap dapat lah kesedaran. Mengejar harta dunia memang takkan pernah puas selagi hidup. Tapi apa guna hidup dengan menganiaya orang lain. Berhenti menjual & percaya pada rezeki yang lebih baik. Tu pun kalau hangpa percaya rezeki tu dari Allah la.

Saya tidak memusuhi mana mana founder kat Malaysia ni.. Saya cuma memerangi produk beracun sahaja. Semua manusia akan melakukan khilaf dalam hidupnya tak bermakna kita nak teruskan ke khilafan yang sama tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH PALING MUDAH

10/24/2019 08:23:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH PALING MUDAH. Jarang jarang sungguh dapat membelai blog kesayangan ni. Bukan tak ada cerita nak update cuma masa sangat jeles.. Almaklum la bila ada baby ni.. sangat sangat terhad masa terluang. Cuma sempat membawang holand kat FB jer katanya hahahaha.

Di kesempatan yang tak berapa sempat sebenarnya.. Update jugak la resepi untuk hari ni. Ni pun berepisod juga la nak siapkan. Tapi Alhamdulillah berjaya juga la siap.

Hari ni nak share cara paling mudah nak masak nasi Tomato bersama Ayam masak merah. Tu memang pasangan dia la kan.. Kalau nasi tomato wajib ayam masak merah. Kalau tak derhaka ok! hahahahaha



Jadi moh ler kita ke segmen dapur melekatlekit sekarang..

Nasi Tomato

Bahan bahan

3 cawan beras (Saya guna beras biasa bukan beras basmati)

2 sudu Tomato Puree

Setengah cawan susu cair

Bawang Besar 1 biji (size kecil)

Bungan lawang

Bunga Cengkih

Kulit Kayu Manis

Sedikit minyak masak

Sedikit Mentega

Air

Garam

Gula

Cara Memasak

1. Basuh beras & rendam seketika. Saya rendam sekejab jer dalam 15 minit sebab kejar masa

2. Panaskan sedikit minyak masak, masukan sedikit mentega & tumiskan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih sampai laju & naik bau

3. Masukan tomato puree & susu cair & kacau. Biar sampai mendidih

4. Masukan garam, gula (secukup rasa), Beras & gaul agar sebati dengan bahan lain.

5. Tambah air mengikut sukatan beras.

6. Biar sampai masak, Dah kering nasi kacau sedikit guna garfu

7. Siap dah nasi tomato yang simple tapi sedap.



Ayam Masak Merah

Bahan bahan

4 Ketul ayam (Di gaul garam & kunyit & goreng separuh masak)

7 biji cili kering (di rebus)

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

seinci halia

2 sudu tomato puree

1 Batang serai (di ketuk)

Bunga Lawang

Kulit Kayu manis

Buah pelaga

Minyak Masak

Cara Memasak

1. Blend @ Kisah bawang besar (sebiji), bawang putih 3 ulas, Halia seinci & Cili kering yang dah di rebus terlebih dahlu.

2. Panaskan minyak masak tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & serai kemudian masukan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.

3. Dah pecah minyak bahan tumisan tadi masukan 2 sudu tomato puree gaul sebati

4. Masukan ayam yang dah di goreng separuh masak. (Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit)

5. Biar sampai ayam masak & tambah garam secukup rasa.

Sedia untuk di hidangkan.


Kalau resepi den memang yang mudah mudah belaka. Sebabnya sasaran den yang baru berjinak jinak masuk dapur. Kang bagi resepi susah susah dia tak jinak dia jadi liar... langsung tak nak belajar masak pulak kan?

Resepi nasi tomato & Ayam masak merah ni pun ada macam macam versi. Ikut tekak memasing la kan. So tak perlu jadi pertikaian.. lain orang lain cara memasak & bahanya tapi normally bahan basic sesuatu masakan tu kebanyakn sama maybe bahan perasa tambahan je mungkin sedikit berbeza mengitu citarasa masing masing.

Apapun selamat mencuba resepi mudah dari dapur lekatlekit. Insya Allah sedap hingga menjilat pinggan. Jimat air tak payah basuh. kekeekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KEK PISANG KUKUS PALING SIMPLE TAPI SEDAP

10/07/2019 12:36:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI KEK PISANG KUKUS PALING SIMPLE TAPI SEDAP. Semalam sempat jugak buat 2 menu berasaskan pisang. Mula mula buat cekodok petang semalam ada lebih 2 biji pisang. Memang sengaja je tinggalkan baki 2 biji pisang sebab berniat nak buat kek pisang. Tak payah la berkerut buat kek guna 2 biji pisang je ke? Yelah.. buat sikit dalam loyang kecik. Banyak banyak sapa la nak makan..

Ni semua gara gara tengok IG si Khairulaming buat kek pisang coklat moist tu. Allahu terliur sampai menitik ayaq lioq atas lantai. Jenuh mop.. Tapi memandangkan tak cukup bahan nak buat kek pisang coklat moist tu.. So jadi kek pisang biasa je la. Tapi cuma bagi la sikit rasa coklat dengan mencampakkan sedikit coklat bar yang ada stok yang rumah ni.



Saya ni bukan la pandai sangat nak mem baking bagai. Oven pun tak ada kat rumah. Setakat kek pisang simple simple macam ni boleh la. Tu pun dulu pernah buat jadi merekah kat tengah tengah tapi yang semalam buat elok & sedap pulak kejadiannya. Yang elok je la kita share ye dak.. Yang nak tau sangat resepi kek pisang kukus yang nampak helok sangat gambarnya tu meh ler kita ke segment dapur lekatlekit.

Bahan bahan

✓ 2 Biji pisang (size sederhana)

✓ 1 cawan tepung gandum (Saya guna mug size biasa bukan besar)

✓ 1 Biji telur

✓ 2 sudu makan gula (taknak manis sangat. Pisang dah manis)

✓ Secubit garam

✓ 1 sudu Baking Soda (sudu kecil)

✓ 1 Sudu Baking powder (sudu kecil)

✓ *Sedikit coklat bar (dalam sebaris tu cukup la sebab buat sikit je) *ni tak wajib.takde pun tak apa.

✓ Butter (agak agak sendiri la. Setengah gengam gitulah)

Cara memasak

➠Lenyek Pisang sampai lunyai (sampai hancur la)

➠Masukkan 1 sudu kecil baking soda

➠Masukan 1 sudu kecil Baking powder (serbuk penaik)

➠Masukan secubit garam

➠Masukan 2 sudu besar gula

➠Masukkan sebiji telur

➠Masukkan butter (mentega) yang dah di cairkan

➠Masukkan Coklat bar yang dah hancur kasar kasar

➠Kacau semua bahan bahan tu sampai sebati

➠Kemudian Masukan tepung gandum sambung pukul (kacau) sehingga adunan sebati

➠Masukan adunan tadi dalam loyang yang dah di sapu sedikit minyak masak (sepatutnya mentega/butter tapi sebab ada cukup cukup untuk masak kek je, So minyak masak pun boleh asalkan kek tak melekat kat loyang bila masak nanti).

➠Panaskan periuk kukus & kukus kek pisang anda sehingga masak lebih kurang 45 minit. Dah masak tunggu sejuk transfer ke pinggan atau apa saja yang bersesuai baru potong.


Please jangan potong kek ketika masih panas. Hancur lebur kek hangpa satgi.

Siaplah sebiji kek kecil yang sungguh gebu & sedap di makan ketika lapar. ekekeke. Senang tak resepi kita share ni. Senang kan? Tak payah sesusah ada perlatan baking. Apa yang ada kat rumah je boleh guna. Kalau nak buat untuk jamuan kat sekolah anak anak pun boleh. Sebab nak buat dia tak susah & tak perlukan masa yang lama di dapur.
Potongan gaya bebas sebab aku guna loyang bulat dah tak tau macam mana nak potong kek pisang ni bagi lawa. Yang gelap gelap adalah cebisan coklat bar yang dah cair dalam kek yer.

Bagi yang baru start nak belajar buat kek.. Ni kira antara kek paling senang nak buat sebab den pun bukan pandai sangat nak buat kek pun. tapi buat kek ni senang nak menjadinya kekekekeke.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MUDAH MASAK IKAN BAKAR PETAI DI RUMAH

10/04/2019 09:46:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

CARA MUDAH MASAK IKAN BAKAR PETAI DI RUMAH. Sapa pernah makan kat luar ikan bakar petai? Saya tak pernah pun makan sebenarnya tapi nampak banyak restoran @ kedai makan yang sediakan menu ni. Ikan bakar petai. Dengar nama pun bagi penggemar petai ni memang terliur la kan.. Bagi yang tak suka petai mungkin rasa mual la terbayang bau petai hahahaha.

Sebab rasa teringin sangat nak makan ikan bakar petai ni jadi buat sendiri lah. Almaklum la kat luar tu menu berasaskan ikan segar ni memang mahal.. Lebih lebih lagi menu bakar bakar ni. Memang tak kurang dari RM20 la tu pun ikan size biasa. Kalau besar mahal lagi. Bergantung pada jenis ikan jugak. Masak sendiri ni bukan je jimat tapi kita boleh makan puas sikit.

Alah bukan susah pun nak membuatnya.. Lebih lebih lagi guna pes segera. Lagi la mudah. Zaman sekarang bukan orang tak pandai masak tapi kadang kadang masa tu tak cukup. Depa lebih suka cari alternatif yang boleh menjimatkan masa termasuk memasak. Sebab tu la terhasilnya pes pes segera di pasaran bagi membantu golongan yang sentiasa tak cukup masak dapat menyediakan juadah di rumah. Tapi untuk yang tak pandai masak pun memang sesuai sangat la kan guna pes. Jimat ok masak & makan kat rumah even guna pes yang dah readymade.


So hari ni saya nak share cara mudah hangpa nak buat ikan bakar petai kat rumah. Kita sedia maklum kalau nak makan ikan bakar kat luar harga memang tak murah. Kalau ahli keluarga kita ramai so boleh pun besar la kalau makan kat luar. Jadi solution nak makan sedap sikit tapi dalam bajet yang murah.. masak sendiri kat rumah.

Alah setakat ikan bakar petai ni bukan susah nak buat. Nak nak lagi guna pes segera sambal cencaru sumbat ni. Walau namanya pes sambal cencaru sumbat tapi nak masak dengan ikan apapun boleh & boleh di pelbagaikan masakan yang berasaskan sambal. Contoh nak buat sambal tumis pun boleh.

Caranya mudah..

Saya guna ikan kembung size besar. Siang cuci kemudian belah bahagian belakang. Bedakan dia sikit dengan garam & kunyit lepas tu gaul pes sambal cencaru sumbat dengan petai. Lepas tu kau sumbat la kat dalam bahagian ikan yang yang belah tadi. Atau nak balut dengan daun pisang atau aluminium foil tu tak payah belah belakang ikan.. Just letak pes & petai atas ikan, balut dengan foil tu kemudian bakar/panggang.

Saya memang la tak bakar atas bara api.. Gila kau! Rumah aku tingkat 9 tak pasal pasal jiran call bomba, bomba datang berlumba lumba pulak. So saya guna Grill pan sahaja & masak/panggang atas dapur gas.


Masak la sehingga masak. Dah masak hidangkan & boleh la berjemaah menyantap hidangan yang sedap tapi sangat mudah di sediakan dengan pes segera sambal cencaru sumbat ni.


Untuk pes sambal cencaru sumbat ni rasa dia tak pedas sangat. Boleh makan seisi keluarga termasuk budak budak atau mereka yang tak tahan atau tak boleh makan pedas. Tapi kalau nak pedas boleh request, akan di buat pedas mengikut permintaan pelanggan. Yang lain lain memang dah cukup rasa, Tak perlu tambah apa apa lagi bahan perisa.

Harga dia RM15 (tidak termasuk postage) untuk 350g. Boleh masak 7 - 10 ekor ikan cencari size sederhana. Banyak kan? Boleh simpan lama tapi kena letak dalam peti sejuk la. Packaging dia pun dalam balang sudah mudah kita nak guna & simpan balik.


Tau la hangpa terliur kan? Nak tahu kat mana nak dapat pes segera cencaru sumbat yang sedap tapi harga masih murah. Yang berminat nak cuba boleh hubungi


1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEDAI BAIKI LAPTOP & MOTHERBOARD MELAYU DI KL

10/01/2019 11:30:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KEDAI BAIKI LAPTOP & MOTHERBOARD MELAYU DI KL. Ada ke orang guna komputer  & laptop lagi zaman sekarang? Bukan ke orang sekarang semua guna smartphone bukan saja senang di bawa malah boleh di gunakan di mana saja. Masih relevan ke buka kedai repair motherboard & laptop ni?


Amboi!!! Macam komputer atau laptop sekarang 'rare' sangat kalau ada orang masih guna. Saya masih guna ok untuk buat kerja kerja penulisan kat blog. Saya selesa guna komputer berbanding tab/smartphone. Sebab komputer & Laptop lebih lasak berbanding peranti elektronik yang 'in trend' sekarang. So boleh belasah sampai lebam katanya. Tapi tu la walau selasak mana pun.. Kadang kadang sampai limit sakit jugak kan minta pergi klinik. Apa ingat manusia je ke reti sakit komputer tak reti rasa sakit. Kalau sakit kena la cari klinik ye dak.. Tapi jangan la hangpa pi klinik kesihatan bawa komputer rosak pulak. Kena bawa pergi kedai repair komputer & laptop la. Tapi kalau rosak sikit sikit macam power supply rosak ke kalau pc ni boleh je buat sendiri. Beli power supply baru balik pasang je. Kalau rosak contoh motherboard memang kena hantar kedai repair motherboard jugak la kan?

Masalah juga kadang kadang nak cari kedai repair motherboard di kl ni. Lebih lebih lagi bagi yang bukan warga kl atau sekitarnya, baru berhijrah & tak familiar lagi tempat tempat di kl. Normally pelajar la kan. Banyak guna laptop dan terdedah dengan pelbagai kerosakan pada laptop terutama motherboard.Tapi jangan risau sebenarnya ada jer kedai repair motherboard & laptop di kl yang menawarkan harga servis yang mampu bayar untuk semua golongan.

Kalau pc atau laptop hangpa naik warning macam ni kena cepat cepat la hantar ke kedai repair motherboard & laptop yer

Bagi pengguna komputer atau laptop kalau rosak.. tak kisah la hardware macam motherboard atau software boleh bawa komputer & laptop hangpa untuk di baiki ke FR Laptop Service Kuala Lumpur. Terutama kalau hadapi masalah motherboard rosak la bukan semua kedai computer nak baiki. Memang Fr Laptop Service Salah satu kedai repair motherboard di kl yang patut hangpa kunjungi tanpa was was sebab mereka mampu menyelesaikan masalah anda di samping harga yang di kenakan sangat berbaloi. Selari dengan tagline mereka kuali & Jujur.


Sedikit info la kenapa motherboard boleh rosak? 

Biasanya di sebabkan terlalu panas (overheating) yang mungkin berpunca dari fans yang tidak berfungsi dengan baik. Ataupun sebab penggunaan software yang berat seperti graphic design, video editing & penggunaan graphic yang tinggi seperti permainan games pun boleh menjadi salah satu punca kerosakan motherboard pada laptop. Kalau dah rosak tu memang kena cari kedai repair motherboard jugak la kan?

Fan gagal berfungsi dengan baik disebabkan oleh kelalaian. Harus ingat laptop juga perlu di servis iaitu servis cleandust, bertujuan untuk mencuci dan membuang habuk pada fan laptop dan sebagainya, tidak lupa juga dengan menukar thermal paste yang sudah kering. Staff FR biasanya mencadangkan servis yang bersesuaian dengan bajet serta kerosakan yang di alami.

Habuk yang melekat pada fans jugak boleh jadi salah satu punca fans tak berfungsi dengan baik. Bawa je ke kedai repair motherboard & laptop Insya Allah dia servis baik punya kat hangpa.
Motherboard adalah bahagian penting dalam sistem komputer dan terdiri daripada litar bersepadu. Ia memerlukan penjagaan maksumim dan atas itu anda mencari kedai repair motherboard yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Antara kerosakan yang melibatkan komputer & laptop yang di handari ke kedai repair motherboard FR Laptop Service ni adalah seperti

☛Laptop tak boleh nak ON (NO POWER)

☛Laptop Auto Shutdown

☛Laptop Auto Restart

☛Laptop ON tapi tak keluar gambar (NO Display)

☛Laptop display macam tv rosak (warna hijau macam cerita matrix

Tu antara masalah masalah biasa yang melibatkan motherboard yang biasa pelanggan hantar untuk di perbaiki di FR Laptop Service. Kalau laptop hangpa ada masalah macam tu memang sedang elok hantar untuk servis di kedai repair motherboard macam di FR Laptop service ni.

Sekiranya kerosakan pada motherboard laptop tersebut terlalu serius sehingga kos repair agak tinggi, staff FR akan menasihatkan anda untuk membeli laptop baru. Setiap keputusan terletak di tangan sendiri. Tapi selagi benda tu berbaloi untuk di baiki di kedai repair motherboard FR laptop service ni akan cuba membantu anda memperbaikinya.

Banyak je kedai repair motherboard & laptop ni kat KL tapi kenapa mesti FR Laptop service?

Memang banyak cuma FR Laptop service ada keistimewaanya tersendiri salah satu kalau hangpa yang dok sekitar KL atau kawasan berhampiran yang memang jenis sibuk manjang tak sempat nak walk in ke kedai depa boleh call je mereka ada runner yang boleh datang ambil & hantar laptop anda yang ingin di baiki. Senang kan kalau ada servis runner untuk kedai repair motherboard & laptop di kl macam ni? Almaklum la kadang kadang jam orang malas nak hadap. So biar runner yang buat kerja.

Selain itu FR Laptop Service KL menawarkan

✓servis yang jujur dan berkualiti.

✓Harga servis yang berpatutan dan mampu bayar.

✓Tempoh waranti yang panjang. Bergantung kepada jenis kerosakan.

✓Servis yang sangat cepat.

✓Jaminan pulangan wang 100% jika laptop tidak dapat dibaiki.

✓Menggunakan alatganti (sparepart) yang berkualiti

✓Layanan staf FR yang mesra.

✓Sentiasa menjaga hak pelanggan.

✓Bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukan oleh staf.

✓Warantty motherboard 5 Bulan

FR Service Laptop Kl ni memang menggunakan tenaga pekerja yang ada kepakaran dalam perkara tersebut so tak perlu risau kerja kerja membaiki ni di buat oleh mereka yang memang dah terlatih dalam bidang tersebut di kedai repair motherboard FR Laptop service ni. Anda boleh datang & bawa komputer atau laptop anda yang ada masalah jumpa dengan staf yang memang di latih untuk melayan pelanggan dengan mesra & berbincang tentang masalah yang di hadapi oleh peranti anda. Kalau depa tak mesra report kat bos depa ok! Tapi setakat ni review dari pengguna yang biasa menggunakan perkhidmatan FR Laptop service Alhamdulillah dari segi layanan hinggalah perkhidmatan semuanya adalah yang terbaik. Kalau setakat nak cari kedai repair motherboard di kl ni datang jer.. takde masalah bagi mereka.

FR Laptop Service akan sedaya upaya untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah seperti kerosakan motherboard, mencari alat ganti untuk laptop dan sebagainya. Serahkan kepada mereka di FR Laptop Service, insyaallah anda pasti akan berpuas hati dengan servis yang di berikan. dan inilah kedai repair motherboard di kl yang anda boleh percayai

Nak repair motherboard laptop rosak yer cik? Kat sini la kedai repair motherboard di kl yang boleh selesaikan masalah anda. Gitu la kot gamaknya conversation antara mereka. hehehehehe

Bagi yang menyokong kempen BMF (Buy Muslim First) FR Laptop Service ni adalah Kedai repair motherboard & laptop yang di miliki bumiputera, Melayu 100%. So tak salah lah kita nak support perniagaan orang Islam bagi membantu menaikan ekonomi umat Islam tu sendiri tapi bukan la kata kena boikot yer semua barang atau servis yang bukan Islam. Konsep dia pilihan pertama carilah servis atau barang orang Islam kalau tak ada tak salah kita untuk beli atau guna produk keluaran bukan Islam pun. Kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain kan? Mengutamakan tak semestinya membenci yang lain.

Bagi yang nak guna perkhidmatan FR Laptop Service maybe ada yang tengah cari kedai repair motherboard & laptop di kl ni.. boleh hubungi seperti di bawah

Telefon / WhatsApp +60172882349 | Link WhatsApp
Facebook @FRLaptopService

Alamat : 
 508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 55100 KL 

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam

Buka Waze di Mobile FR Laptop Service
Buka Google Maps di Mobile FR Laptop Service

Kalau ada keluarga, sedara mara, kawan, sahabat taulan yang tengah cari kedai repair motherboard & laptop di kl ni boleh la cadangkan FR Laptop Service kepada mereka.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APA? ADA BAHAN ANTI KULAT DALAM PRODUK SKINCARE?

10/01/2019 11:26:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

APA! ADA BAHAN ANTI KULAT DALAM PRODUK SKINCARE? Hamboiii!! Bila hang nak serik ni? Berani hang dok tulis tulis kat blog pasai produk lagi. Tak cukup ka dengan apa yang hang kena tu? Bukan tak cukup cuma benda tu tak la buat saya berputus asa dalam menyampaikan kesedaran kepada pengguna. Apalah dosa kan kita menyampaikan info info berkaitan produk kepada masyarakat. Masuk neraka ke? Takkan..

Jadi kita ke topik yang sepatutnya. Semalam pihak NPRA (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar 4 produk tempatan (local skincare) yang di kesan mengandungi bahan terlarang yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik & merbahaya pada kesihatan pengguna.


Biasanya produk produk skincare yang kantoi kat lab KKM ni ada merkuri, hydroquinone & tretinion kan.. Tapi semalam macam nampak benda baru di campurpalsu dalam produk kosmetik jenama tempatan tu. Iatu triamcinolone acetonide, betamethasone valerate chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim, dan ketoconazole.

Tu dia padia pulak menatang tu wei.. Nak sebut pun tak reti. tergeliat lidah. Menatang apa depa bubuh dalam produk tu? habaq mai sat..

triamcinolone acetonide & betamethasone biasanya terdapat dalam produk anti kulat/fungus. Ia adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Wah sekarang produk skincare dah di campur dengan bahan anti kulat yer.. Tapi kalau produk anti kulat boleh di gunakan pada kulit kenapa tak boleh letak dalam produk kosmetik? Apa salahnya?? Guna pada kulit jugak kan?

Hello.. Ubat anti kulat ni bukan semua orang boleh guna. Ia perlu pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti masalah kulit sebelum di beri ubat anti kulat/fungus ni. Bukan kau main tempek untuk buat daily skincare ok! Nama pun ubat bukan skincare. Sila hadam!

Sumber :
Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2019 – Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Triamcinolone acetonide dan betamethasone valerate 

boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Hydroquinone 

boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Antibiotik (chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim) dan antifungal (ketoconazole) 

Kalau diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

Merkuri 

dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Jangan satgi ada penjaja produk kata.. Bahan tersebut ada dalam ubat hospital bla.. bla.. boleh guna bla.. bla.. Memang ada dalam ubat tapi hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan seperti doktor sahaja. boleh boleh hang main jual bagi orang pakai kat kulit sebagai daily skincare yer. Produk ubat tak sama dengan produk kosmetik. Kosmetik adalah produk yang di gunakan di luar kulit bagi tujuan penjagaan diri/kulit, wangian, kebersihan bukan produk yang ada claim merawat macam ubat.

Jadi.. Jauhi produk kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak di benarkan walaupun bahan tersebut di gunakan dalam certain ubat. Tak semestinya dia selamat dalam ubat dia juga selamat bila di campurpalsu dalam produk kosmetik. Setiap bahan tu anda tindakbalas & ada fungsi tertentu sahaja boleh di gunakan. Kalau di gunakan tanpa pemantauan profesional kesihatan & tanpa kawalan mungkin boleh memudaratkan kesihatan kulit & badan anda.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INSTAGRAM BLOCKED IKLAN PRODUK KURUS & PEMBEDAHAN KOSMETIK

9/24/2019 11:49:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

INSTAGRAM BLOCKED IKLAN PRODUK KURUS & PEMBEDAHAN KOSMETIK. Tu dia maybe para founder, seller, agent, dropship & Instafamous sikit gelebah bewak dengan berita ni kan? Mana tidaknya bagi yang terlibat menjual atau mempromosikan produk produk macam ni pasti benda ni akan menjejaskan sedikit la kuantiti rice dalam cooker depa. Nak nak benda benda ni memang mendapat permintaan tinggi. Almaklum la semua orang obses nak cantik.. nak langsing.. bagai kan? Sapa la nak nampak buruk ye dak.


Disebabkan iklan iklan atau promosi benda benda tu memberi pengaruh & mungkin banyak yang merisikokan pengguna terutama mereka yang bawah umur ni, Minggu lepas katanya Instagram mengubah polisi& menghalang (Blocked) iklan yang berunsur produk kuruskan badan & Pembedahan kosmetik untuk pengguna berusia bawah 18 tahun dari di paparkan di platform media sosial tersebut. Benda ni katanya selepas di desak oleh persatuan pengguna (Bukan PPIM ok! PPIM maybe tak berminat nak membenteras benda benda macam ni kot. Jarang nampak PPIM involve untuk isu isu produk supplement pelangsingan & kosmetik ni). yang berpendapat iklan iklan sebegitu tak sepatutnya di lihat oleh mereka yang bawah umur.

Memang bagus sangat Instagram buat macam tu.. even masih ada Facebook & twitter yang tak kurang hebat juga menjadi tapak mengiklan & menjual produk produk macam ni at least bila Instagram remove & blocked iklan iklan macam ni effect juga la kepada facebook. Kebanyakan link ke facebook kan account instagram. Nak nak lagi sekarang trend bayar Instafamous untuk review/promosi produk produk macam ni so lepas ni dah tak boleh la hangpa nak dapat income dari produk produk macam ni.. ngeh ngeh ngeh..

Bukan apa.. Produk kurus ni sangat bahaya ok! Pakar pun tak suggest ambil sebarang produk kalau nak kurangkan berat badan. Cara paling selamat adalah mengamalkan pemakan yang seimbang & sihat, bersenam. Tak ada jalan pintas nak kurus ok! Kalau ambil produk tanpa bersenam & diet seimbang boleh kurus.. Hangpa patut rasa curiga dengan kandungan bahan yang di gunakan dalam produk tu ok! Banyak dah yang KKM kesan mengandungi bahan terlarang yang boleh membahayakan kesihatan & organ dalaman seperti buah pinggang. Jangan nak kurus tetiba tinggal tulang menanti Izrail datang memanggil je.

Hope Plaform media sosial lain juga turut mengambil peranan untuk menghalang promosi promosi produk produk macam ni di social media untuk membantu orang awam dari consume perkara yang memudaratkan. Even Instagram cuma blocked paparan untuk pengguna 18 tahun kebawah je.. At least ada juga usaha untuk menyekat benda ni dari mempengaruhi golongan bawah umur. Walaupun kita sedia maklum yang dah bangka pun ramai yang bangang dok percaya produk produk macam tu kan..

Moral of the story.. Kalau nak kurus & nak cantik tapi malas terima je la diri seadanya dari kau buang duit tapi akhirnya dapat sakit lagi la tak berguna. kekekekeke


Sumber : https://www.buzzfeednews.com/article/ryanhatesthis/cosmetic-survery-weight-loss-18-plus-instagram?fbclid=IwAR2nIjZvWItHjZ8WMNUyZKqHVBgET61eC9GyZirsCBblNJzQnDgFXb4DURg

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TUANKU PERMAISURI AZIZAH HANYA HANYA KETAWA BACA KECAMAN

9/14/2019 11:16:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TUANKU PERMAISURI AZIZAH HANYA HANYA KETAWA BACA KECAMAN. Kecoh seluruh alam maya bila Tuanku Permaisuri Azizah deactived account twitter yang memang aktif dengan update setiap aktiviti beliau. Den pun follow juga sebab Tuanku sangat humble.. apa yang di share tak nampak langsung untuk tujuan riak. Jarang nampak dia nak share aset aset mahal even kita sedia maklum kemampuan mereka. Yelah.. Keluarga di raja kan hidup orang kata bersalut kekayaan tapi sebab sikap dia yang sangat humble. Update update beliau pun buat kita tak rasa jurang dengan beliau.. So sebagai rakyat benda tu memang la kita rasa selesa.


Tapi tu la.. Sebab beliau sangat humble & chill ada pulak yang mengambil kesempatan mengeluarkan statement yang menyakitkan hati seolah olah macam beliau seorang scammer yang hidup atas hasil penipuan pulak. Kalau spesis scammer hangpa nak kecam.. kecam la. Layak pun depa kena kecam sebab jahat. Tak kira la scammer skim cepat kaya ke, scammer produk beracun/overclaim ke. Tapi spesis scammer ni mana chill.. Cepat sentap. Almaklum la takut rice cooker tinggal pasir kan bila orang tahu penipuan & kejahatan depa. Tu yang scammer sekarang suka see u in court katanya.

Berbeza dengan keluarga di raja (Saya maksudkan Tuanku Permaisuri Azizah yer). Dia sangat chill & kata kata nista segelintir bebudak warganet ni tak menjadi sebab pun dia nak ambil tindakan undang undang terhadap mereka. Maybe sebab beliau rasa 'ini social media' dimana ada orang suka kita & ada yang tak. Itu normal. Lebih lebih lagi individu yang sentiasa jadi perhatian masyarakat ni of course dalam ramai ramai yang sentiasa  menyokong akan ada yang tidak suka.


Bukan la menyokong kita boleh biadap dengan institusi di Raja.. Tapi sikap pemaaf & merendah diri Tuanku Permaisuri patut jadi contoh yang baik. Jangan rasa kita berkuasa tak boleh orang jentik sikit nak ambil tindakan undang undang sampai ada yang terang terang salah dia pun tetap nak tegakkan benang yang basah sebab mungkin dia ada kuasa. Biasanya Pengaruh & kekayaan la buat seseorang tu dia rasa besar & berkuasa. Padahal semua tu pun datang dari Allah. Kita manusia ni sebenarnya tak ada apa apa pun. Berlagak dengan pinjaman yang Allah bagi sebagai Amanah untuk kita pikul sebaiknya je.

Bila baca di accoun twitter Tuanku Permaisuri yang sebenarnya sedih mendengar berita 2 individu yang menghina beliau di tahan untuk siasatan. Beliau seboleh bolehnya tak mahu benda tu berlaku. Dah di tegaskan beliau menutup account twitter sebelum ni bukan la sebab di cyberbully beberapa individu tapi atas sebab peribadi yang lain. Yer faham di pihak Tuanku Permaisuri dia tak rasa perkara tu perkara besar sampai perlu di ambil tindakan undang undang tapi ada akta yang dah mereka langgar sebab tu mereka di ambil tindakan juga.


Apapun semoga apa yang berlaku kita sama sama ambil pengajaran. Tak hilang rasa hormat rakyat kepada pemimpin yang merendah diri. Kalau ada pun seketol dua yang maybe otak tertinggal dalam uri masa lahir tapi majoriti akan sayang & lebih rasa hormat kepada pemimpin macam ni. Malah mereka rasa makin dekat.

Semoga Tuanku Permaisuri berolah kesejahteraan & kebahagian di dunia & akhirat. Amin...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com