RESEPI MUDAH & SEDAP.. AYAM UNGKEP LA!

1/30/2019 04:14:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI MUDAH & SEDAP.. AYAM UNGKEP LA! Surirumah ni.. Benda paling susah nak decide adalah nak masak apa. Kalau seminggu sekali masak ok la.. Tapi kalau dah hari hari masak kadang kadang otak jadi tepu jugak. Alih2 menu yang sama juga dok rotate kan. Sebab tak ada idea nak masak. Tu masalah surirumah senior.

Tapi yang bakal surirumah & surirumah junior ni.. Masalah depa.. Baru nak belajar masak. Nak masak yang rumit2 satgi rasa kelaut pulak kan? So Untuk starting pegang kuali & sudip boleh la try masakan yang senang tapi sedap hingga menjilat pinggan. Contoh macam salah satu masakan jawa ni.. Ayam Ungkep. Tapi bila orang melayu macam den masak dia memang tak pure jawa dah. Sebabnya.. Dia akan ada penderhakaan juga dalam resepi asal. Biasa la.. Kita masak ikut selera kita kan.. Lagu mana yang kita rasa sedap kita buat cuma masih menggunakan basic resepi asal agar rasa dia tak la lari jauh sangat sampai berkilometer gitu.

So hari ni.. Segmen Dapur sekangkang kera lekat lekit nak share resepi mudah, senang, cepat & sedap dengan hangpa semua. Ready semua? Dah siap pakai apron ke? Moh la kita ke dapur lekatlekit yang sekangkang kera tu..

Untuk masak Ayam Ungkep Versi lekat lekit ni..


Bahan bahan

1. Ayam (den guna setengah ekor ayam size kecik je sebab tak ramai rokyat nak makan)
2. 2 biji bawang besar
3. 3 Ulas bawang putih
4. Halia
5. Jintan manis
6. Jintan Putih
7. 2 batang Serai
8. 3 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
9. 1 biji cili merah
10. Daun limau purut
11. Kunyit hidup
12. Asam keping
13. Garam
14. Minyak masak

Cara Memasak 

1. Kisar/blend bawang besar, bawang putih, halia, 1 batang serai, kunyit hidup, cili padi, cili merah, jintan manis & jintan putih.

2. Panaskan minyak tumis bahan kisar & masak sehingga pecah minyak

3. Masukkan ayam yang dah di potong & di bersihkan

4. Masukkan 1 batang serai yang di ketuk, setengah keping asam keping & daun limau purut sehelai

5. Gaul semua bahan dalam kuali & biar masak sampai kering kalau nak ikut resepi asal. Kalau suka berkuah boleh tambah air kalau dah kering biar berkuah.

6. Kalau ayam dah cukup masak, masukkan garam secukup rasa & gaul sebati.

7. Tutup api & hidangkan


Dah siap Ungkep Ayam paling senang & simple nak masak. Susah je. Alah.. step kau blend je bahan dia kemudian masak je bukan susah pun. Tapi rasa dia Insya Allah sedap.. Lebih lebih kalau pedas la. Den masak memang kurang pedas sebab ada makhluk tak boleh makan pedas dalam rumah den.

Dah siap masak boleh tapau bawa bekal pergi kerja ke.. bekalkan kat suami yang pergi kerja masa lunch time ke.. anak pergi sekolah ke. Nak masak pepagi pun tak perlu masa yang lama..


Moga dengan resepi mudah & senang ni membantu anda menyediakan hidangan untuk keluarga lebih lebih lagi ibu yang bekerjaya ni. Masa sangat limited katanya nak berlama lama kat dapur. Salah satu menu paling mudah & cepat nak sediakan.. Ayam Ungkep ni la. Bahan blend boleh sediakan siap2 malam kalau rasa nak masak pagi.

Selamat mencuba yer... Kalau sedap tolong share resepi ni dengan orang lain jugak. kekekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JURURAWAT SAMAN ARTIS.. ARTIS SAMAN NETIZEN

1/29/2019 05:51:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

JURURAWAT SAMAN ARTIS.. ARTIS SAMAN NETIZEN. Isu pasal seorang artis memviralkan ketidakpuasan hati dia terhadap layanan kakitangan hospital (merujuk kepada sekumpulan individu (jururawat) nampaknya tak habis setakat tu. Sebelum ni.. Jururawat yang tidak terlibat tapi gambarnya di viralkan memfailkan saman terhadap artis tersebut. Tempoh masa di beri untuk membuat permohonan & membayar gantirugi telah tamat.. Update terkini yang den baca katanya saman dah di failkan secara online.

Tup tup hari ni terbaca artis tersebut bakal memfailkan tuntutan saman kepada 100 netizen yang terlibat mengeluarkan komen2 mengaibkan/fitnah terhadap beliau berkenaan isu perang beliau dengan jururawat terlibat. Wow.. siapakah 100 netizen yang bakal dapat NOD tu yer? Hope bukan den la.. den tak terlibat sangat mengeluarkan sebarang komen terhadap isu tu. Kalau ada pun komen2 biasa jer takkan tu pun kena NOD. Sian baru nak berehat dari court case ni tau.. hehehehe

Nampaknya isu saman ni dah jadi macam isu saman 3 penjuru. Kau saman aku.. aku saman depa. Kalau semua proceed saman.. jenuh dok naik turun mahkamah juga la kan retis tu. Untuk kes dia di saman & kes dia menyaman. Wow!! Memang kuat juga mental dia hadap.. den kena saman pun struggle mental & material juga wei.

Menurut laporan dari Mymetro.. Penyanyi tersebut bakal memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.

beliau menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan. Katanya sekarang pihak mereka sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, pihak mereka masih dalam proses mengumpul butiran lanjut kesemua netizen yang hendak di saman. Selepas itu, baru notis akan dihantar.

Tuntutan artis tersebut adalah mahu mereka yang terlibat buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Dengan saman ni maka dia menjadi artis pertama yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial. Dalam masa sama, kes membabitkan saman jururawat terhadap dirinya sedang berjalan di Mahkamah Shah Alam.

Tapi isu retis saman netizen ni sebenarnya tak berapa menarik berbanding isu yang di kongsikan oleh Doktor Rafidah di media sosial..

Lepas ni mana2 pengguna yang mendapat kemudaratan @ kesan buruk selepas menggunakan sesuatu produk boleh memfailkan saman sivil terhadap pengeluar/founder dah. Ini kerana ada Firma Guaman yang mula menjalankan aktiviti  aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR). Boleh refer screenshot di bawah.


Alhamdulillah moga dengan aktiviti khidmat masyarakat macam ni.. Nasib pengguna terbela. Sebab kebanyakkan sebelum ni pengguna yang mendapat kemudaratan selepas mengambil atau guna sesuatu produk bila di dedahkan di social media mereka di ugut saman oleh pihak 'ponder'. Atas ketidakmampuan dari segi kewangan & tiada knowledge tentang undang undang & court case kebanyakkan mereka takut & menarik balik kenyataan seterusnya membuat permohonan maaf secara terbuka seolah olah mereka memfitnah. Semua di buat kerana terpaksa.. sebab takut di saman.

Harap dengan aktiviti CSR dari firma guaman tersebut mengubah trend.. Pengguna tidak boleh di buli lagi.

Apapun isu Jururawat vs retis vs netizen tu ada jalan penyelesaian terbaik & isu lambakkan produk beracun & pengguna teraniaya yang tidak mendapat pembelaan sebelum ni.. 2019 adalah tahun permulaan pengguna mengguna hak & kuasa pengguna mengheret pengeluar produk tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Amin..

Moral of the story.. Akhir zaman ni.. Mahkamah dunia memang tak habis dengan macam macam kes. Tu baru mahkamah dunia.. Mahkamah akhirat lagi maha dahsyat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERLALU PERCAYA POKOK PETAI MENANGIS, SAMPAI TERMINUM AIR KENCING

1/29/2019 10:04:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

TERLALU PERCAYA POKOK PETAI MENANGIS, SAMPAI TERMINUM AIR KENCING. Bukan nak kata orang melayu ni cukup senang di perdaya & terpedaya. Nak nak lagi perkara yang ada unsur mistik selain produk sampah la. Sebab tu bangsa melayu paling banyak kena tipu bukan je kena tipu sesama manusia.. dengan serangga pun depa boleh kena tipu. 


Dok baca juga la kisah tengah viral kat social media kononnya pokok petai di sebuah negeri di pantai timur mengeluarkan air & penduduk setempat menyifatkan sebagai pokok petai tu menangis. Apalah yang sedih sangat pokok petai tu yer sampai menangis tak henti henti. Sebab penduduk setempat & ada penduduk luar pun teruja dengan fenomena pelik yang berlaku kepada sebatang pokok petai ni.. Maka berpusu pusu la orang datang nak tengok. Ada yang siap tadah air & minum katanya untuk buat ubat.

KOTA BHARU: Penduduk Kampung Petani, Sering, di sini kebingungan apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu. 
Walaupun cuaca baik dan tidak hujan, namun pokok petai berkenaan mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.
Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Khaidin Razali, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai ini bersifat jernih dan berbau buah petai.

Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat.


Sumber : Astro Awani

Selepas di siasat rupanya air tu datangnya dari sejenis serangga yang dia panggil riang riang. Den baca terus rasa loya & pada masa yang sama rasa nak gelak terbahak bahak lebih lebih lagi yang taksub sampai minum air kencing serangga ni.

Tu la hangpa.. Tak check dulu dari mana datangnya air tu terus buat konklusi sendiri. Mujur la takde yang mati atau sakit lepas minum. Asal pelik je terus claim sebagai ubat.. ntah ntah racun ke hapa langsung tak terdetik nak fikir. 

Akhirnya misteri yang menjadi persoalan orang ramai sejak seminggu lalu terjawab jua.
Seorang individu, Wat Kamal Abas mendedahkan air tersebut bukanlah dari pokok petai menangis sebaliknya ia adalah air kencing serangga yang dikenali sebagai riang-riang.
“Air yang disangka air mata dari pokok petai tersebut sebenarnya adalah air yang terhasil dari air kencing riang-riang yang sedang bertenggek secara berjemaah di atas pokok tersebut,” katanya.
Sumber : Blog Cempedak Cheese

See.. bagaimana manusia yang di beri akal fikiran sempurna boleh tertipu dengan seekor serangga @ haiwan sekecil lebih kurang besar sikit dari ibu jari orang dewasa yang tak berakal.  Kenapa benda ni berlaku.. Sebab taksub! Taksub kepada perkara perkara yang bagi mereka misteri & mungkin mentaliti manusia macam ni fikir yang pelik & misteri ni ada keajaiban & kuasa tertentu untuk tujuan tertentu seperti perubatan.

Entah apa perasaan mereka yang sanggup tadah air kencing riang riang tu kemudian minum saat ni yer... Hope tak trauma atau mengalami kemurungan lah yer sebab tertipu dengan serangga. Takpe la.. manusia semua akan buat silap moga apa yang berlaku jadikan pengajaran dia masa akan datang. Kurangkan ketaksuban tu..

Moral of the story.. Tipah tertipu bang!!! kekekekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK VAKSIN, TAK HANTAR SEKOLAH & KURUNG ANAK BINI DI RUMAH

1/28/2019 09:34:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TAK VAKSIN, TAK HANTAR SEKOLAH & KURUNG ANAK BINI DI RUMAH. Memilih suami ni umpama membuat satu keputusan yang sangat besar dalam hidup. Silap pilih suami memang akan effect kehidupan, rumahtangga & masa depan seorang wanita tu. Tapi kadang2 hidup ni kita sukar nak ramal apa yang bakal berlaku sebab kita berkahwin dengan manusia. Hari ni dia baik.. mungkin esok lusa dia berubah jadi sebaliknya. So.. kalau kita dah cuba sebaik mungkin memilih pasangan dari kalangan mereka yang baik tapi berlaku sebaliknya.. Mungkin Allah nak uji kita la tu.


Terbaca dua tiga hari ni viral pasal sorang retis nasyid ni.. Lama tak baca kontroversi yang di cetuskan beliau ni. Maybe dia rasa nama dia dah suam suam taik hidung so dia muncul dengan posting yang jadi kontroversi balik. Semua orang tahu retis nasyid ni dia memang antivaksin sejak dulu. Pergi ke klinik/hospital pun sekadar nak buat pemeriksaan kesihatan. Lepas tu ubat yang di bekalkan dia buang dalam tong sampah. Kejam kan? dah la guna perkhidmatan kilinik/hospital gomen lepas tu simply je buang ubat ubat tu. Taknak pun kembalikan la balik. Ada orang memerlukan. Nampak alim & islamik tapi kenapalah ikut perangai syaiton jugak suka membazir. Ingat ubat ubat di klinik & hospital govement tu dapat free turun dari langit lepas tadah tangan berdoa ke?

Sekali lagi beliau ni mencetuskan kontroversi dengan posting mengharamkan anak bini dia gemuk.. Yang tu pilihan & pendapat dia. Dia nak anak bini dia sihat & anak bini dia tak terbeban dengan perkara tu ok la tapi yang tak best anak anak dia tak di hantar ke sekolah. Cuma homeschooling ikut masa dia free je. Katanya dia penyanyi.. Masa dia tak menentu. Atas alasan dia tak percayakan sistem pendidikkan sekarang dia kata dia tak nak bazirkan duit & habiskan masa hantar anak dia kat sekolah. Sebab dia kata sekolah sekarang kurang tekankan didikkan agama.

Kat Malaysia ni banyak sekolah boleh pilih. Kau nak yang lebih kepada Islamik hantar je sekolah agama. Ada swasta & sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya. Kesian anak di halang bersosial sebab kat sekolah salah satu cara anak belajar bersosial & bergaul. Dia tak tau ke banyak parents anak anak keperluan khas ni di reject pihak sekolah sejak tadika.. Struggle jadi sekolah yang boleh terima anak anak mereka untuk belajar & bersosial tapi ni dapat anak sempurna fizikal & mental reject sekolah pulak.

Kadang - kadang alasan berunsur keagamaan ni macam sengaja di jadikan alasan demi memenuhi tuntutan ego sendiri sebagai seorang ketua keluarga. Didikan agama & dunia kena seiring even kita di akhir zaman sekalipun. Yer semua orang akan mati.. tapi sementara hidup mereka perlu meneruskan hidup. Jangan fikirkan kepuasan sendiri.. Fikirkan kepentingan anak anak juga. Dia sendiri perlu hidup bersosial dengan orang lain demi mencari rezeki.. Dia sendiri di hantar ke sekolah & universiti untuk menuntut ilmu kenapa anak anak dia di halang dapat semua tu.

Yer betul ilmu bukan hanya ada di sekolah... Tugas mendidik bukan terletak hanya pada guru tapi pada ibu bapa tapi sekolah di ciptkan untuk memudahkan anak anak kita belajar mengikut masa. Sekaligus benda tu mengajar anak kita berdisplin. Kalau bapak dia kata dia boleh ajar anak dia kat mana2 saja ikut masa terluang dia ada.. hurmm.. konsep belajar menepati masa tu mungkin tak dapat di ikuti.

Bab vaksin tu.. Lantak dia la. Malas nak komen isu vaksin ni sebab mufti pun dah keluarkan fatwa kan. Ada otak pakai.. Ada bijak jangan gadai!

Tapi tu la.. Itulah pilihan dia kan? Keputusan untuk anak bini dia.. dia yang buat. Dari pihak isteri & anak anak kita tak pernah dengar apa2 statement so kita tak tahu samada depa enjoy je dengan life macam tu atau sebaliknya. Tapi tak salah even kita tak setuju dengan cara hidup dia.. Kita doakan yang baik baik je untuk mereka sekeluarga moga doa yang baik itu berbalik kepada kita semula.

Moral of the story.. Apa yang baik kita ambil sebagai pengajaran Yang buruk tu jadi sempadan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA

1/25/2019 05:00:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA. Sapa masih ingat dengan penyanyi kanak kanak Tegar sekarang dia bukan penyanyi kanak kanak dah.. Dah jadi anak teruna budaknya. Sekarang dah masuk kategori penyanyi remaja. Katanya baru baru ni datang ke Malaysia nak buat persembahan atas jemputan di Pendang kedah sana nu.. Tu dia, orang kedah dapat la tengok penyanyi luar negara secara live kan?


tadi terbaca berita terkini di portal berita MyMetro katanya si budak tegar dah kena kompaun atas kesalahan merokok di kawasan larangan. Rokyat Malaysia semua dah sedia maklum.. Dah di kuatkuasa larangan merokok di seluruh premis makanan.. Kafe tu di kira premis makanan jugak la kan. Kalau dulu boleh.. sekarang ngak boleh lagi ya pak! Kamu ngak baca isu isu semasa negara jiran ya pak?

katanya Pengurus Tegar dia tak tahu sebab Kafe tu dulu nya boleh merokok. Dulu memang la kebanyakkan premis makanan boleh merokok.. So, pengurus dia dari Malaysia seolah olah macam tak puas hati dengan penguatkuasa pulak. Katanya tak boleh bertolak ansur langsung. Sebab terus saman si retis dia. Katanya.. Retis dia retis luar. Dia maybe tak tahu..

PENYANYI remaja dari Indonesia, Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan.
Pengurusnya di Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, Tegar, 17, ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan ketika sedang merokok berhampiran sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang pada Rabu lalu.
“Tegar datang ke Pendang, Kedah bagi memenuhi undangan menjayakan persembahan untuk program Pesta Orkid Dan Flora pada malam Selasa lalu.
“Keesokkannya (Rabu) dia mahu bertolak pulang ke Subang, Jakarta Barat dan sementara menunggu masa perlepasan, dia merokok di luar kawasan (LTABL) situ.
“Dahulunya ia zon dibenarkan merokok tapi rupa-rupanya premis (kafe) itu kini adalah zon larangan merokok menyebabkan Tegar didatangi anggota penguat kuasa yang mengeluarkan saman,” katanya kepada Harian Metro. - Berita penuh baca di ☛ 'Sepatutnya beri Tegar amaran dulu...'


Pak.. Ini pengajaran ya pak. At least tegar sebagai artis luar negara pertama di saman dapat memberi pengajaran kepada artis artis luar yang lain terutama Indonesia supaya tahu di Malaysia sekarang tempat tempat makan dah tak boleh merokok. Apatah lagi di kafe lapangan terbang. Takde nak excuse dengan alasan kau tak tahu bagai.. Ini undang undang yang kena di patuhi & patutnya kau pengurus tahu retis kau tu merokok pesan la awal awal. Bagi den.. Penguatkuasa menjalankan tugas mereka. So takde isu nak salahkan mereka tak bertolak ansur bagai.

Dan kata pengurus retis tersebut nak panjangkan perkara ni kepada peringkat tertinggi iaitu Menteri Kesihatan kerana kecewa langsung tiada budi bicara daripada mereka. Atas alasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan  yang mengatakan tiada tindakan undang-undang dikenakan selama enam bulan bagi tujuan mendidik masyarakat. Tapi retis dia dah kena saman atas kesalahan merokok di kawasan larangan.. OO.. ye ke? Takpe la pergi la merujuk kenapa retis awak kena saman yer.

Denda yang di kenakan kepada penyanyi remaja tersebut RM300 & katanya agak di luar kemampuan Tegar kerana dia dah tak banyak undangan nyanyian. So sesapa yang nak bantu Tegar boleh la invite dia buat persembahan untuk dia tambah pendapatan. Yelah.. kadang2 artis ni bukan semua kaya raya.. Kita semua tahu background Tegar kan.. Dia bukan berasal dari keluarga kaya. Kesian juga la. Tapi untuk kurangkan bajet.. Kan lagi baik kau tak payah merokok dik! Jangankan kena denda.. Rokok pun tak payah beli.

Moral of the story.. Rokok memang menghabiskan duit.. Bukan je rokok tu mahal malah denda merokok di kawasan larangan pun mahal juga. Jadi renung renungkan.. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARTIS SALAHKAN NETIZEN BILA SUSU BADAN KERING

1/25/2019 10:02:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

ARTIS SALAHKAN NETIZEN BILA SUSU BADAN KERING. Sejak semalam dok baca banyak blog2 hiburan, makcik, pakcik, kakak, abang bawang dok up & share isu ni. Den tumpang baca je tak banyak komen sangat kat facebook sana. Tapi macam pelik pulak kan? Kenapa nak salahkan orang lain kalau kau yang pilih untuk buat perkara tu? Ada yang baca katanya.. Maybe dia tertekan dengan komen2 netizen yang mempertikaikan size badan dia yang membesar sejak beranak pinak sampai ada yang menghina dengan gelaran yang tak baik. Di sebabkan tu dia gigih la berdiet sampai drop pengeluaran susu untuk anak dia yang masih baby tu.


Den tak nak la mengulas sapa salah sapa betul dalam isu ni.. Apa yang den nampak maybe si retis tu terlalu nak kurus & cara pemakananan dia semasa berdiet tu tak betul sehingga menyebabkan susu badan dia berkurangan. Sebab apa yang den baca.. Boleh je berdiet untuk kurangkan berat badan semasa menyusukan anak tanpa menyebabkan susu badan jadi kurang.

Sebenarnya dengan kerap menyusukan anak juga boleh menurunkan berat badan. Pengalaman saya sendiri semasa menyusukan anak saya.. Dalam pantang pun, berat badan yang naik sepanjangan kehamilan tu memang totally turun habis & susu tetap melimpah ruah bagaikan coco krunch tertumpah di ladang gandum katanya. Sampai kena pump keluar la.. Banyak sangat sampai bengkak susu. Yang tak pernah merasa bengkak susu.. Mungkin tak dapat bayangkan azab macam mana. Rasa macam gunung berapi nak meletop jer.. Ada orang tak tahan sampai demam demam.

Penyusuan susu ibu membakar banyak kalori, sehingga 300-500 kalori sehari. Masa itu saya tidak bekerja. Bila anak mahu menyusu saya akan berikan.
Tetapi saya juga mengepam susu kerana terlampau banyak susu badan. Sama sahaja jika anda seorang ibu yang mengepam susu secara eksklusif.
Cuba pamkan pada masa yang tetap dan sekerap yang anda boleh. Ini juga akan menambahkan penghasilan susu badan.

Tu salah satu cara untuk menurukan berat badan secara alami tanpa pengambilan sebarang produk. Selain tu.. antara tip yang saya baca di blog The Asian Parents Malaysia..

Pilih makanan yang berkhasiat

Ibu yang menyusu memerlukan 1500-1800 kalori setiap hari. Kalori yang kurang dari yang disyorkan boleh menjejaskan bekalan susu anda, atau menyebabkan anda berasa letih.

Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau kerana ia adalah sumber kalsium semula jadi. Makan makanan yang berkhasiat sahaja untuk memastikan susu yang terhasil berkualiti dan penuh nutrisi untuk tumbesaran bayi.

Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, bijirin, oat, susu, ikan, daging dan ayam.

Jika anda ingin mengira berapa kalori yang ada dalam makanan anda, bolehlah cuba MyFitnessPal.com.

Dengan adanya MyFitnessPal.com, anda mungkin akan lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Berikut adalah kiraan kalori untuk beberapa pilihan sarapan pagi Malaysia yang terkenal:

☛Nasi lemak: 494
☛Kopi dengan susu pekat: 341
☛Roti Canai dan Dhal: 360
☛Roti Bakar Mentega+kaya: 270
☛Telur setengah masak : 257
☛Teh Tarik: 310

Minum air yang secukupnya

Air sebenarnya sangat baik untuk menurunkan berat badan dan untuk ibu menyusu. Air bukanlah minuman ajaib yang akan membakar lemak.

Tetapi dengan meminum air yang secukupnya, ini boleh menghalang anda dari makan berlebihan.

Selalunya, orang akan keliru rasa dahaga dengan kelaparan. Akhirnya mereka akan makan apabila mereka sepatutnya minum air.

Air dapat membantu mengeluarkan toksin dari badan, dan ia boleh menyebabkan perut rasa kenyang.

Jika anda tidak gemar minum air, anda boleh masukkan hirisan buah-buahan kedalam air minuman anda. Tetapi jauhkan dari buah-buahan sitrus, oren dan juga daun herba yang mungkin akan menjejaskan penghasilan susu.

Anda juga boleh campurkan air kosong berkarbonat dengan jus segar. Ini adalah pilihan yang lebih sihat apabila anda mengidamkan air soda yang manis.

Senaman Sederhana

Senaman sederhana akan memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.

Cuba tengok video Melanie Darnell di Youtube. Dia mempunyai beberapa video senaman yang boleh dilakukan ketika mengendong anak anda.

Tetapi aktiviti beriadah yang senang seperti berjalan-jalan selama 30 minit sambil menolak stroller bayi agak baik juga.

Cuba elak dari tekanan dan dapatkan rehat yang secukupnya

Tetapi yang paling penting dari semua adalah untuk mengelakkan tekanan dan mendapat rehat yang secukupnya. Tekanan selalu menyebabkan seseorang makan berlebihan.

Ingat, jika jumlah makanan anda bertambah, maka bertambahlah berat badan anda juga. Oleh itu, cuba luangkan masa untuk berehat atau keluar seketika tanpa anak, dan bergaul dengan kawan-kawan.

Semua ibu perlukan ME-time.. biarkan ayah yang ambil alih kejap.

Tidur apabila anak tidur. Jangan harap boleh tidur nanti kerana anak boleh bangun bila-bila masa. Anak menyusu dahconfirm tak cukup tidur, apatah lagi kalau lebih dari satu.

Badan kita akan membaiki diri sendiri dan apabila kita tidur. Apabila badan kita mempunyai rehat yang cukup, minda dan hati pun lebih tabah untuk menghadapi cabaran.

Hasilnya, kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan untuk mengurangkan berat badan.

Ibu yang menyusu haruslah berfikiran positif dan sentiasa rileks. Apabila ibu senang hati, susu pun akan mengalir dengan lancar. Harapkan tips-tips ini akan menyumbang ilmu untuk semua!

Rasanya retis yang sedang berdiet dalam pada masa yang sama juga breastfeed anak dia tu dia berada dalam tekanan sebab pernah kena 'body shaming' oleh netizen. Mungkin tu salah satu faktor susu badan dia drop kot. Rasanya dia perlu berehat sebentar dari dok main social media & layan kritikan netizen sampai dia jadi tertekan. Focus pada kesihatan diri & anak dulu. Esok2 dah kurus cantik menawan kau tayang la sampai berdarah mata haters yang pernah hina hang tu.

Moral of the story.. Hidup ni kalau terlalu ambil pusing pasal apa orang cakap terutama yang berkonsep kecam mengecam ni memang takkan ada perkara betul kita buat. Sebab amat mustahil apa kita buat akan buat semua orang suka.. even kita tak buat apa apa tetap akan ada orang benci & mengata apatah lagi kita dok tayang life kita kat social media ni. Dalam isu macam ni dia cuma ada 2 pilihan samada ignore apa yang kita rasa tak perlu kita ambil serius atau tuup account social media kalau kita rasa kekuatan mental kita tak cukup untuk hadap kritikan orang lain.

P/S : Retis tu even badan dia naik selepas beranak pun muka maintain lawa juga. Kau hado?? hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA

1/24/2019 10:26:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA. Zaman sekarang sesiapa saja boleh berniaga tak kira la dengan mengeluarkan produk sendiri atau sekadar menjadi agent, seller & buat dropship. Kemudahan teknologi sekarang secara tak langsung memudahkan urusan perniagaan di jalankan tak kira dimana saja semudah hujung jari. tak perlu ada modal pun boleh berniaga. Yang penting ada smartphone katanya.. Itulah trend sekarang. Berniaga secara maya @ online.


Di sebabkan ramai yang berniaga maka semakin banyak la persaingan dalam perniagaan ni. Masing masing berlumba lumba nak apa yang mereka jual laku & dapat sambutan. So muncul la macam macam strategik marketing yang kadang2 menjelikkan, mengelikan & memualkan. Tak kurang juga yang selitkan penipuan dalam marketing depa. Ada yang menipu besar contoh jual produk kosmetik beracun claim produk organik la.. natural la.. dari herba semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya padahal 3 - 4 kali dah tu kena banned dengan KKM sebab di kesan ada bahan terlarang. Ada yang menipu yang konon tipu sunat.. Jadahnya tipu sunat. Produk bawa pengkelasan makanan yang sebenarnya tak ada apa2 khasiat merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah. Cuma produk makanan atau minuman biasa yang maybe sekadar nak bagi tenaga atau nak sedapkan tekak jer.. Tapi dia punya claim.. Nyawa pun boleh topup.. apatah lagi setakat penyakit kencing manis, kencing kawan, kencing berdiri mahupun kencing malam.. Tu pun dalam kategori menipu dalam marketing juga. Sebab dia nak orang produk dia.. setakat bagitau produk minuman berperisa sapa la nak beli kalau harga Tel Aviv kan? Baik minum milo je.. sama je fungsi dia.

Apakah hukum menipu dalam marketing ni? Kalau dah menipu tu.. Memang bukan benda baik la. Kalau dah tujuan buat dengan niat tak baik of couse la berdosa kan. Tapi tipu dalam marketing ni pulak macam mana? Nak nak alasan depa cari makan.. Cukuplah sekadar boleh buat banglo 10 tingkat.. setiap tahun holiday oversea.. boleh tayang barang branded, kereta mewah bagai. Takkan nak tayang naik myvi je kan.. Nampak low class katanya.

Rujukan ni saya baca di website rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk tidak mengundang salah faham kepada pembaca blog ni saya copy semua kenyataan dalam lama web rasmi tersebut lah yer.

Soalan

Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?

Jawapan

Pengenalan kepada Marketing

Marketing atau pemasaran ialah aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak melalui proses pertukaran.

Antara tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Berdasarkan permasalahan di atas, kami akan mengupas bagaimana Islam memandang isu ini.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Hukum Najsh

Ada sejenis amalan dalam urusan jual beli yang diharamkan oleh Nabi SAW iaitu najsh[3]. Najshialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal. Najsh pada asalnya bermaksud menyembunyi kerana perbuatan orang ini menyembunyikan niatnya.

Perbuatan ini adalah haram berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma katanya:

نَهَى النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّجْشِ

Maksudnya: “Nabi SAW melarang najsh.” (Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah).

Riwayat al-Bukhari (2035) dan Muslim (1516)

Jika terdapat bukti perbuatan tersebut adalah hasil perancangan penjual dan najsh (orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya), mereka berdua telah melakukan perkara yang haram.

Penjual dianggap telah menipu pembeli dan dengan itu pembeli berhak menuntut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian. Lihat al-Fiqh al-Manhaji, (4/15-16)

Selain itu, Islam mengangkat nilai kejujuran secara khusus kepada para peniaga dengan mengangkat martabat mereka. Hal ini jelas apabila disebut di dalam hadis yang diriwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid.”

Riwayat al-Tirmizi (1208)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:
Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.

Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang dilarang serta memberi kefahaman dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

Anda boleh baca artikel penuh di sini : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing

Sebenarnya dok dok guna copywritting yang berunsur Islamik pun banyak guna taktik menipu dalam marketing ni. Atau Istilah social media di sebut penunggang agama. Dia petik hadis.. dia petik ayat Al Quran dia petik butang agama.. Alih alih jual produk overclaim & menipu. Imej tak payah cakap la.. Yang bersarban pun ada.. Yang berniqab @ purdah pun ada. Sebab tu zaman sekarang ni kadang2 den lebih percaya golongan outspoken dari golongan berimej islamik ni. Depa bukan orang alim.. Tapi menggunakan agama untuk kepentingan peribadi atau keuntungan berbentuk material & duniawi. Golongan scammer pun banyak dah guna taktik macam ni.

Moral of the story... Nak dapat rezeki yang halal lagi di berkati ni memang susah. Kadang2 kita tak sengaja menipu dalam urusan mencari rezeki contoh kita tak tahu apa kandungan sesuatu produk kita jual. Kita cuma percaya pada founder/leader yang guide kita untuk jual produk tu. Tapi kalau dah tahu.. Jangan la buat buat tak tahu sebab ia memberi sumber pendapatan pada kita pulak. Tak tahu tu maybe boleh di maafkan tapi kalau buat buat tak tahu.. Tak mau cakap apa itu urusan anda dengan Tuhan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI

1/23/2019 10:22:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI. Semalam terbaca satu artikel yang di kongsikan satu page ni pasal.. Kuah laksa yang di campur dengan darah khinzir @ babi bagai menyedapkan rasa. Kedai tu milik bukan muslim & tiada status halal. So, suka hati dianak letak bahan haram bagi umat Islam makan pun Agama dia tak haram pun nak makan. Dia pun tak mention halal kot. Hangpa gigih makan buat apa.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga telah memberi maklum balas berhubung perkara ini. JAKIM telah mengesahkan bahawa mereka memang tidak mempunyai sijil Halal.

Tapi tu la yang pelik.. Kebanyakkan orang luar yang datang ke Penang ni.. rata rata suka sangat makan di kedai/gerai non muslim. Aku sampai jadi pelik jugak kadang kadang bila tengok perkongsian di media sosial ataupun rancangan kat tv depa ni main makan jer.. Sebab saya ni dari kecik memang penang tu macam tempat bermain. Selalu mak ayah bawa jenjalan kat sana bila cuti sekolah atau ada bajet lebih. Almaklum la kulim dengan penang tak la jauh mana. Sebagai orang kampung yang bukan kaya raya nak berjalan jauh masa kecik kecik.. Dengan adik beradik yang berderet macam keretapi ni. Penang salah satu destinasi kami sekeluarga berjalan jalan. Tak ada transport naik bas je balik hari. Pergi pagi petang balik la.


Tapi tu.. Tak pernah terfikir atau terdetik sampai la sekarang even dah berhijrah ke negeri orang & dah jarang dapat pergi penang berbanding masa kecik2 & remaja dulu, Nak makan di kedai atau gerai non muslim di penang. Sebab penang masih banyak pilihan makanan yang halal kot. Ada masakan melayu & ada masakan mamak. Kenapa masakan non muslim yang tiada pengiktirafan halal juga hangpa nak makan. Jakun lahai.. Datang penang macam pelancong luar negara. Rembat apa je yang jual. Macam semua makanan tu bebas bahan haram untuk umat Islam.

Nak salahlah peniaga non muslim dalam hal ni pun tak boleh. Hangpa yang nak makan bukan depa paksa hangpa makan. Setakat laksa bersepah orang melayu juai kat penang sana nu.. Yang hang gigih nak makan laksa cina sangat dah kenapa? Awat anak cacing dalam perut tu meronta ronta sangat ka minta makan? Darurat sangat ka sampai tak boleh cari kedai @ gerai muslim kat penang sana nu..

Ni Malaysia kot tak susah pun nak cari makanan halal & kedai/gerai/restoran orang Islam kat memana pun. Dari perlis sampai la ke sabah.. kita semua sudah merdeka! Ops ternyanyi pulak. Acah acah macam pi america pulak hangpa nak main terjah je tempat makan non muslim. Orang pi america pun seboleh bolehnya cari makanan halal atau bawa bekalan makanan kering sendiri. Tak dak nak main serkap.. telan je makanan tak halal apalah sangat setakat penang tu.

Moral of the story.. Bab makanan ni tak perlu la open minded sangat. Tang makan hangpa tak mau support bisnes sesama agama & bangsa tang produk beracun.. Kemain guna alasan nak support perniagaan orang melayu. Tak kira makanan atau produk.. Pilihlah yang selamat, bersih & halal.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK

1/11/2019 10:18:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK. Perlu ke kau highlight founder tu lekatlekit? Kau saja kan nak menganjing depa.. Iskk.. mana ada. Kan sekarang banyak sangat so called 'Founder' atau kebanyakkan cuma ponder jer sebab level & knowledge depa terhadap produk yang mereka keluarkan & pasarkan belum layak di gelar founder.


Yelah.. trend sekarang kan produk rebrand dari kilang OEM. Kau ada duit kau pergi kilang OEM cari je produk apa2 yang kau nak tempek jenama kau sendiri.. lepas tu kau boleh la claim diri kau ponder even kau sendiri tak faham apa2 pasal produk kau. Semua kilang yang buat ka. Dari packaging sampai la pendaftaran untuk di pasarkan. Kau cuma perlu pergi belajar marketing lepas tu buat fb ads sampai sesak news feed FB orang.. dah cukup. Modal lebih sikit kau bayar kat stesen TV ke stesen radio ke untuk iklan kan produk kau. Lepas produk kau dah terkenal tetiba ramai pulak dapat kesan buruk pakai produk kau.. KKM ambil sampel buat analisa di dapati ada racun tidak di benarkan.. Kau claim pulak KKM test fake sampel sampai produk kau di fitnah beracun katanya. Yang pakai dapat kesan buruk tu semua beli fake produk. Padahal kau sendiri masa nak pasarkan produk kau tu.. Kau tak ambil kisah pun pasal ingredient ke hapa.. Dalam otak kau' its about money money money je kan? Tu contoh yang banyak berlaku sekarang. Tak point la sapa sapa.. konsep kau buat kau terasa la. Tak buat kau rilex sudah.

Jadi sebab tu la atas rasa tanggungjawab nak ajak hangpa semua termasuk ponder sama sama belajar. Takpa bodoh dulu tapi jangan buat bodoh sampai sajat mengandung anak sulung dah la. At least bila hangpa ada ilmu sikit pasal produk tak la malu sangat nak mengaku ponder kan? Nampak la high class & bijak sikit. Reputasi sapa yang baik? Hangpa jugak.. ye dak??

Di Sebab ramai ponder/seller/agent produk ni tak ada knowledge pasal produk yang depa jual kerana tu la zaman sekarang muncul claim claim merapu & tak masuk akal bila nak iklankan sesuatu produk terutama kosmetik @ skincare ni. Ikut hukum logik akal depa ja..Tak ikut fakta sebenar. Bila orang pertikai kata orang dengki. Termasuk la ponder/seller/agent yang jual produk sunscreen @ sunblock ni. So yang mana ada jual produk sunscreen ni sedang elok la baca entri ni. Buat apa nak malu.. saya sendiri pun sebelum ni tak tahu. Bila dah tahu kita sama sama la share ilmu tu.

Secara ringkas.. Apa tu sunscreen ni? Kena juga bagitau. Satgi ada yang tak tahu.. terpinga tertanya ku dalam dilema mu pulak kan?

sunscreen ni sejenis skincare atau produk yang berfungsi untuk menjadi Pelindung cahaya matahari, juga dikenali sebagai pelindung kulit yang selalunya di datangkan dalam bentuk losen, semburan, atau produk topikal yang menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu matahari demi melindungi kulit. Pelindung cahaya matahari mengandungi satu atau lebih penapis UV yang terdiri daripada tiga jenis yang utama.

Kenapa kita kena pakai sunscreen ni? sebab nak melindungi kulit dari sinar terik cahaya matahari yang boleh menyebabkan berlakunya kesan buruk seperti kulit jadi berjerawat, berjeragat & kanser kulit di sebabkan kulit semakin menipis.

Yang orang tak tahu 3 jenis sunscreen tu. Bagi depa.. sama jer. Sebenarnya tak sama ok. Semalam budak laser & lantang Khairul Yoi ada berkongsi info tentang sunscreen di page dia. Rasa sangat bermanafaat untuk den panjangkan perkongsian ni di blog den yang tak se gah page Khairul yoi sebagai rujukan orang lain.

Physical sunscreen
lebih kepada layering kulit atau senang faham just tempek atas kulit je. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV  berlaku selepas korang apply pada kulit. Perlindungan dia tak kuat sangat. Kurang risikp berlaku kerengsaan kepada kulit. Biasa kalau nampak 'zinc oxide' ngan 'titanium oxide' kat ingredients tu ye la tu. Physical la tu.

Chemical sunscreen 
Sejenis sunscreen yang meresap UV masuk ke dalam kulit, kemudian bertukar kepada haba dan dibuang semula. Kena apply 10-20 minit sebelum terdedah kepada UV. More coverage. Tapi sesetengah orang akan bagi kesan kerengsaan kepada sesetengah kulit. Ada yg pakai kulit nampak gelap, naik biji gatal2 dan sebagainya. Jadi kena cari yang sesuai dengan kulit. Paling famous dalam produk ialah octylcrylene, avobenzone, octinoxate, yang lain korang google je.

Hybrid 
ada pula ada kedua dua kombinasi sunscreen ni iatu physical and chemical.

Cara penggunaan sunscreen @ sunblock
2 fingers rule. Dah terangkan sebelum ni. Untuk yang cair, gunakan sebesar syiling 50 sen lama tu. Kena sapu balik lepas dua atau tiga jam, bergantung kepada spf dan PA rating.

Sumber rujukan info pasal sunscreen kat sini yer

Ni den copy & edit sikit sikit dari artikel di posting Khairul Yoi. Kalau hangpa nak dapatkan info info terkini & pendedahan tentang produk produk boleh follow budak ni. Sebab banyak juga ilmu yang kita boleh dapat dari posting dia even bahasa dia memang la sangat 'outspoken'. Tapi sebab dia 'Outspoken' la berjaya menyampaikan kesedaran kepada orang awam tentang produk produk bahaya di pasaran. Terutama kepada kaum perempuan yang jahil tapi obses nak lawa dengan cepat kan? Yang penting misi perjuangan dia tu.. Menyelamatkan pengguna dari di tipu dengan produk2 beracun, overclaim, merapu & menipu.

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada anda yang memerlukan. Ilmu kecantikkan juga salah satu cabang ilmu. Sapa taknak cantik ye dak.. Tapi cantiklah dengan cara bijak bukan main semborono je pakai produk yang tak tahu sejauh mana selamat & berkesan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION

1/09/2019 10:01:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION. Tu dia tajuk.. kalau tak cerekarama memang tak sah kan kau ni lekatlekit!! Alah.. Nak drama sikit pun dah cebik. Rilex brother.. brother rilex.. Saja lahai nak bagi gempak sikit. Baru la hangpa ada hati nak clik entri kami & baca kan? Kalau tajuk pun boring.. depa scroll laju laju ja kalau nampak kat news feed FB tu. So, misi tak capai kat situ.

Sapa yang jenis ada kulit kombinasi memang kadang kadang macam benci tau nak cari skincare. Kadang2 kulit jadi berminyak sampai boleh buat minyak dagu katanya. Bila berminyak tu mula la subur bagai di baja jerawat. Terpaksa la pakai skincare untuk solve masalah oily skin & jerawat tu.

Normally kalau jadi macam tu memang saya akan cari Garden Of eden Mild cleanser & saya akan pakai bersama acne serum & acne gel. Bila pakai mild cleanser ni memang membantu masalah kulit berminyak & acne serum & acne gel ni untuk kecutkan jerawat. Tapi yang jadi masalah.. Mild cleanser ni dia akan meneringkan sikit kulit sebab dia nak keringkan minyak & jerawat tu. Tapi benda ni sangat effective untuk solve kulit berminyak & jerawat saya.

Saya dah biasa dengan fenomena ni.. So tak la mengelabah bewak sangat. Saya memang dah prepare apa yang saya perlu buat step by step. Selepas masalah kulit berminyak tu settle.. Saya akan guna produk yang melembabkan balik kulit saya. Saya memang suka bereksperimen dengan brand brand produk yang ada kat drugstore. Baru baru ni saya try Hada Labo Hydrating Lotion. Memang tak pernah try sebelum ni.

Bila kulit saya rasa dah mula kering sikit.. saya try apply hydrating lotion ni. So far selepas 3 hari tu memang tak ada masalah kulit kering terutama kat bahagian tepi mulut. Kat situ memang port biasa jadi kering kalau pakai mild cleanser ni. Akan rasa tegang sikit & bila kita pakai bedak dia jadi macam berbulu.. Tu tanda tanda kekeringan kulit la tu.


Selepas 3 hari tu memang totally kulit dah tak kering even saya masih pakai mild cleanser & gel jerawat tersebut. Malah rasa kulit nampak lebih segar & tak kusam jugak. Yelah.. bila kulit kita cukup kelembaban ni dia memang akan memberi effect segar kan? Kalau kering & kusam.. memang muka kau sedih dik! Pakwe tengok pun rasa nak tapakkan je muka kau tu kekekeke

Setakat ni.. Gabungan produk walau dari lain brand.. macam cleanser saya guna dari brand Garden Of eden, Acne & scar serum pun garden of eden, Acne Gel dari cosmoderm & hydrating lotion dari brand Hada Labo. memang tak ada masalah apa apa untuk kulit saya. Saya memang sejenis tak suka beli skincare jenis 1 set.. Saya cari mengikut keperluan kulit saya la. Memang dari dulu campur2 brand tapi semua produk drugstore la. Kalau beli set mesti ada item yang macam tak serasi dengan kulit saya so jadi membazir kalau tak guna.

Ni yang saya guna semasa kulit saya berminyak, masalah jerawat & selepas tu kering pada bahagian tertentu macam tepi mulut tu. Memang sangat membantu produk produk ni

Hada Labo ni bagi yang tak tahu produk dari Jepun. Kalau ikut info di belakang botol dia. Rekemen untuk kulit normal & dry skin. Tak rekemen untuk oily skin guna sebab pernah try masa kulit tengah oily memang tak membantu langsung. Dia akan menyebabkan kulit semakin berminyak.

Cara nak guna dia pun senang.. Sebab tu saya pilih hydrating lotion ni. Tuang atas tapak tangan kemudian tepuk tepuk je seluruh muka. Kalau saya.. saya cuma pakai malam sebelum tidur sebab bila bangun pagi muka rasa.. Masya Allah.. best sangat. Kulit rasa lembut je. Lepas cuci muka tu.. rasa licin walau kulit kau masih bersiku liku dengan tumbuh tumbuhan jerawat hahahaha...  Siang memang saya tak guna. Tapi ikut rekemen yang tertulis pada produk guna 2 kali sehari. Maybe boleh guna pagi & malam. Bergantung pada keselesaan sendiri la. Yang penting kena guna secara consistent untuk mendapatkan kesan positif pada kulit.

Testur lotion ni dia macam gel cair yang berwarna jernih. Kalau pegang macam melekit tapi bila apply pada kulit dia perlahan lahan meresap dalam kulit & tak bagi kesan melekit pun. Dia akan bagi rasa lembut & kering pada kulit. Memang selesa pakai sebelum tidur

Apapun produk yang baik & selamat pun bukan sesuai dengan semua jenis kulit & semua orang. Sekiranya hangpa guna tetiba rasa macam ada kesan tak berapa best ke apa.. Tu mungkin produk tu tak sesuai dengan hangpa la. Takde istilah kulit tengah detox ke apa.. Please try produk lain. Mungkin ingredient produk tu alergik dengan kulit hangpa ke apa.. So jangan gigih sangat nak guna.


Harga Hada Labo Hydrating Lotion ni.. Haritu saya cuma beli yang trial. Yang botol kecik 30ml. Harga tak sampai RM10 kot.. dalam RM4 ke RM6 macam tu la. Bagi yang baru pertama kali nak try boleh try yang botol 30ml ni dulu. Saya beli kat watsons. Tapi hada labo ni ada juga jual kt guardian atau certain2 farmasi lain. Tak kisah la kat memana.. ada je kau beli je nyah!

Moral of the story.. Pilih la produk selamat agar kesihatan kulit & organ dalaman anda tidak terjejas. Elak guna produk yang tak tahu kat mana kilang memproses.. produk yang tak ada bukti dah di R&D, tak ada dermatogy test atau apa2 ujian makmal atau analisis dari makmal yang di iktiraf untuk elak anda terguna produk beracun & berisiko pada kesihatan kulit & diri anda. Produk skincare (Kosmetik) setakat berdaftar dengan KKM je belum menjamin selamat di gunakan. Daftar hanya kelulusan untuk di pasarkan.. bukan KKM bagi kelulusan selamat di gunakan ok! So sila faham!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER

1/08/2019 03:18:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER. Kalau tengok dari testur & warna bagi saya semua nampak sama jer macam foundation katanya. Saya pakai pun saya anggap fungsi semua tu sama jer sebab apa? sebab kurang knowledge la. Almaklum saya bukan expect untuk produk produk makeup cuma suka makeup tapi bukan pandai makeup. Main hentam tenyeh je kadang kadang tu.


Saya rasa ramai pun macam saya.. Jadi tak salah pun kita belajar basic basic berkaitan makeup yang maybe selalu kita guna atau selalu kita nampak di jual. Supaya kita lebih memahami fungsi setiap item atau produk tu.

Sebenarnya BB cream, cc cream, dd cream @ cushion & tinted moisturize ni semua ada base kepada makeup. Tanpa benda ni mungkin makeup kita macam tak sempurna juga la. Fungsi dia lebih kurang macam foundation jugak la kan cuma foundation ni banyak level coverage dia yang kita boleh pilih. Macam kalau muka kau tak banyak masalah atau cela.. boleh guna yang low coverage, atau muka korang maybe sikit2 je masalah guna yang medium coverage atau muka yang subur bagai di baja penuh parut jerawat ke hapa.. guna yang high coverage. Walaupun semua lebih kurang sama tapi fungsi tetap ada sedikit perbezaan.

BB CREAM
BB cream ni dia memang jenis low coverage. Lebih cair. Memang testur dia bukan Matte. Memang tak berapa berkemampuan nak tutup cela cela kat muka hangpa tu. bagi yang jenis suka makeup yang nampak natural & lite lite macam orang korea yang suka nampak natural je muka depa memang sesuai guna BB cream ni. Sebab ia lebih banyak kandungan skincare macam pelembab (moisturizer) & khasiat khasiat lain dalam penjagaan& rawatan kulit ni.

Keistimewaan dia.. Memang dia takkan kontra sangat dengan warna kulit korang. Sebab dia sejenis yang kita apply dia takkan mengubah warna kulit tapi kena pilih code warna yang padan dengan warna kulit. Normally dia di datangkan dalam 3 code warna. So untuk coverage BB cream bukan sejenis makeup yang mampu bagi coverage yang baik ia cuma sesuai bagi mereka yang suka makeup jenis nipis & tak heavy sangat.

CC CREAM
Dia macam BB cream cuma dia ada color corrector di mana berfungsi untuk menutup warna kulit kusam. Senang faham membetulkan warna kulit anda yang tak cantik & kusam tu ler. Mampu untuk tutup cela macam bintik bintik hitam ke, parut jerawat, pori bla.. bla.. bagai.

DD CREAM (CUSHION)
Fungsi dia sama lebih kurang macam CC Cream. Ada color corrector & mampu menutup cela pada wajah. Lebih kurang macam foundation jugak la DD Cream (Cushion) ni.

TINTED MOISTURIZER
Alah senang hangpa faham moisturizer yang jenis bewarna. Kira 2 in 1 la. Pelembab + foundation. Fungsi dia lebih kurang sama jer.

Kesimpulannya.. semua benda alah ni lebih kurang sama cuma beza samada full coverage atau low coverage je. Tapi BB cream, CC cream & DD cream kebanyakkan tak banyak pilihan code warna so kadang2 susah nak cari yang ngam dengan warna kulit. Bila kita pakai takde la nampak macam terlebih gebu sangat kan?

Tu secara ringkasnya yang boleh saya share. Nak tahu secara detail korang boleh tengok Video review Faiz Firdaus ni. Kalau korang sejenis peminat barang kosmetik & suka makeup elok follow dia. banyak juga tip2 memilih produk kosmetik yang Faiz share dia page dia. Semua tu pun ilmu tak salah pun kita belajar even kita tak guna untuk diri sendiri. Maybe boleh sampaikan kepada orang lain yang memerlukan.


Semoga info ni memberi manafaat kepada semua kaki kaki makeup atau mereka yang baru terjebak dalam arena menconteng arang ke muka sendiri hehehehe. Lepas ni korang tahu la nak cari make up base yang macam mana. Ikut keselesaan & keperluan kulit korang la. Yang penting pilih produk kosmetik yang selamat. Jangan beli produk tiruan, produk rebrand (OEM) yang beracun & elakkan beli produk yang ada bad reputation atau kontroversi. Senang cerita kalau banyak testimoni muka barang lepas guna jenama makeup sekian sekian.. Kau tak payah nak jadikan muka kau tikus makmal produk tersebut. Kat drugstore tu bersepah. Bukan international produk je ada.. Local produk & produk dari orang melayu pun ada contoh simply siti & sendayu tinggi. Tak ada alasan ka beli produk berisiko dengan alasan nak support bisnes bangsa melayu alih2 bangsa kau sendiri klepet jual produk beracun kat kau. Sebab produk beracun ni modal rendah.. almaklum guna ingredient sampah kan tapi kadang2 dia jual dengan harga nirrojim. Mengalahkan harga produk kat drugstore. Berbaloi ke kau bayar produk sampah dengan harga tambang pergi haji? tepuk dada tanya selera beb!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERKARA NI PONDAN TAKKAN MAMPU BUAT UNTUK JADI SEORANG WANITA

1/08/2019 11:36:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

PERKARA NI PONDAN TAKKAN MAMPU BUAT UNTUK JADI SEORANG WANITA. Melihat seorang usahawan kosmetik transgender ni gigih untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia seorang wanita yang di lahirkan sebagai khunsa kadang kadang nak tergelak. Bukan apa.. dah terang terang orang tahu kot jantina dia.. Gigih lahai dia nak juga orang percaya dia tu seorang perempuan. Tak cukup dia heret mak bapak dia untuk sama sama menyakinkan orang awam bahawa dia perempuan.. Dia create macam macam isu untuk membuktikan dia perempuan.


Tapi tak tahu la perbuatan dia samada dia nak orang percaya dia perempuan atau sekadar mencipta kontroversi untuk menaikkan nama dia sekaligus memberi benefit kepada produk jenama dia. Sebab kebanyakan usahawa kosmetik melayu perangai macam tu terutama yang dah menjadi satu brand yang di kenali walau kualiti produk hurmm... so so je. Kadang2 some pah jugak. Cara mereka menaikkan jualan dengan guna marketing murahan macam ni la. Buat isu yang boleh jadi kontroversi.. ramai media akan tulis so secara tak langsung mereka dapat benefit even dengan publisiti murahan.

Berbalik isu dok buktikan diri dia tu perempuan dengan cara tunjuk tuala wanita yang konon dia guna.. hello bang!! Perempuan tulen takde masa nak up benda benda macam tu. Kami rilex je kot kalau datang bulan. Tak ada sampai nak bagitau orang dengan up gambar tuala wanita. Sebab perempuan tulen ni.. secara mata kasar pun boleh nampak keasliannya. Yang tiruan.. kau buat la apapun kau takkan nampak seperti yang asli. Kau kekal nampak tiruan. Sebab Allah ni sebaik baik pencipta. Even kau tiru macam mana sekalipun gaya perempuan setakat ni tak ada pondan berjaya menjadikan diri dia 100% seorang perempuan. Tak payah ambil contoh lain.. lenggok suara pun dah cukup. Lenggok suara perempuan dengan pondan kau buat macam mana pun takkan sama. Tetap yang pondan bunyi pondanya.. Tak ada cara kau boleh buat untuk ubah tone suara kau walau kau boleh tukar jantina sekalipun.

Selain tu of course la dia tukar jantina sekalipun.. suntik hormon & besarkan payudara dia takkan mampu untuk mengandung & lahirkan anak. Tak ada teknologi yang boleh pindahkan rahim seorang wanita masuk ke dalam badan pondan untuk membolehkan dia menjalani hidup 100% macam perempuan tulen. Boleh mengandung, beranak & menysusukan anak. Apatah lagi membuatkan diri kau datang period. setakat siram sirap ros atas pad lepas tu upload kat social media cakap kau datang bulan boleh la. Setakat boleh ambil anak angkat & claim sebagai mama walau hakikatnya kau jantan nyah!

Tu hebatnya Allah.. Dia menjadikan lelaki & perempuan berbeza . walau macam mana sekalipun.. walau kau berusaha untuk mengubah ciptaan asalnya tetap takkan berjaya. Kau potong kemaluan & tukar kepada kemaluan jantina yang kau nak sekalipun kau takkan dapat ciri ciri perempuan yang Allah jadikan sejak azali. So tak payah try hard sangat bak kata orang sekarang ni.

Yer memang ada lelaki jenis lembut bukan pondan.. dia hidup seperti fitrahnya lelaki. Berpasangan dengan perempuan cuma sifat kelakian dia nampak berbeza sikit tapi at least dia menjadi seperti apa yang di jadikan. Dia tunai tanggungjawab seorang lelaki & dia hidup seperti seorang lelaki walau perwatakan dia agak lembut. Bukan hina atau dosa di lahirkan dengan perwatakan lembut ni.. Tapi jika memilih hidup dengan cara songsang itu yang nampak hina sebenarnya.

Moral of the story... Orang islam percaya tiada kuasa yang boleh melawan kuasa Allah & tidak yang lebih hebat selain Allah. Apa yang berlaku ni sebenarnya kalau kita renungkan balik.. Allah sedang menunjukkan kehebatannya dimana seorang lelaki yang berusaha menjadikan diri dia seorang perempuan dengan macam macam cara.. Tapi keluar suara jer kantoi. Nampak simple tapi tak ada pondan berjaya bercakap dengan lenggok suara perempuan asli. Majoriti lenggok pondan je. Allahuakbar.. Itulah kebesaran Allah yang kadang kadang kita tak perasan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YA! ISLAM MEMBENARKAN ANJING DI BUNUH TAPI BACA DULU

1/07/2019 09:39:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

YA! ISLAM MEMBENARKAN ANJING DI BUNUH TAPI BACA DULU. Kecoh sekarang screenshot geng masjid racun anjing terbiar di kawasan kejiranan mereka dengan mencampurkan racun dengan makanan anjing tersebut. Dengan bangga pembunuh pembunuh ni berkongsi kejayaan mereka selepas meracun anjing anjing terbiar itu dengan jayanya di dalam 1 group whatsapp yang menjadi tular sejak minggu lepas.


Wah! tetiba gaya penulisan den macam pengacara rancangan 999 mengulas isu jenayah pulak kan? Ewah ewah kau.. dah kena sampuk ke? hehehehe.. Yelah kang bahasa pasar sebut perkataan carut orang marah. Tak elok katanya perempuan dok carut carut ni. Orang lelaki takpa depa lelaki kan? so fitrah lelaki kasar boleh depa mencarut. Kalau perempuan mencarut nanti merendahkan martabat sendiri. Kata setazah Tia Fatihah pada salah satu komen di posting kerol Ayoi hehehehe

Wokey la Setazah.. teguran membina & berat sebelah tu den ambil yang positif. So kita kembali ke topik asal. Betul ke Islam membenarkan membunuh anjing? Yer betul tapi bukan kau nampak anjing je terus bunuh tanpa sebab. Di bolehkan membunuh anjing ni sekiranya dia mendatangkan bahaya & kemudaratan kepada kita contoh dia ganas & menyerang kita. Jadi boleh la di bunuh untuk keselamatan kita.

ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Sayidah Aisyah, dia berkata bahwa Nabi saw. bersabda; 
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحِلِّ وَالْحَرَمِ الْحَيَّةُ وَالْغُرَابُ الأَبْقَعُ وَالْفَارَةُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ وَالْحُدَيَّا
“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh baik di luar tanah suci dan di tanah suci, aitu ular, gagak, tikus, anjing yang galak, dan rajawali.”
anjing yang tidak berbahaya dan tidak mengganggu, maka kebanyakan ulama Syafiiyah berpendapat tidak boleh dibunuh, baik ada pemiliknya atau liar, berwarna hitam atau lainnya. Mereka mengatakan bahwa alasan anjing boleh dibunuh apabila ia berbahaya. Jika tidak berbahaya, maka dilarang dibunuh.

Kadang2 orang melayu kat Malaysia ni kan.. Bila sebut anjing ja mentaliti depa dah set binatang haram. So kena di jauhi & tak boleh di beri simpati & kasih sayang. Memang la anjing tu dalam kategori najis berat tapi itu bukan alasan kita nak menganiaya anjing. Dia dok elok2 berjalan.. dok elok2 lepak.. tetiba kau baling batu. Jadahnya lahai.. Mati masuk nuraka kau kalau tak bertaubat sebab menganiaya anjing.

Anjing ni ada tercatat kisahnya di dalam Al Quran.. dimana kisah seekor Anjing bernama khidmir yang menemani 7 orang alim yang lari dari pemerintahan raja yang zalim waktu tu. Sempai sekarang pun anjing memang di jadikan penjaga rumah, kebun , harta benda dan sebagainya. Kita orang Islam pun boleh bela anjing tu untuk tujuan tu cuma tak boleh di letakkan dia dalam rumah & di jadikan pets macam kita bela kucing tu je.

Dah 2019 masih ramai orang melayu kat malaysia ni masih di tahap kuno persepsi & penerimaan mereka terhadap anjing. Asal anjing haram.. jangan dekat.. halau jauh jauh.. bunuh kalau ada di kawasan perumahan orang Islam. Kalau anjing tu menyebabkan kacau ganggu report je kepada pihak sepatutnya macam dbkl atau majlis pembandaran di tempat anda. Tak payah ambil tindakkan sendiri  kalau anjing tu tidak menyerang atau memberi ancaman kepada anda. Depa pun makhluk Allah yang ada hak di bumi ni. So jangan kejam sangat ok!

So jangan rasa korang dah buat sesuatu amal baik bila berjaya membunuh anjing di kawasan anda tanpa anjing tu cakar walau segaris pun kat badan sesapa. Setakat dia lepak2 santai di kawasan berhampiran masjid kalau dah macam rasa semak sangat pandangan mata atau berak bersepah sepah ke buat laporan kepada pihak sepatutnya untuk mereka mengambil tindakkan mengikut SOP yang di tetapkan. Jangan jadi pembunuh! Sebab mencederakan, membunuh & menganiaya haiwan termasuk anjing ni pun boleh di kenakan tindakan undang undang juga ok!

Seksyen 44(1) Akta Haiwan 1953 kepada 21 item di dalam Seksyen 28 Akta Kebajikan Haiwan 2015. Ini termasuk mencacatkan, mengabaikan, menggunakan alat-alat bahaya ke atas haiwan – seperti sukan menembak dan melaga-lagakan haiwan. Pelaku boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,00 dan/atau penjara selama 3 tahun. 
Seksyen 30 dalam akta baru 2015 itu ada menyatakan bahawa, tiada seorang pun boleh membunuh dengan menembak dengan senjata api mana-mana haiwan melainkan jika dibenarkan oleh pihak berkuasa veterinar dalam kecemasan atau demi kawalan penyakit. Pembunuhan haiwan yang sakit teruk atau yang sedang mengalami penderitaan harus mendapat perakuan pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar (seperti jika haiwan tersebut mengalami sakit yang tidak dapat dirawat seperti terlibat dalam kemalangan).
Moral.. Di lahirkan sebagai manusia menjadi pemegang amanah besar terhadap hidupan di bumi ni termasuk haiwan. Bukan di lahirkan sebagai manusia kamu menjadi pemilik semua yang ada dalam perut bumi sampai makhluk lain nak share hidup pun tak boleh. Jangan lupa kita ataupun haiwan hanya menumpang di bumi Tuhan yang maha luas ini ok! Kalau sedar diri sama sama menumpang.. pepandai la bawa diri yer. Peace Yo!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGALAMAN DI DI DIGNOS ADA OVARIAN CYST SEMASA HAMIL

1/04/2019 11:21:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

PENGALAMAN DI DI DIGNOS ADA OVARIAN CYST SEMASA HAMIL. Amboi lekatlekit.. dah nak jadi blog perubatan pulak ke cerita pasal cyst ni. Dah grad ke nak cakap pasal perubatan ni? Ilmu di dada cukup dah ke? Kang ilmu sesat pulak tak pepasal orang kecam..

Gambar Google

Tu dia hangpa.. Kalau nak cari salah kami ada ja kan? Asal nama blog lekatlekit ja semua negatif macam dah tak ada benda baik kami tulis dalam ni. Apa kami nak tulis ni bukan la memandai mandai. Just nak share pengalaman sendiri & apa info yang kami dapat dari doktor ja. Bukan dari seller atau ponder produk yer. Yang tu memang info info kesihatan yang depa sampaikan hangpa kena tapis & kaji balik. Depa kadang2 claim ikut hukum akal depa ja bukan berlandaskan fakta perubatan tu. Asal boleh relate dengan produk depa jual jer.. Almaklum la strategi marketing katanya. Kalau tak ada strategi mana boleh nak buat banglo 10 tingkat.. holiday oversea setahun sekali ye dak??

So hari ni den nak share sikit la pengalaman den sendiri yang sebelum ni memang tak pernah ada cyst. tetiba masa buat check up kandungan 12 minggu doktor detect ada nampak ovarian cyst berukuran 3cm x 3cm. Bagi yang tak tau apa itu Ovarian cyst lets me explain first to you all hokey! Jangan marah speaking london berabuk kat blog ni...

Ovarian cyst berlaku kepada 1 dalam 1000 wanita hamil. Kebanyakkan tidak merbahaya. So dont panic macam dunia nak kiamat esok hari. Macam saya di kesan ada ovarian cyst masa kandungan 12 minggu secara tak sengaja semasa membuat pemeriksaan (ultrasound) kehamilan di klinik kesihatan. Sebab ovari ni dekat dengan rahim so masa scan tu kalau ada cyst ke apa memang boleh nampak. Tu penting bila pregnant cepat2 buka buku pink & patuhi temujanji untuk pemeriksaan. Supaya kalau ada apa2 yang tak kena dengan diri kita boleh cepat di kesan.

Menurut doktor yang check up saya di klinik kesihatan.. Ovarian cyst ni dia macam kantung air & tidak merbahaya. Bukan kanser. Ia di sebabkan hormon jadi memang tidak apa2 ubat atau rawatan nak di buat. Cuma di pantau dari masa kesemasa untuk memastikan cyst tu tidak semakin membesar. Ovarian cyst kalau bawah 5cm tidak merbahaya.. tapi sekiranya dah lebih dari 5cm mungkin akan di rujuk dengan pakar di hospital la. Lepas tu apa step seterusnya.. kena merujuk dengan pakar tersebut la.

Apa yang doktor bagitahu saya.. ovarian cyst ni.. kadang2 boleh ada tiba tiba masa mengandung & boleh hilang macam tu je. Sebab ia cuma hormon. memang tak ada apa2 ubat untuk hilangkannya.. Menurut pembacaan saya melalui carian google Kalau tak hilang juga & size semakin membesar (melebihi 5cm) cuma boleh di buang secara pembedahan.

Masa di kesan size cyst saya 3cm x 3cm.. Memang tak membesar sampai la follow up cyst semasa kandungan 20 minggu.. doktor dapati cyst tu dah tak ada. Bermakna dah hilang begitu saja. Yup saya ikut cakap doktor tak payah panik.. Dan saya pun tak ambil apa2 produk yang konon boleh merawat cyst bagai tu. Dah doktor kata benda tu memang tak ada ubat dia boleh hilang sendiri je dah kenapa perlu nak ambil produk yang kita sendiri tak tahu samada betul ke berkesan. kang tak pepasal pulak penyakit lain yang dapat.. Lebih2 lebih kalau tengah pregnant.. Please jangan memandai nak ambil apa2 produk tanpa merujuk kepada mereka yang lebih bertauliah seperti doktor.

Jadi pada anda yang di kesan ada ovarian cyst macam saya sebelum ni.. Jangan panik sampai cuba produk bukan bukan. Ikut nasihat doktor.. patuhi temujanji yang di tetapkan & teruskan rutin hidup macam biasa. Allah dah kata tiada penyakit yang tiada penawar kecuali mati. Penawar tu tak semestinya berupa ubat berbentuk fizikal.. yang perlu di ambil secara makan/minum/sapu. Kadang2 yang menjadi penawar adalah ubat secara rohani. Sentiasa positif.. Kalau yang Islam perbanyakkan ibadat & membaca Al Quran. Bila rohani kita sihat.. Insya Allah mempengaruhi kesihatan mental & fizikal kita. Tu dia pesanan dari setazah lekatlekit katanya (matilamak kena kecam secara berjemaah)

Please jangan buat benda ni.. bila anda di dignos ada ovarian cyst tak payah nak tanya kat social media.. confirm ramai pakar pakar tak bertauliah akan suggest benda bukan bukan. Petua2 mengarut.. supplement & produk2 mengarut.. perubatan alternatif mengarut.. Sebab benda ni effect pemikiran kita. Lebih lebih bagi yang panik bila tau ada something yang sepatutnya dalam badan dia. Silap haribulan kita boleh terjebak juga. Just tanya doktor & ikut je apa nasihat doktor. Selebihnya berdoa & mohon bantuan dari Allah. Tu yang sebaik baiknya.

Apapun Alhamdulillah bila doktor sahkan dah tak ada sebarang cyst dalam badan den ni rasa lapang dada.. nak kata tak risau masa doktor detect ada ovarian cyst tu bohong la. Aku punya mengelabah sampai repeat soalan yang sama berkali kali kat doktor beb! sampai doktor cakap rilex.. saya kata benda ni tak ada apa apa.. so jangan panik. Balik rumah tu terus aku google cari info. Bila baca info2 pasal ovarian cyst semasa mengandung ni.. so jadi cool down di samping macam biasa perangai den.. Benda ni bukan pilihan kita tapi Allah dah aturkan. So selain berusaha, doa selebihnya tawakal. Dan itulah yang saya buat.

Moral of the story.. Apapun yang berlaku dalam hidup kita jangan putus asa teruskan hidup macam biasa. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI

1/03/2019 11:03:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI. Blogger yang baca tajuk entri den mesti cuak kan? Lebih lebih yang ada buat paid review/non paid review/ gift review bagai kan? Lagi famous hangpa lagi banyak la produk review hangpa dapat. Macam den ni blogger suam suam kuku jer.. Dulu banyak jugak la job review tapi bila dah dapat hidayah ni memang semakin kurang dah den buat produk review sebab salah satunya memang saya tetapkan kriteria tertentu sebelum mengambil produk review sekarang. tak cukup memang saya tolak. Dah tak nak bersuhabat menipu pengguna. Dulu tu bukan niat nak menipu tapi cuma tak tahu sebab kurang ilmu. Sekarang dari ilmu & info yang seciput saya cuba pratikkan untuk penulisan review di blog saya masa akan datang.


Saya tahu ada blogger, instafamous & selebriti yang buat review ni tak tahu tentang perkara ni. Ada juga even dia baca dia buat tak tahu sebab kalau dia buat buat macam tahu.. Dia risau rice cooker dia tak cukup beras pulak. Jaga income katanya so buat pejam mata sudah. Esok2 orang tanya.. alasan biasa saya tak tahu. Takpe.. yang mana rasa tak nak follow peraturan & undang2 terpulang. Yang mana rasa nak menulis sesuatu yang selamat & bermanafaat boleh la ambil info yang saya share ni.

Sebagai seorang blogger saya.. ye memang banyak produk review kita dapat. Tak kira produk kosmetik ke, produk supplemet/ubat/jamu, produk makanan.. Kita akan menulis mengikut kehendak client yang kadang2 overclaim. Ada juga produk tak berdaftar tapi kita jarang ambil kisah pasal tu. Yang kita tahu.. kau bayar aku tulis. Tapi ada juga berdaftar tapi iklan atau review yang mereka nak kita tulis melanggar peraturan pengiklanan yang di tetapkan KKM. Pun benda tu salah satu isu besar yang boleh menyebabkan kita even hanya mengambil upah menulis review di saman & di denda. Apa hangpa ingat penulisan outspoken hentam ponder produk je ke boleh kena saman?? Hangpa tu check balik penulisan review hangpa.. Even tulis dengan di selang seling ayat ayat unsur Islamik pun kalau menyalahi akta pengiklanan yang di tetapkan oleh KKM.. tak mustahil boleh juga kena saman dengan KKM.

Jadi sebagai blogger yang menjadi salah satu sumber rujukan pembaca saya nak share perkara ni yang saya ambil dari posting page Public Health Malaysia. Semoga dapat memberi panduan kepada kita terutama blogger yang banyak terlibat dalam penulisan review produk

PANDUAN KEPADA BLOGGER, INSTAFAMOUS & SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN
*Termasuk semua yang terlibat dalam penjualan produk tak kira founder/seller/agent

Sebelum membuat iklan, menulis review atau membuat review tak kira cara bertulis audio atau video sesuatu produk pastikan perkara ini terlebih dahulu :

1. PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.

Contoh:
☑️MAL20011234T (Ubat)
☑️NOT123456789K (Kosmetik)

2. Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:

☑️Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X
☑️Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T
☑️Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N

3. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.

4. Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan
yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).



5. ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.

6. JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada
KKM.

Contoh yang tidak dibenarkan:
➧Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi
➧Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis
➧Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat

7. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’
melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Contoh produk yang dimakan mengandungi:
☑️Glutathione
☑️Pearl
☑️Gamat
☑️Resveratrol
☑️Bahan negatif lain.

8. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan
perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik
sahaja dibenarkan.

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis
➧Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi
➧Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan
➧Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual

9. JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya
(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran
➧Produk B adalah makanan sunnah

10. JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)
➧Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan
mengesahkan sumber dari bahan organik)
➧Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil
(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan
kanak-kanak)
➧Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan
kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


TAMBAHAN BUAT SELEBRITI

1. Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat
sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.

2. Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat
sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

3. Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak
mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum
dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

⚖️HUKUMAN YANG BAKAL ANDA KENA⚖️

Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956):

☑️Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

☑️Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.

Rujukan:
Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan, Cawangan Kawalan Iklan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com