YA! ISLAM MEMBENARKAN ANJING DI BUNUH TAPI BACA DULU

1/07/2019 09:39:00 AM Suria Lekatlekit 2 Comments

YA! ISLAM MEMBENARKAN ANJING DI BUNUH TAPI BACA DULU. Kecoh sekarang screenshot geng masjid racun anjing terbiar di kawasan kejiranan mereka dengan mencampurkan racun dengan makanan anjing tersebut. Dengan bangga pembunuh pembunuh ni berkongsi kejayaan mereka selepas meracun anjing anjing terbiar itu dengan jayanya di dalam 1 group whatsapp yang menjadi tular sejak minggu lepas.


Wah! tetiba gaya penulisan den macam pengacara rancangan 999 mengulas isu jenayah pulak kan? Ewah ewah kau.. dah kena sampuk ke? hehehehe.. Yelah kang bahasa pasar sebut perkataan carut orang marah. Tak elok katanya perempuan dok carut carut ni. Orang lelaki takpa depa lelaki kan? so fitrah lelaki kasar boleh depa mencarut. Kalau perempuan mencarut nanti merendahkan martabat sendiri. Kata setazah Tia Fatihah pada salah satu komen di posting kerol Ayoi hehehehe

Wokey la Setazah.. teguran membina & berat sebelah tu den ambil yang positif. So kita kembali ke topik asal. Betul ke Islam membenarkan membunuh anjing? Yer betul tapi bukan kau nampak anjing je terus bunuh tanpa sebab. Di bolehkan membunuh anjing ni sekiranya dia mendatangkan bahaya & kemudaratan kepada kita contoh dia ganas & menyerang kita. Jadi boleh la di bunuh untuk keselamatan kita.

ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Sayidah Aisyah, dia berkata bahwa Nabi saw. bersabda; 
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحِلِّ وَالْحَرَمِ الْحَيَّةُ وَالْغُرَابُ الأَبْقَعُ وَالْفَارَةُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ وَالْحُدَيَّا
“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh baik di luar tanah suci dan di tanah suci, aitu ular, gagak, tikus, anjing yang galak, dan rajawali.”
anjing yang tidak berbahaya dan tidak mengganggu, maka kebanyakan ulama Syafiiyah berpendapat tidak boleh dibunuh, baik ada pemiliknya atau liar, berwarna hitam atau lainnya. Mereka mengatakan bahwa alasan anjing boleh dibunuh apabila ia berbahaya. Jika tidak berbahaya, maka dilarang dibunuh.

Kadang2 orang melayu kat Malaysia ni kan.. Bila sebut anjing ja mentaliti depa dah set binatang haram. So kena di jauhi & tak boleh di beri simpati & kasih sayang. Memang la anjing tu dalam kategori najis berat tapi itu bukan alasan kita nak menganiaya anjing. Dia dok elok2 berjalan.. dok elok2 lepak.. tetiba kau baling batu. Jadahnya lahai.. Mati masuk nuraka kau kalau tak bertaubat sebab menganiaya anjing.

Anjing ni ada tercatat kisahnya di dalam Al Quran.. dimana kisah seekor Anjing bernama khidmir yang menemani 7 orang alim yang lari dari pemerintahan raja yang zalim waktu tu. Sempai sekarang pun anjing memang di jadikan penjaga rumah, kebun , harta benda dan sebagainya. Kita orang Islam pun boleh bela anjing tu untuk tujuan tu cuma tak boleh di letakkan dia dalam rumah & di jadikan pets macam kita bela kucing tu je.

Dah 2019 masih ramai orang melayu kat malaysia ni masih di tahap kuno persepsi & penerimaan mereka terhadap anjing. Asal anjing haram.. jangan dekat.. halau jauh jauh.. bunuh kalau ada di kawasan perumahan orang Islam. Kalau anjing tu menyebabkan kacau ganggu report je kepada pihak sepatutnya macam dbkl atau majlis pembandaran di tempat anda. Tak payah ambil tindakkan sendiri  kalau anjing tu tidak menyerang atau memberi ancaman kepada anda. Depa pun makhluk Allah yang ada hak di bumi ni. So jangan kejam sangat ok!

So jangan rasa korang dah buat sesuatu amal baik bila berjaya membunuh anjing di kawasan anda tanpa anjing tu cakar walau segaris pun kat badan sesapa. Setakat dia lepak2 santai di kawasan berhampiran masjid kalau dah macam rasa semak sangat pandangan mata atau berak bersepah sepah ke buat laporan kepada pihak sepatutnya untuk mereka mengambil tindakkan mengikut SOP yang di tetapkan. Jangan jadi pembunuh! Sebab mencederakan, membunuh & menganiaya haiwan termasuk anjing ni pun boleh di kenakan tindakan undang undang juga ok!

Seksyen 44(1) Akta Haiwan 1953 kepada 21 item di dalam Seksyen 28 Akta Kebajikan Haiwan 2015. Ini termasuk mencacatkan, mengabaikan, menggunakan alat-alat bahaya ke atas haiwan – seperti sukan menembak dan melaga-lagakan haiwan. Pelaku boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,00 dan/atau penjara selama 3 tahun. 
Seksyen 30 dalam akta baru 2015 itu ada menyatakan bahawa, tiada seorang pun boleh membunuh dengan menembak dengan senjata api mana-mana haiwan melainkan jika dibenarkan oleh pihak berkuasa veterinar dalam kecemasan atau demi kawalan penyakit. Pembunuhan haiwan yang sakit teruk atau yang sedang mengalami penderitaan harus mendapat perakuan pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar (seperti jika haiwan tersebut mengalami sakit yang tidak dapat dirawat seperti terlibat dalam kemalangan).
Moral.. Di lahirkan sebagai manusia menjadi pemegang amanah besar terhadap hidupan di bumi ni termasuk haiwan. Bukan di lahirkan sebagai manusia kamu menjadi pemilik semua yang ada dalam perut bumi sampai makhluk lain nak share hidup pun tak boleh. Jangan lupa kita ataupun haiwan hanya menumpang di bumi Tuhan yang maha luas ini ok! Kalau sedar diri sama sama menumpang.. pepandai la bawa diri yer. Peace Yo!

2 comments:

  1. ye la kan, memang kesian pada haiwan tertentu. tambah plak bila liar, lagi orang tambah tak suka. semoga ada penyelesaian untuk kedua-dua pihak. kalau haiwan tu berpenyakit, mungkin boleh dibunuh sebegitu tapi kalau tiada apa2, kesian.

    ReplyDelete
  2. anjing pun makhluk Allah.. tak boleh dianiaya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com