MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM

2/28/2019 10:27:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM. jerawat ni bukan setakat remaja baru akil baligh je hadapi.. Mak mak dara yang umur senja nan merah macam saya ni pun tak pernah settle masalah jerawat. Dari anak dara sampai dah ada anak dara sendiri.. Jerawat setia mendampingi katanya. Dah macam saka pulak kan spesis jerawat ni. Tak boleh nak berjauhan langsung. Untunglah orang yang jenis kulit susah nak berjerawat even tak jaga sangat pun tetap kulit licin. Nyamuk hinggap pun boleh mengelungsur jatuh kebawah sebab tak ada tempat berbonggol nak berpaut katanya..


Lambakkan produk jerawat di pasaran ni kadang kadang tak tau nak pilih yang mana satu. Silap pilih terguna produk beracun pun susah juga kan? Walaupun produk yang selamat pun kadang kadang tak sesuai jadi semakin membiak pulak jerawat. Kat situ penting kita kenali jenis kulit, masalah kulit & keperluan kulit sebelum membeli apa2 produk skincare ni. Yang selalu jadi tak serasi sebab kita tak tahu apa keperluan kulit kita.

Memang banyak produk produk yang membantu masalah jerawat ni.. Tak kira di jual secara online atau di drugstore salah satunya produk Elexa serum.


Sedikit pengenalan berkenaan produk Elexa serum ni. Dia memang di formulasi kan untuk membunuh bakteria jerawat & menghalang pertumbuhan jerawat yang baru. Antara kandungan bahan yang terdapat dalam Elexa Serum ni adalah Azelaic Acid di mana fungsi dia memang untuk settle kan masalah jerawat ni la. Paling penting tidak merengsakan kulit & sangat lembut pada kulit.

Sedikit info berkaitan Azelaic Acid 
Asid Azelaic Termasuk dalam kandungan asid yang digunakan untuk pengelupasan yang sememangnya ada fungsi untuk membantu masalah jerawat. 
Azelaic Acid adalah asid di hasilkan secara semulajadi dari biji barli dan gandum. Mempunyai sifat anti-bakteria, anti-radang, dan sifat-sifat dan sifat-sifat lain menjadikan Azelaic Acid berfungsi sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat. 
Azelaic Acid mempunyai sifat-sifat yang bergantung kepada pH, yang bermaksud kandungan ini harus berada di tahap keasaman yang tepat untuk berfungsi, iaitu pada pH 4.9 yang lebih kurang sama dengan pH kulit manusia. Di samping itu, Azelaic Acid berfungsi sebagai exfoliator yang lembut atau exfoliator lembut (penglupasan nipis & lembut) yang akan membantu membersihkan liang-liang tersumbat dan mengangkat lapisan atas kulit supaya permukaan kulit licin lagi. Kandungan ini juga dikatakan untuk mengurangkan masalah masalah kulit yang menyebabkan kemerahan dan faedah anti-oksidan. 
Apabila digunakan pada kulit, Azelaic Acid boleh diserap ke dalam liang-liang, dan melawan bakteria jerawat dari dalam kerana sifat anti-bakterinya. Apabila bakteria yang menyebabkan jerawat telah diselesaikan, jangkitan yang berlaku di liang-liang akan pulih lebih cepat, bersama dengan pengurangan jerawat. Oleh itu Azelaic Acid juga merupakan alternatif kepada benzoyl peroksida untuk merawat jerawat dengan risiko yang lebih sedikit atau kesan sampingan berkat sifat anti-radang Azelaic Acid yang boleh melegakan kemerahan dan keradangan di kawasan jerawat. 
Azelaic ACid, yang membantu mencerahkan kulit. Ini boleh berlaku kerana Azelaic Acid menghalang proses menghasilkan melanin yang memberikan pigmen warna kepada kulit. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran melanin, maka kulit akan kelihatan lebih gelap atau hiperpigmentasi. Dengan kandungan Azelaic Acid, pengeluaran melanin dalam beberapa kawasan kulit dapat dikurangkan, sehingga kandungan ini dapat digunakan untuk merawat hiperpigmentasi, bintik hitam, dan kulit kusam. 
Pada tahun 2002, FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) meluluskan Azelaic Acid untuk digunakan sebagai rawatan untuk jerawat

Tu serba sedikit berkaitan dengan  Azelaic Acid & macam mana dia boleh membantu masalah kulit jerawat yang terdapat dalam produk Elexa Serum ni. Penting kita tahu juga fungsi bahan yang terdapat dalam sesuatu produk untuk tahu apa manafaatnya bila kita guna.


Ni nak bagitau Elexa Serum bukan penyelesaian semua masalah kulit yang biasa kita baca pada claim produk yang kategori overclaim. Segala jeragat, sopak, panau bagai dia claim boleh sembuh hanya dengan tenyeh tenyeh produk dia katanya. Elexa serum memang dia cuma fokus pada masalah jerawat sahaja. Kesan dia tak ada la pakai seawal 3 - 7 hari dah nampak kesan kebabom.. mak kau gebu bagai. Sekurang kurangnya 4 minggu keatas penggunaan secara consistent baru boleh nampak kesan positif tu. Jangan expect macam produk kilo bermekuri.. seminggu dah gebu gebas tapi akhirnya muka korang macam semak belum di tebas.


Satu lagi ia bukan produk pemutihan kulit juga. So jangan expect juga guna produk ni kulit hangpa yang lahir lahir memang sawo matang lepas guna terus bertukar jadi kulit emma maembong putih melepak tu yer. Sematkan di hati kulit yang cantik bukan di nilai dari warnanya tapi kulit yang cantik adalah kulit yang bersih & sihat.

Elexa Serum jenama tempatan yang bahan bahanya import dari Switzerland. Tapi jangan risau produk ni selamat kerana dah menjalani RnD, ada labtest, di kilangkan di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Proces), berdaftar dengan KKM & ada certificated halal JAKIM.


NOTIFIKASI KKM (NOT KKM) BOLEH SEMAK DI WEBSITE NPRA


Produk Elexa Serum juga ada semua kriteria produk selamat seperti

✓ Ada lab test
✓ bernotifikasi KKM (NOT KKM)
✓ Formulasi dari Switzerland
✓ Bebas Paraben
✓ Bebas SLS
✓ Tiada bahan berbahaya
✓ 100% Halal
✓ Setaraf Jenama Antarabangsa
✓ Telah diuji secara klinikal dan melalui proses RND selama setahun 
✓ Diproses di Kilang ISO, Islam dan Bertaraf GMP .

Kalau di lihat pada packaging pun cukup kriteria termasuk ada alamat pengilang. Normally produk yang selamat ni berani dedahkan alamat kilang berbanding produk yang krik.. krik.. krik. Depa takkan letak alamat kilang.


Antara bahan yang terkandung dalam Elexa Serum ni

❖ Azelaic Acid
❖ Lemon
❖ Sakura
❖ Aloe Vera
❖ Jojoba Oil

Bagi yang tercari cari produk yang selamat & cukup kriteria yang di perlukan untuk membantu masalah jerawat tu boleh try Elexa Serum ni. Kena di ingat produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang jadi kena try & error juga. Tak ada produk yang 1 produk sesuai dengan semua orang yer.. So jangan tertipu dengan claim produk produk macam tu. Tu semua konspirasi membongak untuk melariskan jualan.


Untuk info lanjut berkaitan produk Elexa Serum korang boleh la jenjalan di FB page 
 Facebook : Elexa Beauty Malaysia 

Atau hubungi :
 Whatsapp : www.wasap.my/60182087077  

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MEMBAWANG ISU KESIHATAN, SALAH KE?

2/27/2019 10:13:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

MEMBAWANG ISU KESIHATAN, SALAH KE? Sekarang ni semua dah guna istilah membawang.. Tak kira la membawang yang membawa maksud mengumpat atau perbincangan. Dah tak boleh judge membawang tu membawa maksud yang negatif je. Almaklum la.. tengah in trend perkataan membawang tu kan.. So, dalam apa situasi orang suka guna istilah membawang. Yang pasti isu membawang ni mesi buat ada hati yang pedih. Bawang kan.. Mesti la pedih. Kekekekeke


Dekat news feed saya sekarang banyak isu kesihatan yang di bawangkan.. Ye circle saya bukan lagi blogger. Certain blogger maybe tak suka dengan saya. Dulu outspoken.. lepas kena saman katanya suka menyibuk konon nak bagi awareness kat orang. Tak serik serik lagi kena saman. Jaga periuk nasi sendiri sudah la.. Buat apa nak sibuk bagi kesedaran bagai kat orang lain.

Takpe la.. setiap dari kita ada tanggungjawab masing masing. Saya pilih perkara ni sebab saya nak bagi kesedaran pada orang lain tentang produk produk bahaya di pasaran. Sebab saya pun antara mangsa yang pernah terpedaya dengan produk produk macam ni sebab kurang ilmu, info & pendedahan masa tu. Jadi saya rasa betapa penting ramai orang membantu menyampaikan kesedaran & info info kesihatan tak kisah la kita sekadar share posting dari mereka yang pakar & bertauliah at least benda tu dapat di sebarkan kepada ramai orang.

Apa yang saya tahu.. saya kongsikan di posting saya dengan cara santai yang mudah di fahami oleh golongan macam saya. Kadang kadang bahasa formal & dengan istilah saintitik atau medic ni bukan semua orang faham. So kena someone yang translate dalam bahasa mudah faham agar semua golongan faham mengikut taraf pendidikan masing masing. Saya memang dari dulu suka penulisan santai dengan bahasa bahasa pasar ni. Orang kata lebih mesra & dekat dengan pembaca. Sebab bukan semua orang suka penulisan formal kan..

Yer.. memang ada yang sinis.. konon keyboard warrior la. Konon suka perbesarkan isu yang tak ada kena mengena dengan kita. Contoh macam isu doula & anti vaksin sekarang. Ada yang anggap.. buat apa nak sibuk sibuk.. Lantak la yang tak nak vaksin tu anak depa, bukan anak hang. Masalahnya.. kalau anak yang anti vaksin bergaul dengan anak kita yang dah kita vaksin.. Kalau anak anti vaksin tu mendapat penyakit yang boleh di cegah melalui vaksin.. sekali dengan anak kita yang di vaksin tu pun berisiko. Selagi benda tu merisikokan kita tetap ia jadi masalah kita juga. So untuk elak bercambahnya golongan macam ni.. kita kena sama sama bantu sampaikan kesedaran. Nak sampai kesedaran bukan setakat sekali share ok dah. Confirm seluruh rokyat malaysia akan dapat kesedaran. Benda ni perlu berterusan sehingga kurang populasi golongan macam tu.

Tu contoh anti vaksin.. Produk pulak.. Selagi masih bersepah produk beracun di jual & di beli selagi tu target nak kurang kan populasi pengeluar & produk beracun di pasaran tak tercapai. Benda tu pun perlu sentiasa di beri kesedaran.

Memang tak ada paksaan bagi yang tak nak buat. Sebab benda pilihan masing masing. Kena ada keinginan nak buat. Tapi jangan la sinis pada golongan yang volunteer nak buat. Ramai dah pakar & mereka yang bertauliah tampil untuk berjuang memberi kesedaran pada netizen sebab mereka sedar benda ni perlu ada yang buat. Kalau tak buat.. Percayalah statistik penyakit yang boleh menyebabkan organ rosak akibat pengambilan atau penggunaan produk tidak selamat atau overclaim ni akan bertambah.

Secara jujur sejak kena saman.. Banyak benda saya dapat belajar sepanjang kes saman berlangsung. Banyak info yang saya dapat jadi saya gunakan untuk berkongsi ilmu tu dengan orang lain contoh dulu saya tak tahu apa prosuder kkm sebelum mengeluarkan laporan sesuatu produk tu beracun. Betul ke wujud kkm salah ambil sampel produk. Bila saya dah tahu.. Benda tu sangat mustahil untuk kkm buat analisa pada produk tiruan (Fake Product) seperti alasan yang segelintir founder guna bila produk depa di kesan mengandungi bahan beracun. Hangpa boleh refer entri ni :


Ramai yang tak tahu.. Tapi ada juga yang kita bagitau dia masih tak nak terima sebab terbuai dengan kecantikkan hasil dari produk beracun. Sementara muka masih elok.. esok esok dah jahanam tahap nirrojim baru masa tu dia percaya. Segelintir founder kalau dia ada rasa tanggungjawab dia takkan memanipulasi laporan KKM.. dia takkan jual produk beracun. Selagi dia masih jual.. Serius hang tunjuk la baik macam mana pun.. di mata ku hang tetap syaiton bertopengkan manusia sanggup menganiaya orang lain untuk hidup senang lenang.

Dari saman ni juga.. At least saya belajar penulisan macam mana berisiko untuk kita di heret ke tindakkan undang undang. Sebab di court dia tak ambil kira niat.. Apa kita tulis tu di nilai samada fakta tu ada bukti yang jelas atau tidak. Walaupun kita tulis perkara benar sekalipun kalau tak cukup bukti.. Susah jugak nak menang. Sebab mahkamah dunia adakala kebenaran tu sukar untuk di buktikan. Tu kita kena akur.. so dari situ saya belajar menyampaikan kesedaran dengan cara lebih selamat la.

Biarlah orang nak anggap saya membawang ke.. tak serik serik ke.. Niat saya cuma nak sampaikan info & ilmu yang saya tahu dengan orang lain. Saya bukan pakar atau golongan profesional yang berpendidikan tinggi tapi sekadar membantu mereka yang ber autoriti menyampaikan kesedaran.

Moral of he story.. SALAH KE MEMBAWANG ISU BERKAITAN KESIHATAN? tepuk dahi tanya hati...

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SENTAL MUKA DENGAN SIMPLE FACIAL SCRUB BERAS

2/22/2019 11:21:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

SENTAL MUKA DENGAN SIMPLE FACIAL SCRUB BERAS. Tu dia.. sental muka katanya. Kau umpamakan muka kau macam bontot kuali ke camna sampai kena sental sental ni? Bila tulis sental apa yang kita bayang tonyoh sekuat hati supaya keluar semua kotoran degil yang melekat kan? Macam tu la juga kena juga sental tapi tak la sental macam sental bontot kuali. Gila kau sental muka macam tu.. Mau terkoyak kulit muka kau nanti.


Muka ni normally nak sental.. Kita kena scrub. Sebab selalu kalau sekadar guna cleanser dia tak deep clean sangat. Tak mampu membuang sel sel kulit mati & kotoran degil yang melekat pada kulit. Normally benda tu tak nampak la dengan mata kasar. Kita nampak lepas cuci dengan cleanser muka nampak macam bersih walhal sebenarnya tak bersih sangat.

Kenapa kena scrub muka? Sebabnya scrub salah satu kaedah untuk membuang sel sel kulit mati untuk menghasilkan kulit baru, kotoran yang tersumbat dalam liang pori, bintik hitam, buang kotoran yang melekat pada kulit supaya kulit lebih bersih, sihat & tidak kusam. Tu kepentingan scrub secara ringkasnya.

Sebab den pun tahu keperluan scrub muka ni.. Maka try la Simple Smoothing facial scrub ni. Yang buat tertarik nak cuba sebab pertama katanya ada butiran beras. Saya suka scrub beras dulu selalu buat sendiri kat rumah guna beras sangai yang di blend halus kemudian di campur dengan telur putih. Tempek buat macam mask dah kering boleh cuci sesambil scrub dengan beras blend tu. Memang best feel dia. Muka jadi licin, bersih & cerah je lepas tu. Tapi tu la.. Sekarang ni tak berapa nak rajin so beli je la produk yang ada kat pasaran tu.

Sebab rasa dah lama sangat tak scrub muka ni.. Survey la scrub muka kat watsons haritu. Tu yang terbeli Simple Facial scrub ni. Selain kandungan dia ada beras.. Simple scrub ni dia memang sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif. Orang yang ada masalah kulit sensitif ni memang tak berapa sesuai guna produk yang ada alcohol, pewarna tiruan, & pewangi. So scrub ni menepati keperluan kulit sensitif macam saya. Memang bau & warna dia natural maybe ada yang rasa macam tak best sangat bau dia tapi saya ok sebab dah biasa guna produk produk macam ni. Hidung dah serasi katanya hahahaha


Dah try setakat ni memang tak ada kesan sampingan yang buruk. Tapi rasa not bad.. muka nampak bersih, segar & lebih cerah selepas scrub muka. Yang gelap tu kita sedia maklum kadang2 kulit kita kusam & tona kulit kita tak sekata akibat maybe kotoran yang melekat pada kulit yang tak di cuci dengan bersih. Bila dah bersih semua.. sel sel kulit mati dah tertanggal & tumbuh kulit baru tu yang menghasilkan effect muka kita nampak cerah. Sebab tu kena scrub muka ok!

Untuk kulit saya yang sensitif & mudah berjerawat ni.. Setakat ni nampak sesuai dengan simple smoothing facial scrub with rice granules katanya. Cuma cara nak guna dia bergantung pada jenis kulit & masalah kulit korang la.


Pada label belakang produk tulis.. Untuk normal & kulit kering hanya perlu scrub seminggu sekali & yang ada masalah kulit berminyak scrub seminggu dua kali. Saya jenis kulit kombinasi saya pilih scrub seminggu 2 kali boleh gitu! Setakat ni ok jer saya buat macam tu hahahaha

Cara guna dia sama je macam scrub lain.. Pastikan kulit kering kemudian scrub la muka. Gosok perlahan lahan kemudian bilas dengan air. Settle. Ke ada cara lain orang scrub muka? Tapi direction yang di beri belakang produk macam tu la cara guna dia kan.. Kalau cara lain korang scrub muka berlaku kemudaratan atau kerosakkan pada kulit korang kena tanggung sendiri la yer.

4 STEP UNTUK SCRUB MUKA. TAPI GUNA CONTOH BELAKANG TANGAN SEBAB MUKA TAK CUN HAHAHA. MULA2 LETAK SCRUB PADA MUKA. GOSOK PERLAHAN LAHAN SEHINGGA JADI MACAM GAMBAR NO 3 TU. KEMUDIAN BILAS DENGAN AIR.

Harga Simple Smoothing Facial Scrub With Rice Granules ni RM17.63 masa saya beli di watsons sri damansara. Tu dia complete location tu. Punya la detail. Mungkin harga akan berubah ubah mengikut sale yang ada kan.. So kalau lagi murah kira rezeki hangpa la kan. Tapi rate harga dia macam tu la. Kandungan 1 tiub 75ml. Ok la tu kan.. bukan guna hari hari pun.

Produk ini telah menjalani Dermatologically tested. So Insya Allah selamat di gunakan tapi bergantung pada kesesuaian kulit la. Sebab penerimaan setiap kulit orang ni bukan sama. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang tapi at least kita tahu ia tidak mengandungi bahan terlarang & merbahaya untuk kesihatan kulit & organ dalaman kita. Tu penting ok dalam pemilihan produk. Cantik je pun tak guna kalau perlahan lahan racun yang terdapat dalam produk tu merosakan kesihatan dalaman kita.

Produk simple ni boleh di dapati di drugstore macam farmasi/guardian/watsons. Tempat lain tak sure pulak ada jual ke tidak produk simple ni.


Jadi yang nak mencuba scrub beras dari brand simple ni boleh la beli yer.. Sebab setakat ni tak ada yang offer free lagi hehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA NAK KITAR SEMULA BAJU RAYA LAMA SUPAYA BERWAJAH BARU

2/20/2019 11:00:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

CARA NAK KITAR SEMULA BAJU RAYA LAMA SUPAYA BERWAJAH BARU. Dah pertengahan bulan Febuari. Tak lama lagi dah nak masuk march. Insya Allah.. Bulan Mei kita akan menyambut bulan ramadhan.. lepas ramdhan dah tentu syawal menjelma. Alah.. takkan tak paham kot kalau dah masuk syawal tu bermakna raya la kan? Nak sambut raya.. salah satu perkara yang kita kelam kabut nak sediakan selain kuih dan muih beraneka macam.. Mesti baju raya.


Baju raya ni.. Kalau nak tempah kena start dari sekarang dah beli kain & hantar kat tailor ok! Tapi kalau yang bercadang nak pakai baju readymade.. dekat dekat nak raya nanti banyak offer cuma tu la kalau larat nak menghadap sesak dengan orang ramai ok la. Berbaloi la kan dapat beli baju raya dengan harga murah.

Sinonim dengan baju raya.. semua berlumba lumba nak nampak cantik & bergaya di hari raya bukan macam den ni.. Den ni tiap2 tahun dari kecik sehingga sekarang umur je bertambah tapi tidak ketinggian kekal maintain dengan baju kurung je. Kadang2 baju kurung tu plain color jer. Kosong kosong kosong.. bak kata najwa latif. Kalau duduk di kalangan adik beradik baju saya la paling kurang menyerlah. Sebab bab baju kurung ni saya memang tak berapa pandai berfesyen. Lebih suka yang simple & selesa.

Tapi rasa tahun ni macam nak buat kelainan. Malas pulak nak beli baju kurung baru sebab yang raya lepas pun cuma pakai maa hari raya je. Lepas tu berpuakalah dia dalam almari tu tak bersentuh sampai la raya next Tahun selepas tu. Cuma nak bagi nampak macam baju baru sikit.. ada la niat nak tambah aksesori bunga 3d kat baju tahun tahun lepas punya. Sebab tengok adik bongsu saya selalu dok tambah aksesori kat baju raya dia sendiri. Dia buat baju raya kalau jenis kain plain color.. lepas tu dia akan beli aksesori macam bunga atau batu batu dia akan jahit atau lekat kat baju dia. Yelah kalau semua nak tempah kat tailor memang mahal.. So dia buat macam tu jimat la sikit tapi serius baju dia nampak mewah & mahal macam baju beli kat butik.

Terpandang koleksi bunga 3d dari penjual online ni.. Cantik cantik jugak. Ni kalau letak kat baju raya ke, tudung raya ke, shawl raya ke memang gempak. Bukan je untuk baju raya.. Kalau nak tambah aksesori untuk baju nikah, baju sanding, baju nak pergi dinner company atau apa - apa majlis pun boleh. Sebab normally hari perayaan & ke majlis apa apa.. semua orang nak kelihatan cantik & menyerlah kan?


Tak semestinya kita nak beli baju yang cantik kena yang mahal dari butik yang terkenal. Kalau kita beli yang jenis plain color & tambah aksesori macam ni sendiri.. Percayalah pakaian kita tak mustahil nampak mewah seperti baju yang di jual di butik butik. Tak ke jimat?


Aksesori macam ni tak semestinya kita letak kat pakaian mengikut kreativiti sendiri.. Boleh juga kita letak pada beg, kasut, sandal, selipar & kat mana mana je ikut idea & kreativiti. Sebab benda benda macam ni kalau kita kreatif memang boleh make over barang barang kita dari biasa jadi luar biasa. Silap haribulan.. Bila orang tengok cantik orang minta kita buatkan pulak. Boleh jadi sumber pendapatan jugak tu, ok! Sebab bukan semua orang ada kepakaran nak buat olahan pada pakaian atau barang barang guna aksesori macam ni.


Nak pasang aksesori macam ni pada pakaian atau apa apa barangan kita tak susah pun sebenarnya. Boleh guna gam fabrik yang boleh beli kat kedai jahitan atau boleh guna cara jahitan jugak. Alah jahit pun bukan kena jahit tulang belut ke apa.. Jahitan simple untuk memastikan aksesori bunga 3d tu melekat elok pada pakaian kita je. Macam batu batu tu.. Memang kaedah paling sesuai gam la kan. Macam bunga 3d boleh jahit.

Jangan guna selain gam fabrik takut merosakkan material kain korang nanti

Tip nak jahit bunga 3d ni.. kalau nk memudahkan jahitan bunga 3d dan batu batu boleh guna gam fabrik dulu..letak gam jangan banyak sangat asalkan dia melekat kat baju supaya senang nak jahit. lepas dah kering gam tu boleh jahit..(belakang bunga 3d ada tapak senang nk jahit atau gam)

ni contoh tapak pada bunga tempat yang korang nak letak gam tu.


Tapi kalau kita dah tambah aksesori macam ni pada pakaian atau tudung memang di galakkan guna kaedah cucian tangan. Jangan kau campak dalam washine machine kang tertangggal atau rosak pulak aksesori yang korang dah pasang tu. Yang tu perkara biasa. Kalau beli kat butik terkenal dengan harga mahal pun tetap kena guna kaedah cucian yang sama bila dah di tampal atau di jahit aksesori macam ni. Memang pakaian yang ada aksesori macam ni.. Tak kira korang buat sendiri atau tempah memang tak di galakkan guna cucian mesin basuh ni.

 

Korang Boleh tengok banyak lagi koleksi aksesori ni di

Tapi yang seller online ni jual memudahkan kita membuat pilihan sebab di datangkan dalam bentuk set bagi bunga 3d tu. So kita tak payah nak susah susah nak matching dah kan?

Bagi korang yang rasa tahun ni bajet tak banyak atau rasa macam terlampau banyak baju baju raya yang hanya pakai sekali dua lepas tu ter arkib macam saya ni.. Boleh la make over baju baju lama korang dengan menambah aksesori macam ni. Confirm tak ada sapa perasan baju korang tu sebenarnya baju lama yang di upgrade dengan aksesori bunga 3d atau batu batu ni. Macam tu juga tudung atau shawl korang yang plain color tu. Tak payah nak beli baru.. Boleh tambah je aksesori ni untuk menyerlahkan penampilan korang bila pakai masa raya nanti.

Korang boleh beli secara loose atau net. Kalau set loose korang kena susun balik set bunga 3d tu dan kalau yang dah tampal atas net korang akan dapat yang dah siap tersusun, hanya perlu trim balik set bunga 3d tu dan terus jahit pada baju je.. Korang boleh tukar warna Set bunga 3d yang korang nak mengikut pilihan warna masing masing.

Tempahan untuk menjahit bungan 3d juga ada kalau korang rasa tak nak buat sendiri. Harga upah menjahit tu bergantung pada design & bajet customer. Kira boleh bawa bincang lagi la bab harga tu. So kalau nak beli aksesori bunga 3d ni atau nak pakej sekali dengan jahitan boleh hubungi :

Kalau berminat nak dapatkan koleksi aksesori ni boleh hubungi 
 ☏ Whatsapp ☛ www.wasap.my/+60148392322  

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

2/20/2019 10:26:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK!

2/18/2019 11:11:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK! Daun pegaga ramai yang tahu selain sedap di buat ulam atau kerabu.. Banyak khasiat juga untuk kesihatan & kecantikkan kulit. Kalau orang orang kampung ni memang biasa dengan petua nak awet muda makan ulam pegaga. Kat kampung senang nak cari daun pegaga ni.. sebab tumbuh meliar dalam hutan & kalau tanam pun senang nak membiak sebab mak saya pun ada tanam pokok pegaga ni. Daun dia ada hijau berbentuk macam bulat sikit. Susah lahai nak explain hangpa tengok ja gambar kat bawah ni.

Ni la rupa daun pegaga. Pokok dia jenis tumbuh merimbun & menjalar atas tanah

Centella asiatica atau lebih dikenali de­ngan n
ama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan se­seorang. 
Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. 
Ia juga dikenali ­dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. ­Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. 
Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut.
Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. 
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. 
Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit. 
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. 
Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. 
Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang. 
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.  -Sumber Harian Metro-

Sebab daun pegaga ni banyak khasiat untuk kecantikkan kulit maka L'OREAL paris tengah memformulasikan khasiat pegaga ni dalam produk depa yang di beri nama Revitalif Micronized Centella Essence water.


Actually secara tak sengaja saya ter try produk ni sebab dapat free sampel 22ml dari Home Tester club. Bila dapat produk dari Home Tester Club ni wajib cuba & bagi feedback selepas 7 hari menggunakannya. Sebab produk ni produk drugstore di mana keselamatan produk ni lebih terjamin. Of course la dah menjalani RnD sebelum di pasarkan. Dah di uji khasiat & kesan dia. L'OREAL kot bukan brand Totok skincare ke hapa. Insya Allah saya yakin produk ni tidak mengandungi bahan terlarang yang membahayakan kesihatan pengguna.

Mula mula try tu kalau kita rasa best mesti la kita review yang positif kan? Sebab Home tester Club ni dia tak kata mesti bagi good review. Kalau sesuai & bagi kesan baik.. Tulis la review pengalaman guna tu dengan jujur. Kalau sebaliknya pun depa tak saman pun. Sebab memang setiap produk tu mustahil la ada sesuai dengan semua orang & semua jenis kulit.

Bila kita guna rasa best selain essence water ni mudah nak consistent. Sebab cara pakai dia.. tuang atas tapak tangan lepas tu tepuk tepuk seluruh muka je. Jenis pemalas macam den ni memang suka sangat la lahai produk produk macam ni.

Selepas try sebotol Centella essence water yang 22ml dapat free sampel tu.. Saya tak ragu ragu dah nak teruskan penggunaan produk ni. terus Topup botol 130ml beli kat watsons. Sebab tak ada packaging 22ml yang di jual. Yang ada 130ml je..


Produk ni yang best bila kita pakai.. Yup boleh rasa kesan positif tu dalam masa 7 hari. Tapi tak la 7 hari tu dari nenek kebayan kau bertukar jadi puteri gunung ledang. Cuma rasa la kulit kau lembab, lembut, segar & kalau kusam tu dia nampak cerah sikit. Sekaligus kalau ada masalah tona kulit tak sekata tu.. dapat membantu juga secara tak langsung. Cerah bukan putih yer jangan salah faham. Produk ni bukan produk pemutihan kulit & takkan mengubah warna kulit asal hangpa ok!

Tapi kalau hangpa jenis kulit berminyak memang tak rekemen untuk guna. Mungkin buat kulit hangpa semakin berminyak. Untuk normal & kulit kering.. Yup sangat sesuai. Atau jenis kulit kombinasi macam saya.. Saya terpaksa matching dengan Garden Of eden Mild cleanser untuk keringkan minyak & seimbangkan kelembapan kulit dengan pakai Centella Essence water. Hasil gabungan cinta antara benua ni, Local produk (Garden Of eden) & international produk (L'OREAL) bukan dapat anak pan asian yer.. tapi nampak kesan kulit saya dah tak berminyak atau kering bagai di gurun sahara lagi. Kulit lembab, lembut & bila sentuh rasa licin. Dah tak ada rasa kasar kasar sebab jerawat pasir berdengung tu.


Centella Essence water ni secara tak langsung berfungsi sebagai pelembab so saya tak guna lagi pelembab gel atau krim. Kita sedia maklum kan.. pelembab sangat penting untuk kulit. Tanpa kelembaban yang cukup kulit akan cepat kedut. Muka boleh nampak tua sebelum usia. So jangan pandang remeh kepentingan pelembab kepada kulit yer.

Saya tak ingat berapa lama saya guna L'OREAL Centella Essence Water yang sampel produk 22ml.. tapi macam lama guna la tahan. Kira berbulan juga. Memang boleh nampak kulit lebih lembab, lembut, segar, tegang & cerah. Kulit kusam kita sedia maklum akan buat kulit kita nampak gelap & tidak bermaya. So pendapat saya centella essence water ni memang berkesan untuk masalah kulit kusam juga.

Produk ni ada khasiat untuk anti penuaan.. Yelah menggunakan extrak pegaga yang saya dah share khasiat dia kepada kecantikkan kulit. So, yang mana dah nampak kesan kesan penuaan tu elok la start amalkan. Terutamanya yang dah start nampak kesan garis garis halus kat muka tu. Sebab benda ni dia kena bermula dari awal. Bukan dah kedut baru tergedik gedik nak pakai.

Cara guna
Macam saya cakap memang senang sebab tu saya pilih nak teruskan guna L'OREAL Revitalif Micronized Centella Essence Water ni. Cuci muka macam biasa. Kalau nak scrub ke apa buat dulu yang basic cuci cuci tu.. Lepas tu lap sehingga kering. Tuang Essence water atas tapak tangan & tepuk tepuk seluruh muka.

Rekemen untuk guna 2 kali sehari. Pagi & malam. Bagi yang bekerja nak makeup.. makesure apply dulu essence water baru apply makeup. Malam sebelum tidur boleh tempek tempek. Simple.

Bau dia orang putih kata 'just nice'. Tak la wangi macam perfume & terlalu natural sampai bau pure daun. Senang cakap bau dia pun macam tak bau sangat la. Selesa la bagi yang ada masalah dengan bau ni.

Testur dia pulak macam serum. Pekat tak pekat sangat & cair pun tak cair sangat. Bila kita apply elok je melekat kat kulit.

Macam saya rutin saya sekarang memang cuci muka & apply essence water ni je. Seminggu sekali tu scrub la muka (tu pun baru nak scrub balik muka lepas lama tinggalkan akibat malas hahaha). Sebab sekarang ni saya memang jadi malas nak apply apa2 jenis krim muka.. Rasa essence water ni pun cukup la buat kulit saya tak kusam, kering & comot sangat walau tak la secantik bidadari sorga.

Harga RM65 untuk 130ml (mengikut kiraan boleh tahan sehingga 6 bulan). Kalau kat drustore tu buat sale lagi murah. Ada sampai 50%. Yang ni saya beli RM52. Untuk pelaburan setengah tahun katanya.. Harga tu kira murah la. Tak payah nak topup setiap bulan.


Ada jual kat watsons, guardian, certain farmasi atau mall/pasaraya. Alah L'OREAL ni produk yang senang nak cari. Online pun ada jual. Tapi kalau nak beli online macam kat lazada atau shopee.. Make sure beli dengan Official L'OREAL atau Official Guardian / Watsons. Jangan beli dengan seller seller risau takut fake product ke apa. Sebab ada seller dari china kat shopee jual murah nak mati beb! Aku pun risau nak beli kalau dah murah sangat. Dah la dari china sana nu..

Bagi yang rasa L'OREAL Revitalift Micronized Centella Essence Water memenuhi keperluan & sesuai dengan masalah kulit korang boleh la try. Bagi saya memang saya puas hati guna setakat ni. Memang tak nampak kesan tak baik maybe sesuai dengan keperluan kulit saya. 

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PU AMIN MINTA DI PULANGKAN DOMPET YANG TERTINGGAL DI TANDAS RNR GAMBANG.

2/17/2019 10:33:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PU AMIN MINTA DI PULANGKAN DOMPET YANG TERTINGGAL DI TANDAS RNR GAMBANG. Ni kira entri khidmat masyarakat je.. Walau Ahad normally den jarang nak update blog kan tapi bila nampak ada orang dalam kesusahan.. Maka sarung kostum Wonderpets terus mulakan misi menyelamat katanya. Kau hado jadi Blogger wonderpets pepagi ni.. Mulia tak hati den ni. kekekeke

Terbaca posting PU AMIN kat Facebook beliau tadi katanya dia tertinggal wallet dia di Tandas RnR Gambang lebih kurang pukul 7.45 pagi tadi. Bila dia berpatah balik nak cari wallet dia memang dah tak ada la kan.. Almaklum la dompet berisi ni memang nak kekal statik kat tempat yang sama memang agak mustahil. Yang kesian lagi sebab petang nanti lebih kurang pukul 6 petang dia nak bertolak ke Mekah untuk tunaikan Umrah.

Bagi sesiapa yang terambik... Pulangkanlah dompet bersama dokumen dokumen penting dalam tu. Kata PU Amin.. nak ambil duit duit yang ada ambil la.. yang penting kad kad yang ada dalam dompet tu pulangkan. Hangpa nak buat apa kan dengan kad kad tu.. terutama kad pengenalan tu. Mudahkan lah orang nak pi buat ibadah. Takpa


Dompet saya tertinggal jam 7.45 pagi di tandas Petronas RnR Gambang arah ke KL . Lepas sampai di Tol Karak saya sedar dompet tak ada dan saya patah balik ke Petronas RnR Gambang . Saya cari sudah tiada dalam bilik air tempat saya masuk sebelum ini . Puas cari , guna bantuan staff petronas untuk cari guna CCTV masih juga tak jumpa kalau ada siapa siapa yang ambil . Kerana CCTV terhad .

Maka saya merayu pada yang ambil dompet saya , awak ambil lah semua duit dalam tu , tapi tolong sangat sangat pulangkan dompet dan kad kad peribadi di dalam nya . Saya merayu sangat sangat . Kad kad itu kehidupan saya . Dalam tu ada ic saya , isteri dan anak anak saya . Kad Tauliah mengajar agama dan lain lain .

Kalau anda lembut hati , terambil atau tersimpan dompet saya . Saya merayu sekali lagi . Pulangkan lah . Hubungi saya 0193676648 atau ,

Awak post kan ke alamat :

No 19,
Jalan jelok ria 1
taman jelok ria
43000 kajang selangor .

Petang ini jam 6 saya akan terbang ke Mekah untuk buat Umrah . Ujian besar kali ini . Allahuuu . Allah sahaja tahu perasaan ini .

Pada Allah saya berserah . Tolong share ya .
Kita membantu meringankan beban orang lain Insya Allah.. Allah bantu permudahkan urusan kita jugak. Sama sama kita bantu share posting PU Amin sampai yang terambik wallet dia pulangkan balik. Semoag dapat di temui sebelum beliau berangkat te tanah suci Mekah petang nanti.

Moral Of the story.. Pulangkan!! Kalau tidak akan ku robek seluruh keturunanmu (Pontianak Harum Sengal Malam) kekekekkee

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'

2/15/2019 10:04:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'. Kecoh rokyat malaysia dengan kenyataan dari seorang bekas anggota kumpulan nasyid terkenal yang sejak dua menjak ni dok meroyan dengan statement statement mengundang kontroversi & kecaman netizen. Baru baru ni dia mencabar angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar mengangkat sumpah kalau betul bumi tu berbentuk sphere katanya... Bersungguh nau dia nak buktikan bumi tu flat.

Tak tau la mana dia dapat ilham mengeluarkan info info macam ni.. Yang pasti perangai dia sekarang nampak macam attention seeker je. Tak pun macam orang tak berapa sihat. Atau dia tertekan dengan kehidupan dia sapa tahu. Tapi kita doakanlah yang baik baik pada dia.. Manatau kalau sakit Allah bagi kesembuhan.. Kalau ada masalah gangguan apa apa Allah jumpakan dia dengan penawar yang boleh mengembalikan dia pada realiti..

Di sebabkan kecoh sangat pasal isu abang mie minta Dr Sheikh bersumpah bagai.. Terbaca pagi ni satu posting yang di buat di laman Facebook  Dr Sheikh Muszaphar FanClub bagi menjawab kenyataan yang di buat abang mie tu..

Pic - Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !

Moga Abang mie berpuas hati & tidur lena lepas baca kenyataan ni yer. Bukan apa lagi tak menjawab satgi dia dok fikir kesian pulak makan tak lalu, mandi tak basah & nak homeschooling anak anak dia pun takde mood pulak. Kalau ada show satgi nak perform pun tak boleh nak feel masa nyanyi kan?

Tapi tu la bila di jawab dengan fakta.. dia konar baring pulak. Nak bersumpah betul betul.. hang ingat hang tu sapa sampai orang nak layan semua permintaan hang abang Mie Oooi.. Tak payah la try hard sangat raih attention orang orang hebat macam Sheikh Muszaphar ni. Level dia dengan hang bagai langit dengan bumi flat hang tu. Orang dah bagi kenyataan tu bersyukur la orang prihatin juga dengan statement merapu hang.


Moral of the story.. Biarlah kita buat buat bodoh dari berlagak pandai yang nampak bodoh. Benda tu bukan je memalukan diri sendiri malah memalukan keluarga, bangsa, agama & negara.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN

2/13/2019 11:35:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN. Sapa pernah berdepan dengan situasi ni? Kalau den dengan laki den banyak kali ok. Almaklum la hidup di bandar golongan macam ni memang ramai sangat. Boleh jumpa kat mana mana je. Ada yang betul betul susah.. ada yang ambil kesempatan, ada warga tempatan & ada juga warga asing. Almaklum la ibu kota ni tempat tumpuan pelbagai golongan.. dari sekaya kaya manusia sehingga  semiskin miskinnya. Warganegara tak payah cakap la.. Nak nak lagi kat malaysia ni kan? Tempat tumpuan warga asing nak cari rezeki. Yang masuk secara sah, secara haram & ada yang masuk sebagai pelarian under UNHCR.


Berbalik pada topik. Hangpa pernah tak, tengah tengah prepare nak makan tak kira kat restoran, gerai, fastfood tetiba someone dengan gaya pengemis datang minta sedekah. Normally minta duit la. Lepas tu alasan lapar nak beli makanan. Apa tindakkan hangpa kalau orang tu minta duit nak makan?

Kalau saya & suami.. Kalau sekadar datang hulur tangan minta sedekah kadang kadang tak bagi juga. Sebab kita tau peminta sedekah sekarang kebanyakkan bukan sebab susah tak mampu kerja tapi dia jadikan minta sedekah tu satu kerjaya. Sebab mudah & pendapatan dia lumayan. Kalau yang minta secara menjual.. Kita beli jugak jualan dia bagi tujuan membantu. Tapi kalau yang tengok muka macam something wrong somewhere.. Bau pun lain macam. Bukan busuk sebab tak mandi ke apa.. Bau bau minuman keras bagi datang minta duit alasan lapar nak makan. Kita tolong juga. Tapi suruh dia pergi order nak makan apa kita bayar. Duit memang tak bagi la.. Sebab tau jenis orang macam ni satgi kalau bagi duit dia pi membotoi. Kalau betul betul dia lapar.. kita bagi dia makan, ok dia kenyang.

Tapi ada juga yang datang minta sedekah alasan lapar tapi bila suruh order makan dia tak nak. Nak duit. Yang spesis tu.. sila mereput la! Nampak sangat membohongnya. Kau cakap lapar.. Orang nak belanja makan tak nak. Kau lapar menatang apa sebenarnya? Banyak tau spesis ni guna taktik & alasan lapar nak dapatkan duit untuk beli something macam arak/dadah atau apa2 benda yang depa sedang ketagih. Nampak gaya macam pengemis tapi mengemis untuk sesuatu yang salah. So, kalau kita bagi duit memang macam menyokong pulak depa untuk terus ambil barang barang terlarang.

Kat sabah pun ramai budak budak kecik yang datang minta sedekah alasan nak makan.. Tapi bila orang bagi makan dia tak nak pulak. Ni pengalaman sendiri masa bercuti kat sabah dulu. Lupa dah tahun bila.. Yang berseluar tak berbaju, yang berbogel.. Nampak macam bajau laut tapi menurut orang sana budak budak bukan orang sabah. Tapi warga asing. Ni pun akan buat kita jadi serba salah. Kita nak makan dia tercongok kat depan kita. Ajak makan tak nak.. Nak duit. Di bagi sorang datang lagi ber orang orang.

Zaman sekarang kalau nampak macam ada tak kena, kena juga bersangka buruk. Memang sedekah kita bagi antara kita dengan Allah tapi mungkin niat kita buat kerana Allah cuma takut benda tu menyumbang kepada perkara yang tak elok. Jadi tak salah pun kita bersangka buruk pada sesuatu yang kita rasa macam ada tak kena dengan niat kita tak nak pertolongan kita di salah guna untuk sesuatu tujuaan yang tak baik, memudaratkan & mengundang jenayah.

Moral of the story.. Sedekah tu satu perbuatan yang baik tapi tu la zaman dah berubah. Ramai yang ambil kesempatan. Jadi pandai pandai la menilai. Jangan tersedekah dengan scammer sudah.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAPISAN SEAKAN LEMAK WARNA PUTIH YANG MELEKAT PADA KULIT BAYI BARU LAHIR ITU BUKAN KOTORAN

2/12/2019 06:20:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

LAPISAN SEAKAN LEMAK WARNA PUTIH YANG MELEKAT PADA KULIT BAYI BARU LAHIR ITU BUKAN KOTORAN. Tu dia hari ni nak jadi doktor tak bertauliah boleh ka? hahahahaha... Ok sabar ye. Yang nak kecam tu berbaris tepi skrin. Habis baca entri ni satgi baru kecam sorang sorang. Kalau kecam serentak satgi tak dengar pulak hangpa dok maki apa. Alang alang nak maki tu.. biar jelas, nyata & padu.

Baru baru ni viral seorang ibu kononnya nak dapatkan anak yang lahir je kulit bersih & putih dengan amalkan minum air kelapa sejak kandungan berusia 7 bulan. Den ada juga buat posting pasal tu.. Ada yang komen.. Petua minum air kelapa tu bukan nak dapatkan anak yang berkulit putih tapi untuk membersihkan kulit anak dari kandungan. Baru la lahir licin gebu & tak bersalut kerak kerak putih kuning yang macam krim melekat kat badan baby tu. Kalau tak dapat bayang macam mana rupa benda alah tu.. Tengok pada gambar di bawah yer..


Ooo.. rupanya depa tak mau lapisan macam krim putih kuning tu melekat kat kulit anak depa masa lahir. Tu sebab polish siap siap dari dalam perut dengan air kelapa. Nanti keluar tak susah sangat dah nak sental menda alah tu. Baru lawa anak ku katanya..

Jangan di hina benda yang nampak macam jijik & buruk pada pandangan mata kita. Setiap Allah jadikan tu mesti ada manafaat. Macam tu jugak dengan lapisan putih kuning yang melekat pada anak kecil yang baru di lahirkan.


Menurut info pembacaraan dari perkongsian para doktor di social media.. Yang lapisan putih putih macam krim melekat kat kulit baby baru lahir tu namanya VERNIX CASEOSA. Dia bukan sejenis najis atau kotoran yer. Nak tau apa fungsi & kebaikkannya.. Baca screenshot di bawah yer


Ia berfungsi melindungi kulit bayi Untuk mencegah bakteria dari menjangkiti kulit bayi tu. Juga berfungsi sebagai pelembab. Kata nak kulit anak cantik. Kalau kering mana cantik kan...


Dan dia juga bukan tinggal sisa air mani ok! Allahu.. ni bani jamu suka sangat la buat mitos macam ni. Tulis ikut hukum akal sendiri tak merujuk kepada fakta yang sebenar.

Jadi tak perlu la kot beriya sangat nak bersihkan lapisan putih yang melekat pada kulit baby kita yang baru lahir tu sebab dia berfungsi melindungi kulit bayi. Aparah..Allah dah bagi protector hangpa tak mau pulak. Nak bilas bilas dengan air kelapa buat apa.

Moral of the story.. Zaman dah berubah. Info senang nak dapat semudah atas tapak tangan je. Jadi belajar la hidup mengikut peredaran zaman. Kurang kurang la percaya pada mitos ni yer.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH MAKSUD BAHENOL YANG TAK LUCU SANGAT

2/11/2019 09:40:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

INILAH MAKSUD BAHENOL YANG TAK LUCU SANGAT. Tengah trending sekarang nopal anak bahenol tu. Sana sini orang dok update pasal budak nopal anaknya bahenol. Masa mula - mula orang dok sebut saya search juga natang apa nopal ni.. Rupanya nama salah satu watak kartun dari Indonesia. Tak tau la tak berapa catchy di pandangan mata ku ni si nopal bahenol tu.. Rasa pelik & jelik. Jadi den putuskan tak nak expose kat anak den yang memang bab bab menghafal dialog watak kartun & lagu ni.


Sampai hari ni si Nopal anak Bahenol masih menjadi sebutan warga media sosial. Ada yang katanya sampai melekat dalam otak lagu si bahenol tu. Ada yang rasa annoying. Macam saya memang tak rasa apa yang menarik pun tentang kartun Nopal anak bahenol ni. Tapi tu la benda benda annoying ni kadang kadang senang jadi viral & perhatian umum. Kita yang sebenarnya tak rasa menarik pun akan terambil tahu sebab asyik lalu kat news feed FB tu setiap hari.

Bila dah jadi trending.. secara tak langsung kita akan cari info pasal tu. Apa yang saya baca tentang Nopal bin Bahenol ni.. Satu karakter kartun animasi ‘Si Nopal’ dari Indonesia menjadi trending di media sosial dan mula viral di Malaysia. ‘Bahenol’ bapak kepada Nopal & adiknya Dede salah satu watak budak perempuan yang alih suara yang katanya cute yang ada dalam satu babak ketika dalam siri perkhemahan bersama abangnya ‘Si Nopal’. Alih suara si Nopal adalah dari seorang gadis berusia 16 tahun bernama Nadiah ini merupakan anak kelahiran Bogor, Indonesia.

Nadiah. Yang suaranya dalam kartun animasi Nopal menjadi trending

Banyak pengamal media sosial termasuk artis buat parody lagu Si nopal bersama bahenol ni. Tak kurang juga artis yang dok cover lagu Mari berkemah bersama si nopal katanya. Betul betul trending sampai retis malaysia pun berminat nak parody & miming.

Ada yang menyifatkan Bahenol ni kartun yang lucu & aneh. Tapi bagi saya pelik & jelik. Tak tau lawaknya tang mana. Dah la muka adik Nopal anak Bahenol tu macam bontot.. Mata ke hidung takde. Yang ada mulut je terkumat kamit bila bercakap. Hahahahaha


Comel lagi kot watak kartun animasi kat Malaysia ni kalau nak banding dengan Nopal anak Bahenol ni. Pelik bebeno mukanya.

Family si Nopal

Ada yang siap google maksud bahenol tu? Bila tahu maksud bahenol tu.. Bertambah rasa kurang sesuai untuk tontonan kanak kanak.

Bagi yang tak tau maksud bahenol tu.. meh sini nak translate kat hangpa..

Bahenol : Montok & menghairahkan

Tu dia.. Kecik kecik lagi dah montok & menghairahkan katanya. Sebab watak Bahenol kan watak kanak kanak. Ni mengundang pedofilia ni kekekeke.

Sebab Bahenol ni tak sesuai sangat menjadi siulan anak anak kecil.. better elakkan la dari mendedahkan video kartun animasi nopal bersama adiknya Bahenol ni.

Moral of the story.. Bahenol ni kalau di amati wataknya macam kartun dari Jepun Sin Chan. Sin chan ni lawak cuma kadang kadang watak perangai dia tu macam tak sesuai sangat untuk kanak kanak. Selain nakal, gatal & suka buat benda yang senonoh. kekekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI

2/07/2019 11:06:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI. Jarang sangat nak tulis entri entri santai sesekali layan boleh la kan.. Almaklum la kita kan pengamal social media yang tegar. Bermakna memang hari hari scroll news feed FB, IG.. twitter je sekali sekala. So apa apa isu yang tengah trending atau viral.. of course la tahu. Tak payah nak stalk stalk bagai.. benda dah terhidang depan mata. Kadang kadang tak ada niat pun nak ambil tahu tapi dah sehari sampai beratus kali lalu depan mata.. Mesti terbaca juga kan isunya.

Ni semalam ada yang terpikat dengan baju ni..Korang boleh usha dekat https://cycledesign.my/product/skuad-bawang-short-sleeve/ ..Harga ada dinyatakan dalam link ni.. So toksah tanya aku lagi berapa
#Owner: Zulhafidz Yahaya
- Sumber : FB Jijah -

Tapi minggu ni skuad bawang nampaknya kena overtime kot.. banyak betul isu 'membawang'.. dari isu persembahan abang pian kat AJL, Isu ex abang pian buat ucapan dari mekah, isu timah buka tudung.. Semalam terbaca isu instafamous di kecam tayang harga beg branded belas ribu di IG. Ni pun rasa ada lagi isu isu yang terlepas pandang.. selain isu pasal abang Mie dengan fakta songsang.. anti tu anti ni masih hangat di perkatakan.

Jadi tak pelik la banyak syarikat majalah hiburan & rancangan gosip hiburan makin kurang rating. Sekarang ni nak dapat gosip, kontroversi, isu isu hangat fresh from oven tak payah nak tunggu melodi, Mbuzz, nak baca mangga, URTV bagai dah.. Buka Pesbuk ja.. tu dia.. semua ada.

Ada isu saya cuma baca & just kunci jari.. Ada isu saya komen juga sepatah dua kan. Bergantung pada isu juga. Apa ingat den ni asal jumpa port nak membawang jer semua isu den membawang ke? Tak juga.. Macam buruk sangat kan lekatlekit ni pada pandangan mata hangpa..

Bukan isu isu gosip golongan popular tak kira artis atau media sosial public figure.. Isu isu semasa lain pun den suka baca juga termasuk politik. Baca jer.. tak semestinya kita taksub. Satgi ada kata.. dari baca benda benda tu semua lagi bagus baca Al Quran. Tu ibadah den. Antara saya dengan Tuhan. Takkan la saya nak update tiap kali saya buat. Apa yang tak perlu kita cerita.. kita simpan untuk kita kita saja. Ibadah ni.. kalau terlalu di tunjuk satgi tanpa sedar macam riak pulak. Rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Takut sia sia je.. Tak dapat ganjaran apa apa bila dah berhijrah ke alam barzakh kan.

Bila dok baca isu isu tengah viral kadang kadang.. Bukan nak salahkan pihak yang kena viral tapi semua berpunca dari mereka sendiri terutama orang orang yang di kenali la. Sesuatu takkan berlaku kalau kita sendiri tak expose benda tu. Yer.. kadang kadang niat kita tak seperti apa yang orang faham.. Niat kita berkongsi tapi apa yang orang nampak sebaliknya. Jadi kena bersedia la dengan penerimaan positif & negatif dari netizen ni. Kejayaan & kegemilangan yang anda raih selama ni juga datang dari mereka mereka juga. So setiap apa yang berlaku tu ada baik & buruknya.

Inilah kehidupan.. Tak kira di media sosial atau realiti yang kita hadap. Apapun kita buat boleh jadi isu even kadang kadang tak buat apa apa pun boleh jadi isu. Orang yang di kenali dah sememangnya cerita mereka di buru.. Tapi kita yang biasa biasa ni pun tak mustahil boleh jadi viral bila bila masa saja. So, tiada siapa tiada risiko di viralkan.. di kecam atau di angkat sebagai seseorang yang hebat dengan kuasa Viral sekarang. Apapun tindakkan kita.. Just kena fikir banyak kali nak buat. Kalau tak sengaja terbuat juga.. Anggap je ujian Allah yang mungkin nak tegur kita yang lalai atau cara Allah nak hadirkan nikmat yang lebih besar selepas musibah.

Moral of the story.. Kadang kadang kita adalah punca orang lain berkata kata.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MAYBELLINE FIT ME FOUNDATION PALING SESUAI UNTUK KULIT BERMINYAK

2/06/2019 10:24:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

MAYBELLINE FIT ME FOUNDATION PALING SESUAI UNTUK KULIT BERMINYAK. Sapa yang jenis kulit kombinasi. Kadang2 berminyak.. kadang kadang kering & kadang kadang normal. Memang susah tau nak cari foundation untuk kulit macam ni. Yelah.. takkan la asyik nak tukar foundation je kan tiap kali kulit kita tukar musim. tak sempat habis.. dah kena tukar. Saya sejenis kulit yang macam ni. Tak consistent. Kadang2 saya perasan kulit saya jenis ikut cuaca.. Kalau panas dia kan jadi oily tapi kalau musim sejuk @ hujan.. dia jadi normal.

Actually banyak juga foundation yang saya cuba tapi saya rasa lebih selesa pakai yang jenis matte. Kalau kulit saya jadi kering.. Saya akan apply moisturizer sebelum apply foundation. So tak la nampak kering sangat kulit pakai foundation jenis matte. Kalau oily.. Takde masalah nak apply jenis matte foundation ni. Tapi normally saya tak apply dah la moisturizer cuma saya guna primer je. Atau saya guna moisturize yang khas untuk oily skin.

Selain masalah kulit yang tak consistent saya memang jenis tak suka apply makeup base yang buat nampak kulit saya shinning & glowing. Sebab tu saya suka foundation jenis matte ni. Bila dok nampak review orang Maybelline Fit Me foundation ni tertarik la juga. Yelah.. kalau banyak good reviews.. Of course la kita pun boleh terhasut rasa maybe benda tu memang best.


So baru baru ni saya try jugak la. Saya beli kat watsons dengan harga RM23. Code warna 230 (Natural Buff) di mana memang matching sangat dengan kulit saya yang nak kata gelap sangat tak.. putih melepak pun tak. Sawo matang sangat pun tak.. Cuma sawo matang la juga kan. Tapi sawo matang level lite lite gitu.

Sebagai info Maybelline Fit Me Foundation memang banyak code warna memudahkan korang nak pilih warna yang sesuai dengan warna kulit hangpa la. Tak dak la.. Bila apply jadi macam tempek tepung gomak kat muka. Atau nampak macam makeup opera cina kan. Bukan zaman muka putih tangan hitam dah... Sekarang ni orang dah pakai foundation ikut tone warna kulit. Yang tersesat zaman pak pandir je dok guna foundation yang lebih cerah dari warna kulit semata mata nak nampak muka putih. Orang yang masih terperangkap dalam zaman jahiliah je percaya dengan foundation yang autotone.. sebab tak wujud autotone pada foundation. Tetap kena cari tone yang bersesuaian dengan warna kulit. Takde makna kalau apply foundation autotone ni.. dia auto ikut warna kulit hangpa. Tu pembohong namanya..

So salah satu kelebihan Maybelline Fit Me Foundation dia banyak sangat pilihan tone warna. Selain harga dia yang murah & mampu milik. Kandungan dia untuk RM23 ni 30ml.. Ok la tu murah. Yang penting kualiti & keselamatannya terjamin.

 Saya dah try Maybelline Fit Me Foundation ni.. Dia memang sangat sangat Matte. Apply je memang kering. So saya apply dulu pelembab & primer sebelum apply foundation. Saya blend guna sponge lembab untuk sekatakan di kulit sebab dia jenis matte kan?

Saya blend Fit Me Foundation ni guna sponge wedges macam ni je. Beli kat watsons juga

Yang best foundation Fit Me ni kalau rasa dah tak nak apply bedak tak kira compact atau loose powder pun dah ok. Pakai tebal pun dia tak bercapuk atau nampak tebal kat muka. Testur dia pun sangat ringan tak rasa la macam kita tempek foundation sekilo kat muka. Coverage dia pun not bad. Yang penting dia buat kita rasa selesa. Lebih lebih lagi untuk yang ada masalah kulit berminyak la. Tak rekemen sangat untuk kulit kering tapi kalau nak pakai juga makesure apply pelembab la. Kalau tak macam gurun sahara la kulit hangpa pakai foundation ni.

Testur dia liquid. Ni gambar sebelum blend

Sebab dia jenis matte.. sangat selesa sebab tak rasa melekit atau rasa macam kita tempek something yang merimaskkan kat muka. Warna dia kalau pilih code tone yang betul memang nampak cantik. Sebab tu penting sangat pilih tone warna foundation yang matching dengan kulit. Tak nampak macam kita pakai foundation yang tebal. Nampak natural macam kita pakai bb cream je. Tu yang best even dia foundation tapi pandai blend dia memang nampak cantik di kulit kita tanpa menampakkan heavy makeup sangat.

Ni selepas blend. Memang tak kontra dengan warna kulit asal kalau blend kat muka la. Ni guna belakang tapak tangan je

Satu lagi dia tak pecah minyak dalam cuaca panas. Yang saya perasan foundation fit me.. dia walau liquid foundation tapi bila kita apply kat kulit dia rasa macam kita pakai compact powder. Kalau jenis sebab kalau rasa tak nak alas dengan compact atau loose powder pun ok dah bagi yang jenis suka basic je kat muka. Kategori simple makeup la.


Bagi yang nak try Maybelline Fit Me Foundation terutama yang jenis kulit berminyak boleh la serbu mana2 drugstore atau mana2 pasaraya atau mall yang ada jual produk maybelline. Seperti yang dah saya bagitau tadi harga dia memang mampu milik. Daripada review yang saya baca pun banyak good review berbanding bad review. Dari pengalaman sendiri try pun sangat selesa & not bad kesan dia. Bak kata mei mei.. saya suka! saya suka!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com