AKTIVIS LANTANG TUNTUT PENJELASAN BERKAITAN PRODUK DARI BLOGGER TERKENAL?

4/18/2019 10:36:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

AKTIVIS LANTANG TUNTUT PENJELASAN BERKAITAN PRODUK DARI BLOGGER TERKENAL? Tu dia tajuk entri macam tajuk ruangan gosip kat surat khabar je kan? ternampak satu diskusi panas antara aktivis lantang & seorang blogger/Instafamous juga sekarang dah jadi founder produk jus yang katanya boleh kuruskan badan. Biasa la aktivis ni tu dia kalau nak dedahkan.. dia petik nama seketoi seketoi ja. Tak kira la siapapun atau produk apapun. Konsep dia biar jelas pendedahan dia buat di tuju kepada siapa & produk apa. Senang orang nak tahu.


Isun yang di bangkitkan dalam posting aktivis tersebut adalah tentang produk overclaim yang di keluarkan oleh artis termasuklah seorang blogger yang cukup di kenali dari dulu sampai sekarang. Sekarang blogger tu dah kaya & berjaya. Kehidupan mewah dia pun dah banyak kali di viralkan di social media. Jangan la kata den dengki.. Takde sekumit pun nak dengki dengan rezeki dia. Cuma saya takkan menyokong even kawan sendiri pun kalau bersuhabat atau menjual produk produk bahaya, overclaim & menipu pengguna. Tak kira la siapapun dia.

Blogger ni ada keluarkan 1 produk Jus yang harga dia beratus juga la dengan tuntutan boleh menguruskan badan. Sedangkan ramai yang tahu dia berjaya kuruskan badan hasil dari workout & pengambilan makanan sihat & seimbang. Kira dia amalkan diet la selain bersenam. So, apa saya boleh simpulkan dia berjaya kurus hasil usaha keras dia mengamalkan gaya hidup sihat.

Bila aktivis lantang ni ada petik nama dia dalam posting tersebut dia ada datang berkomen dia salah satu komen follower kat situ macam tak puas hati dengan komen tersebut. Dalam celah celah tu aktivis lantang ni mencelah dengan meminta penjelasan tentang produk dia. Pertanyaan lebih kurang macam ni..

❝ Soalan aku paling mudah. Produk hang under pengkelasan makanan atau under MAL. Sekiranya under MAL, bagi number MAL. sekiranya under pengkelasan makanan, tak boleh claim menguruskan badan. Soalannya lagi, aku tau produk hang under pengkelasan makanan. Mana mai claim boleh kuruih?❞

Tapi tak nampak sebarang jawapan lagi. Mungkin dalam masa terdekat blogger @ Instafamous tersebut akan menjawab so kita tunggu je la. Kat sini saya tak tuduh atau membuat kesimpulan apa apa tentang produk blogger tersebut. Biarlah dia sendiri memberi penjelasan. Itu lebih afdhol katanya.

Ni sekadar pandangan peribadi & komen secara general bukan merujuk kepada mana mana pihak yer..

Tak salah nak keluarkan produk sendiri. Nak jadi businessman/businesswoman berjaya. Bagus orang melayu banyak dah berjaya dalam mengeluarkan produk sendiri cuma yang tak bagus bila ada segelintir yang menipu. Nak keluarkan produk produk yang ada tuntutan perubatan macam produk kesihatan banyak perkara kena di ambil kira. Faktor keselamatan pengguna yang consume produk tu, keberkesanan semua tu. Sebab tu perlu berdaftar & mendapatkan kelulusan MAL KKM. Sebab MAL ni nak dapat KKM akan buat analisa pada sampel produk untuk uji samada produk tu mengandungi khasiat seperti yang di buat tuntutan @ Claim. Kalau kata boleh kuruskan badan.. KKM akan analisa samada bahan yang di gunakan terbukti berfungsi menguruskan badan. Selain analisa di buat untuk mengesan samada selamat atau tak bahan yang di gunakan pada produk tersebut. Jika tiada kelulusan MAL KKM.. kita pun tak dapat nak pastikan samada produk tu ada khasiat seperti yang di canangkan atau selamat di ambil.

Tapi yang banyak sekarang produk jus jus kesihatan dengan tuntutan perubatan & Kecantikan ni semua cuma di bawah pengkelasan makanan & berdaftar dengan bkkm (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) bukan MAL KKM. Produk di bawah pengkelasan makanan ni memang tak boleh ada tuntutan perubatan atau kecantikkan. Contoh claim boleh kuruskan badan. Memang salah! Boleh kena saman sebab overclaim.

Berniaga tu biarlah jujur.. positif macam mana pun atitute yang anda tampilkan pada public.. tapi kalau menipu macam tu pun tak bagus. Kalau betul produk yang anda keluarkan & jual berfungsi seperti yang anda claim.. buat ikut saluran yang betul. Daftar dengan KKM. Buat RnD & labtest. Sebab ia melibatkan kesihatan & keselamatan orang yang beli & ambil produk tu. 

Bukan nak jatuhkan reputasi sesiapa atau menutup rezeki mana mana pihak. Cuma nak sampaikan info & kesedaran sahaja. Mungkin ada yang masih tak tahu.. so moga dengan perkongsian ilmu seciput ni boleh membantu bagi guide line kepada mereka yang berhajat nak keluarkan produk kesihatan dengan jenama sendiri kan.

Moral of the story.. Kepada yang obses nak cantik, nak kurus, nak sihat.. Jangan semborono percaya dengan penjual produk. Make sure sebelum consume apa apa produk soal siasat dulu produk tu. Kalau tak cukup kriteria please elakkan. Takut berlaku masalah kesihatan yang tak di jangka.

P/S : lepas ni makin ramai la blogger meluat dengan blogger lekatlekit kan? hahhaha.. Tak kisah la yang penting niat saya nak sampaikan kesedaran pada orang lain. Di benci tu perkara biasa dalam hidup seorang manusia.

4 comments:

  1. Blogger pun leh kena kecam.. Huhu.. Nasib baik den blogger picisan.. Org kenal pun tak.. Wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak pelik saya dari dulu kena kecam juga hahahaha

      Delete
  2. sekarang dunia semakin kecam, katanya kebebasan bersuara itu hanya mitos. yang kaya masih mampu tutup mulut orang yang bising walaupun si kaya itu jual produk sampah

    ReplyDelete
  3. selagi berpihak kepada kebenaran jangan la takut..

    Allah sentiasa ada untuk mereka yang bersama kebenaran

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com