SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU??

6/30/2019 12:33:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU?? Hammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmboi! Lama sungguh lahai blog lekatlekit tak ada segmen seram serik lekatlekit kan? Cuti panjang sungguh dia katanya. Yelah.. Busy dengan macam macam benda. Dengan nak cari dana untuk bayar kos guaman sampai la ni tak cukup cukup lagi.. Tup tup beranak pulak katanya. La ni makin bertambah sibuk la dengan baby hud yang masih kecik tu. Dengan kakak shahila yang special edition katanya. Nak update blog pun kemain kena curi curi masa. Sambil dodoi hud boleh la mula menaip sepatah dua kata.

Di pendekkan cerita la.. Kalau panjang satgi budak hud meraun hapapun tak sempat nak taip dah katanya. Ternampak kat twitter benda ni sedang kecoh. Berkaitan satu gambar gambar raya yang dah di edit agak menyeramkan. 4 manusia yang tetiba kepala memasing terpisah dari badan. Editing je yang tu tak ada apa nak peliknya. Zaman sekarang hang tak payah belajaq multimedia pun dok depan pc/laptop godek godek boleh ja nak buat gambar lagu tu.


Tapi yang jadi isunya.. Ada yang nampak dalam gambar tu ada 5 orang. Walaupun asalnya gambar tu cuma 4 orang. Bukan sorang yang nampak ada 5 orang dalam gambar tu ada beberapa individu mengakui nampak 1 kelibat.. mungkin bukan kelibat tapi kelihatan macam seorang gadis berpakaian serba hitam. Nampak macam manusia biasa yang terselit dalam gambar tu. Pada mulanya.. Ingat memang ada gadis tu di antara mereka tapi bila ada yang tak nampak kehadiran orang kelima dalam gambar tu benda ni buat jadi kecoh sekejab kat twitter.


So, marilah kita sama sama merenung ke dalam gambar ni & bagi jawapan samada hangpa nampak dalam gambar ni ada 4 orang atau 5 orang. Kalau den yang spesis sentiasa berhijab ni memang nampak 4 jer.. kalau yang asyik kejab buka kejab tutup hijab tu gamaknya berapa orang hangpa nampak dalam gambar ni. Boleh tulis jawapan hangpa pada ruangan komen yer. Kita survey samada betul ada yang nampak ada 5 orang dalam gambar ni atau cuma 4 orang saja.




Mana yang nampak 5 tu harap tak demam la yer hehehehe.

Moral of the story.. Entah la samada betul ada kewujudan entiti misteri dalam gambar tu atau tidak, Allah mengetahui segalanya. Kalau saya memang tak nampak apa apa pun.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT

6/25/2019 12:55:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT. Ada yang tahu kewujudan gadget kecantikan ni & ada yang masih tak pernah dengar benda alah ni. Saya sebelum ni pun tak pernah tahu & ambil tahu sangat pasal dermaroller ni sebab saya tak suka jarum katanya. Hahahaha.. Tapi bila di beri peluang mencuba gadget kecantikan ni baru saya tau akan kehadirannya dalam dunia kecantikan manusia.


Mula mula di tawarkan dermaroller ni.. Bila saya google info dia serius saya cuak nak cuba. Gila kau nak cucuk cucuk muka dengan jarum. Ada saya tengok sampai berdarah. So saya bagitahu la saya takut nak cuba benda benda macam ni. Saya tak berani nak roll muka dengan jarum jarum halus sampai berdarah tu. Tapi bila di terangkan baru saya faham. So saya minta

Sebenarnya Dermaroller ni ada beberapa size jarum mengikut fungsi dia. Ada 3 size jarum iatu (rujuk pada gambar)


Saya kalau berurusan dengan jarum ni memang seriau sikit so saya pilih yang paling kecik la size 0.22mm. Lebih kepada untuk menyerap skincare tapi membantu juga untuk masalah ringan kat kulit macam parut parut hitam bekas jerawat tu. Maybe sebab dia membantu penyerapan skincare lebih cepat ke dalam kulit.. Sekaligus benda tu membantu juga skincare tu untuk merawat masalah kulit kita.

Add caption

Pengalaman pertama kali nak roll jejarum halus (dermaroller) tu kat muka.. Allahu.. Mengucap dua kalimah syahadah juga la. Sebab macam den kata.. den ni seriau dengan objek bernama jarum. Selepas buat step bersihkan muka tu.. Roll pelan pelan. Jangan tekan kuat sangat dermaroller kat muka.. just roll ringan ringan ke seluruh muka.  Lepas dah gelek muka dengan dermaroller tu korang akan rasa pedih sikit sikit la tapi tak la sakit macam kena injection tu. Alah rasa macam main cubit cubit manja dengan kekasih hati je. Lepas Roll tu muka akan jadi merah merah umairah sikit. Rekemen pakai serum dulu sebelum roll.

Sebelum guna wajib bersihkan Clear dermaroller dulu. Cara saya rendam dulu dalam air dettol.. kemudian keringkan. Spray dengan alcohol yang di sediakan baru guna. Untuk muka saya buat 3 step membersih. Mula mula bersihkan dengan  MicellAir water Nivea lepas tu  milk cleanser garden of eden & cuci dengan Mild cleanser garden of eden. Baru sapu serum atau korang boleh letak pelembab pun boleh sebelum mulakan prosess roll muka dengan dermaroller ni.

Untuk redakan rasa pedih & kemerah merahan Umairah katanya... Saya sapu Aloe Vera Gel. Sebab Aloe Vera Gel tu sejuk.. Benda sejuk ni dapat la kurangkan rasa pedih & kemerahan pada kulit. Alah guna cap guardian punya aloe vera gel je.

Tapi kalau ada jerawat tengah aktif tak di galakkan untuk guna dermaroller ni. Nak nak lagi jerawat yang banyak. Setakat sebiji dua.. Boleh la. Tu pun kat tempat jerawat tu kena elak dari kena roller takut bakteria jerawat tu merebak kat bahagian kulit lain. Dari sebiji jadi sepohon kayu daunya rimbun.. lebat bunganya serta buahnya pulak.

Nak nampak hasil positif try guna sekurang kurangnya 3 - 4 kali. Tapi jangan la dok gelek muka hangpa tiap tiap hari. Memadai seminggu sekali sudah. Saya rasa lebih elok buat kalau anda tidak merancang untuk keluar sebab takut sunburn pulak. Kalau lepas roll muka tetiba ada emergency yang memerlukan anda keluar.. Make sure pakai sunblock atau sunscreen ok!

Selepas tu hangpa akan dapat rasa.. skincare yang hangpa guna cepat sikit memberi kesan positif pada kulit hangpa berbanding tak guna dermaroller ni. Saya sendiri lepas roll muka dengan dermaroller ni esok tu.. akan rasa kulit lebih halus & cerah (bukan putih yer) sedikit. Make sure skincare yang hangpa guna memang menepati & bersesuaian dengan keperluan kulit hangpa la. Saya tak rekemen sangat produk yang baru hangpa nak try & error guna bersaman dermaroller ni. Sebab tak tau produk tu samada serasi atau tak. Guna dulu kalau nampak serasi & tak bagi kesan buruk.. Baru buat dengan dermaroller ok!

Cuma yang rajin je di rekemen untuk beli & guna clear dermaroller ni. Yang rasa rasa diri tu pemalas.. Nak sapu moisturizer kat muka sebulan sekali pun payah. Cuci muka pun kadang kadang dengan sabun mandi masa mandi jer.. Tak payah la. Takut membazir je bila kau beli. Sebab nak guna dermaroller ni agak rumit penjagaan dia sebab dia kena betul betul hygine dari alat yang nak guna sampai la kulit kita yang kita nak golek golek dermaroller nanti. Kalau tak hygine takut bakteria atau kotoran yang melekat pada gadget & muka kita tu bagi kesan tak baik pulak kan.. yelah.. bila roll muka dengan dermaroller dia mempercepatkan sesuatu yang kita sapu kat muka kita meresap ke dalam kulit. Ni bahaya juga bagi yang guna kosmetik beracun tapi orang yang guna kosmetik beracun dia percaya produk dia guna selamat. Jadi nasihat saya.. Nak selamat guna produk farmasi @ drugstore la. Yang jual jual kat online berhati hati..

Cara penjagaan & cara penggunaan Clear dermaroller

Size dermaroller pilih mengikut masalah kulit & ikut keberanian hangpa juga. Macam saya.. sebab baru nak try haritu saya memang agak cuak so saya minta yang paling tak sakit jarum dia. Tapi benda tu korang boleh dapat consultant dari pihak pengedar yang sah. Dia boleh advise yang mana korang perlu guna.

Clear dermaroller ni bukan macam sudu yer boleh share share dengan orang lain. 1 dermaroller ni memang boleh di gunakan untuk seorang sahaja & tidak boleh di kongsikan. Dia macam jarum suntikan jugak la kan.. Cuma jarum suntikan lepas suntik terus buang tak boleh cuci & recycle semula. Macam Clear dermaroller ni.. Kita lepas guna boleh cuci & simpan. Lepas tu boleh di gunakan semula. Takde la lepas pakai kena buang. Bankrup tokei balak kalau macam tu. Ye dak??

Masa saya dok menayang clear dermaroller kat Facebook ramai dok tanya.. mana nak beli. Berapa harga bagai. Kalau korang berminat nak cuba boleh hubungi melalui platform media sosial dia bawah yer. Segala detail berkaitan produk boleh refer kepada pengedarnya terus.. Saya cuma blogger yang berkongsi pengalaman guna & sedikit info berkaitan produk sahaja.. Selebihnya serah pada mereka yang lebih arif untuk memberi penerangan terperinci berkaitan produk ni.


☻Instagram: @clear.dermaroller 
✎Facebook: Clear Dermaroller 
❧Twitter: DermarollerMY 


1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM

6/20/2019 11:15:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM. Sekarang ni banyak doktor mula membuka klinik sendiri. Lambakkan klinik persendirian/swasta membuatkan kadang kadang kita tak tahu samada klinik @ doktor tersebut berdaftar dengan KKM atau tak. Risiko tau kalau klinik tu tidak berdaftar dengan KKM sebab kalau berlaku apa apa susah la korang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Dari perkongsian Laman Facebook Dr Imelda Balchin dia bagi tutorial cara nak semak samada klinik tu sah atau tak. Siap tutorial bergambar. Boleh rujuk di bawah. Jika anda mempunyai account facebook boleh masuk terus ke posting dr Imelda.

Kalau hangpa nak check sendiri, doktor yang bukak klinik sendiri ni doktor tipu kaa doktor betoi, sila ke link ini.


Type nama doktor saja pun cukup.
Lepas tu click go.
Lihat senarai yang keluar.

Saya type Imelda saja. Keluar senarai tujuh orang doktor Imelda yang berdaftar dengan MMC. Saya yang ketujuh dalam senarai tu.

Kalau tau nombor registration MMC lagi bagus. Tak payah laa cari nama kat dalam senarai yang mana satu. Boleh search guna nombor saja.

Kalau doktor tu tak ada di dalam senarai dengan tempat pekerjaannya sekali untuk tahun ini, pi laaa cari doktor lain.

Anda juga boleh buat aduan di laman mmc.gov.my jika anda terjumpa doktor tipu.

Semoga Tutorial dari Dr Imelda ni membantu anda membuat semakan sebelum menggunakan khidmat @ rawatan klinik/hospital persendirian/swasta. Bukan apa zaman sekarang banyak orang pakai title Doktor tapi title tu tidak di iktiraf, tidak bertauliah & senang cakap doktor pelesu jer. Bahaya tau berurusan dengan doktor pelesu ni.. Kang sihat jadi lesu tak tau la hangpa.

Saya kongsikan di blog supaya pembaca blog ni yang belum mengikuti Dr Imelda di Facebook atau yang atak ada acc facebook dapat juga infonya. Apa yang bermanafaat tak salah kita kongsikan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NUH KE HUD?

6/11/2019 10:25:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

NUH KE HUD? Apadia pulak ni.. Nuh ke hud? Mesti ada yang terpinga pinga baca tajuk entri. Yang kita tau Nuh & hud tu nama nabi kan.. Yer.. Tapi kisahnya bukan nak share kisah kisah nabi. Kalau ada yang terbaca entri sebelum ni saya ada share tentang kelahiran anak kedua saya. Masa tu belum ada nama la.. Just share kisah kelahiran baby boy saya yang saya panggil hero masa tu.

Alhamdulillah lepas sebulan akhirnya secara rasmi si hero dah di daftarkan namanya. Dah ada surat beranak & my kid. Tu dia.. lama kan baru register nama anak. Tak kena denda ke? ni pun antara soalan yang saya dapat juga.. lebih 14 hari katanya lewat daftar anak. Takpa la alang alang dah tulis.. meh nak habaq pi kat hangpa na.. Sekarang ni tempoh untuk daftar kelahiran @ nama anak di JPN adalah dalam masa 60 hari. Lebih kurang 2 bulan. Lebih dari 60 hari akan kena denda RM10 sebab lewat mendaftar. Selebihnya hangpa boleh check kat portal rasam JPN la. Google la.. tu pun malas.


Mula mula... saya namakan hero saya ni sebagai Nuh.. Ni kisah sebelum nama di daftarkan la. So, ada antara kengkawan social media memang dah panggil Nuh.. tetiba tukar hud pulak. Yang mana satu sebenarnya nama budak hero ni.

Hero di daftarkan dengan nama Hud.. Hud apa? takkan hud je? Yer hud saja nama dia. Hanya 3 huruf H.U.D. tak ada Muhammad ke atau sambung nama lain di belakang. HUD BIN *** Kena bagitau sebab benda ni ramai yang tanya. Masa balik kampung beraya haritu pun antara soalan popular yang di tanya. Depa macam tak percaya pulak nama Hud.. HUD je dah tak ada nama lain. Kalau letak panjang panjang pun nama.. Yang panggil nanti pendek jugak. So letak pendek senang panggil nama penuh. ye dak??

Kenapa Hud sedangkan mula mula nak namakan NUH. Setelah survey ramai pulak guna nama NUH tapi jarang jarang dengar yang namakan Hud. Di tambah pulak budak shahila (kakak kepada hud) memang dah panggil hud. Tapi shahila panggil Hud brown. Memang banyak jugak nama panggilan hud.. Mak sedara dia (makngah) panggil brother'hud'. Si tok (nenek) panggil black hud. Lepas ni tak tau apa lagi depa nak tambah pada nama Hud ni. Mentang mentang la nama dia pendek kan?

So nama Hud di pilih sebab selain nama tu sedap di panggil oleh mak & kakak dia.. Nama tu jarang jarang ada orang guna. Tak nak la nama sepesen jer nanti kan? Esok esok dah masuk sekolah.. nama sama pulak dengan kawan lain. Contoh nama trending dalam tahun 2010/2011 damia, rania, dania bla.. bla.. nia bagai. Ramai namakan anak yang ada nia kat belakang. Macam tak best je kan...

So dengan ini saya memperkenalkan.. anak lelaki saya yang bernama Hud. Nak panggil Nuh pun takde masalah. Dua dua nama yang baik.. nama Nabi kan? Hud di lahirkan pramatang (35 minggu @ 8 bulan) dengan berat 2.09kg. Tapi hud sihat jer... Takde kena ward ke apa. Just lepas lahir masuk NICU 6 jam untuk pemantauan sebab lahir premature kan? Sampai saat entri ni di tulis hud sihat sihat saja selepas 31 hari prolonged jaundice (kuning). Sekarang hud dah sebulan lebih.. Semoga Hud membesar dengan sihat & menjadi anak yang baik (Aminn).


Jadi yang dok confuse Nuh ke Hud.. moga dah jelas yer.

Apapun entri ni di tulis sebagai memori di masa akan datang. Kalau blog ni masih wujud sehingga anak anak membesar.. At least ada juga kisah kisah depa dalam ni.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA

6/10/2019 10:30:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA. Mengurut ni memang sinonim dengan masyarakat melayu.. erkk.. rasanya bukan orang melayu je. Kat malaysia ni rasa semua bangsa pun suka mengurut badan. Tu tak termasuk urutan yang bukan bukan. Lagi la kepelbagaian bangsa ada. Tapi bukan la saya nak cerita pasal servis urut yang bukan bukan tu. Tak nak la kita tanggung dosa.. Dosa yang ada pun banyak tak terampun lagi katanya.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Urut atau omputih kata massage.. Memang ada kebaikkan dia. Terutama untuk ibu ibu lepas bersalin & orang yang terkena penyakit saraf macam strok ke. Urutan salah satu cara untuk merangsang balik bahagian bahagian anggota banda yang mengalami lumpuh sementara tu. Untuk ibu ibu lepas bersalin ni.. dengan mengurut boleh memberi kesegaran dan mengembalikan tenaga yang mungkin hilang semasa mengandung & proses kelahiran. Bagi sesetengah orang.. urut ni satu kemestian yang di buat. Kira rutin wajib tak kira la sebulan sekali atau berapa bulan sekalipun.

Melakukan urutan badan ni berfungsi sebagai menghilangkan rasa letih dan mampu memberi kelegaan kepada bahagian badan yang mungkin sengal, lenguh akibat terlalu kuat bekerja. Benda ni secara tak langsung memberi kesan positif pada mental kita. Yelah.. kalau badan sakit sakit.. sengal sengal mesti la fikiran kita pun akan rasa down. Jadi penting juga sekali sekala kita manjakan diri dengan pergi mengurut badan untuk refresh balik badan kita.

Selain tu kalau korang ada malasah tidur pun boleh membantu juga dengan mengurut badan. Sebab kalau badan sakit sakit, penat boleh menggangu juga tidur. Dengan berurut.. bila badan dah rasa rilex.. Insya Allah kita boleh dapat tidur yang berkualiti. Selain tu kalau stress pun boleh juga bawa diri pergi berurut.

Macam macam jenis urutan yang ada.. Ada urutan tradisional melayu & ada urutan tradsional jawa. Memang ada beza antara urutan tradisional melayu dengan jawa. Teknik urutan dia tak sama. Urutan tradisional jawa ni biasanya teknik urutan dia menggunakan teknik urut guna ibu jari. Di tekan tekan. di picit picit dengan kekuatan ibu jari tu katanya.

Keistimewaan urutan tradisional jawa ni katanya tak la menyakitkan sangat. Sesetengah teknik mengurut badan memang sakit tau! Jadi ada yang mungkin tak sanggup nak pergi tadah badan untuk di urut. So yang nak berurut tapi tak menyakitkan boleh la try urutan tradisional jawa ni.

Tak semestinya urut ni untuk orang sakit je kan.. Kita nak manjakan badan pun boleh. Almaklum la.. hari hari badan kita di kerah bekerja.. sesekali dia perlu juga servis dengan ambil pakej urut badan ni untuk hilangkan rasa sakit sakit, sengal sengal & lenguh lenguh badan. Baru la dapat mengembalikan kecerdasan sekaligus aura fresh tu terpancar kat wajah katanya. Baru la kita menjadi manusia yang lebih proaktif & produktif katanya. hehehehe

Kalau korang nak cari tempat mengurut badan menggunakan teknik urutan tradisional jawa korang yang tinggal di area lembah kelang ni boleh la try sentuhan ibu siti. Dia punya tempat kat central point batu caves. Selain urut ada juga servis scrub badan.

Perkhidmatan yang di sediakan ibu siti ni

✓ Urutan badan RM55 (1jam)
✓ Scrub RM50

❖ Untuk pakej Urutan & scrub RM100. Jimat RM5 boleh la buat pergi minum minum lepas berurut & scrub badan katanya. 

Kalau nak cuba urutan tradisional jawa ni
Untuk pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi terus Ibu Siti di Talian
 ☏ Tel : 017 354 1568 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com