APA? ADA BAHAN ANTI KULAT DALAM PRODUK SKINCARE?

10/01/2019 11:26:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

APA! ADA BAHAN ANTI KULAT DALAM PRODUK SKINCARE? Hamboiii!! Bila hang nak serik ni? Berani hang dok tulis tulis kat blog pasai produk lagi. Tak cukup ka dengan apa yang hang kena tu? Bukan tak cukup cuma benda tu tak la buat saya berputus asa dalam menyampaikan kesedaran kepada pengguna. Apalah dosa kan kita menyampaikan info info berkaitan produk kepada masyarakat. Masuk neraka ke? Takkan..

Jadi kita ke topik yang sepatutnya. Semalam pihak NPRA (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar 4 produk tempatan (local skincare) yang di kesan mengandungi bahan terlarang yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik & merbahaya pada kesihatan pengguna.


Biasanya produk produk skincare yang kantoi kat lab KKM ni ada merkuri, hydroquinone & tretinion kan.. Tapi semalam macam nampak benda baru di campurpalsu dalam produk kosmetik jenama tempatan tu. Iatu triamcinolone acetonide, betamethasone valerate chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim, dan ketoconazole.

Tu dia padia pulak menatang tu wei.. Nak sebut pun tak reti. tergeliat lidah. Menatang apa depa bubuh dalam produk tu? habaq mai sat..

triamcinolone acetonide & betamethasone biasanya terdapat dalam produk anti kulat/fungus. Ia adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Wah sekarang produk skincare dah di campur dengan bahan anti kulat yer.. Tapi kalau produk anti kulat boleh di gunakan pada kulit kenapa tak boleh letak dalam produk kosmetik? Apa salahnya?? Guna pada kulit jugak kan?

Hello.. Ubat anti kulat ni bukan semua orang boleh guna. Ia perlu pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti masalah kulit sebelum di beri ubat anti kulat/fungus ni. Bukan kau main tempek untuk buat daily skincare ok! Nama pun ubat bukan skincare. Sila hadam!

Sumber :
Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2019 – Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Triamcinolone acetonide dan betamethasone valerate 

boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Hydroquinone 

boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Antibiotik (chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim) dan antifungal (ketoconazole) 

Kalau diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

Merkuri 

dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Jangan satgi ada penjaja produk kata.. Bahan tersebut ada dalam ubat hospital bla.. bla.. boleh guna bla.. bla.. Memang ada dalam ubat tapi hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan seperti doktor sahaja. boleh boleh hang main jual bagi orang pakai kat kulit sebagai daily skincare yer. Produk ubat tak sama dengan produk kosmetik. Kosmetik adalah produk yang di gunakan di luar kulit bagi tujuan penjagaan diri/kulit, wangian, kebersihan bukan produk yang ada claim merawat macam ubat.

Jadi.. Jauhi produk kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak di benarkan walaupun bahan tersebut di gunakan dalam certain ubat. Tak semestinya dia selamat dalam ubat dia juga selamat bila di campurpalsu dalam produk kosmetik. Setiap bahan tu anda tindakbalas & ada fungsi tertentu sahaja boleh di gunakan. Kalau di gunakan tanpa pemantauan profesional kesihatan & tanpa kawalan mungkin boleh memudaratkan kesihatan kulit & badan anda.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com