KORONAVIRUS DAH ADA DI MALAYSIA! VIRUS YANG MASIH TIADA VAKSIN

1/25/2020 02:01:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KORONAVIRUS DAH ADA DI MALAYSIA! VIRUS YANG MASIH TIADA VAKSIN. Apa yang merisaukan rakya malaysia seperti saya akhirnya jadi kenyataan. Sejak viral pasal koronavirus yang menyerang daerah Wuhan sehingga di isytiharkan darurat. dah pun meragut nyawa manusia.


Virus ni di katakan berpunca dari amalan pemakanan haiwan eksotik seperti ular. Ni la bala yang Allah turunkan kepada manusia yang jenis suka makan benda benda yang tak sepatutnya di makan. memang warga China ni antara spesis pemakanan haiwan eksotik yang pelik pelik sampai koala bear pun depa belasah. apa nak heran kalau nampak depa makan kelawar, anjing, kucing bagai.

ULAR berbisa spesies many-banded krait bermungkinan menjadi punca asalnya penularan wabak koronavirus yang membawa kepada penyakit berkaitan pernafasan yang merebak di China

Sebab tu la Islam menghadkan haiwan yang boleh di makan. Adalah untuk menghindari dari berlaku kemudaratan kepada umat manusia.

tak pa kalau rasa depa jenis pelahap tak boleh nak sekat. tetap nak melantak macam dinasor. Tapi tak bawa masalah kat penduduk dunia lain. Ni bila terkena jangkitan virus macam koronavirus dia bukan effect orang yang makan je.. benda tu bila dah menjangkiti manusia, dari manusia yang di jangkiti tu boleh menjangkiti manusia lain pulak even kami tak menkedarah menatang menatang tu semua. tapi kami tetap berisiko di jangkiti jugak.

laporan juga mendapati bahawa ular terbabit sering dijual di pasaran tempatan sebagai makanan eksotik di Wuhan, sekali gus mengaitkannya sebagai punca wabak itu bermula.

Terasa nipis sangat Iman bila dengar dah ada kes kat Malaysia.. nak nak lagi 3 warga china yang di sahkan positif koronavirus sedang di kuarantin & di rawat di hospital sungai buloh. Katanya 3 warga china tu adalah saudara terdekat yang di sahkan postif koronavirus di singapura haritu. Sedang elok la tu.. Hospital sg buloh pun memang tak jauh sangat la dari rumah aku. Hope Virus tidak menjangkiti sesiapa warga tempatan termasuk petugas kesihatan yang terlibat di sana. Moga Allah melindungi kita semua.

Berikut adalah tanda-tanda (simptom) seseorang itu dijangkiti coronavirus:

⏩Hidung berair (berhingus)

⏩Sakit kepala

⏩batuk

⏩sakit tekan

⏩Demam

⏩Merasa tidak sedap badan.

Apa yang saya baca koronavirus masih tiada vaksin.. macam Influenza yang menyerang baru baru ni masih ada vaksin untuk mencegah yang ni totally kau kena ambil langkah pencegahan secara manual la.

Tiada vaksin untuk virus ini yang boleh merebak melalui pernafasan. Gejala termasuk demam, kesukaran bernafas dan batuk, menyamai simptom banyak penyakit berkaitan pernafasan lain.

Antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Langkah pertama
yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Langkah kedua 
adalah penting sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini.

“Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

“Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

“Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna,” kata KKM yang berkongsi poster langkah pencegahan yang dikongsi bersama orang ramai menerusi sesawang Facebooknya.

Langkah ketiga 
perlu diambil orang ramai adalah segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

Hope kita kurangkan aktiviti di tempat awam terutama tempat yang ramai orang & menjadi tumpuan pelancong bagi mengambil langkah pencegahan awal.

Apapun agama semua percaya dengan Tuhan kecuali yang tak percaya kepada agama je. Jadi sama sama kita berdoa semoga di lindungi & virus tersebut dapat di sekat dari merebak & menjadi lebih serius.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON PALING MUDAH

1/16/2020 11:01:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

RESEPI KARI KEPALA IKAN SALMON PALING MUDAH. Sapa kat sini suka makan kari kepala ikan? tak kira la kepala ikan apapun kecuali kepala ikan bilis jer.. Semua dia suka makan. macam saya.. saya paling suka makan kari kepala ikan duri sebelum ni. Sebab isi & lemak celahan tulang di kepala ikan duri tu Allahu.. nikmat bagai sorga dunia katanya. Sapa pernah try maybe tahu macam mana kan?

Tapi di sebabkan orang cakap kari kepala ikan salmon ni sedap.. Di jadikan kisah untuk masa depan pada satu hari suami saya balik dengan membawa satu kepala ikan salmon seberat 0.47kg dengan harga RM4.45. Tu dia complete dengan berat & harga aku bagitau hangpa tu. Apa lagi maka bergumbiralah hati seorang isteri bila hajat dia kesampaian. Maka di karikan dengan rakus & di makan sampai habis sorang diri kepala ikan itu sebab sejenis suami saya memang tak makan apa juga kepala ikan. Apa juga lauk dia makan semua bahagian daging & isi sahaja. yang part part banyak tulang memang tak makan. Heaven tau tak payah berebut makan sedap dengan dia hahahaha.

tapi kan ada yang gelakan saya masak kari kepala ikan salmon katanya ikan salmon tak sesuai di masak kari. Almaklum la ikan obersi katanya. Maybe dia rasa menu menu western je sesuai dengan ikan omputih ni. maybe dia belum rasa penangan kari kepala ikan salmon.. So bagi yang belum mencuba meh sini nak ajar macam mana nak buat kari kepala ikan salmon yang sedap tapi mudah. Jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit

Bahan bahan

1 kepala ikan salmon (saya belah dua )

1 paket rempah kari ikan (paket kecil 25g)

1 biji tomato

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

2 tangkai daun kari

sedikit halba campur

sedikit air asam jawa

Minyak masak

Sedikit santan (lebih kurang suku cawan santan sebab taknak berlemak sangat kuah dia)

6 Biji bendi

3 biji terung unggu (belah 2 kemudian potong agak agak tak besar & kecik sangat)

garam

Air

Cara memasak

1. Kisar/Blend halus 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1/2 biji tomato& rempah kari untuk di jadikan pes.

2. Panaskan minyak tumis daun kari bersama halba campur, kemudian masukan bahan kisar yang di jadikan pes tadi & masak sehingga rempah pecah minyak.

3. masukan kepala ikan yang dah di belah dua (belah tengah antara muka tu yer. kalau taknak belah pun suka hati hangpa la). Masak sekejab

4. Masukan bahan sayuran seperti bendi dulu. Kemudian masukan terung.

5. Kalau pekat tambah sedikit air & biar mendidih sekejab

6. Masukan air asam jawa & sedikit santan

7. Kalau semua dah masak masukan 1/2 biji tomato yang di belah 2 atau 3.

8. perasakan dengan garam secukup rasa & gaul sebati.

9. Kalau semua dah cukup rasa & masak.. Tutup la api jangan bazir gas.

dah siap kari kepala ikan salmon untuk di makan bersama keluarga. Erkk.. saya makan sorang je hahahaha.


Bagi yang tak pernah rasa kari kepala ikan salmon ni nak tau gambaran rasa dia macam mana.. memang sedap. Isi, lemak & kulit dia bahagian kepala & celahan tulang tulang kepala tu.. Fuh! Kalau makan memang terbang ke langit tujuh katanya. Ada restoran yang sediakan menu ni tapi biasa la harga dia maybe mahal la kot sebab ikan salmon kan? Nak bajet beli & masak sendiri je kat rumah. Bukan susah pun. resepi ni boleh juga masak untuk ikan lain. jangan la lurus sangat ok! kekekekeke

Selamat mencuba resepi mudah & sedap ni. Kalau rasa bermanafaat sila tekan button share satokali. Terima kasih.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HIDUP UMPAMA RODA.. ITULAH KISAH HIDUP PELAKON CILIK PUTERI BALQIS

1/13/2020 10:05:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

HIDUP UMPAMA RODA.. ITULAH KISAH HIDUP PELAKON CILIK PUTERI BALQIS. lama rasanya blog lekatlekit ni tak mengupas kupis & kopek isu isu semasa kan? Rindu lahai katanya nak mengopek dengan rakusnya isu isu yang berlegar di sekeliling ku.. Tapi tu la kekangan masa tu buat terhad sangat nak buat apapun selain dok merapu meraban kat pesbuk sana. Yelah.. posting kat FB tak perlukan masa yang banyak. Berbanding blog.. Macam nak buat assignment pulak dia punya komitmen tu hahahahaa.

Kecoh sekejab bila rancangan bersamamu menampilkan kehidupan terkini pelakon cilik yang pernah merangkul anugerah pelakon wanita terbaik asia, Puteri Balqis yang di gambarkan hidup susah selepas jatuh sakit. Sakit pulak sampai hari ini doktor masih belum pasti apa penyakitnya. Semenjak jatuh sakit & tidak lagi aktif berlakon kehidupan puteri Balqis di lihat berubah 360 darjah. Puteri Balqis yang dulunya belajar secara Homeschooling kini tidak lagi menyambung pelajaranya. Mungkin kekangan kewangan.


Macam macam pertikaian den dok baca kat social media.. Bagi saya yang pernah jatuh susah walau saya tak pernah kaya pun selepas kena saman, berada dalam situasi yang sebelum ni mungkin walau tak kaya kita tak ada sangat masalah kewangan sampai perlu merendah diri meminta sumbangan orang ramai. Sampai satu ketika tiba tiba kita di uji hingga perlu memohon ehsan orang lain dengan cara minta derma, bukan sesuatu yang mudah nak buat. dan ketahuilah bukan benda seronok pun nak buat. Memang la nampak duit masuk banyak tapi bukan untuk kita berbelanja untuk kehendak diri. Pegang amanah yang sangat besar.. Timbul macam macam fitnah & spekulasi. Nak kena hadap semua tu tak mudah ok! Orang melaluinya saja faham.. sebab tu dalam kes Puteri Balqis even orang mempertikaikan itu ini begitu begini.. Saya pilih tidak mempertikaikan apa apa. Sebab apa yang orang fikir kadang kadang tak sama situasi yang kita hadap & tak semua benda boleh di cerita pada semua orang. Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri yang tak boleh di canang pada umum kenapa mereka ambil tindakan begitu & begini.

Tapi banyak perkara kita boleh belajar dari apa yang berlaku pada kehidupan Puteri balqis ni. Semasa kecil hidupnya mungkin senang, gemilang & di kenali. Sentiasa nampak muka dia dalam drama drama TV. menang award sana sini. rata rata memuji bakat besar yang di milikinya. Disayangi & di minati ramai. Mungkin dia ataupun keluarga dia pun tak terfikir akan di uji macam sekarang. Tiba satu masa.. Allah nak uji segalanya hilang & waktu susah ni.. tak pelik la ramai yang mungkin dulu ada je dok menyendeng macam kucing parsi minta wetfood sekarang jangankan batang hidung.. bau pun tak dapat nak hidu dah. Seolah olah ghaib terus dari mukabumi. Tu perkara biasa bila kita jatuh susah.

Macam tu la yang berlaku dalam  kitaran hidup Puteri Balqis sekarang. Dia pernah berada di puncak kegemilangan & dia juga pernah berada di era kejatuhan dalam usia yang masih muda. Dia melalui perkara tu.. Maybe sebab tu dia nampak lebih matang berbanding usia dia sekarang 13 tahun. Kehidupan Puteri balqis sekarang membuktikan perumpamaan hidup umpama roda memang betul. Kita boleh berada di atas & di bawah bila bila masa sahaja. Jadi jangan sombong. Berlagak seolah olah kita takkan susah sampai mati.  Walau sekarang kita rasa kewangan kita stabil, kita ada backup untuk masa depan tak mustahil kalau Allah nak uji kita.. dalam sekelip mata kita hilang semuanya dengan cara yang kita tak pernah sangka & terfikir akan berlaku.

Sedikit kisah tentang Pelakon Cilik Puteri Balqis.. sejak terlantar sakit 2 tahun lalu Puteri Balqis tidak lagi aktif berlakon. Sekarang dia aktif menulis puisi & karyanya di bukukan & di jual di jalanan sekitar ibu kota untuk menampung kehidupan dia bersama ibu dia. Menurut Puteri Balqis jiwanya lebih kepada menulis puisi berbanding berlakon sekarang ni. Mungkin sebab kesihatan dia pun tak menentu kan. Katanya dia kerap Muntah darah waktu berjalan, tidur, tersedak dan muntah, kesannya dia akan jadi lemah. . Nak ambil job berlakon maybe dia tak boleh bagi komitmen. yelah.. sakit nak datang dia tak bagi signal. Mungkin juga sebab tu dia dah tak berlakon lagi buat masa sekarang.

Apapun semoga Allah sembuhkan penyakit misteri yang di alami Puteri Balqis & permudahkan urusan hidupnya. Saya suka bila dia kata, Ujian kita indah bila kita tabah & sabar. cara dia bercakap rasa kagum. Sikitpun tak ada mengeluh dengan apa yang dia hadap. Seolah olah dia terima dengan hati terbuka. yer.. memang bukan mudah seperti kata kata.. At least dia tak menyalahkan takdir. kita yang dewasa ni kena malu sikit dengan Puteri Balqis kan? Asyik merungut tak sudah.. hehehehe

Apapun dari bersangka sangka.. berspekulasi.. Apa yang baik kita ambil pengajaran dari perjalanan kisah hidup Puteri Balqis ni. Hidup ni umpama roda.. hari ini hari dia, esok lusa entah entah kita pulak di uji, siapa tahu.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KUIH CARA MANIS PALING MUDAH

1/08/2020 09:57:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI KUIH CARA MANIS PALING MUDAH. Resepi masakan ni hari biasa views dia memang la biasa biasa saja sebab blog lekatlekit ni memang la bukan blog masakan tapi blog caca marba. Semua pun boleh masuk. Ikut suka kepala otak berjambul admin blog dia nak tulis apa. dan ikut mood juga. walau apapun bentuk penulisan dalam blog ni.. Ia tak lain tak bukan adalah untuk tujuan berkongsi dengan orang lain. Saya memang tak tulis blog untuk saya sendiri baca, hokay! Tapi kadang kadang ada juga entri sahaja di simpan untuk rujukan sendiri di masa akan datang.

Sejak dua menjak ni memang saya macam seronok pulak belajar buah kuih muih & kek. Tapi tak semua la saya share. Ikut mood & masa. Memandangkan hari ni ada mood & sedikit masa untuk share resepi kuih tradisional yang mudah ni.. Boleh la menulis sekajang dua kajang kata.

Actually kuih cara manis ni antara kuih tradisional paling mudah nak buat & peratus gagal untuk kali pertama mencuba tu sangat la rendah. Kecuali hat pegang sudip pun tak reti tu..maybe la kot tak jadi untuk kali pertama nak cuba buat hahahaha. Tapi setakat masak makanan basic basic.. paling paling tau la jugak masak nasi & goreng telur Insya Allah masih boleh buat kuih cara manis ni dengan jayanya.


tanpa membebel bebal pepanjang harkat sangat apa kata kita terus ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit untuk memasak kuih cara manis.

Bahan bahan

2 cawan tepung gandum

1 Biji telur

1 cawan air

1 kotak (200ml) santan

1 helai daun pandan

Sedikit pewarna makanan (hijau)

Sedikit garam

Sedikit gula

Sedikit minyak masak

cara memasak

1. Blend/kisar tepung, telur, sedikit garam, santan, daun pandan, (yang dah di potong kecil), pewarma hijau & 1 cawan air sehingga halus & sebati semua bahan.

2. tapis bahan kisar tadi ke dalam bekas yang bermuncung macam jug air tu. Senang tapis masuk dalam jug air la kan.

3. Panas kan loyang. Ada orang panas terus loyang atas dapur. tapi sebab saya tak ada loyang khusus untuk kuih cara ni yang ada loyang muffin jer so saya gunakan magic pan (pemanggang ajaib) untuk bakar kuih cara ni. Jadi panaskan sekejab dalam 5 - 10 minit dengan api yang perlahan.

4. Sapu setiap acuan dalam loyang tu dengan sedikit minyak masak kemudian masukan bahan kisar yang dah di tapis tadi ke dalam setiap acuan loyang tu sehingga penuh

5. Setiap adunan tadi letak sedikit gula dalam setengah sudu kecil gula pada setiap satu acuan tu.


6. Tutup magic pan atau kalau hangpa bakar terus atas loyang ambil tudung periuk tutup je kat atas tu.

7. bakar/masak lebih kurang 5 - 10 minit dengan api yang sederhana kecil.

8. Nak tau masak ke tak cucuk sikit dengan lidi. Kalau dah masak tutup api & keluarkan la kuih dari acuan dalam loyang dari satu persatu.

Dah siap kuih cara manis. Tak susah mana pun. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Untuk sukatan adunan bahan yang saya buat tu dapat la dalam 20 biji kuih cara tapi kalau dia combine dua macam tu dapat la 10 set gitu.


Selamat mencuba resepi kuih tradisional yang mudah ini. Boleh la buat minum petang, sarapan pagi atau bulan puasa boleh buat juadah buka puasa juga, ye dak!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERCADANG NAK KE PULAU TIOMAN INI PAKEJ MURAH BOLEH ANDA AMBIL

1/06/2020 09:51:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

BERCADANG NAK KE PULAU TIOMAN INI PAKEJ MURAH BOLEH ANDA AMBIL. Malaysia ni antara negara yang banyak cuti umum berbanding jepun katanya. Orang jepun memang kurang cuti sebab depa rajin bekerja. Kita orang Malaysia ni bukan malas tapi lebih menikmati hidup katanya sebab tu kerajaan bagi banyak & macam macam cuti umum. Di Tambah lagi Malaysia kan berbagai kaum & agama. Setiap agama tu ada hari perayaan sendiri jadi dapatlah semua kaun & agama merasa cuti juga bila ada cuti umum sempena perayaan. Selain cuti sekolah & lain lain cuti umum.


Bila cuti ni.. Ramai ambil peluang untuk pergi bercuti la apa lagi. Yang bajet besar boleh la bercuti ke luar negara tapi yang bajet kecil tetap nak bawa family atau nak plan cuti dengan kawan kawan di dalam Malaysia pun boleh. Sebab Malaysia ni ada 14 buah negeri di mana setiap negeri tu ada tempat tempat menarik yang boleh di jadikan destinasi percutian. Tak low class sangat pun bercuti dalam Malaysia ni. Bercuti kat mana mana pun yang penting kita enjoy dengan percutian tu yang tu lebih bermakna, ye dak?

Salah satu destinasi percutian yang best juga kalau hangpa nak pergi adalah Pulau Tioman. Pulau Tioman ni terletak di negeri Pahang bagi yang masih tak tahu. Pulau Tioman ni adalah satu pulau kecik yang terletak sejauh 32KM dari pantai barat negeri Pahang. Berkeluasan 20Km panjang dan 12Km lebar. Tak la besar mana.

Sebahagian dari Pulau Tioman ni adalah hutan tebal tapi yang bestnya laut dia penuh dengan khazanah laut, terumbu karang yang menjadi signature Pulau Tioman kepada penyelam & bagi mereka yang nak snorkeling. Selain airnya yang jernih & boleh nampak ikan & terumbu karang yang memang cantik. Memang ramai la pelancong asing suka datang ke Pulau Tioman ni kerana kecantikan lautnya.



Nak ke pulau ni boleh melalui 2 jeti iatu Jeti Mersing, Johor dan juga Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Takpe kalau anda mabuk laut boleh guna flight ke Pulau Tioman melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur dan juga lapangan terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Boleh merujuk tip untuk ke pulau tioman di sini : http://www.cutipulautioman.com/how-go-to-tioman-island/

Banyak aktiviti best boleh di buat di Pulau Tioman kalau anda merancang nak bercuti kesana contoh skuba, jungle tracking & hiking. Jangan ingat bercuti di pulau ni hanya berjemur kat pantai & buat aktiviti air sahaja ok! Banyak aktiviti yang melibatkan alam semulajadi boleh di lakukan di Pulau Tioman. Nak tau lebih banyak aktiviti boleh buat di pulau tioman korang boleh baca kat sini : http://www.cutipulautioman.com/aktiviti-menarik-di-pulau-tioman/


Kalau nak ambil Pakej murah boleh ambil dengan Wan Muhammad Redhuan. Siapa pulak Encik wan ni kan? tetiba nak kena ambil pakej dengan dia? Ntah ntah scammer.. Amboi!! Tak baik tau menuduh. Meh la saya perkenalkan siapa jejaka yang bernama Wan Muhammad Redhuan ni.


Beliau ada seorang 'Tour Guide' Di pulau Tioman juga pemilik blog http://www.cutipulautioman.com/. Selebihnya tentang beliau korang boleh baca kat blog tu yer. Saya nak cerita pasal pakej murah yang di sediakan oleh beliau sahaja

kalau ambil pakej percutian ke Pulau Tiomana dengan En Wan ni, ada beberapa pakej yang menarik di sediakan untuk anda. Harga memang sangat berpatutan dan yang paling penting sepanjang percutian di sana anda dia akan guide.


Tempat tempat menarik yang di tawarkan untuk di lawati & beraktiviti adalah

Kampung Genting
Idaman Beach Holiday
Impiana Inn Resort
Aguna Resort
Island Reef Resort
Sun Beach Resort
Damai Tioman Resort
Dumba Bay Resort
Bayu Tioman Chalet
Kampung Paya

3D2N PACKAGE KG PAYA TIOMAN

Pakej yang di sediakan termasuk

➠ 2 ways ferry ticket
➠ 2 nights accommodation
➠ 2 x breakfast
➠ 2 x packed lunch
➠ 1 x dinner
➠ 1 x dinner (min 10 person for add bbq)
➠ Snorkeling trip

Ia termasuk

✓ RM40 / pax for Public Holidays
✓ RM20 / pax for Scholl Holidays
✓ MYR30 / pax for weekend holiday
✓ Snorkeling gear (RM20 day / set)
✓ Marine Tax Fee (RM10 each adult & RM7 each child)

Jadual aktiviti

Hari Pertama
Depart to Kg. Genting by ferry from
Mersing’s Jetty @ Tg. Gemok Jetty..
check in.
Dinner and free and easy activities.

Hari kedua
Breakfast,
Depart for snorkeling trip,
packed lunch,
BBQ dinner and karaoke session,
free and easy activities.

Hari ketiga
Breakfast and check out.
Depart to Mersing @ Tg. Gemok Jetty..
Sea View


Amat sesuai menjadi destinasi honeymoon bagi mereka yang baru berkahwin atau nak meraikan hari ulangtahun perkahwinan di sana sebab ada bilik yang mengadap ke arah pantai. Korang boleh pilih bilik yang ada sea view. Bagi anda yang ingin honeymoon atau ingin tenangkan fikiran disana memang amat sesuai. Anda boleh nampak air ombak dari bilik anda sahaja tanpa perlu keluar ke pantai. Antara pakej yang ada untuk dapat bilik yang mengadap laut ni adalah :Sun Beach Resort & Dumba Bay Resort


* Untuk pengetahuan anda, Dumba Bay Resort juga anda boleh menempah bilik samada Sea View atau Garden View.

Kalau berminat dengan pakej yang En Wan ni tawarkan boleh la membuat tempahan sekarang melalui website beliau di: Online reservation form


sebarang pertanyaan atau ingin mengikuti update terkini tentang pakej dan sebagainya boleh follow :

⏩Twitter : https://twitter.com/wanpulautioman 
⏩Instagram: https://www.instagram.com/wanpulautioman/ 
⏩Tumblr: https://wanpulautioman.tumblr.com/
⏩Facebook 1: https://m.facebook.com/wanpulautioman/ 
⏩Facebook 2: https://m.facebook.com/pakejpulautiomanoriginal

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS

1/03/2020 03:30:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS. Masuk tahun 2020 blog lekatlekit jadi blog resepi je di awal tahun ni. Sementara nak warm up balik semangat berblog mengupas pelbagai isu semasa & isu isu sekeliling termasuk isu isu produk terutama kosmetik la. Yelah.. dah lama blog ni terumbang ambing bagaikan ombak di lautan sepi. Ada update tapi semakin jarang kan? So untuk tahun 2020 ni memang azam nak aktifkan balik blog lekatlekit macam tu.


Jadi sebagai merealisasi azam tahun 2020 ni meh la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit untuk belajar memasak masak lemak ikan masin bersama nenas. Actually den pun baru first time masak menu ni sebab den bukan pemakan buah nenas tak kira mentah ataupun dalam masakan. Tapi husband dia makan nenas.. dia makan kot bila di masak lemakan nenas tu. Yelah.. even kita tak makan sesuatu tu tak salah kita belajar cara memasaknya kan? Mana tau satu hari berguna..

Jadi kita terus la semak apa bahan bahan di gunakan

Buah nenas (saya guna 1/8 biji nenas sebab tak masak banyak)

Ikan kurau masin (2 pack yang RM3 tu. Rendam sekejab sebelum masak)

1 kotak kecik santan

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 Batang serai

1/2 keping asam keping

1 inci kunyit hidup (tak ada hidup kunyit serbuk pun boleh)

2 Biji cili kering (rendam dalam air panas atau rebus dulu)

Cara memasak

1. Blend/kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering, kunyit hidup & sebatang serai

2. Masukan bahan blend/kisar, asam keping & sebatang lagi serai yang di ketuk dalam dalam kuali masak biar sedikit pekat

3. Masukan ikan masin & nenas.

4. Masukan sedikit santan (jangan masuk semua 1 kotak) biar sampai mendidih

5. tambah baki santan yang ada & biar masak sekejab.

6. Rasa dulu kalau tak cukup masin baru tambah garam. Kalau terlalu pekat boleh tambah air. Kepekatan mengikut selera masing masing.

7. Kalau semua dah cukup masak & rasa tutup api & hidangkan.


tak la susah mana nak masak masak lemak ikan masin bersama nenas yang susah nak kupas kulit nenas tu bagi yang tak expert macam den ni. Ni pun baru pertama kali kupas kulit nenas sendiri. Boleh la tahan menyampah jugak la hahahaha. Tapi tak apa kita belajar dari pengalaman kan?

Apapun selamat mencuba resepi mudah sedap hingga menjilat pipi ni di rumah masing masing yer.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI MUDAH MACARONI CHEESE BAKAR TANPA OVEN

1/02/2020 11:57:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI MUDAH MACARONI CHEESE BAKAR TANPA OVEN. Ye den mana ada oven. Tak pernah ada & tak pernah pun beli. Tapi sejak bermenjak ni suka pulak try resepi resepi bakar & buat kek roti bagai. Tapi tak ada masalah pun kalau tak ada oven kalau hangpa ada pemanggang ajaib @ magic pan. Boleh je berfungsi sebagai oven.. even buat kek & roti pun menjadi je bakar guna magic pan tu. Jadi jangan sedih bagi mereka yang tak mampu beli oven.. Beli lah pemanggang ajaib @ magic pan. Yang morah morah pun ada ok!

Di sebabkan hari ni den memasak menu western katanya berasaskan pasta & cheese maka dengan senang hati saya nak share la resepinya dengan hangpa. Sebab cheq tau mesti ada nak resepi tu. Asal nampak benda sedap je nak resepi.. buatnya tidak. hahahahaha


Ok tanpa membebel bebal panjang lebar mak moh ler kita ke segmen dapur sengkangkang kera lekat lekit untuk belajar memasak Macaroni cheese bakar yang simple tapi not bad rasanya lebih lebih lagi bagi penggemar pasta & cheese la. Mesti suka punya. Lagipun siput sedut cheese yang nampak janggal je gabungan rasa tu di satukan pun hangpa kata sedap.. Inikan pula gabungan pasta & cheese yang sememangnya bagai pinang di belah dua rasanya. kekekeke

bahan bahan 

1/2 cawan pasta (saya guna pasta sayuran eatalian express)

3 keping cheese (saya guna cheese yang slide tu je)

3 sudu minyak masak (Ikutkan resepi guna olive oil tapi olive oil habis)

1/2 biji cili bengala hijau

4 kuntum cendawan butang (saya guna yang dalam tin je)

1 Biji bawang besar (sepatutnya bawang holland tapi tak ada pula)

2 ulas bawang putih

Seketul ayam (bahagian isi) di cincang. Boleh juga guna ayam atau daging cincang yang Instant)

2 Sudu serbuk spicy Aglio Olio (Yang ni takde pun takpe. boleh guna black pepper & italian herbs)

3 susu tomato puri

3 sudu sos cili

bahan hiasan

* Daun sup (Sepatutnya daun ketumbar)
* Cili Merah

Cara Memasak

1. Mula mula rebus pasta @ macaroni sampai lembut. Tos kan & biar dulu kat tepi

2. Panaskan minyak tumiskan bawang besar yang di potong dadu & bawang putih yang dah di cincang

3. Masukan isi ayam cincang & goreng sekejab

4. Masukan tomato puri & sos tomato. Kacau sebati

5. masukan cendawan butang

6. Masukan serbuk spicy Aglio olio (kalau ada. Kalau tak ada cukup la masukan serbuk lada hitam & Italian herbs)

7. Perasakan dengan garam secukup rasa. Dah masak tutup api

Langkah kedua

1. Panaskan pemanggang ajaib dalam 10 minit.

2. Masukkan pasta yang di masak tadi ke dalam Aluminium Foil Tray (kalau tak ada guna loyang pun boleh)

3. Kemudian letak cili benggala yang dah di potong dadu di atas.

4. Letakkan kepingan cheese di bahagian paling atas. Boleh juga nak potong cheese tu bagi kecik kecik & taburkan ke atas pasta tadi. (rujuk pada gambar)



5. Bakar sekejab sehingga cheese cair.

6. dah masak taburkan dengan daun sup atau daun ketumbar bersama cili merah.

Dah siap.


Nampak macam banyak bahan tapi sebenarnya step dia mudah. bahan tu bergantung la hangpa nak campak apa dalam pasta @ macaroni hangpa tu. tak semestinya bahan yang sama saya guna. Kalau suka seafood macam udang nak letak pun boleh tapi buang kulit dulu lah yer.


Pasta atau macaroni pun boleh guna yang hangpa suka. Tapi kalau nak cuba pasta sayuran eatalian express & nak beli serbuk spicy Aglio Olio boleh contact Puan Elly Azlinda. Terus je ke FB beliau : https://www.facebook.com/elly.ezlinda


Selamat mencuba resepi mudah & sesuai je nak makan bila bila masa pun. apa ada hal kan? hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com