TAK PERLU MIXER.. BURNT CHEESE CAKE GUNA BLENDER JER
Sebab tengok suami asyik dok membakar ayam je.. Bosan pulak. So, haruslah rasmikan kek yang kita dah lama rasa nak buat tapi sebelum ni sebab tak ada oven kan? Nak bakar guna magic pan memang tak menjadi la burnt dia tu. Tapi tu la.. nak buat burnt cheese cake ni.. Sepatutnya kena ada mixer sebab nak mix kan cheese dengan bahan bahan yang lain supaya sebati. Mixer pun takde. takkan la hanya kerana burnt cheese cake nak pi beli mixer. Melampau pulak rasanya.
Apa lagi kita tanya Chef Google macam mana nak buat burnt cheese cake kalau tak ada mixer. Chef google ajar guna blender je.. Sama je pun boleh mix cheese dengan bahan lain sehingga sebati & gebu gebas. yelah.. yelah Chef Google.. Akan ku pratikan ilmu yang kau ajar. Maka terjadilah burnt cheese cake yang so far bagi tekak yang tengah craving dengan cheese cake ni.. sedap sangat dah. Rasa macam nak repeat sekali lagi je.. macam tak cukup je even makan sorang sorang je pun. Anak anak den semua jenis picky eater.. Suami pulak terlalu jaga makan sekarang ni sebab tak tahan di serang gastrik. Tu yang asyik menu rebus & bakar je.
Tak susah pun sebenarnya nak buat burnt cheese cake ni malah orang yang selalu gagal dalam baking cake ni paling sesuai try burnt cheese cake. Sebab kalau tengok dari rupanya paras dia yang burnt di luar.. memang mudah sangat. Kita tak payah fikir sangat kek bantat ke, kek rentung ke apa hehehehe.
Cara nak buat dia pun senang & bahan bahan dia pun tak banyak. alang alang dah tulis entri ni kita share yer resepi Burnt cheese cake I punya style kekekeke
Bahan bahan
226g Cream cheese
2 Biji telur
1/2 cawan metrik Whipping cream
1/2 cawan metrik gula kastor (den blend je gula pasir sampai halus jadi gula kastor)
2 sudu (tak kecil & tak besar sangat Tepung gandum) (di ayak)
1/2 sudu kecil esen vanila (optional)
secubit garam (optional)
Cara memasak
1. Blend (kisar) semua bahan tadi sampai sebati & gebu.
2. Masukan dalam Loyang dalam yang telah di lapik dengan baking paper. Di sebabkan saya tak ada loyang dalam saya guna bekas Foil tu je. Tu pun boleh.
3. Panaskan Oven dengan suhu 200०
4. Bakar kek selama 40 minit.
5. Dah siap burn cheese cake ni.
Tak susah kan? Benda senang cuma tu la cream cheese & whipping agak mahal juga yer. So jangan tanya kenapa orang jual cheese cake mahal. kekekekeke
Kalau beli kat Secret Recipe ni 1 slide je dah RM11 ok! Kalau nak makan seisi keluarga memang jimat la buat sendiri.
Apapun selamat mencuba resepi mudah & sedap ni.
Oh senang sangat rupanya :)
ReplyDeleteCream cheese dengan whipping cream tu kalau keluar beli banyak je suria. jangan beli sekotak2. Kalau beli banyak macam2 boleh buat.Tak la kita rasa sayang nak guna dia untuk macam2. Hehehh..Akak selalu buat gitu.
ReplyDeleteBeli loyang kat kedai bakery murah2 je suria. jangan beli kat pasaraya. pasaraya memang mahal. akak dengan jiran2 kami selalu tukar2 loyang. Hhaha.. malas nak beli. benda boleh pinjam buat apa beli.
mudah sangat nak buatnya.. cuma malas je la.. hehehe
ReplyDeleteMemang mahal bahan bahan nya...tapi sedap sangat... sorang2 boleh habis setengah loyang kalau dihadap.
ReplyDelete