BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL

10/14/2020 11:20:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

 BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL. selamat menyambut Hari PKPB buat seluruh warga selangor & sabah. Tu dia dah macam ucapan untuk cuti perayaan pulak kan? Padahal PKPB bukan cuti untuk holiday tapi untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 tapi tu la katanya sejak semalam jalan raya sesak sebab ramai mula lari dari kawasan yang bakal di pkpb.

Apa punya turrr... la hangpa ni kan? Tak ikut saranan kerajaan & agama Islam pun ajar kita. Kalau berlakunya sesuatu wabak jangan masuk kekawasan tersebut atau yang dah ada dalam kawasan tersebut jangan keluar. Semua untuk tidak menyebabkan penularan wabak ke serata tempat. Yang hangpa pakat lari keluar selangor pasaipa?!! PKPB bukan kena penjara pun.. cuma di sarankan duduk di rumah jika tiada  hal penting untuk keluar. Cuma tak boleh keluar daerah & negeri sahaja. Allahu depa punya kelam kelibut macam kawasan PKPB tu bakal kiamat pulak.

Tapi kita bersangka baik maybe ada yang tak faham apa itu PKPB. Orang sebut PKPB dia pun sebut PKPB. Orang tanya apa tu PKPB.. dia nganga 360▫️ Sebagai pengenalan kita kena tahu dulu apa itu PKPB.

PKPB adalah singkatan dari Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat. Kalau dah nama perintah kawalan pergerakan tu bermakna pergerakan kita akan di had kan. Bukan suruh lari balik kampung atau keluar dari kawasan PKPB yer.

PKPB ni bukan la kata semua kena kurung diri dalam rumah. Masih ada yang boleh keluar atas urusan tertentu seperti bekerja, keluar membeli barang keperluan etc.. Cuma yang di kawal adalah aktiviti berkaitan majlis sosial atau aktiviti sosial sahaja.

Tapi ada perbezaan PKPB (prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.)

Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:

PKPB Sabah

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN;

Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang);

Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)

Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang). Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away;

Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang);

Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam);

Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).

Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam;

Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan; dan
Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

B Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup;

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup;

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan;

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Jadi tak tertulis bila PKPB di laksanakan bagi yang tak nak duduk rumah boleh lari keluar dari kawasan PKPB sebelum tarikh bermulanya PKPB yer. Pada yang lari keluar dari kawasan PKPB di doakan anda tidak membawa bersama virus covid keluar. Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku sebelum ni. Bila ada yang lebih mementingkan politik.. sanggup redah kawasan wabak lepas tu balik ke tempat habitat masing masing tak kuarantin sehingga menyebabkan statistik kes naik & kita semua perlu melalui sekali lagi gelombang ketiga ni.

Moral of the story.. kita jaga lah diri sendiri. Harap ahli politik jaga kita depa pun bagi kita susah balik. hurmmm

1 comment:

  1. Akak pun kadang2 keliru juga dengan istilah2 PKP ni. Ni ada beza2 PKPB di tempat2 tertentu. Lagi la pening. kalau akak pilih untuk duduk dalam rumah je la..Malas nak fikir .hahahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com