BENARKAH PEMBAYARAN MELALUI SHOPEEPAY SALAH SATU TAKTIK SUPAYA PELANGGAN SENTIASA MEMBELI KERANA TIDAK BOLEH KELUARAN BAKI?

2/24/2021 06:12:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BENARKAH PEMBAYARAN MELALUI SHOPEEPAY SALAH SATU TAKTIK SUPAYA PELANGGAN SENTIASA MEMBELI KERANA TIDAK BOLEH KELUARAN BAKI? Ni salah satu entri pening untuk saya mencari tajuk yang ringkas, sesuai & di fahami. Nak kena masuk kelas penulisan untuk tingkatkan kemahiran & idea menulis dah lepas ni gamaknya. Makin hari makin tepu pulak. Tak macam dulu..Ada topik je laju je boleh menaip panjang lebar.

Bukan apa terbaca satu komen di group yang bertanyakan kenapa kebanyakan voucher free shipping di shopee hanya untuk pembayaran melalui shopeepay. Terjumpa la komen yang bagi saya spekulasi dia semata mata. Komen dia seperti di bawah.. tak payah la nak taip semula kan. Kita ss sahaja.

Saya rasa pendapat dia salah. Sebab saya antara pembeli tegar di shopee yang menggunakan kaedah pembayaran melalui shopeepay untuk mendapat kelebihan macam free shipping tu la. Biasanya saya akan topup cukup cukup jumlah yang perlu saya bayar je. Jarang sangat la saya nak tambah nilai lebih dari nilai yang perlu saya bayar waktu tu. 

Mungkin ada yang tak tahu cara menambah nilai baki dalam akaun shopeepay tanpa menggunakan auto amount yang di sediakan.macam RM5, RM10, RM50,  RM100 & RM500. Kita boleh masukan jumlah yang kita tetapkan sendiri walaupun ada sen sen di belakang. Cuma perlu masukan jumlah tambah nilai pada ruangan Input Topup Amount. Rujuk gambar di bawah.

Jadi tak ada isu sebenarnya shopee gunakan taktik melalui akaun shopeepay untuk pastikan kita sentiasa membeli untuk habiskan baki kredit sebab perlu tambah nilai jumlah yang lebih dari apa yang perlu kita bayar. Sedangkan masih ada pilihan untuk kita tambah nilai mengikut pilihan kita sendiri.

Selain tu shopeepay ni memudahkan kita untuk buat pembelian bila bila masa sahaja. Contoh kalau kita bayar terus melalui online banking.. Online banking ni selalunya beroperasi sehingga pukul 11 malam sahaja selepas tu dah tak boleh buat sebarang transaksi. Kena tunggu esok pulak. Jadi dengan adanya akaun shopeepay.. kita boleh tambah nilai & membeli belah bila bila masa sahaja di shopee.

Jangan risau jika ada baki dalam akaun shopeepay takkan hangus sekiranya kita tak buat sebarang pembelian selepas itu sebab ia boleh transfer semula ke akaun bank milik kita. Saya ada pengalaman transfer balik duit dari akaun shopeepay ke akaun bank saya dulu.

Kelebihan lain.. macam banyak baucar baucar contoh baucar free shipping. Dan semestinya shopee memberi keutamaan kepada mereka yang membuka akaun shopeepay. 

Jadi pada anda yang baru terjebak dengan shopee ni tak perlu risau untuk buka & bayar melalui akaun shopeepay. Tak ada caj tersembunyi apa apapun. Sama je kalau buat pembayaran menggunakan kaedah lain cuma shopeepay memudahkan sahaja. Terutamanya bila berlangsung sale besar besaran. Biasanya akan berlangsung jam 12 tengahmalam keatas. Kalau tak ada shopeepay susah sikit la kan...

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada mereka yang membaca blog lekatlekit.com.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERLUKAN ANJING JAGA KEBUN, LADANG & TEMPAT PENTERNAKAN HUBUNGI ABANG KUCING

2/21/2021 12:11:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PERLUKAN ANJING JAGA KEBUN, LADANG & TEMPAT PENTERNAKAN HUBUNGI ABANG KUCING. Panjang tajuk entri tu. Bukan apa orang sekarang suka baca tajuk je. Kalau boleh den nak tulis entri terus kat tajuk baru orang jelas isu yang di sampaikan. Untuk elak timbul spekulasi & fitnah. Tapi tu la.. ruangan tajuk tu kalau tulis panjang panjang pun satgi yang keluar pendek je.

Dua tiga hari ni dok baca isu pemindahan pusat perlindungan haiwan (anjing & kucing) Pak Mie Shelter yang menjadi kontroversi bila pihak penduduk setempat tidak bersetuju tempat yang di sewakan oleh ustaz ebit liew untuk di jadikan penempatan baru Pak Mie shelter. 

Tak nak la komen apa apa sangat isu tu. Jadi serba salah. Bila ada shelter persendirian macam Pak Mie Shelter yang niatnya kita tahu baik. Memberi perlindungan pada haiwan terbiar. Tapi tu la.. Haiwan terbiar ni akan semakin bertambah & berapa banyak pun shelter di tubuhkan akan sentiasa penuh. Semua berlaku adalah di sebabkan perangai manusia yang tiada tanggungjawab. Bukan salah haiwan. Haiwan di beri otak tapi tidak akal yang sempurna seperti manusia.

Melihat usaha seorang aktivis haiwan merangkap president Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) Sharul Nizam Abd Rahim atau lebih di kenali abang kucing yang cuba mencari solusi yang tidak membebankan dan lebih baik dalam memberi penempatan kepada anjing anjing terbiar ni rasa idea beliau dengan mencari mana mana pekebun yang memerlukan khidmat anjing untuk untuk jaga kebun mereka adalah idea yang sangat baik.

Cara ni saya rasa sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan beban shelter yang hanya ambil dan terus ambil haiwan terbiar untuk di beri perlindungan akhirnya bila banyak tak mampu di uruskan & menjadi masalah kepada masyarakat. At least kempen sorang ambil sikit yang membawa maksud mungkin seorang individu ambil seekor atau dua ekor untuk di jaga itu lebih baik.

Tapi itulah.. bukan semua berminat untuk mengambil haiwan jalanan terutama anjing la.. bagi masyarakat Islam di Malaysia masih ramai yang tak boleh terima anjing. Lagipun untuk buat pet ni memang tak boleh la kan.. Tapi untuk menjaga keselamatan diri, keluarga & harta benda di bolehkan membela anjing bagi beragama islam. Ada tatacara & garis panduan yang di tetapkan oleh ajaran agama Islam bagi yang bekeperluan untuk membela anjing.

Usaha abang kucing yang mencari mana mana pekebun & menawarkan anjing untuk bekerja menjaga kebun mereka masih baru & belum siapa siapa yang sudi mewar warkan usaha beliau kepada orang awam. Nampak beliau sendiri berusaha keras untuk memastikan dapat memberi penempatan kepada lebih banyak anjing terbiar sekaligus memberi manafaat kepada pekebun pekebun dalam membantu mereka menjaga kebun tanaman dari haiwan perosak, pencuri & sebagainya.

Jadi pada anda yang ada kebun tanaman, ada buat ternakan atau memerlukan anjing jaga rumah atau sebagainya boleh hubungi abang kucing. Khidmat nasihat akan di berikan. 

Semoga usaha murni abang kucing ni mendapat perhatian pihak pihak yang berautoriti untuk membantu beliau mempromosikan usaha & idea ini.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL

2/11/2021 12:29:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL. Dua hari ni viral satu berita berkenaan seorang wanita yang bekerja di Australia meninggal dunia akibat kemalangan. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhammah. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. 

Bila viral isu isu macam ni banyak perkara kita dapat belajar antara sunnah mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal walaupun bukan di tempat kelahirannya.

Ikut tuntutan sunah

Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan.

Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu, pilihan yang ada sama ada dikebumikan di tempat lain yang terdekat atau pun dibawa pulang ke tempat asalnya.

Bagaimana pula jika si mati ada meninggalkan wasiat agar dia dikebumikan di tempat asalnya?

Hal itu ada perbezaan pandangan dalam kalangan para fuqaha dan ia termasuk di dalam isu memindahkan jenazah ke negara lain. Fuqaha dalam Mazhab Maliki mengharuskan tindakan itu dengan syarat ia tidak menyakiti dan mencemarkan kehormatan jenazah.

Sementara itu, fuqaha dalam Mazhab Hanbali dan Hanafi, mereka berpendapat, ia ialah makruh, melainkan jika ada keperluan yang penting.

Di sisi Mazhab Syafie pula, fuqaha terbahagi kepada dua golongan. Sebahagiannya berpandangan haram untuk memindahkan jenazah ke negara lain kerana ia akan melewatkan pengebumian, manakala sebahagian yang lain menyatakan ia makruh.

Selain itu, proses memindahkan jenazah juga memerlukan kos yang tinggi. Ia boleh membebankan waris si mati. Oleh itu, jika tidak ada sebarang keperluan yang mendesak, maka mengebumikan jenazah di negara dia meninggal lebih menepati sunah dan bertepatan dengan pandangan para fuqaha.

Dalam situasi itu, tidak menjadi kewajipan kepada kita untuk menunaikan wasiat si mati kerana ia tidak bertepatan dengan tuntutan sunah.

Sumber : Ustaz Abd Razak Mutalib merupakan Perunding Latihan dan Motivasi, Akademi Magnet Sukses.

Semua sedia maklum kos untuk menghantar pulang jenazah dari luar negara ni juga mahal.mungkin ada tertanya tanya kenapa mahal sangat. Letak dalam keranda.. naik flight settle.

Tak semudah itu ya kawan kawan.beberapa proses perlu di lakukan sebelum jenazah di terbangkan untuk di bawa pulang ke negara asalnya. Antaranya proses pengawetan. Proses mengawet ni bukan macam awet lumur rempah bagai yer. Proses nak mengawet mayat ni rumit & agak mengerikan.

Proses mengawet jenazah

Menurut SPJ Malaysia, proses ini memerlukan darah dalam badan dibuang keluar dan satu cecair bernama formalin akan dimasukkan ke dalam jasad si mati.

Tak habis di situ, perut jenazah akan ditebuk dan satu besi panjang lebih kurang 1 meter yang dikenali sebagai ‘trocar’ akan ditusuk ke dalam perut untuk menghancurkan organ-organ dalaman seperti hati, perut, jantung, limpa, usus dan lain-lain bertujuan untuk membuang darah sebelum semuanya disedut keluar.


Kaedah ini bagi mengelakkan mayat cepat mereput dan membusuk. Meskipun luaran jasadnya nampak elok sempurna tetapi dalamannya hancur sehancur-hancurnya!

Memang agak mengerikan & tersiksa jasad tu sementara nak di kebumikan. Jadi pada mereka yang ada ahli keluarga meninggal dunia di luar negara..semua orang faham.kesedihan tu. Keinginan untuk menatap kali terakhir wajah orang tersayang.. Namun banyak faktor perlu di perhalusi. Moga kita reda & berlapang dada dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali.

Selepas mengawet bagai.. proses dokumentasi bagai semua pun perlukan kos. Kos terakhir kos penghantaran puang. Sebab tu la mahal. Bagi yang berkemampuan dan tidak membebankan ahli keluarga jika tetap mahu jasad si mati di kebumikan di tanah air.. Itu pilihan masing masing. Bagi yang tidak berkemampuan hingga mendatangkan beban.. elok pilih cara yang lebih afdal & terbaik. Sesungguhnya sunnah tu sangat membantu manusia memudahkan urusan.

Semoga perkongsian kecil dari sumber sumber bacaan saya ni memberi manafaat kepada pembaca blog lekatlekit.sesungguhnya tiada siapa tahu bila, bagaimana & dimana kita akan mati. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI

2/08/2021 02:11:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI. Orang asia ni memang suka makan makanan pedas & bercili. Kat mana mana negara asia pun macam tu. Mungkin sebab turun temurun di dedahkan makanan pedas kan so lidah tu dah terbiasa. Ada orang kalau tak ada rasa pedas dalam menu dia makan dia jadi hilang selera makan. Dia mesti nak kena gigit juga cili bagi ada rasa pedas tu. Ada orang terlalu obses dengan makanan pedas sampai cili tu dia buat ulam cicah pulak dengan sambal. Tu memang spesis nak cari penyakit la makan macam tu. 

Antara menu jenis masakan sambal yang ada kat malaysia ni salah satunya sambal hitam pahang. Memang antara sambal yang tengah In trend katanya. Lebih lebih lagi sekarang ni di jual secara online. Lagi mudah la sesiapa sahaja nak dapatkan. Kalau yang rajin boleh masak sendiri tapi nak masak sendiri ni walau penggunaan bahan bahan dia tak banyak tapi cara pembuatan dia amatnya renyah bak kata orang kedah. Maknanya agak susah & perlukan masa yang lama untuk pastikan sambal hitam ni dapat rasa, testur & warna yang sedap & cantik. Memang baca resepi macam sonang jo milah Ooi.. Apa ke payah bebeno ekau nak buek. Guna belimbing buluh, cili, ikan bilis, bawang dan garam jo... Bukan banyak beno pun bahannya.

Yelah.. buat pakai air liur di renjis renjis di pilis memang la senang. Sebab cakap tu lebih senang dari nak buat kan. Kau tak tau dari proses nak merebus belimbing buluh tu ambil masa berapa lama nak bagi sampai hitam pekat melekat. Lepas tu nak mengoreng sampai kering untuk pastikan sambal tu boleh tahan lama. Memang tak sekejab la nak buat. Berpeluh juga la atas bawah kiri kanan jang OOi.

Alah setakat nak makan tu kalau malas nak buat bersepah orang jual. Tapi macam biasa setiap brand tu even produk yang sama mungkin ada sedikit kelainan dari segi rasa mengikut orang yang buat la. Kita sebagai pembeli ni boleh pilih yang mana kita rasa kena dengan citarasa kita.

Antara sambal hitam yang ada di pasaran ni adalah Sambal pahang Oshmi dengan tagline dia tumbuk tumbuk jadi sambal. Tagline je macam simple tapi rasa dia tak berapa simple. Sebab ada rasa pedas, masam & masin. Sesuai dengan bahan bahan yang di gunakan tapi semua rasa ni dia tak terlalu kuat. Rasa pedas, masam & masin dia sangat sederhana jadi sesuai di nikmati dari pelbagai peringkat usia. Yang penting cukup rasa. Kalau tak cukup rasa memang tak cukup sedap la.

Saya dah rasa Sambal pahang Oshmi ni. So far bagi saya tak ada cacat cela kat mana mana rasa dia. Masih menepati rasa asli sambal hitam pahang. So buat lauk pembuka selera atau penganti sos pencicah untuk di makan dengan ulam ulaman pun ok. Atau nak makan dengan roti, bubur nasi pun boleh. Tak salah pun nak buat perencah untuk nasi goreng. Memang sedap ok! 
Packaging dia pun terbaik. Boleh simpan lama tak perlu letak dalam peti sejuk. Kalau nak bawa travel sangat sesuai sebab bungkusan dia dalam bentuk buka & makan terus. Tak perlu panaskan dah. Yang mana duduk asrama nak buat stok pun sesuai. Pendek kata dengan packaging ni nak simpan di rumah atau nak bawa kemana mana untuk di makan bila bila masa memang sesuai la.

Harga dia tak la mahal mana masih harga marhaen ok.

👍 Sambal Pahang Oshmi pek mini RM7

👍 Pahang Oshmi Botol (150g) RM18

Macam mana nak dapatkan Sambal pahang Oshmi ni? Untuk dapatkan sambal pahang Oshmi ni boleh dapatkan melalui

꓂ Shopeehttps://shopee.com.my/amirulazzim1994?smtt=0.0.9

☎ Call/Whatsapp : 6018 3714877 (Ajim)

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG

2/04/2021 01:33:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG. Banyak negara terjejas ekonomi akibat pandemik virus covid19 ni termasuklah negara negara asia. Keterbatasan pergerakan membuatkan banyak aktiviti harian terjejas. Terutama aktiviti yang melibatkan pekerjaan. Ada juga di berhentikan perkhidmatan terpaksa mencari pekerjaan atau insentif lain untuk di jadikan sumber pendapatan. Ada yang mula berjinak jinak berniaga secara kecil kecilan menggunakan platform media sosial.

Bila dah ramai pilih berniaga so persaingan pun banyak. So kena kreatif la buat marketing untuk pasarkan produk tu. Tak boleh dah market cara biasa. Kena cari kaedah yang mampu ketengahkan produk jualan tu.

Maka macam macam la idea marketing dibuat. Ada yang menjijikan, ada yang memalukan, ada yang kreatif & ada yang kelakar. Tak kisahlah bagaimana cara anda nak pasarkan produk jualan anda tu tapi gunalah marketing yang baik & tidak mengundang kontroversi dan kecaman netizen. Tak perlu sampai menjual maruah semata mata untuk marketing.

Tapi yang ni memang kreatif dan menghiburkan marketing dia buat. Terjumpa video ni lalu kat FYP tiktok. Dari bahasa tu rasanya tiktokers Thailand. Hangpa boleh tonton video dia di bawah ni.



Sekali kau balan balan atau juga di kenali sebagai hantu penanggal jual beg kau. Ni kalau jual tepi hutan malam malam buta mengundang panik juga ni. Mujur la dia jual kat tiktok je.

Tu la kan.. bukan je manusia, hantu pun terjejas di waktu pandemik ni. Terpaksa jual beg bagi menampung hidup. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

2/03/2021 04:04:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen.

Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value.

Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu.

Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia.

Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyentuh atau mengutip syiling tersebut risau jika salah satu cara orang menghantar sihir. Ada yang berkongsi pengalaman mendapat gangguan sebab mengutip syiling yang di jumpai.

Bagi saya.. sihir & gangguan jin dan syaitan memang wujud sampai sekarang. Tak mustahil benda tu boleh berlaku. Tapi tak semua situasi syiling tu mungkin berhantu atau menjadi perantaraan sihir. Selalunya kalau ada unsur sihir ni keadaan dia akan jadi pelik. Contoh syiling tu macam di tabur setempat yang mungkin jadi tak masuk akal untuk berada disitu dalam keadaan macam tu.

So kalau hangpa rasa jumpa syiling dalam keadaan meragukan tak payah la kutip. Kadang kadang naluri kita ni boleh rasa juga kalau ada sesuatu yang tak baik. Kalau rasa macam tak sedap hati.. cuba buang di tempat lain atau biar je kat situ.

Ada juga yang sindir..kalau jumpa not kertas dalam nilai yang besar mesti tak takut nak kutip. Terpulang la pada individu. Tapi ada komen kongsi pengalaman kawan dia di santau guna duit kertas. Bagi saya apapun barang di gunakan kalau dah di jampi serapah, puja jin & syaitan & guna khidmat khadam (jin) semua pun boleh guna sebagai perantaraan sihir.

Moral of the story.. nak percaya atau tak itu terpulang pada individu tapi jangan sampai terpesong akidah & mensyirikan Allah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

2/03/2021 09:47:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA. Pagi ni terbaca satu perkhabaran sedih. Pemergian seorang pelakon & pelawak vateran Dato Jamali Shadat telah pulang kerahmatullah.

Innalillahhiwainnalillahhirojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Dato Jamali Shadat atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga roh beliau di ampuni dosa dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman & beramal soleh.

Bagi generasi baru mungkin kurang mengenali penghibur terkenal satu masa dahulu ini. Sedikit tentang Dato Jamali Shadat

Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Malaysia kehilangan seorang lagi bintang yang sangat berharga. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham Dato Jamali Shadat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAH JADI JENAZAH PUN TETAP TAK BAGI

2/01/2021 11:16:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

DAH JADI JENAZAH PUN TETAP TAK BAGI. Minggu ni kecoh isu berkaitan seorang kanak kanak yang di panggil Amir meninggal dunia akibat lemas dalam tong air. Itu dakwaan pihak ibu kandung & bapa tiri arwah. Tapi di percayai ada unsur penderaan bila di lihat dari kesan kesan luka pada fizikal mangsa. Setakat ni masih dalam siasatan & keputusan bedah siasat pun belum keluar. So, kita tak perlu buat spekulasi apa apa dulu.

3 bulan lepas pernah viral satu video sedih yang memaparkan babak babak sedih adik amir yang terpaksa berpisah dengan keluarga angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan hingga 5 tahun. Selepas 3 bulan bersama ibu kandung & bapa tiri sekali lagi rakyat malaysia menerima khabar duka kematian adik amir yang di syaki di dera. Ibu kandung & bapa tiri adik amir sekarang masih di tahan untuk siasatan.

Bayangkan perasaan keluarga angkat adik Amir terutama ibu angkatnya bila menerima perkhabaran macam tu. Hancur luluh hati. Tak kira la ibu angkat pun.. kalau kita yang jaga dari bayi naluri ibu tu sama sahaja. Hanya 3 bulan bersama keluarga kandung terus berubah terus hidup anak kecil itu sehingga berakhir dengan kematian yang mengundang kemarahan orang ramai.

Hari ni terbaca laporan akhbar.. Permohonanan & Rayuan keluarga angkat untuk mengebumikan jenazah amir di tempat dia di besarkan tidak di persetujui keluarga kandung. Allahu.. keluarga angkat macam di nafikan terus hak biarpun mereka yang membesarkan & memberi kasih sayang kepada Amir. Memang sedih. Dah jadi jenazah.. bertolak ansur la sikit. Walau keluarga angkat saya percaya mereka lebih merasa kehilangan amir berbanding keluarga kandung. Jangan begitu wahai keluarga kandung Amir. Yang membesarkan anak itu keluarga angkatnya.

Begitulah cerita dunia. Kadang kadang yang sepatutnya sudah hilang hak tetap masih berhak ke atas sesuatu kerana undang undang dunia. 

Semoga keluarga angkat arwah adik amir di beri kesabaran, kekuatan & ketabahan. Semoga Allah gantikan kesedihan mereka dengan seribu nikmat. Al fatihah untuk anak syurga. Berbahagialah kau disana nak.. Sesungguhnya kau insan terpilih yang menghuni syurga.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com