DISEBALIK NAMA SAJJAD..

3/04/2021 01:31:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

DISEBALIK NAMA SAJJAD.. Setiap anak yang di lahirkan pasti ibu bapa la paling teruja untuk memberi nama kepada zuriat mereka. Ada yang mengabungkan nama suami isteri lalu di abadikan dalam nama anak, ada yang memberi nama yang membawa maksud tertentu dan ada juga pilih nama ikut sedap tekak je. 

Tak kisah apapun nama yang di pilih dari bahasa atau kaum apa asalkan ia membawa makna yang baik supaya setiap kali di sebut moga menjadi doa yang baik keatas pemilik nama tersebut.

Kat Malaysia sekarang tengan panas isu berkaitan individu yang bernama Muhammad Sajjad. Walaupun popular di Malaysia dengan isu isu panas tapi jarang dengar ibu bapa menamakan anak mereka bersempena nama sajjad kan? Berbanding Aafiyah anak Dato Siti Nurhaliza agak trending juga bila ramai mula menamakan anak anak masing masing dengan nama yang sama.


Tapi kenapa nama Sajjad yang popular tak pula di jadikan inspirasi untuk mana mana ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama Sajjad yer? Walaupun individu tersebut terpalit dengan isu isu moral tapi nama Sajjad tu membawa maksud yang baik ok. 

Bagi yang tak tahu Sajjad membawa maksud seorang yang kuat bersujud. 

Semoga semua pemilik nama Sajjad kalau bukan sekarang suatu hari nanti menjadi seorang manusia seperti yang di gambarkan dari makna namanya. Sesungguhnya syurga itu nanti banyak di huni pendosa yang telah bertaubat. So jangan putus asa dalam mencari hidayah & keampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha pengampun.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com