KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH

4/13/2021 02:02:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH.  Assalammualaikum.. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang hari ini dah mula berpuasa. Harap masing masing teguhkan iman.. Jangan join geng undertaker bawa beg plastik hitam. Dah tua tua memasing bawak bawak la insof sikit. Bukan lama pun nak menahan lapar dan dahaga tu. Sekarang ni pun waktu berlalu sangat singkat. Tup tup dah pukul 7 petang. Rugi tau kalau tak ada sebab musabab tak berpuasa hangpa ponteng puasa. Jadi berpuasalah anda sebelum anda di puasakan.


Hari pertama puasa dah buka gelanggang cerita seram katanya. Kau dah kenapa?? Yelah.. rasa macam lama segmen seram serik lekatlekit tak menghiasi blog ni. Mesti ramai rindu kan? Cerita seram yang di tulis menjadi tak seram untuk bacaan peminat cerita seram tapi penakut. Memang dari awal den terjebak menulis kisah seram kat blog ni kisah seram yang den tulis lebih berkonsepkan seram santai. 

Dok layan tiktok tetiba ternampak satu content yang share kisah seram yang berlaku di hutan lipur bukit hijau, Baling kedah. Sebab orang kedah pernah juga kesitu tapi yang seram dia air terjun dia selain tinggi.. arus dia deras. Memang seram juga la. Tapi yang di kongsikan kat TikTok tu bukan kisah seram air terjun tiruk ke apa.. Tapi ada kejadian mistik yang berlaku kat situ. Cerita ni katanya di ceritakan balik oleh penyelia tempat tu.

Kat dalam hutan lipur bukit hijau ni banyak chalet tapi chalet chalet lain tak ada special sangat. Sekadar chalet biasa yang tak menarik untuk diceritakan. Tapi chalet Nombor 16 ni katanya paling misteri nusantara sebabnya di dakwa ada penunggu. Penunggu yang di maksudkan bukan la tukang jaga chalet yer.. satgi ada yang tak tau pulak. Penunggu ni gelaran kepada makhluk ghaib yang menghuni sesuatu tempat & suka declare tu tempat dia. 

Alkisah bermulahlah kisah.. Ada 4 orang datang ke hutan lipur bukit hijau dan minta untuk menginap kat chalet nombor 16 ni. Tapi penyelia kat situ dah cuba halang tapi biasa la dasar manusia ada batu duduk atas kepala dia nak juga menginap kat situ. Tak tau la pasai apa. Views cantik ke.. lokasi strategik ke.. Tak di ceritakan apa yang special chalet nombor 16 ni. Dah depa ketegaq (degil) nak juga duduk situ, penyelia tu bagi je la. Lantak pi la kat hang kan. Jangan cakap abang tak payung pulak kalau berlaku perkara tak di ingini. Tapi bersyarat la.. jangan pulak dok buat benda tak senonoh kat situ. Tak penunggu.. Takut penumbuk pulak naik kemuka. kekekeke

Pada pukul 4 pagi hari itu.. sang penyelia membuat ronda ronda kotaraya dalam hutan lipur tersebut. Alangkah terkejutnya beliau.. Kira tahap terkejut tu lebih dari terkejut beruk juga la bila nampak geng geng yang degil nak check in kat chalet nombor 16 tu tidur di kaki tangga. Dia mula syak depa ni mesti dok buat benda tak senonoh ni dalam hutan. Tapi tak pulak di ceritakan apa depa buat sampai tidur di kaki tangga. Yang pasti pagi tu juga depa check out. Confirm la ada sesuatu yang berlaku kepada mereka tu cuma tu la tak di cerita pulak apa kejadiannya. Kena sakat dengan penunggu ke? kena lempang dengan langsuir ke? Atau kena hempap dengan hantu raya.. Wallahualam.


Tapi untuk mengukuhkan lagi tempat tu menyeramkan.. Pernah berlaku kejadian ada pengunjung dengar suara mengilai dari chalet nombor 16. Tu mesti cik ponti tak pun kak lang. Yang juara mengilai ni antara dua minah tu je. Yang lain lain jarang la nak mengilai tak ketahuan hala dalam hutan rimba. ye dak??

Macam den cerita dari awal tempat tu memang agak bahaya bagi saya la.. sebab air dia deras kan. Dari tahun 1991 sehingga 2013 ada lebih kurang 16 kes kematian berlaku di hutan lipur bukit hijau.

Hutan ni kita sedia maklum la kan.. tempat jin. So tak pelik la kalau orang kata ada penunggu ke apa.. Semua tu gelaran pada makhluk makhluk ghaib.

Moral of the story.. Bulan puasa ni yang kena ikat cuma iblis bukan jin so hangpa jangan pelik kalau masih ada berlaku gangguan gangguan mistik. Tapi jangan salahkan jin kalau hangpa tetiba jadi geng undertaker masuk semak bawa beg plastik hitam. Tu bukan salah jin tapi salah hangpa sendiri perangai mengalahkan jin.

Pada hangpa yang ada akaun tiktok nak baca lebih banyak lagi kisah seram boleh follow akaun tiktok di bawah yer.


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com