BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD

10/20/2021 12:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments


BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD. Sebagai pengenalan, HDD adalah singkatan daripada Hard Disk Drive dan SSD adalah singkatan Solid State Drive. Kedua dua drive ini mempunyai fungsi yang sama , iaitu sebagai media penyimpanan data untuk peranti elektronik seperti komputer dan laptop.

Biarpun kedua kedua pemacu ini mempunyai fungsi yang sama tapi ada beberapa perbezaan yang menjadikan salah satunya kenapa perlu menjadi pilihan pengguna. Sebab itu bagi mereka yang menggunakan laptop atau komputer/desktop penting untuk tahu kenapa SSD lebih baik berbanding HDD. 

Bak kata pepatah sama tapi tidak serupa. Jika di lihat perbezaan melalui bentuk fizikal, HDD menggunakan sistem mekanikal , manakala SSD menggunakan sebuah chip elektronik untuk menyimpan dan menghantar data. Ini  membuatkan SSD menjadi lapan kali lebih pantas daripada HDD.

Antara perbezaan lain HDD dan SSD 
Hard Disk Drive biasanya menjadi media penyimpanan laptop dan komputer . Dari segi saiz HDD lebih besar berbanding SSD kerana hanya menggunakan chip elektronik yang sudah semestinya lebih kecil dan ringan. 

Dari segi kelajuan membaca data SSD lebih cepat berbanding HDD. Disamping itu HDD lebih cepat panas berbanding SSD selain HDD akan mengeluar bunyi bising tetapi tidak SSD kerana  kerana tidak menggunakan sistem mekanikal.

Dari segi harga sudah tentu yang lebih pratikal & flexibel lebih mahal berbanding yang agak kurang mesra pengguna. Harga SSD lebih mahal sedikit berbanding HDD namun masih ada pilihan pelbagai harga yang boleh di pilih mengikut kemampuan pengguna. Walaupun memilih harga yang murah tetap prestasi kelajuan SSD masih lebih mengatasi HDD.

Jangka hayat SSD lebih tahan lama berbanding HDD. Jadi berbaloi untuk bayar lebih pada sesuatu yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan lebih pantas melaksanakan operasi sistem yang melibatkan komputer dan laptop.

Selain itu dengan size SSD adalah lebih kecil berbanding HDD, mampu menjimatkan ruang kerana SSD menggunakan teknologi flash seperti pendrive yang hanya bersize 2.5". Tapi masih ada pilihan untuk memilih berapa kapasiti yang di inginikan contoh 120 GB, 240 GB, 480 GB.

Secara ringkasnya sekiranya anda inginkan operasi komputer atau laptop booting yang laju samada bermula dari anda membuka windows sehinggalah proses menyalin data, menyimpan data atau menggunakan banyak program dalam satu masa pada komputer atau laptop, sememangnya SSD lebih laju berbanding HDD.

Kelajuan ‘Read/Write’ bagi HDD sekitar 80-160MB/s, manakala SSD (jenis SATA) pula kelajuannya sehingga 560MB/s.

Bagi para online gamers  SSD adalah lebih baik daripada HDD kerana semua sedia maklum permainan games online memerlukan kelajuan dan kelanjaran yang baik. Bayangkan jika perlu menunggu loading yang lama untuk sesuatu perlawanan dalam permainan games sudah tentu perkara ini menyebabkan anda mungkin terlepas atau terlambat menyertai sesuatu perlawanan atas talian. Ia mungkin juga boleh menyebabkan kekalahan.

Sekiranya peranti yang anda guna sekarang menggunakan HDD, jangan risau tidak perlu menukar komputer atau laptop baru boleh sahaja upgrade HDD anda ke SSD. Selagi komputer atau laptop anda masih ada port untuk memasang SSD pada motherboard, Insya Allah tiada masalah untuk upgrade HDD kepada SSD.

Jika anda ingin mengguna kedua dua pemacu ini dalam satu peranti (laptop atau komputer) juga masih boleh. Di cadangkan anda untuk guna SSD untuk booting windows dan HDD sebagai storan penyimpan data.

Sekiranya anda memerlukan kepakaran untuk upgrade komputer atau laptop anda ke SSD boleh gunakan perkhidmatan dari Azcom Solution. 

Azcom Solution menyediakan perkhidmatan komputer dan rangkaian. Mereka memang berpengalaman dalam membaiki dan menaiktaraf (,upgrade) komputer atau laptop. Selain itu Azcom Solution juga menyediakan perkhidmatan seperti

1. PC repair
2. Laptop Repair
3. Data recovery
4. Software Solution
5. Network Solution
6. Gaming PC

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang di sediakan Azcom solution boleh layari 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GHOST WIFE, NANG NAK VERSI REMAJA TERLANJUR

10/05/2021 06:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

GHOST WIFE, NANG NAK VERSI REMAJA TERLANJUR. Mesti ramai dah tahu bermula 1 oktober 2021 Disney dah menutup 18 siaran mereka di Asia. Maka seluruh penduduk malaysia dah tak dapat tengok channel mereka. Memang terkesan juga sebab salah satu channel yang dah kena remove adalah channel fox. Den ni dah la penonton channel foxmovies & foxActionMovies. 

Nak marah tak boleh terpaksa membiasakan diri dengan 12 channel yang menjadi ganti pada channel yang dah kena tarik balik tu. Sedih juga channel movie yang di gantikan tak se best channel fox. Banyak tayang filem lama.. 

Di sebabkan bosan cuba juga berkenalan dengan channel channel baru yang ada di unifitv. Tu yang tertengok filem seram Thailand kat channel Celestial Movie. Best juga filem ni tapi filem ni jalan cerita tak berat sangat. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Kenapa saya kata Filem Ghost wife ni NangNak versi remaja terlanjur. Sebab filem ni macam lebih kurang filem nangnak di mana dah jadi hantu pun dia tak boleh move on lagi dari pasangan dia. Still dia nak hidup bersama dengan pasangan dia cuma filem ni ada plot twist dia sendiri.Dah ending nanti baru tahu apa plot twist dia.

Kisahnya seorang pelajar perempuan yang belajar di high school mengandung akibat terlanjur bersama pasangan dia. Bila mak dia tahu..mak dia suruh gugurkan. Semasa melakukan prosedur pengguguran tu budak perempuan bernama Nard ni mati. Lepas mati tu maka dia jadi hantu & menghantui apartment yang dia tinggal bersama kekasih dia.

Kekasih dia ni tak tahu dia dah mati, bila dia balik berjumpa dengan Nard waktu tu Nard dah bersama seorang bayi. Kira kekasih Nard ni baik la.. pandai buat, pandai tanggung. Dia cuba ajak Nard berkahwin tapi Nard bagi alasan nak enjoy dulu hidup sebelum kahwin.

Akibat gangguan hantu Nard ni ramai yang berpindah keluar dari apartment tu tinggal hanya beberapa orang yang masih menyewa sebab terpaksa. Dah tak ada tempat lain nak duduk. Pemilik apartment tu juga mula risau sebab ramai penyewa lari so mereka berusaha untuk cari bomoh untuk atasi masalah gangguan hantu Nard ni. Tapi semuanya kalah dengan Nard.

Sampailah mereka pergi cari seorang sami yang memang ada kepakaran dalam masalah gangguan mistik ni barulah dapat kalahkan hantu Nard ni. Selepas sami tu dapat tangkap Nard baru kekasih dia tahu yang sebenarnya Nard dah mati tapi ada plot twist dia selepas tu. Macam mana kekasih Nard dapat bersama dengan Nard walaupun Nard dah mati.. Hangpa kena tengok sendiri. Kalau yang langgan unifitv..ada dalam VOD bahagian catch up. Free je boleh tonton. Yang takde pepandai la cari sebab ni bukan filem baru tapi filem tahun 2018.

Filem ni klasifikasi P13. Level seram dia tu level boleh tonton lagi. Tapi jalan cerita dia tak la membosankan dan meleret leret sangat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com